Ajal maut sudah tertulis di luh mahfuz lagi. Tiada yang mampu menolak takdir satu ini. Namun sebagai hambaNya, sudah pasti soal kematian itu ada dalam kamus fikiran kita.

Bila, bagaimana saatnya dan lain-lain pertanyaan lagi. Hal sama pastinya menjadi pertanyaan bila orang terdekat dengan kita diuji sakit kronik dan tiada lagi harapan diberikan doktor.

Satu perkongsian dari skuad unit van jenazah percuma, Mr Wan Cai dari UKVJ cukup meruntun hati. Pasti di saat pasangan diuji dengan sakit yang tiada kesembuhan, pasti kita tertanya-tanya bagaimana mahu menguruskan jenazah pasangan? Setidaknya membuat persiapan kalau masanya sudah tiba, sebagaimana janji Allah di luh mahfuz.

Kalau isteri saya meninggal dunia dengan siapa saya nak minta urus?

Isteri saya ada di Hospital Sultanah Bahiyah. La ni dah tiada harapan. Ini kata-kata dari seorang suami kepada saya petang semalam. Doktor memberitahu isterinya tiada harapan untuk hidup lagi. Saluran darah dikepala sudah tersumbat. Si isteri juga bergantung pada alat bantuan pernafasan.

Peluang untuk hidup sangat tipis. Tujuan si suami menghubungi saya dengan niat untuk membuat persediaan awal. Bagi saya apa yang dilakukan oleh si suami tidak salah. Beliau tak nak kalut bila isterinya tiba-tiba meninggal dunia. Doktor dah bagi kata dua dan minta beliau bersedia jika berlaku sebarang kemungkinan.

Ajal maut Allah yang tentukan. Pukul 05.14 petang si isteri menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah puas bertarung nyawa. Si suami menghubungi untuk maklumkan mengenai berita kematian isterinya. Beliau mahu menggunakan khidmat UKVJ tetapi katanya ada sedikit masalah.

“Kalau Isteri Meninggal, Siapa Nak Uruskan..” Syahdu Permintaan Suami Di Saat Terakhir Hayat Isteri
Jenazah isteri berusia 39 tahun ini selamat dikebumikan menjelang tengah malam

Kata suami arwah :-

IKLAN

Saya ni dah lama follow tuan. Tapi adik beradik saya tak percaya pada unit tuan. Saya sebagai suami nak tuan yang uruskan. Ini kata-kata si suami kepada saya. Owh baru saya faham. Rupa-rupanya ada ahli keluarga lain yang tidak percaya pada team kami.

Tetapi saya tidak boleh salah mereka. Mungkin mereka tidak pernah tahu tentang kewujudan Unit Khas Van Jenazah. Saya berfikiran baik. Tak semua orang main media sosial ni kan. Lagi pun kami bukan lah siapa-siapa.

Saya minta si suami yakinkan ahli keluarganya yang lain. Si suami kena berkeras kalau nak kami bantu. Akhirnya Allah mudahkan urusan kami dan arwah. Ahli keluarga yang lain akur juga. Mereka bersetuju untuk kami bantu.

Susah juga nak buat perkara baik ni. Ada sahaja cabarannya. Mujur Allah sentiasa bantu saya dan rakan-rakan. Rakan-rakan UKVJ Kedah terus bergegas ke Hospital Sultanah setelah gambar permit kematian diterima. Pengurusan buat Allahyarhamah Shafidamasni Binti Shafee telah dilakukan dibilik forensik hospital.

IKLAN

Suami arwah meminta izin jenazah isterinya dibawa pulang sebentar kerumahnya di Jalan Datuk Kumbar. Katanya anak-anak nak lihat wajah ibu mereka buat pelepas rindu untuk kali terakhir. 3 rakan yang bertugas menuruti permintaan si suami tanda memahami.

Setiap jenazah mempunyai hak untuk diberi penghormatan terakhir. Sebagai pengurusan jenazah jangan kita nafikan. Beri peluang kepada ahli keluarga cium dan peluk puas-puas jasad insan yang mereka sayangi.

Kalau ada yang cium sampai airmata kesedihan terkena pada wajah jenazah biarkan sahaja. Jangan dimarah atau dilarang. Tak salah pun kalau airmata mereka terkena jenazah atau pada kain kafan. Asalkan bukan meraung atau meratap didepan jenazah.

Kalau ada yang tegur airmata jangan sampai jatuh pada jenazah pedulikan. Itu khilaf yang sering berlaku dalam masyarakat melayu islam kita.

IKLAN

Sebagai contoh, jika seorang suami mahu mencium dan memeluk jasad isteri lama-lama buat kali terakhir.. Kalau pun suami itu menangis dan airmatanya terkena pada kain kafan tidak mengapa. Kerana tiada hadis atau nas yang mengatakan tidak boleh.

Di saat itulah si suami mungkin sedang berbisik kepada isterinya. Si suami mahu memaafkan dan menghalalkan segala makan minum buat isteri tercinta. Jadi jangan dilarang perbuatan yang dilakukan oleh si suami. Yang tak boleh itu bila kita meraung atau meratap dihadapan jenazah atau sewaktu kematiannya. Ianya dilarang keras oleh Rasulullah SAW.

Ok kita sambung semula kisah pengurusan jenazah ibu berusia 39 tadi. Selesai diberi penghormatan oleh anak-anak dan ahli keluarga yang lain. 3 rakan yang bertugas terus membawa jenazah menuju ke lokasi tanah perkuburan seperti yang dipinta.

Permintaan dari ahli keluarga arwah mahu jenazah dikebumikan di Arau Perlis. Rakan² UKVJ Kedah hanya menuruti permintaan tersebut. Alhamdulillah jenazah akhirnya selamat disemadikan sekitar pukul 10.45 malam tadi ditanah perkuburan Islam Masjid Arau Perlis. Turut membantu ditanah perkuburan tadi ialah abang zan dari team VJWP..

Alhamdulillah, Hasrat suami arwah nak guna khidmat UKVJ tercapai jua. Semuanya dipermudahkan dengan izin Allah SWT. Tahniah UKVJ Kedah. Kalian wira kepada suami arwah.

Berminat untuk sama² membantu ummah?
Salurkan sumbangan anda ke nombor akaun rasmi kami :-
8603746447 CIMB BANK PERTUBUHAN UKHUWAH KEBAJIKAN VAN JELATA SELANGOR

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI