Perbuatan berdoa adalah suatu ibadah yang sangat dituntut di dalam Islam.

Terdapat banyak nas yang sahih daripada al-Quran dan juga al-Sunnah yang menerangkan tentang kepentingan berdoa kepada Allah S.W.T. Di antaranya adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh An-Nu’man bin Basyir R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:-

‏ الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ

Maksudnya: Berdoa itu adalah suatu ibadah.

Kemudian baginda membaca firman Allah S.W.T:-

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Maksudnya: Dan telah berkata Tuhan kamu: “Berdoalah kamu semua kepada-Ku nescaya Aku akan memustajabkan buat kamu”. Riwayat Abu Daud (1479).

Dikongsi dari fb Dr Dr. Abdél Rahmanov di nyatakan kenapa kita perlu minta orang lain doakan kita khususnya dari orang soleh.

Kenapa kita minta orang lain lain doa untuk kita ?Kenapa kita tidak berdoa sendiri sahaja? Bukankah Allah itu Maha mendengar doa hamba-Nya?

Biasanya apabila kita duji dengan ujian dalam hidup. Kita akan bagitau kawan kita ” doakan kat aku sama”. Jika kawan kita pergi buat umrah, kita akan pesan kat dia “doa kat aku di sana nanti ye”.

Kadang- kadang kita minta ustaz atau imam doakan untuk kita, ” ustaz, tolong doakan saya”.

1. Apabila kita meminta orang lain doakan untuk kita dan orang itu mendoakan kita maka ia dinamakan sebagai doa zahril ghaib iaitu doa tanpa pengetahuan orang itu.

2. Doa zahril ghaib adalah mustajab atau makbul.

3. Ada kemungkinan orang yang doakan kita itu orang yang soleh dan hati bersih serta dekat dengan Allah. Doa orang soleh mustajab.

4. Malaikat mengaminkan doa zahril ghaib.

5. Malaikat turut medoakan yang sama untuk kita

6. Nabi saw. pernah menyebut tentang doa zahril ghaib dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Abi Darda’ RA seperti berikut:-

عن أم الدرداء -رضي الله عنها- مرفوعاً: « دعوة المرء المسلم لأخيه بظَهْرِ الغيب مستجابة، عند رأسه مَلَك مُوَكَّلٌ كلما دعا لأخيه بخير قال الملك المُوَكَّلُ به: آمين، ولك بمِثْلٍ».رواه مسلم

diriwayatkan daripada Ummu Dardā` RA- secara marfū’, Nabi SAW bersabda:

“Doa seorang muslim untuk saudaranya yang tidak ada di hadapannya mustajab. Di dekat kepala orang tersebut ada malaikat yang ditugaskan untuk itu. Setiap kali seorang muslim mendokan kebaikan untuk saudaranya, maka malaikat itu berkata, “amin dan untukmu seperti (doamu padanya).” ( Riwayat muslim)

7. Tidak salah kita meminta orang lain doakan untuk kita sebagaimana dalam hadith di atas.

8. Nabi SAW pernah menyuruh para sahabatRA jika bertemu dengan Uwais Al-Qarni RA agar meminta beliau mendoakan untuk mereka. Ini hujah kita minta orang soleh mendoakan untuk kita.

يقدُم عليكم أُويس القرني، كان بارًّا بأمه، فمَن لقيه منكم فليطلب منه الدعاء،

“Akan datang kepada kalian (pada suatu saat nanti) Uwais Al Qorni, dia adalah seorang yang sangat berbakti kepada ibunya, maka siapa diantara kalian berjumpa dengannya mintalah beliau untuk mendoakan kalialllian.”

9. diriwayatkan nabi SAW pernah bersabda kepada Umar bin Al Khattab RA ketika akan Umrah

لا تنسانا يا أخي من دعائك،

“Jangan engkau lupakan kami wahai saudaraku dari doakamu.”

10.Apabila kita mendoakan untuk orang lain, rasa mahabbah sesama saudara Islam itu akan timbul dalam diri kita.

11. Kita perlu sentiasa doakan kebaikan untuk rakan- rakan secara zahril ghaib.

12. Mohon doa kalian..

Dr. Abdél rahmanov

21 Februari 2022

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI