Kerinduan seorang anak jelas terpamer pada pemuda ini. Kasihnya pada arwah si ibu tidak pernah padam. Malah kenangan bersama arwah ibunya menjadi memori terindah yang bakal diingati sampai bila-bila.
Ikuti perkongsian pemuda ini @en.pamey seperti yang dicoret di laman Instagramnyak
Sebulan sudah, sehari rasa. Selesai mudah, cerita dia. . Al fatihah mama? . *jutaan terima kasih untuk kata2 anda. Tidak mampu saya membalas semuanya. Semoga tuhan merahmati kalian ??❤️
128 hari yang lepas. “Teman boleh dicari, tapi ibu tiada pengganti…”
Dia pernah bagitahu yang jangan rapat sangat dgn anak dara org..so aku paham maksud dia. Aku stop, sebab aku tahu dia mula rasa sesuatu perubahan kat anak laki bongsu dia ni. Mula2 aku pelik, lama2 aku diamkan diri, dan mula tersedar, disebabkan tidak mahu menyesal dek melebihi sesiapa lebih daripada ibu sendiri, aku turuti.
Ads
Alhamdulillah, aku punya peluang yg sgt berharga dapat bersama dia jaga semua kemahuan dan keperluan, tapi masih belum cukup. Walaupun ianya sekadar pinjaman daripadaNya, Allah aku mahu punya peluang itu diberi lagi sekali, walaupun sekejap??
Yang masih berpeluang, I’m begging you please please please hargai masa yang ada, untuk penuhi tggjwb sbgai anak, wlpn sekecil tnya kabar mendengar suara, ataupun teks kepada mereka.
Mama ‘pergi’ sangat mudah, mudah sangat sampai aku masih belum dapat terima betapa mudahnya Dia ambil kembali pinjamanNya pada aku. .
Sampaikan salam sayang saya kepada ibu anda, yg masih ada, dan kirimkan al fatihah kepada yang telah tiada❤️
Kanser sesiapa sahaja yang mendengar tentang penyakit ini pasti akan gerun. Ibarat tiada lagi hari esok, penyakit ini diumpamakan seperti menunggu masa untuk dijemput pergi. Derita pesakit kanser hanya penghidapnya sahaja yang tahu.
Kisah pelajar yang juga calon SPM 2018 ini mengundang sebak. Mohammad Afiq Mohd Shukri, 17 tahun diuji begitu berat sekali. Perjuangan Afiq penuh liku bermula sejak dia disahkan kanser tulang ketika berusia 13 tahun. Sejak itu dia terpaksa melalui berbagai ujian dan ujian itu belum lagi berkesudahan sehingga ke hari ini.
Bermula dengan pembedahan membuang tulang kakinya yang diserang kanser pada usia 14 tahun yang digantikan dengan besi, dia akhirnya memilih untuk memotong hampir sebahagian kakinya kerana tulangnya telah dijangkiti kuman dan dia terus di dalam kesakitan bertahun lamanya.
Berikut catatan Afiq yang meruntun jiwa….
DARI ISI HATI AFIQ – PEJUANG HEBAT
“Saya disahkan kanser tulang tahap dua ketika berumur 13 tahun. Sejak itu bermulalah perjuangan saya. Bukan mudah bagi saya menerima dan menempuh semua ini tetapi apa pilihan yg saya ada?
Menangis? Bohonglah kalau saya kata saya tak menangis apatahlagi masa kaki saya disahkan kanser .. Saya baru berumur 13 tahun tapi saya sudah tahu apa itu kanser. Saya menangis dan memberitahu mama, saya akan bunuh diri jika kaki saya dipotong. Begitulah takutnya saya pada waktu itu.
Sebaik disahkan kanser .. saya menjalani kimeoterapi. Kemudian .. tulang kaki saya dibuang dan digantikan dengan besi supaya saya dapat berjalan semula. Saya sangka .. dengan buangnya tulang kaki itu .. saya tak perlu menanggung apa-apa kesakitan lagi. Rupanya saya silap.
Episod ngeri pun bermula di situ. Sejak itu .. saya terpaksa menanggung sakit yang amat sangat bila mana kaki saya selalu saja terkena jangkitan kuman.
Dahulunya … saya sangat aktif bersukan namun kanser itulah pencetus segalanya tinggal sebagai kenangan saja.
Selepas pembedahan memasang besi pada pada pertama kali .. saya terpaksa menjalani 27 kali lagi pembedahan yang berkaitan dengannya di bahagian kaki.
Sakit dan siksa hanya Allah saja yang tahu setiap kali luka kaki perlu dicuci. Kulit saya yang ellergy dengan besi membuat keadaan makin buruk. Saya menangis setiap kaki dicuci.
Saya juga menangis kerana mengenangkan mama dan abah saya bukan orang senang. Habis wang ringgit mereka digunakan untuk merawat kaki saya. Tak cukup dengan hospital kerajaan .. saya dibawa ke swasta kerana kaki saya selalu saja sakit dan bernanah.
Sampai satu saat … saya rasa bersalah pada adik-adik. Duit yang sepatutnya digunakan untuk membeli keperluan adik-adik … semuanya dihabiskan untuk kaki saya. Terasa sangat saya seolah telah mengambil hak adik-adik.
Kemuncaknya … doktor memberitahu saya perlu menjalani satu lagi pembedahan untuk mengeluarkan besi yang dipasang itu untuk dicuci kerana besi juga ada kuman. Ini bermakna saya perlu menjalani proses awal semula.
Saya sudah tidak sanggup menyerahkan kaki saya untuk disiang lagi. Kesakitan yang ada sekarang pun sudah tidak tertanggung … hendak ditambahkan lagi.
Sekarang saya sudah 17 tahun .. apabila masuk wad, saya akan ditempatkan bersama orang dewasa. Saya juga terpaksa menanggung kesan psikologi lagi bila berada di wad orang dewasa atau lebih tepat di wad orang tua.
Akhirnya .. saya membuat keputusan untuk memotong kaki. Bila saya tanyakan mama dan abah.. memang keduanya tidak setuju tetapi saya sudah tidak sanggup lagi menanggung segalanya. Mama dan abah akhirnya akur dengan keputusan saya.
Saya sendiri jugalah yang memberitahu doktor tentang keputusan saya. Sama seperti mama dan abah … doktor juga terperanjat. Tapi beliau menerima keputusan saya.
Satu saja yang tanam dlm hati … tiada kaki bukan bermakna saya tidak boleh berjaya. Jadi, saya tak perlu bersedih semata-mata kerana tiada sebelah kaki. Sebagai anak sulung .. saya sedar, saya kena kuat sebab sayalah harapan dan contoh kepada adik-adik.
Alhamdulillah … sekarang saya dah selamat potong kaki dan sekarang saya rasa diri saya macam normal semula. Tiada lagi kesakitan yang perit dan pedih.
Yang penting saya sudah boleh tersenyum semula walaupun kini saya sudah kehilangan kaki. Dan walaupun saya kini sudah kehilangan kaki .. saya tidak sama sekali merasakan saya ini cacat. Bahkan … saya rasa saya sudah mendapatkan diri saya yang dulu semula.
Saya mohon semua untuk terus mendoakan saya agar pembedahan ini berjaya sepenuhnya dan saya sembuh seperti sediakala.
Saya rindu rakan-rakan sekolah. Tidak sabar rasanya menunggu kesan pembedahan ini sembuh untuk saya mula menggunakan kaki palsu. Saya ingin kembali ke sekolah semula dan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.
Biarpun sejujurnya saya trauma dengan pembedahan sebelum ini .. saya bersyukur kepada Allah kerana masih panjangkan umur saya dan memberi saya ujian yang tak ternilai untuk saya terus dan terus berjuang.
Kepada mama abah dan semua yang mendoakan kesihatan saya, terima kasih sangat sangat.
Hanya Allah saja yang mampu balas jasa baik mama-abah yang banyak berkorban untuk saya selama ini dan terima kasih juga kepada semua yang mendoakan saya. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa
Kepada mama dan abah yang teramat dikasihi … Insyallah, satu hari nanti Abang akan balas jasa mama dan abah. Abang sayang mama dan abah sangat sangat❤. “
Yg benar, ❤️Afiq❤️
Sangkaan Afiq apabila dia menjalani pembedahan memotong kakinya, segala kesakitan yang dialami akan berakhir namun Allah mengujinya lagi. Kaki Afiq mula berdenyut.. ada nanah mula kelihatan. Nanah dan air bisa itu mula menyerap keluar. Afiq dapat merasakan .. kakinya telah dijangkiti kuman.
Akhirnya sedikit lagi tulang kakinya terpaksa dipotong walhal Afiq baru saja menjalani pembedahan memotong kaki itu beberapa bulan yang lalu kerana tulang itu telah dijangkiti kuman. Dalam saat dia menanti detik yang sesuai untuk pemasangan kaki palsu .. penantian itu rupanya berakhir dengan kekecewaan lagi.
Afiq tabah menerima takdir ini walaupun dia baru saja memulakan semula pelajaran yang tergendala sekian lama setelah dia sakit dan menjalani pembedahan pertamanya. Harapannya untuk sembuh dan berjaya dalam cita-cita amatlah tinggi biarpun kini dia telah pun bergelar OKU.
Dia sangat berharap agar inilah pembedahan terakhir yang harus dilaluinya kerana dia sudah tidak sanggup berada di dewan bedah lagi. Lebih dari itu .. jika terus-terusan kakinya dipotong.. lama-lama akan menjadi semakin pendek dan dia bimbang ini akan mengganggu proses memakai kaki palsunya.
Marilah kita sama-sama doakan semoga Afiq segera sembuh supaya Afiq dapat kembali semula ke sekolah untuk menduduki peperiksaan SPMnya tidak lama lagi.
Sumber kredit: Natipah Abu
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bertuah sungguh Norman Hakim dan Abby Abadi. Anak dara mereka Marissa Dania telah berjaya menamatkan hafazan Matan Burdah Busiri. Sama ada Norman mahupun Abby, masing-masing berkongsi kegembiraan di atas pencapaian anak mereka.
Malah mereka juga turut menerima jemputan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Al-Quran, Hadith & Turath As-Sofa sekaligus meraikan kejayaan Marissa menamatkan hafazan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul.
Norman dan Abby turut berkongsi kegembiraan kejayaan anak mereka di laman Instagram masing-masing.
Majlis Konvokesyen Al-Quran,Hadith & Turath As-Sofa 2018
Anugerah Hafalan Qasidah Burdah Al-Busiri untuk @marissadania_ @marissadaniaaaaa_
Apa itu Qasidah Burdah?Qasidah Burdah adalah terjemahan kehidupan Nabi Muhammad s.a.w ke dalam bentuk bait-bait puisi kesusasteraan Arab oleh Imam Al-Busiri yang mengandungi 160 bait
Dan Alhamdulillah syukur Ustazah bagitau Dania adalah pelajar wanita pertama yang dapat hafal 160 bait itu dalam masa 4 hari.Allahu alhamdulillah syukur terima kasih sekali lagi Ya Allah Maha Pengasih & Pemberi segala nikmat & rahmat
Terima kasih Ya Allah kerana memilih & memberi peluang kepada anak2 kami dalam memperjuangkan kitab2 suciMu
Cara didikan keluarga Norman Hakim dan Abby Abadi harus dicontohi kerana menitikberatkan didikan agama kepada anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Perpisahan antara Norman dan Abby tidak menjadi penghalang untuk mereka memberikan kasih sayang secukupnya. Hubungan yang akrab antara kedua-dua buah keluarga ini menjadikan kehidupan keluarga ‘besar’ Norman dan Abby lebih harmoni.
Daripada apa yang dilihat dapat disimpulkan bahawa sama ada Norman mahupun Abby masing-masing mengamalkan:
Sumber kredit: Instagram: normanhakim_786
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
“Bila nak kawin ni? Kerja dah bagus, pendek kata semua dah lengkap.” Tak dapat dinafikan soalan begini seakan satu soalan ‘puaka’ buat mereka yang masih bujang. Yang si tukang tanya pun lontar soalam macam tak ada perasaan.
Ya! memang semua orang ingin hidup berpasangan namun andai belum sampai jodoh, apa lagi yang mampu dilakukan selain terus berdoa agar dikurniakan jodoh yang sesuai. Namun buat mereka yang masih berseorangan dan masih belum ketemu dengan jodoh anda, usahlah bermuram durja. Hidup single bukan bermakna kehidupan anda akan suram.
Ikuti perkongsian lelaki ini, Syafiq Ridhwan tentang perihal jodoh.
Jangan risau kalau masih ‘single’.
Jangan risau.
Awak bebas untuk buat apa sahaja. Tidur di hari ahad macam ini, dan ketika awak bangun, awak masih tidak perlu memikirkan untuk terus mencuci muka, atau merapikan rambut seperti orang lain. Awak boleh pakai apa pun pakaian yang awak mahu, bebas tanpa perlu dikritik oleh orang lain.
Awak boleh berikan reward kepada diri awak, atas apa jua pencapaian kecil yang telah awak tetapkan. Awak boleh lepak di kedai kopi sambil menghabiskan berapa lama untuk membaca novel. Atau mungkin menonton drama di laptop. Ia lebih kepada kebebasan yang telah awak rancang sendiri.
Single ini membolehkan awak menyimpan duit. Menyimpan seberapa banyak duit awak mahu dan berjalan mengelilingi dunia, membeli cenderamata kenang-kenangan untuk diri sendiri dan menyimpannnya sebagai memori di masa hadapan kelak.
Awak boleh bila-bila masa ketawa, menangis bila menonton drama sedih, atau menjerit sekuat hati ketika menonton filem seram. Setidaknya awak menjalani setiap satu saat dalam hidup awak dengan gembira, menghargai setiap satu nafas yang ditarik dan dihembus.
Tiada siapa cakap menjadi single, atau masih belum bertemu jodoh itu adalah satu perkara yang teruk. Atau awak menjadi orang yang paling malang. Tidak sama sekali.
Sebenarnya, awak tengah memupuk diri sendiri untuk menjadi yakin. Yakin bahawa awak mampu untuk berdiri atas kaki sendiri. Dan sebenarnya, awak sedang bercakap dengan diri awak sendiri.
“Satu hari kelak, aku pasti akan berdua, tapi biarlah untuk masa sekarang, aku menjalani setiap satu pengalaman dan peluang hidup ini dengan penuh makna”
Jangan risau.
Jodoh hatta pertemuan itu semua, tuhan dah tentukan. Seberapa lama pun, seberapa lambat pun, pasti suatu hari kelak, tuhan akan ketemukan juga.
Untuk ketika ini, kekal tenang, tersenyum, dan berdoalah.
Tuhan Maha Mendengar.
P/S : Sampai-sampaikan pada kawan-kawan yang masih single dan masih kecewa dengan jodoh yang tak kunjung tiba. Moga Allah permudahkan urusan kita.
Syafiq Ridhwan Dalam satu ada dua. Dalam dua. Ada kita.
Sumber kredit: FB: Syafiq Ridhwan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.