Aurat bagi seorang wanita muslimah baligh adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua-dua telapak tangan. Menutup aurat untuk wanita-wanita Islam muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut oleh Islam.
Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Ada yang mengistilahkan cara berpakaian begini sebagai separuh telanjang; menutup tubuh tetapi masih menampakkan bentuk tubuh yang menggoda ajnabi.
Bagi muslimah yang belum berkahwin, dia bertanggungjawab ke atas segala perbuatannya memandangkan mereka sudah dewasa dan mendapat pendidikan cukup daripada keluarga.
Sungguhpun begitu. Sekiranya dia ada ayah atau saudara kandung lelaki, menjadi kewajipan mereka memastikan anak atau adik perempuan itu menutup aurat.
Suami harus sabar dan terus berusaha menasihati isteri untuk menutup aurat. Jangan pernah putus asa.
Sebagaimana firman Allah:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;
“dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan
“dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya” (Surah An-Nur : Ayat 31)
Ads
Berdasarkan ayat di atas jelaslah bahawa Islam adalah agama yang mementingkan keselamatan harta benda dan jiwa raga.
Islam telah menggariskan beberapa panduan khususnya pada wanita supaya menjaga aurat daripada tercebur ke lembah perzinaan demi untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup mereka di dunia dan akhirat.
Oleh kerana itu, sebagai seorang suami yang soleh dan bijak, tentu kita wajib menasihati pasangan hidup kita agar menutup aurat supaya tidak mendapat dosa kerana melalaikan perintah Allah SWT di atas.
Sebagai seorang isteri pula, selain dia bertanggungjawab atas segala perbuatannya, sang suami turut dipertanggungjawabkan ke atas segala perbuatan isteri. Tugas suami adalah menjadi ketua keluarga yang perlu memastikan isteri serta anak-anak patuh kepada arahan agama.
Ads
Jika suami gagal melaksanakan tugas menasihati isteri, ini bermakna lelaki itu akan termasuk dalam salah satu ciri lelaki yang tidak akan dilihat Allah SWT pada hari kiamat.
Kategori suami seperti ini adalah termasuk dalam kategori suami dayus iaitu langsung tidak mampu memperbaiki akhlak isteri, tidak punya rasa malu atau cemburu terhadap perbuatan isterinya. Situasi ini dikenali sebagai diyatsah.
Rasulullah SAW bersabda:
Ada tiga orang yang tidak akan dilihat Allah pada hari kiamat: orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki, dan lelaki dayus. (HR. An Nasai dan Ahmad)
Tidak ada seorang pun ulama menolak kewajiban menutup aurat. Sedangkan aurat wanita menurut jumhur ulama adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.
Oleh kerana itu, jika kita sebagai suami tidak ingin termasuk dalam kategori lelaki dayus, maka mulai saat ini kita nasihati isteri kita secara berhikmah, baik langsung mahupun tidak langsung.
Ads
Cara menasihati yang terbaik adalah dengan menjelaskan perintah Allah SWT tentang kewajiban menutup aurat bagi perempuan muslim, tentu menasihatinya dengan cara ma’ruf tanpa harus membentak-bentak atau memarahinya.
Anak-anak perempuan yang sudah baligh harus diwajibkan menutup aurat tanpa krompomi.
Hakikatnya, isteri faham kewajipan menutup aurat, namun usaha perlu ada
ke arah perubahan baik. Dengan ada usaha dan kesungguhan InsyaALlah akan dikurniakan hidayah.
Namun perkara menutup aurat ini perlu ditangani segera kerana menutup aurat bagi seorang muslimah adalah seperti menunaikan hak Allah. Tiada idtilah belum tiba masa atau belum dapat hidayah. Hidayah bukan datang bergolek. Ia perlu dicari dengan usaha dan istikamah.
Kashoorga: Kepada para suami, semoga anda diberikan kesabaran dan terus gigih menasihati isteri berubah. Manakala isteri pula, sanggupkah anda menjadikan suami sebagai lelaki dayus? Balasan untuknya di akhirat nanti juga berat semata-mata kedegilan anda.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menurutnya bukan selalu dia dapat melakukan #tarannumchallenge dengan adik beradiknya. Ternyata video ini mendapat tontonan lebih setengah juta daripada warganet.
Masing-masing teruja melihat perkongsian ini dan turut memuji cara adik beradik ini untuk menarik minat remaja dan orang lain untuk mengikuti pengajian tarannum seperti yang dilakukannya di media sosial miliknya.
Anak sulung.
Video viral yang dilakukan di tepi pantai bersama adik beradiknya ini telah menarik lebih 600 ribu orang untuk menyaksikan tarannum challange ini.
Anak kedua.
Ternyata dia bersama adik berdaiknya bertarannum dengan begitu bagus sekali, malah membuktikan bahawa mereka adik beradik sangat mencintai Al-Quran.
Anak ketiga.
Apa yang bagusnya dia turut mengajak warganet untuk turut sama-sama membuat tarannum challange ini bersama ahli keluarga lain.
Anak keempat.
Perkongsian ini turut mendapat respon baik dari warganet. Masing-masing memuji suara merdu adik-beradik ini kala bertarannum.
sihati_berdarah MashaAllah..Video mcm ni la ptut di viralkan ..dri vdeo yg merepek2. tahniah.alhamdulillah.smga kluarga kamu dikurniakn darjat yg tinggi serta dlm lindungan Rahmat Allah S.W.T Aamiin
mohainijalil Alhamdulillah… Satu family terdidik dengan baik… Saya mencemburi kalian semua… Semoga saya satu hari nnti dpt membaca dengan lancar seperti kalian… Aamiin
Cinta itu indah.. Jika cinta itu kerana ALLAH..kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..
Rindu itu indah… Jika rindu kerana ALLAH…kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…
Kegembiraan itu indah.. Jika gembira kerana ALLAH…kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…
Sedih itu indah.. Jika sedih kerana ALLAH..kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…
Gambar sekadar hiasan.
Bosan itu indah.. Jika bosan kerana ALLAH..kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu bosankan…
Kesibukan itu indah.. Jika sibuk kerana ALLAH..kerana sibuk itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan…
Kesusahan dan derita itu indah.. Jika ia kerana ALLAH..kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..
Maka, niatlah segala perasaan kita hanya untuk ALLAH..HANYA UNTUK MENDAPATKAN KEREDHAAN ALLAH…
JUJURLAH kepada ALLAH.. atas segala yang menimpa kamu… atas segala yang diperbuatkan oleh kamu..dan KEMBALIKANLAH SEGALA PERASAAN itu kepada ALLAH kembali..kerana ALLAH jua lah yang memberi segala perasaan itu..
Jika ia MEMBERI KEBAIKAN dan menghapuskan dosa-dosa untuk kamu, menyempunakan diri kamu di kemudian hari, maka minta DIKEKALKAN perasaan itu..dan BERUSAHA lah untuk muhasbah diri..cari di mana KELALAIAN kamu selama ini dan BERUSAHALAH untuk memperbaiki diri…
Jika perasaan itu MENAMBAHKAN DOSA-DOSA kamu, maka MOHONLAH DIHILANGKAN ..kerana takut akan MURKA, AZAB ALLAH di ‘sana’ nanti..
SERAHLAH DIRI kepada ALLAH..dalam APA sahaja yang berlaku kepada kamu.. InsyaALLAH, ALLAH akan mengembalikan kembali perasaan-perasaan kamu itu mengikut apa yang TERBAIK untuk kamu…
Percayalah, ALLAH TIDAK PERNAH menyiksa kamu, kerana bukan itu tujuan kamu diciptakan..
ALLAH sentiasa merindui dan mencintai kamu hamba-hambaNYA Lebih dari segala yang ada di muka bumi ini…
solatt
ALLAH memberi perasaan-perasaan itu untuk memberi ‘Isyarat’ CINTA dan KASIH SAYANG NYA untuk kamu KEMBALI tenang HANYA jika BERSAMANYA…
JIka masih belum ketemui ‘keindahan’ itu, sekurang-kurangnya kamu mendapat REDHA ALLAH..kerana kamu MENGINGATI DIA dan BERNIAT HANYA KERANA DIA di setiap apa sahaja yang menimpa kamu…
Apakah yang lebih bernilai dari REDHA ALLAH dari RAHMAT ALLAH dari KETENANGAN dari ALLAH dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan ‘BERSAMA’ ALLAH
InsyaALLAH..kamu, kita semua akan ketemu ‘keindahan’ itu… Jika kerana ALLAH. PERCAYALAH..
Maksudnya: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).” Surah al-Qasas (56)
Dian Sastrowardoyo antara pelakon terkenal Indonesia yang cukup dikenali peminatnya di sini. Filem lakonannya Ada Apa Dengan Cinta berjaya menambat hati perhatian peminatnya. Memiliki wajah cantik dan keperibadian menarik, sudah pasti cerita mengenainya memeluk Islam menarik perhatian peminat. Mengucap dua kalimah syahadah pada 2002 dahulu, namun tidak ramai tahu kisah di sebalik pengislamannya.
Lahir di Indonesia, negara ini sememangnya terkenal dengan banyaknya agama kepercayaan. Ada menganut Islam, Kristian, Katolik, Hindu hingga Buddha di mana toleransi agama kerap diperbincangkan di negara ini. Ayahnya sendiri beragama Buddha sedangkan ibunya masih berpegang pada agama Katolik.
Dipetik dari saluran YouTube Daniel Mananta, Dian berkongsi bagaimana penghijrahan agamanya bermula.
Dari usia 17 tahun mencari jawaban mengenai persoalan kiamat
Sejak dari usianya 17 tahun lagi, Dian sudah bertanyakan persoalan mengenai kiamat. Antara jawaban dicarinya kalau hari kiamat itu kalau suatu hari dunia hancur kenapa manusia itu diciptakan?
“Saya mencari semua jawaban itu dari pelbagai penganut termasuk Buddha, pendeta Kristian, Hindu dan dirinya menemui berbagai jawaban namun tiada satu pun logik pada pemikirannya. Sehinggalah pada satu hari saudaranya mengajak bertemu seorang Ustaz untuk mengikuti pengajian agama.
Di kesempatan bertemu Ustaz inilah, persoalan mengenai kiamat ditanyakannya kembali.
“Jawaban diberikan Ustaz benar-benar logik pada pemikiran saya dan dari situ saya mula mendalami Islam sedikit demi sedikit sebelum mengucap dua kalimah syahadah pada usia 22 tahun. Lima tahun saya mencari jawaban ini dan akhirnya bertemu apa yang saya mahukan,” katanya lagi.
Malah jika kita lahir sebagai seorang beragama Islam sentiasalah berdoa kepada Allah agar ditetapkan hati kita dan sentiasa berpegang teguh kepada yang Maha Esa.
Maksudnya: “Ya Allah berikanlah petunjuk kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau beri petunjuk, Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan, Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan, Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan, Dan selamatkan aku dengan rahmat-Mu dari bahaya kejahatan yang telah Engkau tentukan. Amin. Riwayat Abu Daud (1425), al-Tirmizi (464), al-Nasaie (1745), Ibn Majah (1178) dan Ahmad (1718)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Syawal berbaki lebih kurang dua minggu lagi dan masih ada peluang untuk kita melaksanakan puasa enam yang ganjarannya cukup besar.Disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad...