--:--
--
--

Imsak

--:--

Subuh

--:--

Zohor

--:--

Asar

--:--

Maghrib

--:--

Isyak

--:--
Waktu Solat di:
--

WAKTU IFTAR MALAYSIA

Ramadan - Ramadan 1446 H
Imsak

Imsak -

--:--
Berbuka

Berbuka -

--:--
* "Allow" lokasi untuk ketepatan
Ads

Kenapa Malam Terakhir Ramadan Terasa Sayu? Ini Sebab Hati Orang Beriman Terasa Kehilangan

Saat takbir Syawal makin menghampiri, hati kita seakan-akan bercampur baur. Ada rasa gembira menanti Aidilfitri, namun dalam masa yang sama terselit juga rasa hiba kerana Ramadan yang penuh keberkatan bakal meninggalkan kita.

Syawal sememangnya bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Setelah sebulan menahan lapar, dahaga dan hawa nafsu, tibalah masanya untuk meraikan kemenangan. 

Bulan Syawal hadir sebagai tanda syukur atas segala ibadah yang telah diusahakan sepanjang bulan yang mulia ini.

Namun, di sebalik kegembiraan itu, mengapa hati terasa begitu sayu setiap kali tibanya malam-malam terakhir Ramadan?

Hakikatnya, Ramadan bukan bulan yang biasa. Ia adalah bulan yang dipenuhi rahmat, keampunan dan peluang luar biasa untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

Ads

Pada bulan inilah kita melihat kemeriahan di masjid dengan amalan solat sunat tarawih, tadarus al-Quran, tangan-tangan yang ringan bersedekah dan lidah yang tidak putus-putus berzikir memohon keampunan daripada Allah SWT.

Lebih istimewa dalam bulan ini juga hadirnya malam Lailatulqadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sebab itu, hati orang beriman terasa kehilangan kerana suasana ibadah yang begitu indah ini tidak akan ditemui pada bulan-bulan lain.

Rasa sayu itu juga datang kerana kita sedar, belum tentu kita akan dipertemukan lagi dengan Ramadan yang akan datang. Umur adalah rahsia Allah. Tiada siapa tahu sama ada ini Ramadan terakhir buat kita. 

Ads

Kerana itulah hati mula bermuhasabah, adakah amalan kita sepanjang bulan ini benar-benar cukup? Adakah solat, sedekah, bacaan al-Quran dan doa-doa kita diterima oleh Allah SWT?

BACA JUGA: Memburu Lailatulqadar, Malam Penuh Rahmat Yang Lebih Baik Daripada Seribu Bulan

Ads

Sebenarnya, rasa sedih meninggalkan Ramadan adalah tanda hati masih hidup. Ia petanda bahawa jiwa kita benar-benar merasai manisnya ibadah dan nikmat berada dalam bulan yang penuh kemuliaan ini.

Walaupun hati sayu, jangan pula kita lupa untuk mensyukuri hadirnya Syawal. Raikan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan, saling bermaafan dan terus lakukan amalan baik yang telah dilatih sepanjang Ramadan. Jangan biarkan semangat ibadah itu terhenti hanya kerana Ramadan telah pergi.

Semoga segala amal kita diterima Allah SWT, diampunkan segala dosa dan jika diizinkan-Nya, semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadan yang akan datang.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Anak Istimewa Bukan Beban, Tetapi Amanah Allah Buat Ibu Bapa Yang...

Anak istimewa bukan beban tetapi amanah Allah yang penuh hikmah. Ketahui cara ibu bapa mengurus, mendidik dan melihat ganjaran di sebalik ujian ini.