“Kalau Kat Malaysia Tiba-Tiba Ada Zombie & Kita Bertukar Jadi Zombie Muslim Kira Mati Syahid Tak?

Share

Train to Busan, Alive, World War dan terkini di Netflix siri All of Us Are Dead mengisahkan sekumpulan pelajar diserang zombie yang mengganas. Ia jelas mendebarkan kerana setiap dari kita berusaha untuk menyelamatkan diri dari terkena gigitan.

Terlalu banyak menonton siaran tv barangkali ada membuatkan seseorang menjangkaui imaginasi kehidupan itu sendiri.

Walau nampak seakan “pertanyaan tak masuk akal ” namun satu persoalan telah ditanya kepada bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri di twitternya mengenai zombie.

“Salam @drzul_albakri saya dah lama tertanya-tanya. Kalau dekat Malaysia ni tiba-tiba ada zombiekan, lepas tu Muslim nie jadi zombie, kira mati syahid tak? Saya serius nak tahu nie, bukan main-main.

Dan jawapan dari Menteri Agama ini ialah “JAUH SAUDARI FIKIR, RISAU PULAK SAYA”.

Soalan sebegini tidak hanya ditanya kepada Datuk Dr Zulkifli tapi Ustaz Adnin Roslan juga pernah ditanya dan jawapan dari Ustaz Adnin, tiada manusia akan menjadi zombie langsung.

Ada juga komen “lawak” dari netizen tapi seperti kata individu yang bertanya, dia benar-benar ingin tahu, “jangan la marah-marah” katanya sambil membuat emoji tanda nangis.

Sejujurnya tiada pertanyaan yang salah, ia satu tindakan berani bertanya kerana kita ingin mencari jawapan. Moga kita terus sama-sama belajar di masa akan datang.

IKLAN