Memiliki seorang isteri yang solehah tentunya menjadi idaman bagi setiap kaum lelaki. Isteri yang solehah umpama perhiasan dan kecantikan dunia yang mampu mengalahkan indahnya kilauan emas, intan atau bahkan permata sekalipun.
Bukan itu sahaja memiliki seorang isteri yang solehah juga mampu membawa kehidupan yang lebih baik, sama ada untuk suaminya atau bahkan untuk keluarga kecilnya. Doa seorang isteri kepada suami menjadi salah satu doa mustajab. Hikmah doa seorang isteri memberikan impak yang besar dalam kehidupan seorang suami.
MENDORONG KEJAYAAN SUAMI
Kekuatan doa seorang isteri dan keutamaan berdoa dalam Islam ternyata memiliki manfaat dan faedah yang begitu luar biasa di dalam kehidupan seorang suami.
Ads
MEMBUKA PINTU REZEKI
Tatkala seorang suami meminta izin kepada isterinya untuk mencari nafkah maka sebaiknya diiringi dengan doa terbaik seorang isteri.
Ads
MEMBERI SEMANGAT KEPADA KEHIDUPAN SUAMI
Doa seorang isteri memberi semangat kepada seorang suami itu untuk terus berusaha dengan lebih gigih lagi.
Ads
MEMUDAHKAN URUSAN SUAMI
Saat doa isteri mengiringi langkah seorang suami maka ia akan memudahkan segala pekerjaan yang dilakukan oleh suami.
MEMBUKA PINTU SYURGA
Bukan hanya untuk kejayaan di dunia semata-mata, doa daripada seorang isteri juga turut membuka pintu syurga baik untuk suami, isteri dan juga anak-anak.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Senda gurau membangkitkan gelak ketawa. Suami isteri digalakkan bergurau supaya sentiasa gembira dan perhubungan tidak terlalu serius. Gurauan suami isteri memberikan ketenangan dan mencetuskan suasana harmoni dalam rumahtangga. Tidak salah bergurau sesuatu yang melucukan seperti ketika memasak, mengemas rumah atau ketika hendak melelapkan mata.
Bersenda gurau antara suami isteri sebenarnya elok jika dimulakan sejak dari awal usia perkahwinan. Namun jika tidak biasa, tiada salahnya anda cuba untuk bergurau mulai sekarang. Biarlah nampak pelik pada awalnya namun jika dicuba setiap hari lama kelamaan akan menjadi biasa. Bergurau berkait rapat dengan menimbulkan perkara-perkara lucu yang boleh mendatangkan ketawa.
Baca nukilan Zureiny Zulkafly ini.
Bila jadi isteri ni kan, time paling gempak nak sakat suami bila dia ada wuduk.
Best giler masa tu. Macam mak sakat anak-anak hehe
Suami ni memang akan usaha sedaya upaya mengelak. Si isteri pulak gigih cari jalan nak mengusik.
Bukan niat pesongkan suami daripada amal ibadat dia tapi masa tu la si isteri ni boleh nampak macam mana teguhnya si suami ni tadi pertahankan wuduk ni sebab nak solat.
Si suami ni tak akan marah. Paling jauh dia akan cakap, “Abang nak solatlah.” Yang si isteri ni duk tersengih-sengih.
Tapi siaplah. Lepas dia selesai solat, memang dia akan balas dendam. Memang terjerit-jerit si isteri tu tadi sebab kena sakat balik.
Dapat suami macam tu, jaga dia baik-baik.
Macam mana dia jaga wuduk, dia jaga solat In shaa Allah dia akan jaga isteri dan keluarganya dengan sebaik cara.
Saya dah tak merasa semua tu. Rindu nak sakat arwah suami lagi. Dah lama tak ketawa sebab seronok usik dia. Sesekali datang kenangan tu, hanya air mata menemani saya.
Semoga Allah sentiasa jaga cinta dan rindu saya pada dia.
Kenangan-kenangan beginilah yang meninggalkan memori terakam kemas dalam kotak fikiran.
Sumber kredit: Zureiny Zulkafly
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Pembentukan institusi keluarga Islam bertitik tolak daripada perkahwinan. Perkahwinan merupakan ikatan antara lelaki dan wanita melalui akad nikah dan ijab kabul. Namun ada ketikanya hati mula berubah lantaran gagal melawan nafsu yang datang mengejar.
Perkongsian Muhammad Hassan ini pasti mampu membuka mata betap pentingnya kesetiaan seorang suami dalam sesebuah rumah tangga.
Perkara pertama saya lakukan apabila baca kisah keretakan rumah tangga, suami curang. Saya istiqhfar banyak-banyak, saya peluk isteri dan anak tanda syukur punyai isteri yang baik.
Saya pesan kepada isteri.
“Awak tolong doa untuk saya ya. Agar tidak termakan godaan syaitan untuk hampiri maksiat. Tolong doakan saya ya”
Sepanjang hari saya fikir tentang ini. Saya takut baca kisah begini. Takut sangat untuk herdik, perli, maki, hina orang lain, takut sangat terjadi kepada diri sendiri. Setiap lelaki akan diduga dengan wanita-wanita cantik.
JANGAN TEWAS BISIKAN SYAITAN
Saya harap para suami yang pernah curangi isteri agar lebih menghargai si dia. Bagi tumpuan sepenuh hati kepada isteri dan anak. Tidak lekang di bibir memohon maaf, tunaikan HAK ISTERI, tulis setiap hari kebaikan isteri, ingat sentiasa keburukan kita. Buka buku baru. Hidupkan TA’LIM di rumah, luangkan masa di masjid. Kita semua ada kesilapan dan kesilapan itu bukan sahaja berhajat kepada kemaafan bahkan perlu taubat nasuha.
Suami mana tidak sayangkan isteri. Namun tewas dengan godaan syaitan, lemah diulik nafsu, tergoda dengan lunakan suara, rebah dek kerana kecantikannya. Pujuklah hati,ini semua dugaan dan ujian untuk kita. Fikir apa kesan jika curangi isteri.
Nabi s.a.w teladan yang terbaik dalam melayani isteri-isteri baginda. Tenang,bahagia saat isteri bersama baginda Muhammad s.a.w, bahkan Nabi Muhammad s.a.w melarang kita untuk memukul wajah,mengherdik isteri. Lihatlah cinta Nabi Muhammad s.a.w terhadap khadijah r.ha. Setelah 3 tahun wafatnya khadijah r.ha barulah Baginda berkahwin dengan Saudah rha dan seterusnya Aisyah R.ha dan lain-lain.
KENANG PENGORBANAN ISTERI
Saya selalu pesan kepada anak-anak muda. Jika sayang awek, jaga si dia betul-betul, niat untuk kahwini dia. Belajar dan kerja sungguh-sungguh. Jangan lupa mantapkan ilmu agama. Ambil tahu basic ilmu KELAHIRAN, PENYUSAAN dan ilmu bagaimana untuk jaga emosi isteri ketika berpantang.(POSTPARTUM).
Kenang balik jerit perih mereka kandungkan anak kita, betapa sakitnya untuk lahirkan anak. Setiap minit contraction berlaku sehingga ada yang lebih rela untuk dibedah. Bang, mereka pernah ‘mati’ untuk lahirkan anak kita, lagi sedih setelah bersalin bermacam penyakit pula dapat.
Saya pernah jumpa seorang ibu dukung anak Epidermolysis Bullosa (Penyakit kulit rapuh). Kuatnya ibu itu setiap masa lap darah anak sehingga darah menitis ke lantai. Beginilah seorang ibu,seorang isteri 100% jiwanya untuk keluarga ini.
Tiada lagi istilah ME TIME untuk mereka, tiada lagi reunion bersama rakan perempuan, sanggup berhenti kerja demi menjaga anak yang sakit. Tiada lagi masa untuk ziarah ibu bapa di kampung,bahkan kadang-kadang setahun sekali dapat jumpa ahli keluarga yang lain. Ini semua untuk kita para suami.
BUKAN UNTUK SEDAP-SEDAP SAHAJA
Kadang-kadang merekalah doktor, misi, merekalah cikgu, merekalah ustazah, merekalah chef, merekalah security untuk anak-anak.
Sebagai suami kita adalah pemimpin untuk isteri dan anak-anak. Bagaimana kita dapat PERBAIKI mereka untuk taat Allah dan Rasul. Bagaimana agar kita pertaruhkan nyawa kita untuk MELINDUNGI mereka dan bagaimana untuk kita beri PERHATIAN kepada mereka setiap masa.
Jika kita fikirkan kecantikan semata ia akan pudar ditelan usia. Sememangnya wanita diciptakan Allah cantik dimata lelaki. Sedangkan perkahwinan bukan untuk ‘bersedapan’ sahaja, bahkan ia satu amanah yang besar dari Allah. Boleh jadi perkahwinan ini asbab kita masuk syurga, sebaliknya akan menempah bara api neraka.
Perbaiki niat kita, kahwin untuk dapat reda Allah untuk pegang tangan pasangan sama-sama masuk syurga.
Salah satu tujuan perkahwinan ialah untuk menjaga kemaslahatan di kalangan masyarakat dan terbina dengan cara yang terbaik. Melalui perkahwinan jugalah dapat mendatangkan ketenteraman hati dan jiwa manusia. Di antara kebesaran Allah S.W.T ialah menciptakan isteri kepada golongan pemuda tanpa diduga oleh mereka sendiri kerana sudah tertulis dan ditakdirkan siapakah pasangan mereka.
Firman Allah S.W.T.:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
(Surah ar-Rum: 21)
Namun hubungan batin yang tidak diuruskan dengan sempurna akan menyebabkan berlakunya masalah perceraian.
Dulu saya tidak bersetuju kenyataan, “jangan kawin kerana hubungan batin”, tetapi setelah membuat kajian dan pengalaman berhadapan dengan kes perceraian, saya bersetuju. Malah itulah yang menyebabkan berlakunya perceraian dengan mudah.
Tahukah anda rupa orang yang berkahwin kerana hubungan batin?
1. Setelah kahwin dia hanya beri perhatian kepada hubungan batin. Selepas bersama isteri dia tidur atau keluar rumah. Nanti bila dia perlukan hubungan batin lagi dia akan pulang.
2. Dia tidak fikirkan soal nafkah isteri, kebajikan isteri, kesihatan isteri dan keselamatan isteri.
3. Bila isteri tidak memberi layanan seks dia akan pukul dan dera isterinya.
4. Bila isteri sudah putus haid, dia akan tinggalkan isterinya, dan berkahwin lain.
Apabila keadaan ini berterusan, isteri akan bertindak memohon cerai, tetapi suami tidak mahu melepaskannya. Inilah yang banyak berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini.
Sebenarnya Islam tidak menafikan hubungan batin, malah hubungan batin merupakan tarikan utama kepada perkahwinan. Bahkan orang yang tidak berkeinginan untuk melakukan hubungan batin, haram berkahwin. Jadi, hubungan batin bukanlah musuh Islam.
Berdasarkan itu, berkahwin dalam Islam adalah untuk mengurus nafsu seseorang supaya halal dan selamat.
Dengan pengurusan yang sempurna itu akan terbinalah:
1. Kebahagiaan kerana pihak-pihak boleh bermain-main dan bergurau senda mengikut kehendak mereka.
2. Terbina kasih dan sayang apa yang disebutkan oleh Allah mawaddah wa rahmah.
3. Dikurniakan anak sebagai pengikut kasih sayang.
4. Rasa terhutang budi dan rasa tanggungjawab membela isteri.
Kalau semua ini terjadi dalam keluarga anda, tentu ada seperti satu jaminan untuk kekal hingga ke syurga. Jadi, anda boleh nilai perkahwinan anda sama ada yang pertama atau yang kedua. Wallahu aklam.
Sumber kredit: FB: Ahmad Baei
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?