Kisah anak kesayangannya pernah viral hingga mendapat perhatian meluas di media sosial. Ketika itu ramai yang sangat simpati dengan penderitaan adik Ainul Mardhiah yang menghidap ketumbuhan dalam mulut.
Namun berkat sokongan semua dan pihak terbabit, akhirnya adik Ainul kita sudah sihat dan tersenyum biarpun perlu ada pemantauan setiap masa.
Insan yang paling gembira dengan perkembangan Ainul ini pastilah keluarga terutama ibu yang melahirkan bayi istimewa ini. Sebelum itu, pernah berhasrat untuk memyambung pengajian tetapi disebabkan kesihatan Ainul niat itu tertangguh.
Kini setelah segalanya selesai, ibu muda ini, Nurul Erwani Zaidi boleh menarik nafas lega sekaligus memberi peluang untuknya menyambung pengajian di sebuah institusi pengajian swasta baru-baru ini.
Dalam posting dimuat turun, Nurul Erwani berkata hasrat menyambung pengajian sudah lama dipendam dan telah mendapat sokongan suaminya, Ahmad Safiuddin serta ahli keluarga lain.
Alhamdulillah. Semalam hari kedua attend kelas di OUM. Decision untuk teruskan study memang impian dari dulu lagi. Suami support dan family pun beri sokongan untuk teruskan.
Sebaik muat naik status berkenaan, ramai yang meyokong usahanya itu. Rata-rata pengikut yang telah mengikuti kisah Ainul dari awal turut berharap segala urusan ibu muda ini dipermudahkan.
KASHOORGA: Kashoorga mendoakan agar baby Ainul terus sihat dan berada di bawah lindungan Allah. Percayalah setiap jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh ibu dan bapa pasti akan dibalas dengan sesuatu yang manis dan indah dari Allah SWT.
Mendengar keluh kesah dan kekecewaan terhadap doa yang tidak dikabulkan Allah bukanlah perkara asing lagi. Ada sahaja sahabat atau orang sekeliling kita yang tertanya mengapa doanya tidak termakbul walaupun telah dipanjatkan pada waktu mustajab.
Bagi menjawab persoalan ini, elok kita baca terus kupasan daripada ustaz Mohd Masri Mohd Ramli yang acapkali ditanya tentang hal ini.
Saya sering mengulangi mesej yang sama setiap hari Jumaat. Iaitu kelebihan berdoa di hari Jumaat, terutamanya selepas waktu Asar.
Satu hari, saya mendapat satu komen yang bertalu-talu. Asalnya saya menyangka dia ingin bertanya apakah tips untuk doa lebih mustajab.
Tetapi penghujungnya, dia menzahirkan putus asa kerana sudah banyak kali berdoa pada waktu yang mustajab yang disebutkan dalam hadis-hadis yang sahih, akan tetapi doanya tetap belum diterima.
Di sini saya kongsikan sedikit jawapan kepada kita semua yang menghadapi masalah yang sama.
Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan yang hina [Ghafir 40: 60]
Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepada mu tentang Aku, maka [jawablah], bahawa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi [segala perintah] Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. [Al-Baqarah 2:186]
2. Kekuatan doa itu banyak bergantung kepada sangkaan kita kepada Allah
Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang daripada kalian berkata: Ya Allah ampuni aku jika engkau mahu. Ya Allah rahmati aku jika engkau mahu. Hendaklah bersungguh-sungguh dalam berdoa. Sesungguhnya tiada siapa dapat memaksa Allah. [Sahih al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 5891]
Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:
Akan dijawab doa salah seorang daripada kalian selagi mana dia tidak tergesa-gesa, iaitu dengan berkata: Aku telah berdoa, tetapi tidak dimakbulkan. [Sahih al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 5892]
3. Apa yang kita sangka baik dalam diri kita boleh jadi hakikatnya tidak baik. Jadi Allah menggantikan dengan yang lebih baik
Abu Sa’id al-Khudri r.a meriwayatkan Nabi SAW bersabda: Tidaklah seorang Muslim berdoa dengan doa yang tidak mengandungi dosa dan memutuskan silaturahim, kecuali Allah akan memberikan kepadanya salah satu daripada tiga perkara berikut:
(1) Akan disegerakan doanya itu, (2) ditangguhkan ke hari Akhirat, (3) dijauhkan keburukan semisalnya daripada orang yang berdoa.
Para sahabat bertanya: Oleh kerana itu, kami perlu banyak berdoa? Baginda menjawab: Allah, pemberianNya lebih banyak [Musnad Ahmad, Musnad Abu Sa’id al-Khudri, hadis no: 10921
4. Boleh jadi ada perbuatan-perbuatan haram kita yang membuatkan doa kita kurang berkesan
Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu Baik, dan tidak menerima kecuali sesuatu yang baik jua. Sesungguhnya Allah menyuruh orang beriman dengan apa yang pernah disuruh kepada para rasul.
Allah berfirman: Wahai para rasul. Makanlah daripada makanan yang baik-baik. Lakukanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kalian lakukan. [Al-Mukminun: 51].
Firman Allah lagi: Wahai orang beriman, makanlah daripada makanan yang baik yang telah kami kurniakan kepada kalian. [Al-Baqarah : 172]
Kemudian baginda menyebutkan tentang seorang lelaki yang bermusafir jauh. Keadaanya kusut masai dan diselaputi debu.
Dia menadah tangannya ke langit dan menyebut ‘ Wahai Tuhan, wahai Tuhan’, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram. Lalu bagaimana mahu diterima (doanya) disebabkan keadaannya itu? [Sahih Muslim, Kitab az-Zakat, hadis no: 1692]
Doa dan memohon perlindungan Allah itu umpama pedang. Pedang bergantung kepada orang yang menghunusnya, bukan sekadar kepada ketajaman bilahnya.
Apabila pedang itu pedang yang sempurna tanpa kecacatan. Lengan yang memegangnya pula lengan yang kuat.
Tiada pula perkara yang menghalang. Maka pedang itu berhasil mencederakan musuhnya.
Apabila hilang salah satu daripada tiga perkara ini, maka hilanglah keberkesanan senjata itu.
Begitu jugalah doa seandainya doa itu sendiri doa yang tidak elok. Atau orang yang berdoa itu tidak menggabungkan hati dan lisannya ketika berdoa. Atau apabila terdapat penghalang daripada terkabulnya doa, maka kesan doa itu tidak diperolehi. [Al-Jawab Al-Kafi]
Wallahua’lam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ternyata kehadiran figura hebat yang sangat dihormati ini meninggalkan impak cukup mendalam apabila dilihat suasana di set berubah kepada program lebih santai dan tenang.
Ternyata aura positif Dr Zulkifli berjaya menguasai pentas Meletop sambil berkongsi ilmu yang disampaikan oleh Menteri Agama berkenaan.
Dan dalam posting di laman sosial Dr Zulkfli beliau turut muat naik foto bersama pengacara Meletop sambil menitipkan pesanan cukup berguna.
Beliau mengingatkan Nabil dan Jihan Muse agar tidak putus asa untuk berhijrah dan bertaubat walau berkali-kali kerana Nabi sudah berpesan dalam satu hadis berkenaan soal itu.
Terima kasih @nabilzira dan @jihanmuse . Harap semua seronok dengan @meletop malam ni. Ingat pesan saya tadi, jangan putus asa untuk berhijrah dan bertaubat walau berkali-kali kerana Nabi sudah berpesan dalam hadith riwayat Ibn Majah, “Orang yang (benar-benar) bertaubat daripada dosa adalah seperti mereka yang tidak ada dosa.”
Sementara itu, gandingan personaliti hebat dalam budang masing-masing ini juga turut mengundang respon warganet. Masing-masing teruja dan seronok menonton Meletop semalam.
atie_2927 alhamdulilah…satu pendekatan terbaik pd generasi masa kini..
dewinamansor semoga kite jadi lebih baik dr semlm..In shaa Allah, aamiin
rusiawatibidrus Seronok tengok Meletop malam ni… Sporting betul Datuk
ek.sarah insyakallah ustadz.. kehadiran ustadz sangat bermakna, jazakallah ustadz dan seluruh warga meletop
z.zuria85 Alhamdulillah..dpt tgok..terima kasih Dato tntang penerangan amalan terbaik awal muharram..
Kata pepatah, jangan bermain dengan api kelak terbakar jari. Seringkali sahaja kita mendengar kisah gadis-gadis muda yang sering menjadikan rakan sekerja (suami orang) tempat meluahkan perasaan apabila dilanda masalah. Namun adakah betul cara mereka ini sebenarnya?