Nak nikah itu senang, tetapi nak kemudikan bahtera perkahwinan itu yang susah jika tak cukup ilmu di dada. Ilmu bukan setakat bagaimana nak berkasih sayang kepada isteri.
Lebih mustahak lagi ilmu agama yang perlu dicari dan digali agar mampu menjadi nakhoda handal membentuk keluarga sakinah dan dihormati isteri.
Gambar sekadar hiasan
Apabila lengkap ilmu agama, segala amalan akan berpaksi kepada Allah SWT bagi memperoleh rahmatNya. Dalam keadaan ini, mana mungkin suami mengharapkan isteri untuk mengetuai keluarga.
Oleh itu, banyak hal yang bakal suami perlu persiapkan sebelum kahwin. Kita baca penjelasan ustaz Umar Bukhari menerusi entri di facebooknya tentang apa yang lelaki perlu lakukan sebelum bernikah.
Untuk para suami, nikah bukan semata mata untuk lempiaskan nafsu. Bukan ingin menayangkan kecantikkan isteri kita.
Ads
Bukan nak tunjuk kepada kawan kawan bahawa kita sudah berkahwin. Tapi nikah ini niat kerana Allah.
Sebelum nikah, kena mengaji dulu fardhu ain. Jika kita harapkan calon isteri kita yang terbaik. Kita suami kena jadi yang terbaik terlebih dahulu.
Kalau hanya semata mata ingin dapatkan yang terbaik. Allah akan bagi yang terbaik. Tapi masih jahil agama. Dua dua jahil agama.
Sebelum nikah, lelaki kena belajar aqidah, fiqh dan tasawwuf. Jangan tunggu lepas kahwin baru nak pergi mengaji.
Ads
Percayalah, bila sudah kahwin. Kita akan semakin liat nak menuntut ilmu.
Aqidah kena tahu. Supaya bila kahwin. Ajar isteri kita tentang Tuhan.
Ads
Fiqh kena tahu lagi lagi bab ibadah, haid, nifas dan istihadhah. Percayalah, kebanyakkan perempuan tak semua tahu bab haid, nifas dan istihadhah.
Kalau mereka sendiri tak nak mengaji. Lelaki apatah lagi. Sebab itu kita sebagai lelaki. Kena mengaji.
Bila dah mengaji. Ajar mereka. Tasawwuf pun kena mengaji. Ajar diri kita dan isteri sabar dalam menghadapi ujian berumahtangga.
Kebanyakkan orang sekarang bercerai, punca tidak mengaji agama.
Ingat wahai lelaki, bukan mudah nak jadi ketua keluarga kalau setakat kita hanya mampu beri kekayaan dunia. Tapi tak mampu beri keluarga kita didikan agama fardhu ain.
Punca anak anak rosak, daripada kedua ibu bapa yang jahil dan berikan harta benda kepada anak.
Semoga kita sebagai lelaki dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih amanah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Perkembangan teknologi digital hari ini membolehkan sesiapa sahaja bertindak seperti wartawan di lokasi bagi sebarkan gambar orang meninggal dunia dan dan ‘berita’. Apa sahaja yang difikirkan akan menarik perhatian pengguna sosial media, maka ‘berita’ tersebut akan dimuat naik dengan harapan boleh menjadi viral dan sensasi.
Salah satu ‘berita’ yang kerap kita lihat ialah keberanian mereka memuat naik gambar mayat atau jenazah dalam keadaan yang mengerikan atau yang mengaibkan. Di sini orang ramai perlu maklum apa yang boleh dan tidak dilakukan.
Assalamualaikum W.B.T. Sesetengah masyarakat kita yang gemar mengambil dan menyebarkan gambar mangsa kemalangan atau kes tertentu di media sosial, apakah hukum perbuatan ini dari perspektif agama?
Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
لايؤمنأحدكمحتىيحبلأخيهمايحبلنفسه Maksudnya: “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”. (Riwayat al-Bukhari: 13 dan Muslim:45)
Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa seorang muslim hendaklah menyukai segala kebaikan yang diperoleh oleh saudara muslim yang lain sebagaimana dia menyukai kebaikan itu untuk dirinya, dan membenci segala keburukan yang menimpa saudara muslim yang lain sebagaimana dia membenci keburukan itu menimpa dirinya.
Oleh itu hendaklah seseorang muslim berlaku ihsan dan berbuat baik kepada saudara semuslim-nya yang lain, menutup segala keaibannya serta menjaga hak-hak ke atas mereka (sesama muslim).
Justeru, pada asasnya perbuatan menyebarkan gambar mayat si mati adalah haram dan bercanggah dengan moral dan akhlak Islam kerana hal tersebut boleh membuka aib si mati dan menyakiti hati keluarga waris.
Islam sangat menitikberatkan kewajipan seseorang Islam terhadap saudaranya yang lain iaitu antaranya menjaga nyawa, harta dan kehormatan diri sebagaimana sabda Nabi S.A.W:
كُلُّالْمُسْلِمِعَلَىالْمُسْلِمِحَرَامٌ،دَمُهُ،وَمَالُهُ،وَعِرْضُهُ Maksudnya: “Hak setiap muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya”. (Riwayat Muslim: 2564)
Berdasarkan hadis di atas, ia menunjukkan kewajipan seseorang muslim terhadap saudaranya yang lain maka haram ke atasnya untuk menumpahkan darah saudara muslim yang lain, mencerobohi hartanya seperti mencuri atau merompak atau menipu dalam urusan jualbeli, dan hendaklah menjaga kehormatan dirinya iaitu tidak boleh menghina sifatnya atau rupa paras atau keturunannya kerana hal itu boleh menjatuhkan kehormatannya dan hendaklah memelihara kemuliaan dirinya. (Rujuk: Al-Adab al-Nabawi, 1/137).
Firman Allah S.W.T:
….ولقدكرمنابنيآدم Maksudnya: “Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak Adam…..”. ( Surah al-Isra’ : 70)
Ayat di atas menunjukkan Allah S.W.T. memuliakan manusia samada semasa hidup atau matinya. Dan tidak syak lagi apa yang diharamkan oleh seseorang muslim ke atas saudaranya ketika hidup sama seperti pengharamannya setelah meninggal dunia.
Oleh itu, berdasarkan dalil-dalil di atas wajib ke atas kita untuk beradab dan memuliakan saudara muslim yang lain samada ketika hidup ataupun setelah meninggal dunia. Segala perkara yang boleh membawa kepada pencerobohan nyawa, harta dan kehormatan diri seseorang muslim adalah haram dan dilarang di sisi agama kita yang mulia.
Selain itu, perbuatan menyebarkan gambar mayat yang kurang elok atau tidak menutup aurat adalah suatu bentuk pendedahan aib dan ia merupakan suatu perkara yang ditegah dalam agama. Malah tiada khilaf dalam kalangan para ulama’ bahawa wajib menutup aurat jenazah. (Rujuk: Hasyiyah al-Dasuqi, 1/408).
Sehinggakan para ulama menitikberatkan hendaklah dijaga aurat dan aib si mati sekalipun ketika urusan memandikan jenazah.
Berkata Imam al-Nawawi: “Dan disunatkan agar ditutup mayat (ketika memandikan jenazah) daripada orang lain, kerana berkemungkinan terdapat pada badannya itu suatu aib yang beliau menutupinya dahulu (ketika dia hidup), dan boleh jadi terdapat badannya itu suatu tompokan darah, lalu disangka oleh orang yang melihatnya itu sebagai suatu hukuman baginya (mayat itu).” (Rujuk: Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 5/154).
Riwayat Abu Daud (3140), Ibnu Majah (1460)
Apatah lagi sekiranya keadaan mayat tersebut mengaibkan seperti tertanggal anggota dari badan, terburai jasad dan sebagainya maka itu boleh membuka aib si mayat tersebut. Jelaslah bahawa perbuatan seperti ini adalah sangat tidak bertanggungjawab dan dilarang tegas oleh agama.
Oleh itu, berdasarkan dalil-dalil di atas jelaslah bahawa wajib ke atas kita menutup aurat dan aib seseorang sekalipun orang tersebut telah meninggal dunia.
Malah wajib hukumnya bagi seorang muslim menutup apa juga yang tidak disukai oleh seseorang ketika hidupnya.
Barangsiapa yang melakukan sebarang perbuatan yang mendedahkan aurat dan aib si mati maka dia telah tergolong dalam golongan yang mencerobohi maruah saudara muslimnya yang lain dan ianya termasuk dalam perkara yang dibenci oleh Allah dan RasulNya.
Perbuatan menyebarkan mayat orang yang meninggal dunia adalah haram kerana ia boleh mendedahkan aib si mati dan menyakiti hati keluarga waris.
Tambahan pula, sekiranya keadaan mayat yang agak tidak sempurna seperti terdedah aurat, tertanggal anggota tubuh dari badan maka haram menyebarkan gambar tersebut kerana Islam melarang umatnya mendedahkan aurat dan hal tersebut boleh menjatuhkan kehormatan si mati.
Selain itu ia boleh mendatangkan trauma kepada keluarga si mati dan boleh mengundang pelbagai perkara yang tidak diingini. Justeru, perbuatan menyebarkan gambar mayat perlu dihentikan kerana ia bercanggah dengan etika, moral dan akhlak Islam.
Di samping itu, individu yang melakukan perbuatan ini juga harus diambil tindakan tegas agar fenomena ini tidak berleluasa dalam masyarakat.
Wallahu a’lam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Dulu rasa payau, macam direct dari telaga.’ Ini sebabnya kenapa air zam-zam sekarang rasa berbeza dan tak sama macam kita minum waktu kecil-kecil dulu.
Seingat dahulu, masa kena paksa minum air zam-zam memang budak-budak tak mahu kerana rasanya yang pelik dan payau.
Tetapi bila makin dewasa, rasa air zam-zam sudah boleh diterima tekak, rupanya air zam-zam sekarang tak sama macam dahulu. Ikuti perkongsian Masnira Ramli yang kini menetap di Tanah Suci Mekah.
Ramai beranggapan yang penduduk yang tinggal di Mekah akan ambil air zam-zam dekat masjid macam jemaah haji yang datang tunaikan umrah dan haji ambil.
Eh tak, kebetulan akak hendak pergi beli air zamzam ni, jom ikut akak kita peri ke kilang air zam-zam yang terletak di Kuday, Mekah. Jadi untuk semua kegunaan peribadi dan juga untuk semua orang yang menetap dekat Mekah, boleh dapatkan aiz zam-zam di sini.
Begini caranya untuk membeli air zam-zam. Mula-mula kita masukkan ID nombor kita, kenapa kena ada ID number sebab hanya orang yang menetap di Mekah dan juga rakyat Saudi saja yang boleh beli air zam-zam dekat sini.
Bila sudah masuk ID number kita pun pergi ke kaunter untuk buat pembayaran. Bila sudah buat pembayaran itu, bawalah resit yang kita ke tempat ambil air zam-zam.
Okey, dekat sini kita ambil troli dulu sebab untuk bilangan botol air zam-zam itu mengikut isi rumah. Macam suami akak, dia sudah register dengan orang seisi rumah.
So sekali pembelian dengan orang seisi rumah. Jadi untuk sekali pembelian, kami dibenarkan membeli sebanyak 20 botol. Bila dah scan kita punya resit dekat sini, akan keluarlah air zam-zam dalam tempat tempat khas tu.
Canggih dan mudah kan? Okey nak tahu tak kenapa air zam-zam sekarang ini dia dah tak rasa payau. Macam, kalau ingat masa dulu kalau mak ke atuk, nenek kita pergi umrah, dia suruh kita minum air zam-zam, kita tak nak sebab rasa dia tak sedap!
Rasa dia sangat payau, macam minum air daripada direct daripada telaga kan? Okey sebenarnya sebab air zam-zam sekarang ini telah disuling dan ditapis di kilang khas yang ada dekat Masjidilharam.
Kemudian dibahagikan kepada tiga bahagian, satu untuk kegunaan jemaah di Masjidilharam.
Yang kedua dipam terus ke kilang air zamzam di Kuday ini dan dibotolkan begini untuk kegunaan rakyat tempatan dan semua yang menetap di dalam Saudi.
Manakala yang ketiga akan dipam terus ke dalam lori tangki air dan dibawa terus ke Madinah.
Jangan minta akak belikan dan pos tau sebab tak boleh. Salah di sisi undang-undang untuk jual air zam-zam ataupun pos air zamzam ke negara lain.
Kelahiran Nabi Muhammad SAW yang digelar Al-Amin tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 570M menurut beberapa sirah adalah rahmat kepada seluruh alam. Sebagai Nabi terakhir dan pemberi syafaat, kita digalakkan berselawat Nabi setiap masa agar Nabi kenal kita semasa di akhirat kelak.
Dilahirkan dalam keadaan yatim kerana bapanya Abdullah Abdul Mutalib meninggal dunia di Madinah ketika baginda baru dua bulan dalam kandungan ibunya, Aminah Wahab. Malah pada usia Baginda enam tahun, ibunya pula meninggal.
Dalam sirah Nabawiyyah, ibu susuan pertama Baginda ialah Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) dan ibu susuan keduanya ialah Halimah binti Abu Zuaib As-sa’diah (lebih dikenali Halimah As-sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah). Dalam erti kata lain, Nabi Muhammad SAW juga memiliki saudara persusuan.
Menurut beberapa riwayat hadis, 5 nama ini dinamakan sebagai saudara susuan Nabi.
Hamzah bin Abdul Muthalib:-
Hamzah bin Abdul Muthalib merupakan pakcik Nabi. Dalam sebuah riwayat yang sahih dinyatakan juga bahawa Hamzah merupakan saudara sepersusuan Nabi. Dalam hadits Ibnu Abbas riwayat Bukhari, dia berkata bahawa Rasulullah SAW menyampaikan tentang puteri Hamzah:
“Dia tidak halal bagiku kerana apa yang diharamkan kerana sepersusuan sama diharamkan kerana keturunan sedangkan dia adalah puteri dari saudaraku sepersusuan.” (HR Bukhari)
Mus’ab al-Zubairi mengatakan, Thuwaibah (salah seorang ibu susu nabi) menyusui Nabi SAW, lalu juga menyusui Hamzah dan kemudian menyusui Abu Salamah. Thuwaibah merupakan hamba Abu Lahab yang menyusui Nabi Muhammad sebelum Halimah al- As-sa’diah
Abu Salamah:-
Dalam hadits Bukhari dikatakan, Ummu Habibah isteri Nabi SAW pernah mengatakan kepada Rasulullah SAW:
Lalu Ummu Habibah pun mengiyakannya dan berkata, “Aku tidak pernah menjadi isterimu seorang diri, dan orang yang paling aku sukai menemaniku dalam kebaikan adalah saudariku.”
Rasulullah SAW bersabda, “Itu tidak halal bagiku.”
Ummu Habibah berkata, “Sesungguhnya kami diberitahu, bahawa engkau ingin menikahi anak Abu Salamah”.
Rasulullah bertanya, “Puteri Abu Salamah?”
Ummu Habibah menjawab, “Ya.”
Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Seandainya dia bukan anak asuhku, dia tetap tidak halal bagiku. Dia itu puteri dari saudara sepersusuanku. Aku dan Abu Salamah pernah disusui oleh Thuwaibah, maka jangankanlah kalian menawarkan anak-anak atau saudari-saudari kalian kepadaku.” (HR Bukhari)
Syaima binti al-Harits bin Abdul Uzza bin Rafa’ah:-
Tidak diketahui lebih lanjut mengenai jalur keturunannya. Namun catatan yang dicatat menyatakan namanya sebagai saudara persusuan Nabi Muhammad SAW.
Abdullah bin al-Harits :-
Dia adalah saudara laki-laki Syaima.
Anisa bin al-Harits
Baik Syaima, Abdullah, mahupun Anisa, merupakan anak dari Al-Harits bin Abdul Uzza. Dia adalah suami dari Halimah al-Sa’diyah, salah satu wanita yang menyusui Nabi Muhammad. Sumber : Saaid
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.