Kisah haji luar biasa Amer Al Mahdi…

Jika sudah ditakdirkan Allah SWT menjadi duyufurrahman maka tiada yang dapat menghalang. Pasti akan dipermudahkan malah dengan cara yang tidak disangka.

Sama seperti seorang jemaah haji dari Libya yang kisahnya tular baru-baru ini bila mana pesawat berpatah balik sebanyak dua kali demi membawanya menunaikan haji.

Berikut adalah kisah beliau yang dipetik dari hantaran Ustaz Hanafi Malek, yang diceritakan dengan penuh pengajaran.

Kisah perjalanan haji luar biasa Amer Al Mahdi

Kisah Haji Luar Biasa, Pesawat Patah Balik 2 Kali Untuk Ambil Amer Al Mahdi

Kisah seorang jemaah haji dari Libya. Namanya Amer Al-Mahdi Mansoor. Dia dalam perjalanan nak tunaikan haji.

Bila dapat jadual penerbangan, dia pergi ke lapangan terbang macam biasa, sama macam jemaah haji yang lain.

Sampai di lapangan terbang, dah ramai jemaah haji yang berada di sana. Mereka dapat layanan yang sangat baik. Amer Al-Mahdi dimaklumkan dia dalam kumpulan penerbangan yang terakhir.

Namun, ada satu perkara tak dijangka berlaku. Ketika nak ambil passport, pegawai bertugas beritahu ada masalah. Tapi bukan masalah besar, mereka akan cuba selesaikan dengan segera.

Jemaah lain teruskan prosedur macam biasa dan masuk dalam pesawat. Tinggal Amer menanti urusan yang belum selesai. Ustaz tak pasti, berapa lama Amer tersangkut di situ.

Akhirnya kapten bertugas dalam kapal maklumkan, mereka tak dapat tunggu lagi. Mereka pun tutup pintu pesawat untuk berlepas.

“Kapal terbang takkan berlepas tanpa saya!”

Allahuakbar, besar dugaan yang Amer Al-Mahdi lalui.

Ads

Ya lah, bayangkan kita berada di tempatnya. Pasti sangat gembira dapat jemputan haji. Semua persiapan sudah sempurna dilakukan. Hanya selangkah lagi nak masuk kapal terbang.

Pegawai keselamatan bertugas cuba memujuk Amer.

“Ini semua kerja Allah. Mungkin bukan rezeki kamu.”

Tapi Amer jawab dengan tenang dan penuh keyakinan bahawa dia tetap akan sampai ke rumah Allah.

“InshaAllah, kapal terbang tak akan berlepas tanpa saya.”

Walaupun gagal masuk ke dalam pesawat, Amer tetap tidak pulang. Dia yakin dapat menunaikan haji tahun ini.

Takdir Allah. Tak lama lepas itu, Amer dimaklumkan ada kerosakan teknikal dan kapal terbang itu terpaksa berpatah balik. Jadi pegawai keselamatan yang masih bersama Amer cuba dapatkan kebenaran agar dia dapat masuk.

“Tolong buka pintu kapal dan bagi keizinan kepada Haji ini untuk masuk.”

Ads

Namun, jawapan yang mereka dapat tetap menyedihkan.

“Tidak boleh.”

Alasannya adalah enjin kapal terbang sedang dihidupkan.  Pegawai keselamatan itu cuba tenangkan hati Amer. Dia cakap, “Jangan sedih. Mungkin Allah ada rancangan lain untuk kamu.”

Dengan penuh keyakinan, Amer tetap jawab, “Demi Allah, saya tak akan tinggalkan lapangan terbang ini.”

Kali kedua, pesawat berlepas semula. Namun, Allah sekali lagi menunjukkan kekuasaan-Nya. Ada kerosakan teknikal lagi.

Kali ini, kapten kapal sedar akan sesuatu. Bukan hanya kerana kerosakan teknikal, tapi ada sesuatu yang tertinggal. Dia pun berkata.

“Saya takkan terbang tanpa Amer.”

Akhirnya, Amer diizinkan naik kapal terbang. Mereka semua sampai ke Tanah Suci dengan selamat. Allahuakbar.

Ads

Kisah Haji Luar Biasa, Pesawat Patah Balik 2 Kali Untuk Ambil Amer Al Mahdi

Pengajaran dari kisah Amer Al Mahdi 

Tuan puan yang dirahmati Allah. Cerita perjalanan haji Amer Al-Mahdi ini sedang viral di seluruh dunia.

Cerita ini mengajar kita tentang kuatnya keyakinan pada Allah. Jangan putus asa dan bertawakal kepadaNya.

Dua kali pesawat rosak, dua kali Amer diuji, dan dua kali juga Allah menunjukkan bahawa Dia lah sebenar-benar Perancang.

Ustaz nak kongsi pelajaran dalam konteks hidup yang diuji dengan sakit yang berat. Ada yang mengadu,

“Ustaz, saya ni sakit. Tak boleh buat apa dah. Tak mampu nak ke mana-mana dah. ”

Jangan macam itu. Jangan cepat putus asa. Selagi mana hati kita terus bergerak menuju Tuhan, selagi itu kita tak akan “terkandas” di mana-mana perhentian.

Mungkin badan tak lagi kuat, langkah tak mampu macam dulu. Tapi doa, sabar, syukur dan harapan itulah ‘haji’ yang sedang kita lalui dari tempat duduk kita sendiri.

Ustaz selalu ingatkan diri sendiri.  Allah bukan pandang sejauh mana kita mampu berjalan, tetapi sejauh mana kita yakin dan berserah kepada-Nya dalam keadaan apa sekalipun.

Sumber: Ustaz Hanafi Malek

Baca Lagi: Mualaf Sanggup Jual Rumah Untuk Tunaikan Haji.

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI