Langit Bertukar Merah, Kaum Muslim Australia Buat Solat Sunat Istisqa. Akhirnya Dengan Izin Allah Hujan Turun!

Share

Dunia gempar apabila berlaku kebakaran hutan di Australia menyaksikan langit di Mallacoota dilihat bertukar menjadi warna merah darah.

Bukan itu sahaja, kebakaran terburuk dalam tragedi kebakaran hutan ini turut memaksan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan ke tempat lebih selamat.

Kebakaran hutan ini juga turut menyaksikan hampir 500 juta haiwan terkorban akibat kebakaran yang marak hampir seluruh Australia sejak hujung Ogos lalu.

Kebakaran hutan yang berlaku di Australia ini telah mencecah 5 juta hektar dan turut memusnahkan 1,500 rumah hingga menyebabkan kematian penduduk.

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan Australia dalam usaha mencegah kebakaran daripada terus berlarutan.

Tragedi ini juga turut menyaksikan kira-kira 50 Muslim telah mengadakan solat sunat Istisqa (solat minta hujan) bagi memohon hujan sekaligus mengurangkan kebakaran di Bonython Park Adelaide.

Solat sunat itu turut disertai kanak-kanak yang berkumpul di Bonython Park untuk mendoakan agar kawasan yang terbakar dituruni hujan bagi membantu petani serta mangsa yang terjejas.

Bukan itu sahaja, malah seorang paderi Patrik McInerney dari Pusat Perhubungan antara Kristian dan Muslim turut menyertai sesi ibadah tersebut dengan berdoa supaya hujan rahmat dapat diturunkan.

Dan dengan keizinan Allah, akhirnya hujan telah turun membasahi bumi Australia yang dilanda kebakaran belukar.

Rata-rata netizen dari seluruh negara mengucapkan kesyukuran dan mendoakan warga Australia tabah menghadapi bencana itu.
KREDIT FOTO: FACEBOOK ARMIZI MUSTAPHA (UNTUK TOP IMAGE)
IKLAN