Sebelum berkahwin kita memang tidak mengenali sikap sebenar seorang suami itu. Adakah dia seorang yang penyayang, pemurah ataupun bersikap baran.
Jika dapat yang penyayang dan pemurah, kita dikatakan isteri yang sangat beruntung. Tetapi bagaimana pula jika dikurniakan jodoh dengan mereka yang bersikap panas baran.
Pengguna sosial media hari ini lebih mudah terdedah kepada bala berbanding kebaikan jika tersalah guna.
Kena jadi orang yang cerdik untuk mendapat banyak manfaat daripadanya. Tapis segala perkara yang nak di sebarkan, takut-takut dari suka-suka boleh datang bala.
Dunia digital tanpa sempadan hari ini menerusi sosial media sebenarnya banyak memudahkan urusan kerja kita sebagai medium komunikasi untuk mempromosikan aktiviti, perkongsian ilmu agama, produk dan perniagaan selain mendapat berita-berita terkini semasa.
Dalam keseronokan memberitahu dunia aktiviti dan kisah kita, ada mata-mata yang memerhati dan merancang strategi. Ingat ya, bukan semua orang di dunia ini mempunyai hati yang baik.
Lagi banyak yang kita dedahkan hal urusan peribadi kita, lagi banyak peluang penjenayah merancang jenayah. Lagi banyak kita sebarkan gambar dan kisah kejahilan kita, lagi banyak kita menyumbang kepada fitnah dunia.
Menurut ustaz Don Daniyal dalam satu ceramahnya, media yang ada hari ini tidak bersalah. Yang salah adalah cara kita gunakannya. Apa yang kita sudah buat terutamanya para wanita dalam media internet?
Sebagai contoh, ramai orang apabila menggunakan sosial media, selalu over expose benda atau perkara diri kita. Segala perkara nak disebarkan. Ini akan mengundang bala kepada kita sebab orang luar sana sedang mengintai hendak berbuat benda jahat terhadap kita dan keluarga.
Memberi satu contoh yang terjadi, ustaz Don menceritakan bagaimana seorang wanita bersama neneknya dirompak di rumah oleh penjenayah yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Hanya kerana wanita itu berswafoto bersama neneknya yang sedang duduk di atas kerusia roda, penjenayah telah menggunakan maklumat ini sebagai bahan pemula jenayah.
Penjenayah telah mengesan alamat wanita itu, dan menggunakan kerusi roda sebagai umpan meyakinkan wanita dan nenek tersebut. Dek kerana sangat yakin penjenayah itu wakil dari JKM, maka mereka mengizin masuk ke rumah. Dan seterusnya berlakulah rompakan terancang hanya disebabkan gambar swafoto mereka.
Ini belum lagi kisah disihir. Gambar-gambar kita sekeluarga yang banyak disebarkan dalam sosial media menjadi pemudah cara kepada orang yang ingin melakukan sihir terhadap kita.
Gambar-gambar anak-anak remaja kita yang melakukan aktiviti tidak senonoh akan terus kekal di sosial media walaupun sudah bertaubat.
Gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat seperti artis yang kini sudah bertaubat akan terus tersebar dan kekal di dalam sosial media hingga akhir hayatnya.
Ustaz juga mengulas bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM) turut menerima banyak permintaan daripada ibu bapa, guru dan pensyarah untuk memadamkan semua gambar tidak elok anak-anak, pelajar dan diri mereka sendiri.
Malang sekali SKMM tidak ada kuasa untuk memadamkannya kerana bukan mereka yang menguruskan domain platform terbabit. Jika hendak buang perlu berurusan dengan pihak Facebook sebagai contoh.
Kashoorga: Kita tahu buruk baik, namun kita tetap berdegil dan sanggup mengundang bahaya. Kesejahteraan diri dan masyarakat sekeliling adalah tanggungjawab bersama. Jadilah pengguna media sosial yang bijak.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sekian lama mencipta nama sebagai penyanyi tersohor, memiliki produk kecantikan atas nama Simply Siti, terkini, Dato Sri Siti Nurhaliza melancarkan koleksi hijab atas jenamanya sendiri. Mendapat inspirasi dari nama anak sulungnya, Siti Aafiyah, koleksi tudung ini diberi nama Afiya.
Dalam satu perkongsian di instagramnya, @ctdk memaklumkan ini impiannya sejak memakai tudung pada tahun 2013 iaitu pada permulaan Ramadan tahun tersebut.
“Memiliki jenama hijab dan muslimah modest wear sendiri merupakan impian saya sejak saya mula berhijab. Alhamdulillah, setelah beberapa siri pertemuan dan perbincangan, impian itu akhirnya telah direalisasikan apabila pereka fesyen tersohor tanah air, Dato @jmandagie sudi untuk bekerjasama bersama saya dalam menghasilkan rekaan dari kualiti material yang terbaik, design yang eksklusif dan trendy pada harga mampu milik di @afiya.my.
Dijual pada harga RM129, diperbuat dari textured satin, datang dengan dua pilihan long shawl dan square shawls ini begitu mudah dibentuk, bebas renyuk, minimum ironing, berat, lembut dan flowy bagi mereka yang sukakannya.
Ternyata, 25 tahun dalam industri seni, penyanyi tersohor ini masih lagi menjadi kesayangan peminat-peminatnya kerana dirinya jarang mencipta sebarang kontroversi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Anak ada lima orang tapi semua perempuan, tiap kali ke rumah saudara mara mesti ada yang berkata, “semua perempuan ni, kena beranak lagi ni untuk dapat lelaki.”
Ini memang situasi biasa bagi pasangan suami isteri yang mempunyai ramai anak sama jantina. Nampak remeh tetapi apabila asyik di tanya soalan yang sama hati mana yang tidak terkilan dan sedih. Mana tidaknya anak itu rezeki Allah SWT, dan bukan kita yang mampu menentukan jantinanya.
Buat pasangan yang berada dalam situasi ini mungkin boleh berlapang dada mendengar nasihat dari Ustazah Asma’ Harun, yang juga pernah ditanya soalan demikian.
Kepada yang bertanya dan bersedih
Sering saya ditanya, “ustazah ada tak amalan, doa atau tips untuk dapat anak perempuan?, anak saya 4 orang semua lelaki, teringin sangat nak anak perempuan, saya stress dengan provokasi & pertanyaan orang “.
Ustazah, “salah ke jika semua anak saya perempuan, 6 orang, saya letih dan stress dengan ayat suruh beranak lagi, mana tahu dapat lelaki, supaya ada wakil jadi imam atau yang angkat jenazah kita esok..macam² ustazah orang cakap.”
Kepada yang suka tanya atau bagi cadangan tentang jantina anak orang, paling manis cukuplah mendoakan dalam waktu yang sama memberikan kata² yang positif.
Saya sendiri, bila tengok seseorang yang memiliki ramai anak tapi satu jantina, di antara yang selalu saya katakan..
“SubhanAllah, semua anak lelaki ya, tak apa. Nanti dapat semua anak perempuan ekspres, menantu esok esok , untung juga semua anak lelaki, cukup untuk angkat jenazah kita 4 penjuru. SubhanAllah..”
“Alhamdulillah, semua anak perempuan comel-comel, ramailah pembantu kat rumah ya, insyaAllah anak-anak ni esok melahirkan ramai pejuang agama Allah, darah daging puan juga..”
Dan lain-lain cara membahagiakan mereka.
Tuan Puan,
Ada yang dah nikah lama belum ada anak. Ada yang sampai tua tak ada anak. Ada yang nak sangat nikah belum bertemu jodohnya, apatah lagi ada anak. Ada yang ada anak semuanya sakit kronik. Ada yang ada satu sahaja anak dan anak itu meninggal dunia. Ada yang meninggal kerana melahirkan anak.
Dan pelbagai lagi kisah dengan “anak”.
Pertama, jika kita ditanya tentang anak semua sama jantina, jawablah ia adalah kurnian Allah swt, baca dan fahamilah firman Allah dibawah :
“Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki”,
“Atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa”.
Allahu Akbar, Allah maha mengetahui atas setiap pemberian dan ketetapanNya. Hikmah di sebalik ketetapan itu akan dirasai oleh orang mu’min, sungguh segala ketetapan Allah itu adalah yang terbaik dan sempurna.
Kepada yang teringin nak anak, sama ada dah nikah atau belum, atau dah sampai tua tetap tidak ada anak. Percayalah, semua yang kita inginkan namun tidak dapat di dunia ini, lalu kita sabar, redha dan bersangka baik, yakinlah akan diberikan di Syurga kelak .
Selalu saya jawab, maaf tak ada tip, mungkin saintis ada jawaban, wallahua’lam. Tapi tentang doa, silakan doa dengan ayat sendiri, ayat umum atau khusus. Allah Maha Mengetahui keinginan yang terkandung di dalam hati.
Soal boleh ke tidak minta doa jantina anak, iya boleh, silakan.. Sebagai hamba kita berhak meminta dengan cara kita, sebagai Tuhan, Allah berhak menunaikan permintaan kita dengan cara-Nya.
Cuma yang jauh lebih utama daripada isu jantina anak, banyakkanlah berdoa agar dapat anak yang soleh, Surah As-saffat 100 :
رَبِّ هَبۡ لِىۡ مِنَ الصّٰلِحِيۡنَ
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku zuriat yang termasuk orang yang shalih.”