Mak Dah Meninggal, Boleh Ke Buatkan Ibadah Korban Untuknya? Ini Penjelasan Mufti

Share

Sekarang kita berada di pertengahan bulan Zulkaedah. Tidak lama lagi hari raya haji akan diraikan. Satu dari kebesarannya ialah ibadah korban. Satu bahagian lembu bermula dari RM650 ke atas dan ia satu peningkatan kos agak ketara berbanding tahun sebelumnya.

Bagi anak-anak yang berkemampuan dan memiliki sedikit kesenangan, adakah dibolehkan untuk mengambil satu bahagian ibadah korban untuk ibu ayah yang sudah meninggal dunia? Ini penjelasan Mufti mengenai hukum lakukan ibadah korban untuk ibu bapa kita yang sudah meninggal.

JAWAPAN:-

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Yang muktamad dalam mazhab Syafie ialah tidak boleh melainkan jika diwasiatkan. Ini kerana korban ialah ibadah dan satu daripada prinsip ibadah ialah tidak dilakukan untuk orang lain melainkan jika adanya dalil.

Pendapat yang tidak muktamad dalam mazhab Syafie mengatakan bahawa korban ini termasuk dalam kategori bersedekah bagi orang yang telah meninggal dunia. Maka dibolehkan walaupun tanpa wasiat dan ini dikatakan memberi manfaat kepada si mati. Sila rujuk kitab al-Mu`tamad

oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (2/490).

Daripada Aisyah, bahawa seorang lelaki berjumpa Nabi SAW dan bertanya:

يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّ أُمِّيَ افْتُلِتَتْ نَفْسَهَا وَلَمْ تُوصِ، وَأَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ، أَفَلَهَا أَجْرٌ، إِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ

Maksudnya: Wahai Rasulullah sesungguhnya ibuku mati secara mendadak tanpa sempat berwasiat, aku kira kalau beliau sempat berbicara (untuk wasiat) nescaya dia akan bersedekah, adakah baginya pahala kalau aku yang bersedekah bagi pihaknya? Kata Nabi SAW: Benar.


Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Wallahuaʿlam. 

Sumber : Pejabat Mufti Wilayah

IKLAN