Majlis perkahwinan yang dirahmati ialah yang dilakukan mengikut kesanggupan dan kemampuan masing-masing. Majlis kahwin atau walimah ini diadakan sempena kesyukuran dan rasa gembira atas berlangsungnya perkahwinan itu.
Majlis ini hendaklah dijalankan dalam keadaan yang mendatangkan rahmat dan berkat daripada Allah. Antara perkara yang mendatangkan keberkatan dalam sesuatu majlis itu ialah:
*Tiada percampuran antara lelaki dengan wanita yang boleh mendatangkan fitnah.
Ads
*Kenduri yang diadakan jangan sampai membazir. Memadailah dengan apa yang termampu.
*Jangan hanya menjemput orang berada dan melupakan yang miskin.
Ads
Sabda Rasulullah SAW:
“Seburuk-buruk makanan ialah makanan kenduri kahwin yang diundang orang kaya dan dibiarkan orang-orang miskin.”-Riwayat al-Bukhari
Ramai mengatakan anak ketiga sikapnya jauh berbeza dengan karakter sulung atau bongsu.
Ada yang mengatakan mereka ini dikatakan sering dipinggirkan dan menjadi mangsa buli ahli keluarga kerana sikap mereka yang lebih gemar jadi pendiam dan menyendiri.
Namun sebenarnya anak ketiga mempunyai berbagai kelebihan yang tidak kurang hebatnya berbanding anak pertama, kedua atau bongsu.
Seperti juga kelebihan pada anak pertama dan bongsu, tentunya anak ketiga juga memiliki keperibadian yang berbeza-beza.
Dalam satu kajian mendapati bahawa anak ketiga ini juga mempunyai kelebihan tertentu yang ramai tidak tahu.
Selain dikatakan seorang yang sangat sensitif, banyak perkara menarik berlaku dalam hidup anak ketiga.
Bahkan dari sudut pandang percintaan, fakta anak ketiga juga menyimpan sejuta kejutan yang sangat menarik untuk diselidiki.
Selalu ingin dimanja oleh siapapun, menjadi sifat yang melekat erat pada keperibadian anak ketiga. Jika ia merupakan anak terakhir atau mempunyai kakak tertua, terkadang membuatnya menjadi sasaran untuk dimanja kerana dianggap paling kecil. Selain keinginannya yang harus selalu dituruti, anak ketiga ini juga sebenarnya jarang dimarahi jika membuat sebarang kesalahan kecil. Malah anak ketiga juga sebenarnya disayangi oleh sanak saudara dan adik beradik lain.
Menyimpan amarah dalam diri sendiri, menjadi satu sifatl negatif yang terdapat pada anak ketiga. Ia juga terkenal sangat pandai menyembunyikan masalah pelik yang sedang dihadapinya. Pandai menyembunyikan perasaan itu dengan sifat ceria saat tampil di depan banyak orang. Namun, keperibadian anak ketiga ini diketahui sering memendam sifat marah yang sukar untuk dipendam jika sudah sampai waktunya.
Meski terkadang tampil bersikap tidak acuh, namun mempunyai sikap tanggungjawab yang sangat tinggi dalam keluarga. Mudah juga bersimpati dengan nasib yang berlaku di sekeliling mereka, jadi tidak hairanlah jika menjadi kesayangan orang di sekeliling. Salah satu sifatnya yang unik adalah, anak ketiga boleh bercanda dengan baik meski saat itu hatinya sedang bersedih. Salut ya untuk kamu yang anak ketiga!
Penampilan garang yang sering dilabel oleh anak ketiga, ternyata hanyalah sisi sementara bagi anak ketiga. Diketahui, anak ketiga mempunyai sikap orang yang sangat mudah sensitif dan menangis. Mereka ini sangat pandai menyembunyikan perasaan sesungguhnya dan terlihat ceria, namundi dalam hati siapa yang tahu.
Dalam pandangan secara umum, anak ketiga dikenal pasti berbeza dengan saudara lainnya. Hal ini terkait hal-hal ‘tak biasa’ yang sering dilakukan oleh anak ketiga tersebut. Kebanyakan, kegiatan unik yang dilakukannya tidak pernah terfikir oleh adik beradik lain. Selain itu, anak ketiga pada umumnya juga terkenal keras kepala. Mereka cenderung sering memberontak dengan caranya sendiri. malah anak ketiga juga bersikap acuh dan tak ingin mendengar nasihat dari orang lain.
Lahir sebagai anak ketiga, kemungkinan besar orang tua sudah lebih siap dan mempunyai berpengalaman. Akhirnya anak ketiga lahir dengan optimal dan juga dididik dengan baik termasuk juga dari kakak-kakaknya. Jadi sangat beruntunglah bagi mereka yang menjadi anak ketiga.
Satu ungkapan popular dalam bahasa Inggeris yang ertinya “kali ketiga akan membawa keberhasilan.” Begitu pula kehadiran ketiga dalam keluarga. Anak ketiga dianggap sebagai penyempurna dan anugerah tambahan dari Tuhan.
Terserah apa kata orang lain, yang pasti orang tua dan adik beraik lain sangat menyayangi dan mensyukuri kehadranmu dalam keluarga. Bahkan, seluruh perhatian mereka akan difokuskan kepada anak yang lahir paling kecil.
Meski fakta anak ketiga yang ada di atas belum mencakup secara keseluruhan, namun memang seperti itulah adanya.
Tak salah jika jika anak kketiga merupakan insan yang istimewa yang lahir dalam sebuah keluarga.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ramai yang berkata bahawa jodoh itu mesti dicari. Usah berdiam diri tanpa usaha, jika tidak, bagaimana jodoh datang mendekati. Sebenarnya jodoh itu bukan dicari sebaliknya dicipta. Mengapa demikian? Alasannya kerana ramai orang sering membuat kesalahan ketika mencari jodoh sehingga tidak bertemu dengan orang yang menjadi impiannya.
Rumah tangga yang bahagia hingga suami isteri meninggal dunia, barulah dinamakan jodoh. Sebuah rumah tangga yang harmoni diketuai oleh suami yang memainkan peranan sebagai ketua rumah tangga, isteri sebagai pembantu dan pengelola rumah tangga, dan anak sebagai anggota keluarga. Maka barulah lengkap perjalanan sebuah rumah tangga.
TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA
Kita tidak akan pernah menemukan jodoh dengan 1001 syarat dan kriteria. Tidak akan pernah ada orang yang memenuhi kriteria jodoh ideal, kerana tidak ada manusia yang sempurna. Maka sebab itulah jodoh perlu ‘dicipta.’ Jika kita meletakkan 10 kriteria yang ada dalam diri seseorang, kita harus menerima kenyataan bahawa tidak semua kriteria tersebut ada pada jodoh yang kita pilih. Oleh itu kita harus bersama-sama mencipta kesempurnaan itu bersama insan yang menjadi pilihan.
Mungkin kita hanya menemukan dua kriteria yang ada dalam diri pasangan. Namun oleh kerana merasakan dialah jodoh maka kita menerimanya sebagai pasangan hidup. Semestinya kita memerlukan proses yang panjang untuk mendapatkan keluarga yang ideal dan harmoni. Suami isteri saling melengkapi kekurangan pasangannya dan tidak mencela kekurangan pasangan. Terus belajar bersama pasangan agar jodoh tidak berakhir dengan cara yang menyakitkan.
Buatlah kriteria calon pasangan yang realistik bukan kriteria yang tidak mampu dicapai dek akal. Bila bertemu dengan seseorang yang hanya memenuhi sedikit kriteria yang kita mahukan, jangan ke tepikan si dia. Jadikanlah dia pasanganmu, dan berusahalah bersama menuju keluarga harmoni kerana jodoh itu ‘dicipta’ bukan dicari.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Jodoh kita telah ditentukan oleh Allah SWT. Oleh kerana cinta, kita mesti sanggup menerima kelebihan dan kekurangan pasangan.
Namun bagaimana pula situasi bertemu jodoh dengan lelaki anak emak. Mereka ini dikatakan sangat akrab dengan insan bergelar ibu ini dan apa sahaja mengenai ibu mereka adalah yang paling baik.
Walaupun begitu, baik suami atau isteri kedua-duanya perlu mainkan peranan dalam memastikan rumahtangga dibina kekal harmoni.
Tidak kisah berkahwin dengan anak emak atau tidak, yang penting dapat mengekalkan kerukunan rumahtangga dibina.
Kaunselor keluarga, Normaliza Mahadi berkata, selepas berkahwin, suami perlu tahu cara berfungsi secara maksimum dalam rumah tangga sebagai suami dan anak.
Sebagai lelaki yang rapat dengan ibu katanya, berkemungkinan akan mempunyai isu selepas berkahwin, maka lelaki ini perlu menyesuaikan diri selepas menjadi suami untuk keseimbangan hubungan dengan ibu dan isteri.
“Apa penyesuaian yang perlu dilakukan? Pertama, suami itu perlulah tahu had tanggungjawab terhadap ibu dan isteri. Di dalam membuat pemilihan, suami perlu tahu yang mana perlu didahulukan isteri dan bagaimana keadaan yang ibunya perlu diberi keutamaan.
“Tiada istilah tersepit dalam memilih, yang ada hanyalah pilihan yang bersesuaian mengikut keadaan.
“Jika ibu menghimpit, suami perlu dengan jelas menegaskan beliau ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan bersama isteri. Suami ini perlu meyakinkan ibunya bahawa menjalankan tanggungjawabnya terhadap isteri adalah suruhan Allah, tanpa mengabaikan atau mengetepikan si ibu.
“Jika isterinya pula menghimpit keadaan, suami juga perlu mendidik isteri tentang tanggungjawab terhadap ibunya. Ini kerana masih ada isteri yang tidak jelas bahawa status ibu mentua sebenarnya sama dengan ibu sendiri, yang perlu dihormati dan dijaga perasaannya,” katanya.
Normaliza yang juga Pengarah Perkhidmatan Kaunseling HR Capital Sdn Bhd berkata, sebagai ‘anak emak’, lelaki perlu tahu bagaimana mahu menangani perasaan sendiri apabila ibu sentiasa masuk campur urusan diri termasuk hal rumah tangga.
Katanya, suami perlu meyakinkan ibunya secara berhemah untuk menyedarkannya yang urusan rumah tangganya akan diselesaikan sendiri. Suami juga tidak perlu berkongsi dengan ibu setiap perjalanan dan krisis rumah tangga.
Malah, suami juga perlu ingat bahawa dia kini adalah suami dan sudah dewasa maka, rumah tangganya adalah tanggungjawab diri sendiri. Ibunya boleh menasihati tetapi bukan mencampuri.
“Suami tidak boleh membuka jalan kepada ibunya untuk membolehkannya mencampuri setiap urusan rumah tangga. Jika suami membuka jalan ini, agak susah untuk menutupnya nanti kerana ibu akan sentiasa mencampuri urusan dan menyebabkan pergolakan dalam rumah tangga dengan isteri.
“Untuk mengelakkan pergaduhan jika ibu dan isteri berkrisis, suami perlulah mendahulukan apa yang perlu didahulukan. Kedua-dua pihak perlu diberi keutamaan dengan cara berbeza. Di depan isteri suami perlu kelihatan sebagai orang yang matang dan boleh membuat keputusan.
“Suami juga perlu dilihat oleh ibunya sebagai seorang anak yang sentiasa mendahulukannya dalam keadaan yang perlu. Jika kedua-dua pihak melihat peranan lelaki ini sebagai anak dan suami yang ada pendirian, kemungkinan krisis berlaku adalah pada kadar minimum,” katanya.
Normaliza turut mencadangkan beberapa tip buat buat suami yang rapat dengan ibunya atau ‘anak emak’.
• Tinggal di rumah sendiri dengan isteri. Tinggal di rumah ibu tidak membantu perhubungan. Biasanya apabila tinggal berasingan, hubungan akan lebih baik.
• Balik ke rumah ibu dalam kadar yang bersesuaian. Jika ibu dan isteri tidak boleh menjalinkan hubungan, singkatkan kunjungan.
• Baliklah ke rumah ibu bersendirian pada waktu tertentu untuk menumpukan perbualan dengan ibu sahaja. Isteri perlu memberi galakan untuk keselesaan suami tanpa ada prasangka. Bagaimanapun, janganlah suami ambil kesempatan atas kepercayaan isteri.
• Suami perlu kuat dalam menangani emosi diri sendiri.
• Pastikan kedua pihak rasa penting dalam kehidupan. Beri mereka peluang meluahkan pendapat.
• Perbualan dengan ibu bolehlah dibuat secara persendirian supaya isteri tidak mendengar butir perbualan yang mungkin mengecilkan hati. Begitu juga sebaliknya.
• Jika ibu memberitahu sesuatu yang tidak disukai tentang isteri, beritahulah ibu dengan baik apa yang diperkatakannya itu kurang tepat. Beritahu juga anda terasa hati dengan komen yang kurang enak mengenai isteri. Begitu juga jika isteri berpendapat yang tidak baik tentang ibunya.
• Didiklah kedua wanita yang penting ini untuk menerima antara satu sama lain tanpa perlu memilih.
Women #QuranHour 2026 di Shah Alam mendapat perkenan Tengku Permaisuri Selangor dan mengangkat tema Women of Grit, menampilkan inspirasi wanita Palestin serta teladan Saidatina Khadijah RA dalam memperkasakan wanita melalui al-Quran.