Para ulama Islam mengatakan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada bulan Ramadan iaitu pada malam diturunkan padanya al-Quran. Ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T:
Maksudnya: Carilah lailatul qadar itu pada 10 malam yang terakhir (bulan Ramadan). Riwayat Muslim (1165)
Ads
Di sebalik berlakunya malam seribu bulan ini, pasti generasi hari ini tertanya-tanya, apakah yang berlaku pada malam Lailatul Qadar dan bagaimana keadaannya hingga diburu oleh ramai insan yang mengharapkan keredhaan Illahi.
Dikongsikan dari fb Pondok Habib, ini kisah ulama-ulama terdahulu yang pernah bertemu malam Lailatul Qadar. Sangat luar biasa namun jika Allah mengkehendakinya, tiada yang mustahil.
Ata’ bin Markuyuz bercerita, “Aku melihat Lailatul Qadar dua kali. Kali pertama berlaku di masjid San’a (Yaman), dan kali kedua di Makkah.”
Seseorang bertanya, “Pada malam berapa engkau melihatnya?”
“Malam ke-23 pada kali pertama dan malam ke-24 pada kali kedua.”
Ads
“Pada jam berapa?”
“Pada sepertiga malam pertengahan.” (Iaitu antara jam 12 hingga 3 pagi.)
Ata’ bin Markuyuz adalah seorang tokoh tabi’in dan pakar ibadah dari Yaman.
(As-Suluk fi Tabaqat Al-Ulama’ wa Al-Muluk)
Abu Yahya bin Abi Massarah berkata, “Aku pernah melakukan tawaf pada malam ke-27 Ramadan. Tiba-tiba aku melihat para malaikat bertawaf di atas Kaabah di udara.”
(As-Suluk fi Tabaqat Al-Ulama’ wa Al-Muluk)
Abdah bin Abi Lubabah berkata, “Aku pernah merasakan air laut menjadi tawar pada malam ke-27 Ramadan.”
(Lataif Al-Maarif)
Suatu malam, Imam An-Nawawi sedang tidur bersama-sama ayahnya. Ketika itu beliau berusia 7 tahun. Malam itu ialah malam ke-27 Ramadan.
Ayahnya bercerita, “Pada tengah malam, An-Nawawi terbangun. Ia membangunku sambil berkata, “Wahai ayah, cahaya apa yang telah memenuhi rumah kita ini?”
Seluruh ahli keluarga turut terbangun. Namun mereka tidak melihat apa-apa.
Ayahnya berkata, “Aku kemudian tersedar bahawa kemungkinan malam itu Lailatul Qadar.”
(Al-Manhal Ar-Rawi fi Manaqib An-Nawawi). Sumber gambar : Pixabay
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Masih tercari-cari menu petang ini untuk disajikan buat seisi keluarga, apa kata kita hidangkan kek majerin yang bukan saja bahannya mudah didapati tetapi juga senang untuk dibuat.
Hanya menggunakan bahan dapur sedia ada dan paling penting kena ikut cara membuat dengan betul.
Resipi yang diajar ini juga tidak perlu pakai penimbang, hanya guna sukatan cawan dan hasilnya memang menjadi.
Elok disajikan dengan secawan kopi panas dan boleh dimakan usai solat Asar berjemaah bersama keluarga.
Mudah jek wat kek majerin nie. Kite blander jek n bako.. jom wat sendiri hehehe
Resepi Kek marjerin
1cwn gula halus 1cwn marjerin pelangi 1cwn tpng gndum 1sudu kecil baking powder 3biji telur 1sudu kecil esen vanilla
1. Pukul gula dgn marjerin jd putih Dan sebati 2. Msukkn telur sebiji Demi sebiji..pkul bg rata kemudian Msukkn tepung,esen vanilla Dan baking powder 3. Pukul smpi sebati kemudian Msukkn dlm loyang 4. Bakar suhu 160°slma 35 minit(ikut oven masing2)
Kredit: Juraida Shukor
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sejak dulu lagi, program Jejak Rasul yang disiarkan di TV3 menambat hati peminat setiap kali tibanya bulan Ramadhan. Program berbentuk dokumentari ini mengkaji semula sejarah-sejarah lama keislaman yang dapat membantu kita memahami akan kegemilangan islam.
Sejak beberapa hari lalu, tweet pengacara Ahmad Fedtri Yahya mengenai kota A Famosa yang merupakan tapak asal Masjid Agung Kesultanan Melaka menarik perhatian orang ramai mengenainya. Tulis Ahmad Fedtri “Di bawah kota A’Famosa ialah runtuhan masjid… darah dan air mata alim ulama silam..
Justeru itu ramai yang menzahirkan rasa terkejut mereka dan ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan Jejak Rasul yang bakal disiarkan jam 6.30 petang ini.
Di bawah kota A’Famosa ialah runtuhan masjid… darah dan air mata alim ulama silam pic.twitter.com/4XQy8zQI0F
Dalam pada itu, dari satu perkongsian Luqman Nulhakim di fbnya,dirinya menulis akan sejarah Kota A Famosa ini yang menarik untuk kita sama-sama memahami sejarah yang pernah tercipta di kota A Famosa ini.
A FAMOSA HASIL RUNTUHAN BATU ISTANA DAN MASJID?
Ketika ini, kerap berlegar mengenai isu pembinaan kota A’Famosa berasal daripada runtuhan masjid, makam dan istana Melaka. Maka, saya suka menjelaskan beberapa hal dan fakta:
1. Menurut, Munsyi Abdullah (1849),Tembok kota Melaka yg dibina daripada batu telah dihancurkan British sekitar tahun 1820an. Ia dihancurkan kerana British risau kekebalan tembok itu jika dikuasai musuh kelak.
2. Sebahagian pakar sejarah memberikan pandangan bahawa kewujudan tembok kota Melaka sebenarnya dibina pada zaman kesultanan Melaka lagi. Pihak portugis hanya membina gerbang yg baharu dan gereja di atas bukit.
3. Hal ini terbukti, terdapat kesan2 takik di jata yg berada di depan dan belakang gerbang mempunyai ukiran seakan-akan keris yg disilang tarakol (sejenis pistol Melayu). Dan sangat mustahil sebuah kota yg ampuh dan kebal mampu disiapkan kurang setahun walaupun dikerah seluruh orang Melaka membinanya. Melaka ditakhluk sekitar Ogos 1511 dan serangan balas dibuat sekitar awal 1513.
Diceritakan org2 tua Melaka, ketika istana Melaka dibakar Portugis, api yang membakar istana mengambil masa satu minggu untuk menghanguskan istana dan cahaya apinya kelihatan sehingga ke seberang (Dumai).
4. Dalam catatan Alfonso, mereka memang menggunakan runtuhan2 batu dari makam pembesar, raja, ulamak, dan istana sebagai bahan membina gerbang dan gereja.
5. Namun, bukan gerbang itu yg dipersoalkan tetapi bekas gereja St Paul itu yang patut dirobohkan kerana itulah kawasan sebenar istana dan Masjid Agung Melaka.
6. Lima orang Raja/Sultan pernah Syahid ketika peperangan merebut Kota Melaka iaitu i. Tengku Raja Ahmad Shah Ibni Sultan Mahmud Shah. Putera Mahkota Kerajaan Melaka (1511) – (Melayu) ii. Raden Yunus menantu Sultan Ageng Raden Demak – Tengku Mahkota Kerajaan Demak (Jawa) berserta dua puteranya. – (1521) iii. Raja Haji Fisabilillah – Tengku Mahkota kerajaan Riau Lingga (Bugis) – 1784.
7. Ketika mendengar kota Melaka ditawan oleh Portugis, maka terpacul di mulut Sultan Demak:
Kalau roboh kota Melaka, Papan di Jawa kami dirikan, Kalau sungguh bagai dikata, Jiwa dan badan kami serahkan.
8. Ketika Raja Haji ditemukan syahid, tangan kanan beliau masih memegang kitab Dalail Khairat (kitab selawat) dan ditangan kirinya badik pusaka milik keluarganya.
9. Bagi menghina kemangkatan Raja Haji, Belanda telah meletupkan 21 das tembakan meriam atas bukit St Paul sbg tanda kemenangan. Abdullah Munsyi, menceritakan penghinaan terbesar adalah diatas makam Raja Haji dibina kandang babi. Lalu org Melayu telah menyelamatkan jenazah almarhum (masih utuh) dan dihantar ke kg baginda.
10. Sepanjang peperangan merebut kota Melaka, orang Minangkabau dibawah pimpinan Naning banyak menyerang dari bahagian daratan.
11. MCA membantah penukaran nama Bukit St Paul kembali kepada Bukit Seri Melaka.
12. Sunan Ampel (ketua wali songo) adalah ulamak besar Nusantara yg mula2 mengistiharkan jihad untuk merampas semula kota Melaka.
Ketika pimpinan lemah dan mempunyai para pembesar dari kalangan pembelot maka tuhan menghukum Melaka selama 446 tahun. Namun, selama 446 tahun itu bangsa Melayu tidak duduk diam untuk menebus maruah mereka dan menegakkan kembali agama Allah.
Kalau nak jatuh, jatuhlah nangka, Jangan ditimpa si batang pauh, Jika kerana agama, bangsa dan negara, Hamba sanggup berkecai tubuh.
Wallahuallam. Jangan plak ade makhluk perli aku dtg dari masa lepas plak. Sumber : Lakaran gambar Masjid Agung oleh Faizal Rahmat
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tiada pasangan yang berkahwin ingin bercerai sebagai noktah kisah cinta romantik mereka. Sepatutnya kemesraan dan kebahagiaan di awal perkahwinan terus kekal hingga akhir hayat. Namun siapa kita untuk menidakkan kuasa Allah yang menentukan ajal dan jodoh manusia.
Namun, dalam keadaan berduka ini, Allah tetap menjaga kepentingan dan kebajikan seorang wanita dengan mewajibkan bekas suami bertanggungjawab ke atas hak jandanya walau apa pun terjadi selagi bekas isteri itu diceraikan bukan disebabkan nusyuz.
Kita ikuti perkongsian yang amat bermanfaat dari peguam Syariah berpusat di Tampin, Melaka iaitu Rabiatul Adawiyah Ramli mengenai hak-hak isteri selepas bercerai buat rujukan suami dan isteri.
Memulakan coretannya, Rabiatul menegaskan bahawa bercerai bukanlah sesuatu yang diimpikan pasangan yang telah berkahwin. Namun setelah mencari jalan penyelesaian tetapi tetap buntu, sudah tentu jalan terbaik adalah berpisah.
Apa gunanya memilih derita jika suami atau isteri berhak menentukan jalan hidup sendiri selepas berpisah.
Walaupun telah berpisah, isteri dapat menuntut tujuh hak ini selepas proses perceraian berlaku. Tujuan utamanya adalah untuk memastikan hak dan kepentingan sama ada bekas isteri, suami dan anak-anak tetap dilindungi biarpun telah bercerai.
Perlu diketahui, tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak bukanlah ketika hidup bersama sahaja tetapi tetap berjalan setelah bercerai juga.
Allah swt telah berfirman:
“Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka.
“Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak) mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya”. (Surah at-Talak : 6)
Apabila pihak-pihak yang dari perkahwinan yang sah telah dibubarkan perkahwinan samada telah dibubarkan perkahwinan tersebut melalui tuntutan perceraian atau fasakh oleh si isteri atau telah diceraikan oleh si suami samada di luar Mahkamah mahupun dengan kebenaran Mahkamah.
Maka apabila sesuatu perceraian itu telah disabitkan sebagai SAH tiada mana-mana perintah Mahkamah yang telah mengisytiharkan sebagai Nusyuz, maka si isteri ini diberikan hak mutlak yang dibenarkan syarak dan undang-undang untuk membuat tuntutan sepertimana di bawah :
Nafkah iddah ini hanya boleh dituntut selama mana wanita tersebut ada tempoh iddahnya. Namun bagi wanita yang tidak diarahkan untuk beriddah oleh Mahkamah sebagai contoh wanita yang belum disetubuhi oleh si suami sepanjang tempoh perkahwinan tidak ada tempoh iddah.
Ini kerana tujuan tempoh iddah ini adalah bagi memberi ruang kepada pihak-pihak untuk Ruju’ kembali dan bertujuan bagi memastikan rahim wanita tersebut bersih dari kandungan.
Tempat tinggal adalah wajib disediakan dalam tempoh iddah Rajie (yang boleh diruju’). Ini adalah kerana dalam tempoh tersebut, pihak-pihak diberi ruang sekiranya ingin menyambung Kembali (Ruju’) ikatan perkahwinan.
….. Merujuk di dalam Dalil Nabi Muhammad saw yang bersabda:
“Hanya nafkah dan tempat kediaman untuk perempuan yang boleh dirujuk oleh suaminya”. (Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i)
Mutaah ialah sejumlah harta yang mana suami wajib berikan kepada bekas isterinya yang pernah disetubuhi jika perceraian itu bukan berpunca dari isteri dan bukan kematian suami.
…. Ini ada dinyatakan di dalam Al-Quran mengenai Mutaah:
“Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya) Mutaah menurut yang ma’aruf sebagai suatu kewajiban bagi orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Al-Baqarah : 241)
Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan yang sah oleh suami dan isteri tersebut. Harta sepencarian yang dimaksudkan termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan.
Tunggakan nafkah ialah nafkah yang telah diabaikan oleh suami dalam tempoh perkahwinan kepada isterinya. Ianya menjadi hutang ke atas suaminya dan wajib dibayar serta boleh dituntut.
Hadhanah bermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri. Mengikut Hukum Syarak dan Undang-undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa, ibu adalah yang paling berhak bagi menjaga anak-anaknya yang masih kecil (di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan).
Sekiranya dalam tempoh perkahwinan pihak-pihak mempunyai anak tak kisahlah berapa ramai sekalipun, maka si ibu boleh menuntut sejumlah wang kepada bapa anak-anak tersebut mengikut keperluan anak dalam kadar yang wajar.
Demikian Allah memberi panduan mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami. Ini bermakna tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak bukan sahaja semasa hidup bersama tetapi juga selepas bercerai dengan isteri.
Maka inilah senarai atau jenis-jenis tuntutan yang boleh dibuat atau dituntut oleh isteri yang diceraikan tanpa alasan yang munasabah.
Dimanakah tuntutan ini boleh dibuat?
Bagi memastikan prosedur tuntutan ini sah di sisi undang-undang, isteri boleh menuntutnya di Mahkamah Syariah andai kata bekas suami seolah lepas tangan.
Bagaimanapun, menurut Rabiatul, tuntutan ini adalah hak isteri samada hendak tuntut atau sebaliknya, tetapi ia hanya melibatkan tuntutan hak isteri sahaja.
“Part Nafkah Anak dan Hak Anak jangan dinafikan pula. Itu hak anak selepas pasangan bercerai. Siapa anda untuk nafikan hak-hak mereka walhal anda yang memilih untuk bercerai. Dan siapa anda juga sebagai bapa atau bekas suami untuk nafikan hak-hak mereka”
Jika tiada keadilan di Mahkamah Dunia, anda akan diadili di Mahkamah Akhirat. Yang penting usaha seterusnya barulah tawakal.
Oleh itu, moga tiada lagi yang ketinggalan keretapi berkenaan apa hak-hak isteri selepas penceraian Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan pada yang juga. InsyaAllah.
Semoga perkongsian ini dapat memberi pencerahan dan membantu wanita agar mengetahui apakah hak sebenar seorang isteri setelah bercerai dengan suami. Tuntutlah selagi ia menjadi hak bekas isteri, jangan sesekali nafikan hak anda.
Kashoorga: Allah telah mengaturkan segala sebaik-baik aturan. Tuntut;ah hak sebagai belas isteri kepada bekas suami kerana nafkah ini bukan sah semasa berkahwin sahaja, tetapi juga selepas bercerai. Nafkah buat isteri hanya termaktub selagi mana tidak berkahwin lain.
Keputihan ketika solat sering menimbulkan rasa waswas dalam kalangan wanita. Ketahui hukum, panduan kebersihan, cara mengurus wuduk dan langkah yang betul agar ibadah lebih tenang dan yakin.