Keluar berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram sudah terang adalah haram.
Namun malangnya hari ini ramai ibu bapa dengan mudah membenarkan anak mereka terutama perempuan keluar berdua-duaan bersama teman lelaki mereka tanpa rasa bersalah sedangkan ia adalah satu dosa besar.
Demikian situasi yang dikongsi oleh Ustaz Hafiz Afandi yang turut dikenali sebagai Ustaz Kembar.
“Mak ayah yang benarkan anak perempuan keluar dengan lelaki bukan mahram walaupun tunang anaknya sendiri adalah berdosa besar kalau tanpa keperluan yang munasabah.
“Ada mak ayah sekarang ini yang reda anak buat maksiat dengan benarkan anak-anak perempuan keluar dengan boyfriend dia berdating maka mak ayah itu adalah dayus kerana mereka telah redha dengan dosa dan maksiat. Hukumnya adalah berdosa besar.
“Malah ada ulamak yang ‘mengkafirkan’ mak ayah yang sebegini yang redha dengan perbuatan dosa dan maksiat yang telah Allah Taala haramkan. Ini kerana mereka redha dengan perbuatan tersebut sebab anak-anak mereka buat,”ujarnya.
Bertaubatlah jika pernah buat
Dalam pada itu kata Ustaz Hafiz ada juga kalangan ibu bapa yang membenarkan anak keluar dengan alasan sebagai proses mengenali pasangan sebelum berkahwin.
“Ada mak ayah yang cakap, tak apelah mereka keluar berdua sebab nak kenal kenal sebelum kahwin. Tapi dia tak tahu apa anak-anak buat Ketika berdua itu. Ada yang berzina, bersentuhan, berpelukan, berciuman dan sebagainya,” tegasnya dalam satu perkongsian di TikTok.
Nasihat Ustaz Hafiz juga sekiranya ibu bapa sayangkan anak-anak dan mahu ke syurga bersama mereka, jangan buat sebegini.
“Bertaubatlah sekiranya pernah melakukannya,”nasihatnya lagi.
Allah sentiasa menunggu doa kita. Tak kiralah apa pun juga tujuannya; nak kahwin, kaya, pandai dan lain-lain. Namun ia harus disusuli dengan ikhtiar atau usaha bersungguh-sungguh dan tawakal kepadaNya.
Namun ada sebahagian kita sudah lama berdoa tapi, belum nampak doa itu dimakbulkan. Cuba audit semula. Mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang.
Kita ikuti sebahagian tip agar doa cepat dikabulkan yang terdapat di dalam kitab Al-Wafi. Kitab syarah dari Al-Arba’in An-Nawawiyah karya Dr. Mustafa Dieb Al-Bugha Muhyidin Mistu.
Khusyuk dan menaruh harapan penuh & tinggi
Paling mustahak, kita perlu sematkan dalam hati dan menaruh harapan tinggi bahawa doa kita itu akan dimakbulkan Allah. Yakin ia pasti akan terjadi.
Abu Hurairah r.a. berkata, bahwa Rasulullah SAW bersabda,
“Berdoalah kepada Allah dengan harapan akan dikabulkan. Karena Allah tidak akan menerima doa dari hati yang lalai dan kosong dari harapan.” (H.R. At-Tirmidzi)
Yakin, yakin & yakin
Jangan ada ruang untuk keraguan dalam berdoa. Kita harus yakin dan tidak boleh menampakkan keraguan, baik dalam hati mahupun dalam ucapan kita. Allah tahu kita meminta dengan yakin atau separuh hati.
Rasulullah SAW melarang seseorang berdoa dengan mengucapkan, “Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau berkenan. Ya Allah, rahmatilah aku jika Engkau berkenan.” Akan tetapi, dalam berdoa, harus dengan perasaan yakin. Kerana Allah SWT akan berbuat apa saja tanpa ada yang memaksa.” (H.R. Muslim)
Bersungguh-sungguh
Allah SWT sangat suka melihatkan hamba-Nya yang menunjukkan kesungguhan ibadah dan mengungkapkan segala keperluannya kepadaNya, dengan harapan Allah SWT akan memenuhi permintaannya.
Selama seorang hamba berdoa dengan sungguh-sungguh dan benar-benar mengharap untuk dikabulkan, bererti dia telah mendekati untuk dikabulkan. Perlu diingat, bahawa orang yang mengetuk “pintu”, besar kemungkinan akan dibukakan pintu itu.
Allah SWT berfirman, “Dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-A’raf: 56)
Anas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jangan lelah untuk berdoa, karena tidak ada orang yang mati karena berdoa.” (H.R. Al-Hakim)
Rasulullah SAW juga bersabda, “Barangsiapa yang tidak mau berdoa kepada Allah, nescaya Allah marah kepadanya.” (H.R. Ibnu Majah)
Seorang sahabat r.a. menyebutkan bahawa jika seorang hamba berdoa kepada Tuhannya, dan Allah menyukainya, Allah SWT berfirman, “Hai Jibril, jangan terburu-buru mengabulkan doa hambaKu ini. Aku amat suka mendengar suaranya.”
Tidak terburu-buru
Rasulullah SAW melarang seorang mukmin meninggalkan doa kerana doanya belum juga dikabulkan. Bahkan Rasulullah SAW menganggapnya sebagai faktor tidak dikabulkannya doa. Kerana itu, seseorang dituntut untuk senantiasa berdoa dan agar tidak putus harapannya kepada Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda,
“Akan dikabulkan doa seseorang, selama ia tidak terburu-buru minta dikabulkan doanya, hingga mengatakan, “Saya telah berdoa kepada Tuhanku namun belum juga dikabulkan.” (Muttafaq alaih)
Hasil rezeki yang halal
Di antara faktor terpenting dikabulkannya doa adalah rezeki yang halal. Sebaliknya, di antara faktor tidak dikabulkannya doa adalah ketidakpedulian seseorang dengan rezekinya, apakah halal atau haram.
Inilah yang ditegaskan Rasulullah SAW dalam sabdanya, “Seorang lelaki yang menghulurkan kedua tangannya ke langit, seraya berdoa, “Ya Tuhan, Ya Tuhan.” Sedangkan makanan, minuman, dan pakaiannya haram. Ia kenyang dengan barang haram. Bagaimana mungkin doanya dikabulkan?” (H.R. Muslim dan yang lain)
Dalam hadisnya yang lain beliau bersabda, “Hai Sa’d, makanlah dari makanan yang baik (halal), nescaya doamu akan selalu dikabulkan.” (H.R. At-Thabrani)
Berdoa dengan adab
Apabila ingin berdoa, pastikan kita menjaga adab-adab kita. Memang benar kita boleh memohon doa di mana pun juga, namun masih ada adab yang perlu kita penuhi sebagai rasa hormat kita kepada Allah SWT.
Perhatikan adab-adab kita semasa berdoa, seperti menghadap kiblat, mengangkat tangan, serta membuka dan mengakiri doa dengan memuji Allah dan membaca selawat.
Wa Allahu a’lam
Kashoorga: Adat hendak meminta perlu lah ada cara. Jika kita nak minta sesuatu pun daripada manusia, kita perlu yakin, focus dan ada adab.
Kita mungkin menerima pesanan begini di WhatsApp, inbox di sosial media atau SMS satu ketika dulu. Memang ada yang percaya dan melakukan suruhan ini.
Awas ya kerana ini bermakna anda telah melakukan tathayyur atau syirik kecil. Segeralah memohon keampunan Allah SWT.
Makna Thiyarah atau Tathayyur
Thiyarah merupakan istilah bahasa Arab yang membawa maksud burung. Sejarahnya bermula pada zaman orang Arab jahiliyyah ketika ingin mengerjakan safar.
Mereka akan merujuk kepada pergerakan burung yang telah dilepaskan ke langit kerana bagi mereka jika burung tersebut bergerak ke kiri, maka mungkin akan terjadi musibah di tengah jalan manakala jika burung tersebut bergerak ke sebelah kanan, maka nasib yang baik-baik sahaja akan menyusul dan mereka dibenarkan untuk mengerjakan safar (perjalanan) .
Dari segi umumnya, maksud thiyarah adalah beranggapan sial ketika terjadinya sesuatu musibah yang melanda dengan alasan sesuatu perkara yang terjadi sebelumnya. Ia adalah sama erti dengan tathayyur.
Contoh-contoh Tathayyur
– Tergigit lidah kononnya ada orang mengumpat hal kita.
– Kupu-kupu masuk rumah kononnya ada orang yang nak datang.
– Ambil gambar 3 orang kononnya salah satunya akan pendek umur.
– Keluar rumah terlupa sesuatu kononnya jangan patah balik ke rumah atau sesuatu musibah akan berlaku.
– Rebus anak lesong, kononnya tolak hujan.
– Tidak dapat merasa sesuatu makanan kononnya jilat telapak jari supaya tidak kempunan.
– Diberak burung kononnya ada rezeki.
– Air minuman tumpah kononnya tiada rezeki.
– Sedang berbicara cicak berbunyi kononnya tanda perbualan itu benar.
– Menjamah makanan sebelum keluar rumah kononnya supaya tidak kempunan.
– Jumpa ular melintas di jalan, kononya ada sesuatu yang buruk berlaku hari itu.
– Mimpi berak, kononnya akan ditimpa sakit.
Kenapa dikatakan syirik?
عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول اللّه، صلى الله صلى الله عليه وسلم : الطيره شرك، الطيره شرك، وما منا الا ولكن يذهبه بالتوكل
“Dari Ibnu Mas’ud R.A berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Bertathaiyur itu syirik, bertathaiyur itu syirik, dan tiada diantara kita yang tidak terlibat dengannya kecuali akan dijauhkan oleh Allah dengan bertawakkal”.
Hadis riwayat Ahmad [3411] at-Tibb. Turmizi [1539] as-Sair)
Bahaya At-Tathayyur
“At-Tathaiyyur” dapat meniadakan “At-Tauhid” dari dua sisi:
1. Pelaku “At-Tathaiyyur” telah menghilangkan tawakkalnya kepada Allah SWT serta bersandar kepada selain Allah SWT. Padahal Allah Taala adalah satu-satunya tempat bergantung. Sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Ikhlas ayat ke-2 (yang ertinya):
اَللّٰهُ الصَّمَدُ ۚ
Allah tempat meminta segala sesuatu.
Al-Ikhlas: Ayat 2
Dan perintah Allah SWT
فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيــــهِ
“Maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah (hanya) kepada-Nya.” (Hud: 123)
2. Pelaku “At-Tathaiyyur” sesungguhnya bergantung kepada sesuatu yang tidak ada hakikatnya, sedangkan hal tersebut hanya jangkaan dan khayalan sahaja (yang tidak layak untuk dijadikan tempat bergantung)
Setiap yang berlaku adalah dengan izin Allah
Setiap kejadian di muka bumi ini terjadi dengan izin Allah. Sebagai seorang hamba yang bertaqwa dan mempunyai iman di dada, wajib mempercayai kepada qada’ dan qadar.
“Kemudian apabila datang kepada mereka kesenangan, mereka berkata: “Ini ialah hasil usaha kami”, dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka mengatakan nahas dan malang itu disebabkan oleh nabi Musa dan pengikut-pengikutnya. (Tuhan berfirman): Ketahuilah sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya ditetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.”
Siapa tidak kenal dengan Ustaz Ebit Lew, seorang pendakwah yang ‘datang’ dengan ‘pakej dakwah’ yang lembut dan berhemah ketika menyampaikan sesi dakwahnya. Menjadikan sosial media seperti Instagram dan Facebook miliknya sebagai medium untuk menyampaikan dakwah, Ustaz Ebit Lew turun padang untuk menjalankan ‘street dakwah.’
Antara yang dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew ialah usahanya mendekati golongan gelandangan. Tidak menggunakan cara langsung atau ‘straight forward,’ Ustaz Ebit Lew lebih memilih untuk menerapkan pendekatan cara ‘halus’ bagi menarik golongan ini dalam usaha mendekati golongan ini secara ‘berhemah’ dalam usaha menyampaikan dakwahnya.
Berikut perkongsian Ebit Lew cuba memujuk seorang gelandangan untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Kegigihan Ebit Lew amat dikagumi.
Sebak sangat semalam 12 tengah malam bila terjumpa abang Zul ini. Dah 3 minggu dia tak boleh bangun langsung sakit terlantar di tepi simen ini. Ada seorang kawannya di jalanan yang tolong bawa makanan untuknya.
PUJUK KE HOSPITAL
Kami cuba pujuknya tapi katanya nak mati di situ sahaja. Tak mau pergi hospital. Suaranya perlahan keluar. Saya kata padanya abang duduk mana. Abang banyak sebut nama Allah. Dia Maha Kaya sebut dan puji diam. Saya ajar kalimah dan doa-doa. Dia menangis. Yer ustaz,terima kaseh yer nasihat saya. Dia ikut doa saya ajar padanya.
Abang jomlah ke hospital. Dia bisik tak mahu. Harry Zulkifli call hospital minta ambulan. Tapi sebaik ambulan sampai mereka tanya abang tadi. Dia menolak untuk pergi hospital. Ambulan kata takleh ambil jika dia tak nak kecuali keluarga berkeras. Tapi tiada keluarga. Nanti salah katanya..
Saya cuba pegang dan pujuk tapi tak berjaya. Sebab dah 1 pagi. InsyaAllah pagi ini cuba bantu. Semoga Allah mudahkan semuanya.
Begitulah perjalanan dakwah ini ia buat hati saya meronta sedih dan berat. Tak tahu nak buat apa. Satu hari nanti kita dah tua. Ujian beza-beza menimpa..-ebitlew
Menular secara senyap dalam masyarakat, isu penyelewengan akidah melalui ajaran sesat sentiasa perlu dibendung.Dalam hal ini orang ramai juga perlu didedahkan dengan ciri-ciri ajaran...