“Jangan Rapat Sangat Dengan Anak Dara Orang-” Itu ‘Signal’ Seorang Ibu, Mahu Anak Bongsu Lelakinya Habiskan Masa Bersama

Share

Kerinduan seorang anak jelas terpamer pada pemuda ini. Kasihnya pada arwah si ibu tidak pernah padam. Malah kenangan bersama arwah ibunya menjadi memori terindah yang bakal diingati sampai bila-bila.

Ikuti perkongsian pemuda ini @en.pamey seperti yang dicoret di laman Instagramnyak


Sebulan sudah, sehari rasa.
Selesai mudah, cerita dia. .
Al fatihah mama? .
*jutaan terima kasih untuk kata2 anda. Tidak mampu saya membalas semuanya. Semoga tuhan merahmati kalian ??❤️


128 hari yang lepas. “Teman boleh dicari, tapi ibu tiada pengganti…”

Dia pernah bagitahu yang jangan rapat sangat dgn anak dara org..so aku paham maksud dia. Aku stop, sebab aku tahu dia mula rasa sesuatu perubahan kat anak laki bongsu dia ni. Mula2 aku pelik, lama2 aku diamkan diri, dan mula tersedar, disebabkan tidak mahu menyesal dek melebihi sesiapa lebih daripada ibu sendiri, aku turuti.

Alhamdulillah, aku punya peluang yg sgt berharga dapat bersama dia jaga semua kemahuan dan keperluan, tapi masih belum cukup. Walaupun ianya sekadar pinjaman daripadaNya, Allah aku mahu punya peluang itu diberi lagi sekali, walaupun sekejap??

Yang masih berpeluang, I’m begging you please please please hargai masa yang ada, untuk penuhi tggjwb sbgai anak, wlpn sekecil tnya kabar mendengar suara, ataupun teks kepada mereka.

Mama ‘pergi’ sangat mudah, mudah sangat sampai aku masih belum dapat terima betapa mudahnya Dia ambil kembali pinjamanNya pada aku. .

Sampaikan salam sayang saya kepada ibu anda, yg masih ada, dan kirimkan al fatihah kepada yang telah tiada❤️


Antara kenangan terindah bersama arwah ibunya yang dipotretkan di laman Instagram.


 

Selagi hayat dikandung badan, gunakanlah peluang sebaik mungkin untuk menyantuni ibu kita. Kenang dirinya dalam setiap doa-doamu.

Sumber kredit: @en.pamey

IKLAN