Innalllahiwainailahirojiun.

Kepada Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali.

Tragedi menyayat hati melibatkan seorang ibu dan lapan anak-anak yang masih kecil maut dirempuh sebuah lori trelar di melibatkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam dalam kejadian hujan lebat malam tadi cukup meruntun jiwa rakyat Malaysia.

Ini kerana kesemua sembilan ahli keluarga ini maut dirempuh lori terbabit selepas kenderaan mereka rosak di tepi lebuhraya berkenaan termasuk seorang individu lain turut menjadi mangsa kejadian.

Dalam pada itu, seorang pengguna lebuhraya berkenaan yang dikenali sebagai Syed Mohamad Al Syahab yang melalui lebuhraya berkenaan sejurus selepas kemalangan ngeri itu berlaku berkongsi bagaimana menggigil tubuhnya menyaksikan banyak mayat terperesuk di bawah trelar berkenaan.

“Lutut Lembik Saksikan Banyak Mayat”, Lelaki Kongsi Pengalaman Bantu 9 Keluarga Maut Dilanggar Treler
Kemalangan maut ini meragut nyawa 9 beranak sekaligus dan cukup menyayat hati
“Lutut Lembik Saksikan Banyak Mayat”, Lelaki Kongsi Pengalaman Bantu 9 Keluarga Maut Dilanggar Treler
Bomba menggunakan peralatan khas memotong kenderaan kerana kesemua mangsa terperangkap di bawah treler ini

Ini antara perkongsiannya.

Isteri bersama tujuh orang anak meninggal dalam kereta. Kalau kereta rosak, jangan duduk dalam kereta, bahaya. Kongsinya.

Jelas Syed Mohamad, kebetulan malam semalam dia melalui kawasan tragedi. Kemalangan baru berlaku dalam pukul 11.30 malam tadi. Kereta dirempuh lori pasir DI LALUAN KECEMASAN.

IKLAN

“Saya pun berhenti turun nak bantu. Nampak satu orang dah meninggal di bahu jalan. Lepas tu ada perempuan atas jalan, cedera ringan. Abang pergi dekat lori besar nie nampak ada kereta kat bawah dia. Abang tak nampak orang dalam kereta dah hancur. Datang seorang abang ini menangis.

“Abang, tolong abang. Anak dengan isteri 7 orang ada ada bawah kereta ini bang,” katanya.

“Langsung lembik lutut saya dengar. Saya peluk abang tu, saya cakap sabar bang, sabar bang. Sedih sangat-sangat. Saya pujuk abang tu dan perlahan-lahan minta dia duduk tepi. Tenang dan berselawat.

“Namun dirinya tetap bersedih. Dia asyik ulang-ulang cakap anak dan isteri saya abang. Anak dan isteri saya. Jujurnya saya memang tak kuat dah. Saya tanya budak-budak lain yang ada di sekeliling tu, kata mereka dah panggil ambulan, polis dan bomba dah,” kata Syed Mohamad yang terus menambah, selepas dirinya menutup satu dari jenazah yang berada di tepi pembahagian jalan itu, dirinya terus menuju kereta kerana tidak kuat menyaksikan peristiwa amat sedih ini.

“Perasaan saya ketika itu sedih campur marah. Bercampur baur sangat-sangat. Semoga Allah beri kekuatan buat abang yang diuji itu. Sungguh berat ujian di hadapinya.

IKLAN

Tambahnya lagi, pemandu trelar berkenaan ada membawa dua orang anak dan isteri dalam kenderaannya. Malah dia sendiri takut dengan kejadian yang baru menimpa itu.

“Saya suruh dia ambil anak-anaknya duduk di tepi jalan. Entahlah, rasa geram pun ada. Difahamkan ada seorang makenik yang meninggal dari dua orang yang datang baiki kenderaan rosak tu. Meninggal ketika membuat kerja kebajikan, insya Allah khusnul khotimah.

“Lutut Lembik Saksikan Banyak Mayat”, Lelaki Kongsi Pengalaman Bantu 9 Keluarga Maut Dilanggar Treler
Ini antara kenderaan terlibat dan remuk selepas dirempuh treler berkenaan
“Lutut Lembik Saksikan Banyak Mayat”, Lelaki Kongsi Pengalaman Bantu 9 Keluarga Maut Dilanggar Treler
Kemalangan ngeri ini melibatkan empat kenderaan lain di saat dalam keadaan negara dilanda hujan semalam semalam
“Lutut Lembik Saksikan Banyak Mayat”, Lelaki Kongsi Pengalaman Bantu 9 Keluarga Maut Dilanggar Treler
Sebahagian kenderaan yang rosak

Semoga Allah tempatkan roh mereka di kalangan orang-orang beriman,” katanya yang mengakui kali ini kakinya lembik menyaksikan kemalangan ngeri ini. Pertamanya satu keluarga dengan anak-anak yang masih kecil meninggal dunia. Habis semuanya dalam sekelip mata.

Tulisnya lagi, jangan lupakan doa berangkat memulakan perjalanan. Mudah-mudahan Allah lindung kita semua. Aamiin humma aamiin.

IKLAN

Dalam pada itu, memetik laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kemalangan membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.

Beliau berkata, sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 11.42 malam untuk operasi menyelamat.

“Nahas membabitkan 17 mangsa, yang mana 10 daripadanya disahkan meninggal dunia.

“Mangsa yang maut adalah seorang lelaki dan seorang wanita, manakala lapan lagi membabitkan lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.

“Sebuah kren digunakan untuk mengangkat treler terbabit. Semua mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis. Bagaimanapun, 10 mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Menurut Norazam, operasi ditamatkan pada 2.40 pagi.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI