Ads

Lemah Iman Punca Masalah Mental?

Kesihatan mental merupakan isu yang tidak boleh dipandang enteng pada hari ini. Ia telah menjadi isu kesihatan awam yang semakin serius terutamanya selepas pandemik Covid-19. 

Terdapat segelintir masyarakat yang menganggap individu yang mempunyai masalah mental mempunyai Iman yang lemah atau kurang didikan agama.

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), antara punca penyakit mental termasuklah masalah kewangan yang seterusnya boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan dan menghadapi masalah membayar bil atau hutang. 

Kesannya turut menjejaskan hubungan individu bersama ahli keluarga dan meningkatkan masalah kesihatan mental.

Bukan senang bagi seseorang individu untuk mengakui dirinya sakit dan pergi mendapatkan rawatan. Berkemungkinan mereka risau akan pandangan masyarakat.

Oleh itu, stigma ‘lemah Iman’ dan ‘kurang didikan agama’ yang menuding jari ke individu ini mendorong kepada rasa takut individu untuk menerima kenyataan justeru menyebabkan penyakit mereka lebih melarat. 

BACA JUGA: Puasa, Autophagy Dan Harapan Melawan Penyakit, Benarkah Tubuh ‘Memakan’ Sel Kanser? 

Ads

Menurut Pakar Pusat Psikologi Jiwa Damai, Islam tidak sesekali menolak kewujudan aspek psikologi dalam Islam. Malah, memelihara kesihatan mental juga termasuk dalam Maqasid Syar’iyyah, di bawah payung hifz an-nafs (pemeliharaan nayawa) serta hifz al-aql (pemeliharaan akal). 

Terdapat juga tokoh-tokoh perubatan dalam Islam yang terkenal. Contohnya, Muhammad Ibn Zakariya al-Razi atau lebih dikenali sebagai al-Razi merupakan doktor pertama yang membuka wad psikiatri kepada mereka yang mempunyai masalah mental. Beliau percaya bahawa masalah mental merupakan masalah kesihatan sama seperti masalah kesihatan fizikal yang lain. 

Beliau telah menulis kitab al-Hawi yang memberikan perincian berkenaan penyakit mental, dan perincian tentang masalah kemurungan yang berpunca daripada kekurangan aliran darah ke otak.  

Selain itu, Ibnu Sina tokoh perubatan yang lain, turut mengaitkan masalah kemurungan dengan tahap kelembapan dalam otak manusia yang dipercayai berubah-ubah bergantung kepada kadar pernafasan, yang turut dipengaruhi oleh emosi seseorang. 

Ads

Menurut penceramah Islam dan pengasas Institut Bayyinah, Nouman Ali Khan melalui siri kuliah beliau, walaupun Nabi Yaakub hilang penglihatannya akibat kesedihan, namun baginda tetap tergolong dalam golongan yang bersabar seperti yang termaktub dalam al-Quran. 

Dalam siri kuliahnya, beliau menjelaskan bahawa ayat tersebut menunjukkan Islam mengiktiraf kepelbagaian emosi manusia dan menegaskan bahawa selagi tidak melanggar batas syarak, seseorang itu dibenarkan merasai serta mengakui gelombang emosinya dan tetap tergolong dalam kalangan orang yang sabar.

Perkara ini jelas menunjukkan bahawa Islam mengiktiraf kewujudan perasaan dan emosi. Tidak bermakna mereka yang mempunyai kekacauan emosi itu mempunyai Iman yang lemah.

Ads

Namun demikian, dalam dunia perubatan moden, aspek kerohanian juga turut memainkan peranan. Ini bermaksud, masalah kesihatan mental tidak dipandang daripada aspek biologi semata-mata tetapi turut mempertimbangkan pegangan hidup, sistem kepercayaan serta perkara yang memberi makna dan harapan kepada seseorang. 

Lemah Iman Punca Masalah Mental?

Kerohanian juga bukan satu-satunya punca atau penyelesaian, sebaliknya digabungkan bersama rawatan lain seperti ubat, terapi psikologi dan sokongan sosial. 

Pendekatan ini membantu memastikan rawatan yang lebih sesuai dengan latar belakang serta keperluan individu, sekali gus menjadikan keperluan rohani lebih berkesan.

Kesimpulannya, hujah berkaitan individu yang mempunyai masalah mental memiliki Iman yang lemah tidak boleh digunapakai sama sekali, kerana sakit mental sememangnya ada dalam Islam dan saling berkait.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Uyaina Arshad, Raja Syahiran Pilih Nama Berinspirasikan Cucu Rasulullah Untuk Anak...

Pelakon dan pengacara terkenal, Uyaina Arshad, menzahirkan rasa syukur apabila genap sebulan usia cahaya mata ketiganya, Raja Uzayn bin Raja Syahiran, hari ini. Menerusi perkongsian...