‘Bila orang minta tolong, jangan kata tak boleh atau menyusahkan.’ Usaha gembirakan hati orang, insyallah pahala ganjarannya. Tak percayalah lakukanlah, pasti ada berkat dan hikmah di setiap perbuatan baik yang kita lakukan.

Kadang-kadang timbul kurang senang bila ada orang minta bantuan kita apatah lagi diminta melakukan perkara-perkara yang kita tak suka dan membebankan. Tapi percayalah bila kita ikhlas membantu, Allah akan permudahkan.

Seperti mana yang dikongsikan oleh Ustaz Abu Hurairah Roslan ini.

Artikel Berkaitan

‘Jangan Marah, Berkali-Kali Rasulullah Pesan.’ Cuba Diam, Pause Sekejap Bila Emosi Tak Stabil!

Bila Orang Minta Tolong

Seorang isteri minta tolong saya. Sempena ulangtahun suaminya dia nak hadiahkan satu telefon.

Cuma, memang model hangat. Kena pre-order dan nak dapatkannya memang susah dan payah.

“Saya tak janji puan. Cuma akan berusaha.”

“Tolong ya Encik. Saya akan bagi saguhati lebih kalau encik berjaya dapatkan.”

Jangan Kata Tak Boleh

Fuh! Memang real saya nak cari entah dekat mana ni. Tak apa, saya cuba saja.

Semalam,
Ada seorang pelanggan cina minta datang kedai dia sebab komputer masalah.

“You dapat mana nombor saya?”

“Oh. You tau kan Cindy? Before this you pernah baiki laptop dia meh”

“Ya. Betul. You dekat Kepong juga ke?”

“Yep. Datang ofis saya ya. Urgent!”

Atau Menyusahkan

Saya pun datang. Servis semua. Sambil sembang-sembang tentang komputer, pelanggan tanya saya.

IKLAN

“Sorry tanya. I pening lah. I suruh suami beli phone untuk saya lah kan. Tapi wrong model. Aiya. I marah betul sampai gaduh woo”

“Oh yeke? Aiseh”

“Lelaki macam tu kan? Every man like this”

Saya gelak kecil. Besar sangat memalukan kaum sendiri pula.

“You silap cakap kot dekat husband?”

“Tak! I cakap dia model ni. Dia kata ok. End then sampai phone ar, i maki lah”

“Jangan macam tu lah. Tak baik tau. Kesian dia. Apa phone dia silap beli tu”

“Yelah. Sudah dua hari dia silent saja. Tapi dia salah meh”

“Takpe. Phone apa dia silap beli?”

“Sekejap saya ambil. Sealed lagi. Belum buka. Free gift semua dapat”

IKLAN

Saya pun tunggu dia bawa keluar phone yang suami silap beli tu.

Usaha Gembirakan

Boleh bayang macamana kena dengan isteri dia ni.

Garang sungguh aih.

“Ha! Ni phone dia”

Ya Tuhan! Terkejut saya sebab handphone yang suaminya dia beli tu adalah handphone yang puan minta cari untuk suami dia tu.

Hati Orang

Memang terkejut saya sampai terdiam.

“Encik? Why you shock? Macam kejut saja you”

“Miss you tak mau kan phone ni? You nak jual tak?” Tanya saya.

“You mau ka? Saya memang tak mau. Sebab model salah. Dapat jual i beli model yang betul punya”

IKLAN

“Yes. Sebab ada pelanggan saya cari. Dia nak bagi suami dia. Itu gift for anniversary lah. Hehe”

“Aiiiiyo. So sweet lah. You cakap macam tu, i terus ingat suami i lah. Aiyooo…i marah sangat masa tu”

“Ok miss. Berapa nak jual? Serius saya bayar sekarang juga”

“Dia beli RM4599. Oklah, RM4000 ok?”
Deal.

Baca Di Sini

Hidup Keseorangan Di Usia Tua. Pakcik Selalu Kena Marah & Dihalau Sebelum Allah Hantar Pertolongan

Insyallah Pahala Ganjarannya

Begitulah hidup.
Ada yang tak kena pada kita, namun rupanya ada yang Tuhan susun lain.

Ada yang kita tak setuju, namun ada hikmah yang Tuhan susun.
Hidup memang susah.

Namun, yang jadikan ia mudah dan indah, adalah hikmah.

Hikmah adalah nikmat yang disembunyikan Tuhan. Kejutan buat mereka yang mahu percaya.

#sweeterapi

Kashoorga : Alhamdulillah bila kita ikhlas, Allah akan beri lebih banyak nikmat tanpa kita minta.

Sumber : Ustaz Abu Hurairah Roslan

Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI