“Bila nak kawin ni? Kerja dah bagus, pendek kata semua dah lengkap.” Tak dapat dinafikan soalan begini seakan satu soalan ‘puaka’ buat mereka yang masih bujang. Yang si tukang tanya pun lontar soalam macam tak ada perasaan.
Ya! memang semua orang ingin hidup berpasangan namun andai belum sampai jodoh, apa lagi yang mampu dilakukan selain terus berdoa agar dikurniakan jodoh yang sesuai. Namun buat mereka yang masih berseorangan dan masih belum ketemu dengan jodoh anda, usahlah bermuram durja. Hidup single bukan bermakna kehidupan anda akan suram.
Ikuti perkongsian lelaki ini, Syafiq Ridhwan tentang perihal jodoh.
Jangan risau kalau masih ‘single’.
Jangan risau.
Awak bebas untuk buat apa sahaja. Tidur di hari ahad macam ini, dan ketika awak bangun, awak masih tidak perlu memikirkan untuk terus mencuci muka, atau merapikan rambut seperti orang lain. Awak boleh pakai apa pun pakaian yang awak mahu, bebas tanpa perlu dikritik oleh orang lain.
Awak boleh berikan reward kepada diri awak, atas apa jua pencapaian kecil yang telah awak tetapkan. Awak boleh lepak di kedai kopi sambil menghabiskan berapa lama untuk membaca novel. Atau mungkin menonton drama di laptop. Ia lebih kepada kebebasan yang telah awak rancang sendiri.
Single ini membolehkan awak menyimpan duit. Menyimpan seberapa banyak duit awak mahu dan berjalan mengelilingi dunia, membeli cenderamata kenang-kenangan untuk diri sendiri dan menyimpannnya sebagai memori di masa hadapan kelak.
Awak boleh bila-bila masa ketawa, menangis bila menonton drama sedih, atau menjerit sekuat hati ketika menonton filem seram. Setidaknya awak menjalani setiap satu saat dalam hidup awak dengan gembira, menghargai setiap satu nafas yang ditarik dan dihembus.
Tiada siapa cakap menjadi single, atau masih belum bertemu jodoh itu adalah satu perkara yang teruk. Atau awak menjadi orang yang paling malang. Tidak sama sekali.
Sebenarnya, awak tengah memupuk diri sendiri untuk menjadi yakin. Yakin bahawa awak mampu untuk berdiri atas kaki sendiri. Dan sebenarnya, awak sedang bercakap dengan diri awak sendiri.
“Satu hari kelak, aku pasti akan berdua, tapi biarlah untuk masa sekarang, aku menjalani setiap satu pengalaman dan peluang hidup ini dengan penuh makna”
Jangan risau.
Jodoh hatta pertemuan itu semua, tuhan dah tentukan. Seberapa lama pun, seberapa lambat pun, pasti suatu hari kelak, tuhan akan ketemukan juga.
Untuk ketika ini, kekal tenang, tersenyum, dan berdoalah.
Tuhan Maha Mendengar.
P/S : Sampai-sampaikan pada kawan-kawan yang masih single dan masih kecewa dengan jodoh yang tak kunjung tiba. Moga Allah permudahkan urusan kita.
Syafiq Ridhwan
Dalam satu ada dua.
Dalam dua.
Ada kita.
Sumber kredit: FB: Syafiq Ridhwan
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Suami Kalau Nak Isteri Makin Sayang, Jagalah Isteri Waktu Dalam Pantang
Amalan penjagaan ibu-ibu selepas bersalin amat diperlukan dalam memastikan keadaan kesihatan ibu kembali mantap selepas melahirkan anak. Oleh itu sokongan daripada insan terdekat iaitu suami amat diperlukan agar kesihatan mental dan fizikal isteri kembali seperti sediakala.
Jarang kita dengar suami yang sanggup jaga isteri dalam pantang. Selalunya isteri ‘dipos’ ke kampung. Alasannya suami tidak pandai. Masa anak pertama mungkin alasan ini bolehlah diterima tapi bila anak dah masuk nombor dua dan seterusnya, suami kenalah belajar menjaga isteri dalam pantang.
Tempoh berpantang akan lebih indah bagi seorang isteri apabila dijaga oleh suaminya. Jangan terkejut kalau ada isteri yang menangis kerana hatinya begitu tersentuh dengan pengorbanan suami yang tidak cukup rehat dan tidur semata-mata nak pastikan isteri dan anak selesa.
Kalau nak isteri semakin sayang, suami kena sahut cabaran menjaga isteri dalam pantang. Berusahalah sepenuh hati pasti pengalaman ini mencatat memori indah dalam perkahwinan korang. Kepada encik suami, ikuti panduan ini. Tak susah pun jaga isteri dalam pantang syaratnya kena ikhlas, sabar dan gigih.
Jaga Isteri Dalam Pantang, 8 Tugas Ini Suami Patut Buat!
PANDUAN JAGA ISTERI BERPANTANG:
1. Mandikan Bayi
Dalam pantang kalau nak isteri berehat sepenuhnya suami kenalah belajar mandikan anak. Minta panduan daripada emak atau orang yang lebih tua. Kalau nak mudah, mandikan baby di dalam tub. Gunakan set mandian bayi jangan main bantai ja. Kena ingat ye kulit baby sensitif. Lepas mandikan baby, urut perut baby dengan minyak telon supaya perut baby tak kembung. Sapukan minyak telon pada perut, belakang betis, tapak kaki dan belakang badan baby.
2. Sediakan Air Herba Untuk Mandian Isteri
Jika mampu sepanjang 44 hari, sediakan air herba untuk mandian isteri. Sekurang-kurangnya bagi isteri mandi air herba selama tujuh hari. Air rebusan herba ini membantu menghangatkan tubuh isteri, melancarkan perjalanan darah dan menyegarkan badan. Tak payah pening-pening, suami beli sahaja set mandian herba di toko jamu. Cara nak guna pun senang, rebus set herba sehingga mendidih, lepas tu tunggu suam baru bagi isteri mandi.
3. Cari Tukang Urut
Sediakan tukang urut untuk isteri. Jika isteri bersalin normal, hari kelima isteri dah boleh urut badan. Tapi jika isteri bersalin secara pembedahan, disarankan seminggu baru isteri berurut. Hanya urut badan ye jangan bagi bidan urut perut kerana bimbang jahitan pembedahan terbuka dan dijangkiti kuman.
4. Masak Menu Pantang
Masa isteri hamil, suami dah boleh cuba memasak menu dalam pantang. Google je resipi dalam pantang dan ikuti langkah mudah memasak. Bila dah selalu cuba, insya-Allah masakan akan sedap. Pasti kan isteri diberi makan makanan yang berkhasiat, elakkan makanan sejuk dan berangin. Tak sesuai untuk wanita lepas bersalin. Menu yang paling senang masak sayur sawi, ulam pegaga, ikan bakar atau sup ayam.
5. Jangan Lupa Tungku & Bengkung Isteri
Lepas isteri diurut, bengkung isteri. Jangan lupa sapu minyak panas supaya badan isteri tidak masuk angin. Bagi isteri yang bersalin normal, suami perlu bakar tungku antara 10 hingga 15 minit supaya isteri dapat bertungku. Lapik tungku dengan daun herba seperti daun kunyit dan mengkudu. Tungku isteri sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Daun kunyit boleh dibeli di kedai runcit atau di pasar tani.
6. Bagi Isteri Makan Jamu
Bagi menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman isteri, belikan jamu atau herba. Tanya isteri atau ibu mentua agar memilih produk yang tepat. Pasti kan isteri makan jamu secara konsisten untuk kesan yang terbaik.
7. Beli Ubat Lembutkan Najis
Suami kena tahu, lepas bersalin biasanya bahagian intim isteri dijahit. Jadi ramai isteri yang fobia nak buang air besar. Bagi isteri minum air suam secukupnya agar tidak sembelit. Suami juga boleh beli ubat lembutkan najis di farmasi.
8. Pastikan Isteri Cukup Rehat & Bagi Sokongan Moral
Emosi isteri biasanya mudah terganggu dalam pantang kerana isteri penat dan melalui proses penyembuhan selepas ‘bertarung nyawa’. Jadi suami kena banyak bersabar dan bagi sokongan moral. Pasti kan isteri cukup rehat dan cukup tidur. Jika baby berjaga malam, suami kena bergilir dengan isteri menjaga baby.
Berpantang di rumah sendiri lebih privasi. Secara tidak langsung ia juga dapat mengeratkan hubungan kasih sayang antara suami isteri. Ayuh para suami, sahut cabaran jaga isteri ketika dalam pantang.
Sumber kredit: FB: Muhammad Faizal via Keperluan Bayi Murah
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Sempat 4 Bulan 19 Hari Je Allah Pinjamkan, Sebelum Anak Syurga Ini Bertemu PenciptaNya Di Taman Firdausi
Anak adalah anugerah terindah kurniaan Allah bagi setiap pasangan yang berkahwin. Walaupun ada yang terpaksa bertahun menunggu, kehadiran si kecil ini pastinya lebih menceriakan kehidupan.
Namun siapa kita mahu menindakkan qadak dan qadar Allah. Hanya Dia yang tahu bila dan di mana serta asbab seseorang itu bertemu penciptaNya.
Seperti perkongsian ibu muda ini Dalila Yusof di laman sosial Facebook yang baru kehilangan anak dikasihi baru berusia 4 bulan akibat demam sehingga menyebabkan jangkitan kuman dalam darah.
Apa yang lebih menyedihkan dia dan suaminya tidak sempat untuk mencium bayi mereka buat kali terakhir sebelum masuk bilik pembedahan dan disahkan meninggal dunia.
Catatan dari insan bernama ibu ini mengundang sebak warganet. Biarpun hanya sempat empat bulan dipinjamkan anak syurga ini, namun dia reda dengan ketentuan Illahi.
Sarah Syamimi Sedih kita baca . Moga Allah berikan kekuatan luar biasa utk dal dan suami . Anaqi ank syurg dal dan suami
Nurul Shuhada Amlan bykkan bersabar yer kilah…ada hikmah di sblik cmua ni…Allah s.w.t xkan uji ssorng itu klu die x mmpu…moga Allah bg kekuatan hdpi ujian ni..
ANAQI TSAQEEF ANAK SYURGA IBU BABAH
18 Sept 2019 (Rabu)
Pagi tu anak ibu bangun senyum gelak2 mcm biasa, makan minum pon mcm biasa. Tapi tengahari dlm pukul 12++ tiba2 ibu rasa mcm badan adik panas. So ibu check suhu adik 38.3. Mmg adik dah demam time tu. So ibu wassap babah cakap adik demam nak bawak p klinik/hosp. Since babah tengah further study hari2 ada kelas isnin-jumaat. So babah minta excuse utk balik halfday. Ibu try call klinik pakar kanak2 dkt SP (C.P.Ooi) tapi tak angkat.
Doktor kata demam virus, tapi tak admit. Balik rumah & monitor suhu
Then ibu try call Hosp Pantai bhg Specialist Clinic (Pakar Kanak2) dan Dr yg biasa Anaqi Tsaqeef jumpa tu ada. So decide utk p dkt hosp pantai. Dalam pukul 2.30ptg mcmtu ibu babah bwk adik p hosp pantai. Sampai sana check suhu adik 39.8 sangat tinggi utk baby 4bulan++ (Bukan demam panas).Tapi masih tak admit. Dr sumbat ubat punggung utk kurangkan suhu. Dr pakar kanak2 tu check dia kata just demam virus. Biasala baby2 kan dia kata. Ibu babah dengaq rasa lega. Dr just bagi ubat demam then kami balik. Bila balik tu anak ibu mcm aktif masih gelak2 makan pon byk. Ibu babah still monitor suhu dia tapi suhu naik turun. Bila bagi makan ubat suhu turun bila ubat habis suhu naik. Turun pon dlm range 37.5-39. So adik still demam. Tapi anaqi tsaqeef anak yg sgt baik sepanjang dia demam, takda setitik air mata yg keluar just merengek perlahan ja. Mybe adik tak nak bagi ibu babah risau. Start adik demam Ibu babah tiap masa jelum badan kepala adik utk sejukkan badan(org petua) sampai ke pagi.
Mula cirit-birit & badan start dihydrated
19 Sept 2019 (Khamis)
Sepanjang malam suhu adik still tinggi juga then adik ada cirit birit. Ibu ingatkan badan adik panas tak pon tindakbalas ubat yg menyebabkan adik cirit birit rupanya tak. Badan adik dah start dihydrated. Pagi khamis ibu cuba petua org cakap mandi dgn lemon, cool fever letak dkt bawah ketiak, belakang leher. Semua ibu cuba. Lepas mandi adik ok tapi bila sejam mcmtu panas balik. So adik minum susu mcm biasa tapi kurang sikit, cirit birit still ada. Ibu cuba nak bagi adik full bf sepanjang adik demam tapi adik tak mau sangat sedangkan adik lapar. Tapi bila ibu bagi direct bf adik still hisap cumanya kejap hisap kejap lepas. Macam dia ada something tak kena. Ibu anggap adik tak mau kot. Ibu berjaga sepanjang malam monitor suhu adik dengan jelum badan kepala adik sampaikan kain tak sempat kering ibu jelum adik sebab kesian adik tak larat. Ibu nak bagi adik segar aktif mcm biasa. Ubat still ibu bagi mcm biasa 4-6jam sekali.
Bagi ubat, suhu turun dan lega sekejap. Dan habis ubat, suhu kembali naik
20 Sept 2019 (Jumaat)
Pagi jumaat adik still lemah suhu pon mcmtu juga 37.5-39 then ibu bagi ubat suhu turun kejap lepas habis ubat suhu naik semula. Tengahari mcmtu babah ambek halfday lagi sebab rasa kena bwk adik p hosp ni sebab demam xmau kebah. Lepas jumaat ibu babah bwk pula adik p bhgian kecemasan Hosp SP. Time tu suhu adik agak tinggi dlm 38 keatas. Adik lemah juga time tu. Tapi bila p bahagian kecemasan HSAH ibu ingatkan adik akan dpt priority sebab dia baby dan keadaan dia yg mcmtu. Tapi malangnya still kena tunggu turn yg mybe dlm 4-5 jam lagi. Bila babah tanya pon still jawab tak boleh kena ikut turn juga. Sangat2 kecewa time ni dengan bhagian kecemasan HSAH Ibu babah kesian sgt dkt adik sebab adik xlarat sangat time tu. Dengan persekitaran yg mcm2 penyakit dekat situ. So babah decide tak bole tunggu ni kena p swasta juga ni, so bwk adik p klinik bersatu tikam batu. Dr situ check mcm takda apa, still kata demam biasa dan dr bagi ubat demam juga. Bila diingatkan balik dia sebagai Dr takkan mcmtu ja buat kerja. Check pon biasa ja sedangkan baby dh demam 3hari kot suhu turun naik tak kebah. So balik tu ibu try bagi ubat yg klinik pula. Bila ibu bagi ubat klinik tu suhu adik turun sampai ke 35 mcmtu. Mmg sangat rendah dah dan tak demam. Time tu syukur sgt dekat Allah sebab suhu adik turun. Rupanya tak dia nak bagi ibu babah lega kejap ja. Bila ubat habis suhu adik naik balik. Kesian sgt time tu adik dah tak sembang tak senyum apa dah dkt ibu. Nak tidoq ja. Sepanjang mlm adik still mcmtu. Dalam kepala ibu ni tak senang rasa setiap masa pikir nak buat mcm mana lagi.
Ikhtiar bawa pergi berjumpa Ustaz. Perasan ubun-ubun di kepala sudah tenggelam
21 Sept 2019 (Sabtu)
Adik masih lagi mcmtu cumanya suhu dia rendah sikit dlm 37-38. Kadang turun 36. Kadang demam kadang dak mcmtu. So ibu babah ikhtiar utk bawak adik jumpa ustaz pula kalau2 adik ada gangguan. Orang suruh cuba so ibu babah buat. Time tu adik lemah mybe adik sakit dh ibu babah tak tau Ustaz cakap biasala mybe gangguan ni. So ustaz buat air penawar suruh balik bagi mandi semua la. Takpa ibu babah ikhtiar. Balik mcm biasa adik tidoq jaa sebab tak larat tapi susu adik still minum byk. Babah perasan ubun2 adik dah tenggelam tak mcm biasa. Ingatkan berat adik turun so ubun2 pon jadi tenggelam. Rupanya apa yg dr bagitau sebab adik dihydrated. Allahu ibu babah tak tahu adik
Asyik mengerang, nafas laju dan adik seperti nak beritahu sesuatu
22 Sept 2019 (Ahad)
Anaqi tsaqeef bangun pagi tu ibu gerak sebab nak bagi adik mandi awai, ibu cuba lagi bagi adik mandi ayaq daun bunga raya putih sebab org petua mcmtu kalau demam. So ibu babah buat, adik suka sangat mybe sebab sejuk kot. Lepastu bagi makan ubat dan adik tidoq. Suhu adik tak tinggi sgt dlm 37 lebih mcmtu. Tapi bila mai petang tu adik mcm mengerang mybe adik sakit sangat dah. Suhu adik pon tak tinggi time ptg tu. Tak demam dah. Sampaikan ke tengah malam adik tak bole nak tidoq mata pon dh taknak tengok orang. Asyik mengerang geleng2 nafas pon laju sangat. Adik mcm nak bgtau something dkt ibu babah tapi adik tak reti nak habaq lagi. Allahu
Bawak pergi ke hospital rupanya keadaan adik sudah teruk. Tak sempat untk cium buat kali terakhir
23 Sept 2019 (Isnin)
Tengah malam disebabkan adik tak boleh nak tidoq sebab adik mcm mengerang sakit so ibu babah decide bawak adik p hosp dlm pukul 1230pagi mcmtu. Ibu babah bawak adik p kecemasan hosp kepala batas. Time tu adik dlm keadaan sgt tenat sebab nafas terlalu laju MALANGNYA bila sampai di kecemasan hosp kepala batas tu staff disitu cakap kena tunggu turn sebab ramai. Ya Allah bertapa kecewanya ibu babah bila diingatkan balik. Sampaikan anak ibu babah setenar tu masih lagi suruh ikut turn. Kali kedua ibu babah KECEWA dgn kecemasan hosp govern So keadaan adik yg mcmtu mmg tak boleh dah ibu babah nak tunggu turn so bwk adik terus ke kecemasa Hosp Pantai. Dan bila dekat situ dr cakap adik dah sangat teruk keadaan dia so pihak hosp takda peralatan nak support adik punya sakit tu. So dr pantai buat surat terus refer ke kecemasan HSAH. Bila sampai di kecemasan HSAH adik terus masuk zone kuning. Ibu dukung adik sampai kali terakhir adik masuk sone merah. Time tu ibu rasa luluhnya hati ibu sebab adik terus kena tolak ke zone merah sebab keadaan adik sangat tenat dah Tak sempat ibu nak cium adik buat kali terakhir sebab Dr dkt situ dh nak buat procedure dkt adik. Lemahnya ibu dgn babah time tu. Tapi ibu babah cuba kuatkan semangat sebab ibu babah percaya adik akan kuat.
Sampaikan Dr dah minta izin dkt ibu babah nak masuk wayar dkt mulut adik dan nafas melalui mesin. Time tu ibu mampu cakap dkt dr, dr buatlah yang terbaik utk anak ibu. Tak sanggup ibu babah nak tengok adik kena masuk wayar sana sini. Allah
Tak fikir akan ditinggalkan, doktor kata keadaan sangat kritikal & boleh meninggal bila-bila masa
Bila dah siap dkt zone merah dr tolak adik masuk ke NICU. Dekat situ ibu tak pernah langsung terpikir yg adik akan p tinggal ibu. Yg ibu pikir adik akan sembuh adik kuat semangat. Tak henti doa ibu babah dkt adik. Dr mai tanya ibu babah tentang adik. Dari A-Z ibu cerita. Bila Dr kata keadaan adik sangat kritikal dan bila2 masa baby akan meninggal. Time tu Allah saja yg tahu apa yg ibu babah rasa. Anak ibu Allahuakbar. Dr kata dari pukul 2-6pagi respon adik sangatlah sikit. Dr masih cuba yg terbaik utk adik. Ibu nak sangat bagi adik menyusu time tu sebab last adik minum pukul 11 semalam saja sebelum bwk adik p hosp. Tapi adik kena puasa. Dalam pukul 8pagi mcmtu ibu babah tengok dr dah kalut2 p dkt adik rupanya time tu jantung adik dah stop sekejap then dr buat cpr. Allah kesian anak ibu time tu dok tahan sakit
Waktu itu adik sudah tak larat, tepat jam 10 pagi bertemu PenciptaNya. Allah lebih sayang padanya
Then bila kali kedua pukul 9++ pagi jantung adik stop lagi dr cuba lagi yg terbaik utk adik. Tapi adik dah tak mampu adik dah tak larat. Pukul 10pagi adik pergi menghadap pencipta adik. Ibu babah minta maaf sebab takda dkt sisi adik time adik menghembuskan nafas adik sebab dr tengah buat procedure. Adik p dengan tenang tanpa sekelumit pon menyusahkan ibu dgn babah. Time tu ibu tak mampu nak berkata apa. Kosong jiwa ibu Allahu. Bertapa hebatnya kuasa DIA. Ibu babah terlalu sayang anak ibu babah tetapi Pencipta adik lebih sayang adik melebihi segalanya.
Doktor beritahu adik dihydrated & menyebabkan kuman merebak dalam darah. Keseluruhan badan sudah dijangkiti kuman.
Dr cakap badan adik dihyrated masa demam dan menyebabkan kuman merebak dlm darah adik. Keseluruhan badan adik dah dijangkiti kuman. Terlalu cepat benda ni jadi. Sekelip mata Allah ambik anak ibu babah. Allahu. Ibu babah redha dengan ikhlas Allah ambik Anaqi Tsaqeef. Adik doakan ibu dgn babah kuat ya sayang. Ibu babah dah jaga adik yg terbaik bagai menatang minyak yg penuh tapi ibu yakin Allah akan jaga adik lagi terbaik. InshaAllah anak syurga ibu, tunggu ibu dgn babah dekat sana naa. Anaqi Tsaqeef penghuni pertama rahim ibu zuriat pertama ibu dgn babah. Tetap dlm hati ibu babah sampai akhir hayat ibu babah
Sedaya upaya ibu babah dah cuba utk adik tapi mmg dah tertulis setakat tu saja adik dok dgn ibu babah. Mungkin apa yg terjadi dgn sekelip mata ni ASBAB saja sebelum Allah nak ambil adik
Anaqi Tsaqeef anak yang sangat baik. Paling sempurna. Hensem, comel, putih, baik. Sepanjang menjaga adik dari dalam pantang sampai ke akhir hayat adik sangat mudah. Rindu ibu babah dkt adik takkan hilang. Moga Allah beri kekuatan luar biasa utk ibu dgn babah tempuh ujian ni. InshaAllah
Damailah anak syurga ibu babah disana
Anaqi Tsaqeef Bin Muhammad Ikhwan
10 Mei 2019 – 23 September 2019
Dah berlari-lari dekat Taman Syurga
Perkara terindah dalam hidup
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Guna Bunga Raya Putih, Limau Nipis & Bunga Cengkih Turunkan Suhu Badan Tinggi
Bila anak-anak demam tentunya ibu-ibu jadi susah. Kerisauan menjadi bertambah-tambah bila si anak jenis susah hendak makan ubat. Mana mungkin tidur malam si ibu menjadi lena gara-gara memikirkan keadaan kesihatan anak yang sedang sakit.
Ini ada cara untuk menurunkan suhu badan anak-anak kita yang tinggi. Ikuti perkongsian bermanfaat daripada Cik Puan Ammy
Jumaat lalu, Mahsuri demam. Panas badannya. Setelah mendapat rawatan dan doktor mengesahkan ianya hanya demam biasa, saya lega. Seperti biasa Mahsuri telah dibekalkan dengan pelbagai ubat-ubatan seperti ubat batuk dan demam tetapi dia amat ‘culas’ nak makan ubat.
Mengikut sukatan yang diberikan saya yakin hanya ‘suku’ sahaja berjaya masuk ke perut. Demamnya ‘on’ ‘off’, adakalanya suhu badannya ‘normal’ dan adakalanya suhu badannya naik mendadak. Makan dan minum lansung tidak disentuhnya, hanya susu semata-mata. Pilu sungguh hati saya bila tiap kali Mahsuri merengek…
“Awww mama akit yot ma…”
Bila tidak mahu makan, perut dah masuk angin… Menyusu jer seharian…
“Awww mama… Ebas aki maaa…”
“Awww mama… Ejuk maaa… Xnk andi maaa…”
Kadang kala kakinya kebas kerana hanya baring saja sebab tiada tenaga nak berjalan atau duduk.
GALI PETUA LAMA
Bila hati dah runsing… Mula lah otak saya bekerja keras ‘menggali’ petua lama arwah nenek. Teringat pada satu cara iaitu air ramasan bunga raya buat mandian untuk orang demam… Dulu masa saya kecil, tiap kali demam memang payah nak ke klinik dan ‘culas’ nak makan ubat.
Nenek akan ramas daun bunga raya putih bersama beberapa biji limau nipis dan beberapa tangkai bunga cengkih juga dicampur sekali ke dalam mandian (untuk Mahsuri, saya gunakan 10 tangkai bunga cengkih).
Ramas daun bunga raya hingga keluar lendirnya… Begitu juga dengan limau nipis, ramas-ramas sehingga keluar airnya. Letak dalam ‘besen’ besar bersama air bersuhu biasa maka berendam lah saya didalamnya.
Alhamdulillah demam saya tak panjang… Jadi, bila sahaja saya dapat beberapa tangkai daun bunga raya yang dipetik ditepi-tepi jalan semasa dalam perjalanan nak pergi berniaga, kebetulan pula ada baki beberapa biji lemon di dalam peti, saya terus jalankan ‘misi’. Menjerit-jerit Mahsuri kerana mandi di malam-malam hari walaupun menggunakan air suam…
MANDI DUA MALAM BERTURUT-TURUT
Dua malam berturut-turut saya mandikan Mahsuri walaupun dia menjerit kesejukkan… Nak jadi mak-mak hati kena kental… Puas hati saya bila dapati hasilnya, suhu badan Mahsuri kembali normal dan alhamdulillah dalam 24 jam suhu badannya tetap normal dan Mahsuri kembali aktif. Makan dan minum seperti biasa.
Arwah nenek kata pokok bunga raya ni sebenarnya banyak khasiatnya terutamanya dari sejenis bunga raya putih. Daun bunga raya putih boleh menurunkan suhu badan. Ada juga yang menggunakannya sebagai melebatkan rambut dan menghilangkan gatal-gatal dan kurap di badan.
Banyak petua yang arwah nenek kongsikan cuma nak kena ‘cari gali’ lagi lah memandangkan faktor usia dah meningkat… Itu untungnya bila membesar di depan mata nenek… Macam- macam petua yang nenek ada. In sha Allah ada kelapangan nanti saya akan kongsi bersama ya…
Rezeki Mahsuri, bila sihat jer dapat hadiah, babanya belikan basikal baru. Semoga murah rezki awak En Suami kerana selalu bermurah hati dengan saya dan anak-anak… Amin…
Sumber kredit: Cik Puan Ammy
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI