Ungkapan I Love You mungkin biasa sahaja kedengarannya. Namun percayakah anda bahawa ungkapan itu sangat berkuasa? Malah ayat itu sebenarnya boleh menjadikan seseorang runtun hatinya mengikut situasi yang sedang berlangsung. Jom perhatikan situasi anda yang mungkin terusik dengan ungkatan ‘aku cintakan kamu’
KETIKA BERGADUH
Ketika bergaduh antara suami dan isteri, jika ada salah seorang mengungkapkan ‘I love you‘ pasti pihak yang satu lagi akan mudah terusik. Malah mungkin akan membuatkan anda berdua terimbas kembali saat-saat dilamun cinta.
Ads
Keadaan bergaduh suami isteri memang tidak dapat dielakkan. Maklumlah dua individu berbeza perlu berkongsi semuanya. Maka akan wujudlah situasi berbeza yang boleh mencetuskan perselisihan faham.
Justeru jangan kedekut untuk mengungkapkan ‘aku cinta kamu‘ kepada pasangan.
KETIKA BERJAUHAN
Jika ada antara anda yang perlu bertugas di luar kawasan, cubalah telefon pasangan anda dan bisikkan ‘I love you‘. Pasti si isteri akan tersentuh dan boleh menitiskan air mata. Terasa ingin terbang memeluknya.
Ads
Ungkapan ini sungguh berkuasa hingga mampu mencetuskan rasa rindu yang teramat kepada pasangan.
Ads
KETIKA DIA SUDAH TIADA
Ungkapan ‘I love you‘ jika ditulis pada kertas oleh pasangan anda, simpanlah kertas itu sebaik mungkin. Jika umur si dia tidak panjang, dan anda menatap kembali tulisannya di atas kertas itu, pasti emosi anda terganggu. Terasa-rasa si dia masih ada. Terasa-rasa ingin bersama si dia. Kenangan manis bersamanya akan bermain di mata. Begitulah hebatnya ungkapan ‘I love you‘ yang hanya ada tiga perkataan tetapi sangat bermakna bagi mereka yang tahu menghargai.
Setiap dari kita pastinya memasang impian untuk berkahwin, walaupun tidak tahu siapa bakal jodoh kita kelak.
Namun tidak ada salahnya jika kita berangan sesuatu untuk majlis perkahwinan itu nanti. Misalnya gubahan hantaran, mas kahwin, idea pelamin atau sebagainya.
Seperti perkongsian lelaki ini di laman twitter mengenai rasa terujanya menyimpan mas kahwin buat bakal isterinya walaupun ketika itu dirinya masih single.
Gubahan mas kahwin ini hanya menggunakan nombor siri dan angka wang kertas yang dipaparkan pada sebuah bingkai gambar, ia tersusun cantik memaparkan tarikh pernikahan beserta nama kedua-dua pengantin.
Menurut empunya diri, Abu Bakar Ramlay, idea untuk gubahan mas kahwin ini tercetus kira-kira tujuh tahun lalu.
“Kira-kira tujuh tahun lalu saya ternampak posting di internet mengenai gubahan mas kahwin menerusi nombor siri wang kertas.
“Masa itu terdetik hati saya, kalau nanti bertemu seseorang untuk dijadikan isteri, saya akan buat mas kahwin dnegan gubahan itu,” katanya kepada Mstar.
Dia hanya memulakan misi mengumpul mas kahwin dengan nombor siri sepadan itu sejak setahun lalu.
Ini apabila kedua-dua pihak bersetuju memilih tarikh 20 Februari 2020 bagi melangsungkan pernikahan mereka.
Dan dia mula mengenali isterinya itu Najat Nadhirah kira-kira empat tahun lalu sebelum bersetuju untuk bertunang Julai 2019.
Dia kemudiannya mencari jalan penyelesaian dengan mencari nombor siri yang mempunyai dua huruf nama mereka bagi meminimumkan penggunaan wang kertas berkenaan.
Menurutnya gubahan mas kahwin bernilai RM300 itu terdiri daripada kepingan RM20, RM10 sebanyak 19 keping termasuk hiasan tambahan dua keping not RM5.
Biarpun tahu sukar untuk menyempurnakan misi ini, dia yang bekerja sebagai eksekutif kewangan di sebuah bank akhirnya berjaya mengumpul semua wang kertas berkenaan. Dan misi ini disempurnakan kira-kira sebulan sebelum hari pernikahannya.
Dan menurutnya lagi, apa yang dilakukan ini adalah sebagai kejutan buat isteri. Malah dia yang membuat gubahan dengan bantuan adiknya itu membuatkan perasaan teruja dan gembira untuk bernikah.
Walaupun tidak berniat untuk berkongsi dengan umum, tetapi bagi dirinya, gubahan hantara ini mempunyai nilai sentimental dan ekspresi perasaan gembira kerana misi tercapai.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Melangkahkan kaki ke alam perkahwinan bermaksud anda bakal berdepan dengan satu dunia yang berbeza dengan kehidupan sekarang.
Jika dulu anda sendiri, kini anda berdua. Jika dulu keputusan boleh anda buat tanpa berbincang dengan sesiapa, kini anda perlu berbincang dengan pasangan.
Anda perlu letakkan fokus utama terhadap tanggungjawab. Itu ialah perkara paling utama. Hati perlu penuh perasaan cinta dan kasih sayang kepada pasangan.
Jangan hanya seketika sebaliknya semua perlu dicambahkan terutama perasaan cinta terhadap pasangan.
Bagi anda yang bakal bergelar pengantin baru, sila baca tip di bawah supaya jangan selepas bertahun berumah tangga, yang dulu cinta kini benci. Kalau dulu sayang, kini tidak lagi. Kalau dulu riang, kini duka.
1) JANGAN MUDAH TERGODA DENGAN PUJUK RAYU ORANG LAIN TERUTAMA BEKAS KEKASIH
Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat mengelak perasaan-perasaan negatif daripada timbul dalam diri. Justeru ada kemungkinan kita rasa bosan dengan keadaan rumahtangga yang hambar.
Apabila timbul perasaan jemu itu, mulalah terjadi perkara buruk dalam hubungan suami isteri. Mulalah teringat akan kekasih lama. Tatkala usia perkahwinan semakin meningkat, kita mengharapkan hubungan yang berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Tidak elok memutuskan hubungan suami isteri kerana perceraian adalah perkara yang tidak disukai oleh Allah walaupun dibenarkan dalam Islam.
2) KOMUNIKASI DUA HALA SECARA SIHAT
Komunikasi adalah perkara yang perlu dititikberatkan dalam hubungan suami isteri. Jaga tutur kata, jaga nada suara. Jangan bercakap asyik nak menengking sahaja. Jangan bercakap kasar dengan pasangan. Walau marah macam mana pun, silalah gunakan bahasa terbaik. Paling utama ialah jangan hilang rasa hormat terhadap pasangan. Jadikan waktu malam sebelum tidur sebagai sesi terapi. Apa yang kurang puas hati, bincanglah dengan baik. Kegagalan anda untuk berkomunikasi dengan baik boleh mengancam hubungan yang kurang memberangsangkan.
3) MASA BERKUALITI UNTUK ANDA BERDUA
Masa seorang surirumah selalunya banyak dihabiskan dengan melayan anak, cucu dan teman. Masa untuk pasangan juga menjadi terhad. Jika anda belum pencen, masa anda yang 24 jam sehari itu perlu diperuntukkan untuk kerja pula. Masa untuk pasangan menjadi lebih terhad.
Justeru, anda perlu bijak mencuri masa untuk diluangkan bersama. Misalnya sama-sama bersarapan di luar sebelum masuk pejabat, makan tengah hari atau makan malam di luar. Pastikan hal itu hanya anda dan pasangan sahaja.
Anda tidak perlu berbulan madu kali kedua untuk santai berdua-duaan. Cukup sekadar masa berkualiti walaupun hanya satu jam. Jika anda sudah pencen atau suri rumah, lebih mudah untuk dating berdua. Carilah restoran yang anda suka dan makan bersama.
Sesekali boleh juga masak hidangan istimewa dan makan berdua di rumah kala anak-anak, menantu dan cucu tiada di rumah. Dalam erti kata mudah, masa berdua-duaan inilah waktu terbaik untuk membelai cinta yang sekian lama dinikmati. Hal ini boleh membuang jemu dalam jiwa anda.
4) JANGAN MINTA LEBIH DARIPADA KEMAMPUAN PASANGAN
Ada pasangan yang mengatakan dia jemu dengan pasangannya kerana pasangan tidak menjadi orang yang diharapkan. Misalnya, dia mahu pasangan menjadi insan romantik tetapi hakikatnya pasangan tidak begitu.
Akhirnya dia letih menunggu pasangan menjadi sedemikian lalu akhirnya pasrah bahawa pasangannya tidak akan berubah sampai bila-bila. Hubungan pun menjadi semakin teruk dan dia tidak lagi berperasaan sayang terhadap pasangan.
Anda seharusnya menerima pasangan seadanya. Jangan harap dia berubah menjadi sebagai mana yang anda mahukan. Pun begitu, anda boleh mengubah pasangan secara halus misalnya anda jadilah insan yang romantik supaya pasangan juga tahu bahawa anda berjiwa romantik dan sekali gus dia akan cuba menjadi romantik juga.
Syaratnya, jangan terlalu berharap melebihi apa yang pasangan anda boleh lakukan. Anda akan kecewa apabila melihat perubahan yang terlalu kecil. Anda perlu sedar bahawa pasangan anda ada kekurangan. Begitu juga anda. Anda juga ada kekurangan. Justeru jadilah pelengkap kepada pasangan masing-masing.
5) BERKASIH SAYANG SECARA KREATIF
Bukan sahaja membuat seni tangan sahaja anda perlu kreatif tetapi dalam hal-ehwal rumahtangga juga kita perlu kreatif. Apabila anda kreatif maka hubungan anda menjadi lebih romantik dan menggembirakan.
Apa yang boleh anda lakukan untuk kreatif mencipta kasih sayang? Misalnya, anda dan pasangan sedang duduk menonton televisyen. Walaupun perut sudah kenyang, namun apalah salahnya jika anda sekadar menggoreng keropok dan membancuh secawan teh untuk pasangan. Aktiviti menonton televisyen akan menjadi lebih menyeronokkan.
Jika tidak mahu makan keropok, anda boleh sekadar duduk bersebelahan dan mengurut kaki atau tangan pasangan. Pasangan anda adalah manusia biasa yang memang suka dibelai. Sentuhan, urut-mengurut akan menjadi hubungan lebih hangat.
6) JANGAN BANDINGKAN DIA DENGAN ORANG LAIN
Hal ini amat penting kerana membandingkan pasangan dengan pasangan orang lain boleh menyebabkan anda tidak bersyukur dengan kurniaan Allah. Jangan perkecil kemampuan suami terutama dari segi kewangan, kemampuan ekonomi dan kemahiran yang dia miliki.
Ini secara langsung merendah-rendahkan suami anda padahal seorang isteri sepatutnya menjaga maruah suaminya. Memandang rendah suami boleh mencetuskan emosi yang tidak terluah lalu anda mungkin tidak akan hormat lagi dengannya.
Jangan rosakkan hubungan rumahtangga anda. Anda perlu bijak mengawal emosi, perasaan dan tingkah laku supaya hubungan anda diselubungi cinta bak pengantin baru.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ramai suami sedar bahawa mereka merupakan ketua keluarga dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memenuhi keperluan dan kehendak isteri dan anak-anak.
Namun, masih ada juga yang tertanya-tanya bolehkah dan apakah hukum jika suami mengambil duit isteri tanpa pengetahuan?
Harta isteri adalah milik penuh isteri. Walaupun dalam bab memberi sedekah, isteri tidak perlu meminta izin suami untuk melakukannya menurut jumhur ulama’.
Isteri boleh membelanjakan hartanya mengikut kehendaknya asalkan perbelanjaan itu tidak membawa kepada dosa-dosa seperti pembaziran, maksiat dan sebagainya.
Namun jika perbelanjaan isteri boleh membawa kepada kemurkaan Allah, maka suami boleh menghalangnya. Ini atas dasar kewajipan seorang suami untuk mencegah isteri dan keluarga daripada dimasukkan ke dalam neraka, bukan atas dasar harta itu miliknya.
Firman ALLAH SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka pula tetap melakukan segala apa yang diperintah.” (Surah at-tahrim:6)
Suami boleh mengambil harta isterinya hanya dengan keizinan dan kerelaan si isteri. Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak halal harta seorang Muslim yang lain melainkan dengan kerelaan hatinya.” (Riwayat Imam ad-Daruqutni)
Dalam kitab Maratib al-Ijma’ ada mengatakan bahawa, “Para ulama’ telah sepakat menegaskan bahawa tidak halal suami bersedekah dari harta milik isterinya melainkan dengan izin isterinya.” (Maratib al-Ijma’, Imam Ibnu Hazm, 1/92).
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Duit raya anak adalah hak milik anak walaupun mereka masih kecil. Ketahui hukum menggunakan duit raya anak menurut Islam, pandangan ulama serta keadaan yang dibenarkan syarak.