Salam bersalaman memohon kemaafan memang sudah jadi budaya kita ketika menyambut raya. Namun begitu batasan untuk bersalaman meskipun bersama ahli keluarga perlu juga dijaga.

Ini kerana ada kalangan ahli keluarga adalah bukan mahram yang mana ada aurat yang perlu kita jaga. Berikut adalah senarai ahli keluarga bukan mahram yang bukan saja perlu kita elakkan dari bersalam tapi turut menjaga batasan aurat serta pergaulan.

Tidak boleh bersalam & kena jaga aurat serta pergaulan

Individu yang bukan mahram bagi seorang lelaki dalam keluarga

-Isteri kepada bapa saudara.
-Sepupu perempuan.
-Kakak ipar (isteri kepada abang kandung).
-Adik ipar (perempuan).
-Anak angkat perempuan yang bukan anak susuan.
-Manakala bagi seorang perempuan pula, yang bukan mahram mereka adalah seperti berikut:

Individu bukan mahram bagi seorang perempuan pula dalam ahli keluarga

-Suami kepada ibu saudara.
-Sepupu lelaki.
-Abang ipar (suami kepada kakak kandung).
-Adik ipar (lelaki).
-Anak angkat lelaki yang bukan anak susuan.

Boleh bersalam ahli keluarga ini

Mahram bagi seorang lelaki

Mahram bagi seorang lelaki yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu mahram dari sudut kerabat, musaharah, dan juga susuan.

Pertama: Mahram Dari Sudut Kerabat

IKLAN

-Ibu kandung.
-Nenek (ibu kepada ibu).
-Nenek (ibu kepada bapa).
-Anak perempuan.
-Cucu perempuan (dari anak lelaki).
-Cucu perempuan (dari anak perempuan).
-Adik beradik perempuan seibu sebapa.
-Adik beradik perempuan seibu.
-Adik beradik perempuan sebapa.
-Anak perempuan kepada adik beradik lelaki kandung (seibu sebapa).
-Anak perempuan kepada adik beradik lelaki dari sebelah ayah atau ibu.
Iaitu anak-anak saudara perempuan @ anak perempuan kepada adik beradik lelaki atau perempuan kita.

Kedua: Mahram Dari Sudut Musaharah

-Isteri kepada bapa (ibu tiri). Begitu juga isteri kepada datuk dari sebelah bapa atau ibu.
-Isteri kepada anak lelaki (menantu perempuan). Begitu juga isteri kepada cucu lelaki dan ke bawah.
-Ibu kepada isteri (ibu mertua).
Ini berdasarkan firman Allah S.W.T:
وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ
Maksudnya: Dan ibu kepada isteri-isteri kamu.
-Anak perempuan kepada isteri (anak tiri bagi isteri yang telah disetubuhi).

IKLAN

Ketiga: Mahram Disebabkan Susuan

Ibu susuan.
Adik beradik perempuan susuan.
Anak perempuan kepada adik beradik lelaki sesusuan.
Anak perempuan kepada adik beradik perempuan sesusuan.
Anak susuan perempuan.
Adik beradik susuan perempuan kepada ibu atau ayah. Iaitu ibu-ibu saudara susuan.
Kesemuanya ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T:

وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُم مِّنَ الرَّضَاعَةِ
Maksudnya: Dan ibu-ibu susuan kamu serta adik-beradik perempuan susuan kamu.
Surah Al-Nisa’ (23)

IKLAN

Juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
يَحْرُمُ مِنَ الرَّضَاعِ مَا يَحْرُمُ مِنَ النَّسَبِ
Maksudnya: Diharamkan dari susuan apa yang diharamkan dari nasab.
Riwayat Ibn Majah (1937)

Mahram bagi seorang perempuan

-Bapa kandung dan ke atas seperti datuk dan moyang.
-Anak lelaki dan ke bawah seperti cucu dan cicit.
-Adik beradik lelaki.
-Bapa saudara dari sebelah ibu dan ke atas seperti datuk saudara.
-Bapa saudara dari sebelah bapa dan ke atas seperti datuk saudara
-Anak-anak saudara lelaki iaitu anak lelaki kepada adik beradik lelaki atau adik beradik perempuan dan ke bawah seperti cucu-cucu saudara lelaki.
-Bapa susuan.
-Adik beradik susuan yang lelaki.
-Bapa mertua.
-Menantu lelaki (suami kepada anak perempuan).

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI