Isma Halil fokus amal ibadat dalam penjara. “Makin lancar baca al-quran, yasin & jadi bilal.’ Benarlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Kadang-kadang daripada kesilapan, manusia belajar sesuatu dan mula mendekatkan diri dengan Allah. Begitu juga yang dilalui oleh penyampai radio dan pengasas Bapakku FM, Isma Halil Hamzah, 49.
Isterinya, Nor Haslinda Abdul Manaf memaklumkan suaminya berada dalam keadaan baik ketika ditemui baru-baru ini. Jelas Haslinda, 50, dia bertemu suaminya di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, pada 9 Januari lalu dan gembira melihat suaminya sihat.
“Kali ini dia sangat gembira sebab ramai kawan-kawan datang memberikan sokongan di mahkamah. Setiap minggu dia akan hubungi saya dari penjara Sungai Buloh. Selain itu, saya dan anak-anak melawatnya di penjara dua kali sebulan.
“Setiap kali berjumpa, macam-macam diceritakannya kepada saya. Boleh dikatakan kalau tiada aral, hari-hari dia akan berpuasa bersama kawan-kawan. Dari sudut positif banyak pelajaran yang dia dapat di dalam sana,” katanya lagi.
Ads
Yasin & Jadi Bilal
Menurutnya, Isma Halil semakin fokus dengan amal ibadat, semakin lancar membaca al-Quran dan surah Yasin, menjadi bilal dan sebagainya.
“Katanya, petugas-petugas penjara yang dipanggil cikgu pun sangat-sangat baik. Di dalam sana, dia juga berpeluang bekerja dan bersukan.
“Dia selalu pesan mohon doakan dia. Dia tak sabar-sabar nak jumpa keluarga dan sahabat-sahabat. Juga dia tak sabar nak cerita pengalamannya kepada semua,” katanya.
Isma Halil Fokus Amal Ibadat Dalam Penjara
Pada 21 Februari tahun lalu, Isma Halil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan mengedar dadah selepas pengakuan direkodkan buat pertama kali.
Mengikut pertuduhan, Isma Halil didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, jam 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.
Ads
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Keputusan lanjut kes ini akan diketahui pada 27 Februari ini di Mahkamah Tinggi.
Siapa sangka awal tahun ini, seluruh negara di dunia termasuk Malaysia berdepan dengan wabak pandemik Covid-19.
Ketika itu setiap dari kita melakukan perubahan drastik dengan mengamalkan cara hidup norma baru.
Perlu sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan diri bagi mengelak penularan wabak ini.
Sejak itu, pelbagai jenis pelitup muka yang dijual di pasaran dengan harga yang ada kalanya tidak masuk akal.
Walaupun harga agak mahal, namun dengan kebiasaan norma hidup baru, kita wajib memakainya setiap kali berada di luar rumah untuk tujuan keselamatan.
Terpanggil dengan situasi yang berlaku ini, Karangkraf dengan anak syarikat terbaru mereka, Karangkraf MedIcare menyahut cabaran dengan mengeluarkan pelitup muka berkualiti tinggi.
Menerusi sidang akhbar bersama Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamudin Yaacub berkata, menjadi tanggungjawab mereka memperkenal usaha baru dalam membantu masyarakat.
“Kalau dulu pelitup muka ini dijual pada harga yang murah kerana hanya digunakan untuk menghalang kuman daripada terkena kita. Tetapi sejak pandemik harga dijual agak mahal dan membebankan masyarakat.
“Oleh kerana kita ada kepakaran dalam melakukan urusan pengilangan, jadi setelah melakukan penyelidikan teliti sejak Mac lalu, hari ini secara rasminya Karangkraf Pelitup Muka dikeluarkan,” ujarnya yang mengambil kira faktor kebersihan dalam menghasilkan pelitup muka ini.
Katanya lagi, menyediakan persekitaran tempat kerja adanya ‘clean room’, pekerja disaring terlebih dahulu serta memakai pakaian perlindungan (PPE) sebelum mula beroperasi dalam menghasilkan pelitup muka berkualiti dan memenuhi piawaian kesihatan dunia.
Inilah yang menjadi tarikan utama pelitup muka dihasilkan berbanding dijual di pasaran luar kerana menekankan konsep suci dan bersih.
“Menekakankan konsep suci dan bersih dalam penghasilkan pelitup muka ini dan saya percaya inilah satu-satunya produk yang boleh digunakan terutama bagi orang Islam tanpa was-was dan ragu-ragu.
“Kami juga memenuhi piawaian standard World Health Organization (WHO) dalam menghasilkan ‘medical grade’ untuk pelitup muka tiga lapis ini.
“Untuk lapisan pertama, menggunakan raw material yang diimport dari Jepun dan China dengan penggunaan lapisan pertama Bacteria Filteration Effeciency (BFE) melebihi 98 peratus yang mana berkeupayaan menapis bakteria melebihi 98%.
“Manakala lapisan kedua pula menggunakan fabrik Melt Blown dengan kadar 95% keupayaan menapis zarah-zarah dan virus,” jelas Datuk Hussamuddin lagi.
Tambah beliau Karangkraf Medicare juga diuji di ‘acredited laboratory’ dan juga sedang menjalankan usahasama dengan SIRIM untuk mencapai pensijilan produk spesifikasi.
“Jadi bagi memenuhi hidup norma baharu ini kami menghasilkan dua pilihan, iaitu Pelitup Muka Karangkraf Plus dan Pelitup Muka Karangkraf.
Pelitup muka adalah sama tetapi yang membezakannya adalah Pelitup Muka Karangkraf Plus ini didatangkan dengan ‘Hygiene Case’ dengan pelbagai corak menarik.
“Dengan adanya ‘Hygiene Case’ ini dapat membantu kita mengamalkan cara menyimpan pelitup muka dengan betul dan terjamin kebersihannya, sekaligus mengurangkan risiko daripada terkena jangkitan apabila mengunakan pelitup muka dalam pelbagai situasi.
“Contohnya ketika mengambil air sembahyang, makan, atau bersukan, boleh letak pelitup muka ini dalam sampul dan boleh digunakan sehingga tempoh 8 jam sehari.
“Kelebihan lain, jika masing-masing ada envelope sendiri, tidak akan mudah tertukar dengan orang lain dan dapat mengelak rasa jijik melihat pelitup muka yang diletakkan atas meja,” katanya lagi yang turut memberitahu Pelitup Muka Karangkraf Plus ini boleh dijadikan hadiah kepada orang lain.
“Kita cipta pelitup muka lain daripada yang lain di dunia ini apabila turut menyediakan ‘Hygiene Case’ yang direka oleh team kreatif kita.
“Jadi pelitup muka yang kita guna setiap hari akan lebih segar kerana tidak perlu beli dalam kuantiti banyak, sebaliknya beli sedikit dan apabila habis boleh beli yang baru.
“Apa yang pasti, pelitup muka dihasilkan kita betul-betul berkualiti berbanding dijual di pasaran luar serta yang menggunakan fabrik kain.
“Apabila dihasilkan dalam persekitaran suci dan bersih, jadi secara tidak langsung produk ini diyakini halal.
“Menggunakan warna putih kerana simbol kepada suci dan bersih dan material digunakan juga tidak berbulu dan tali untuk ear loop juga tidak cepat putus,” tambahnya yang juga Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas yang terkenal dalam penghasilkan Al-Quran bermutu.
Sebagai pengeluar syarikat Muslim pertama yang menghasilkan pelitup muka berkualiti, Datuk Hussamuddin juga berharap seluruh rakyat Malaysia akan dapat membeli dan menggunakannya tanpa rasa was-was.
“Saya meletakkan jaminan kebersihan perkara paling utama dalam penghasilannya dengan fabrik digunakan juga begitu berkualiti.
“Selain harga ditawarkan jauh lebih murah berbanding yang dijual diluar dan inilah pilihan yang boleh digunakan tanpa was-was dalam menjalani hidup dalam norma baharu,” tegasnya yang turut memberi peluang kepada orang luar untuk menjana pendapatan melaluinya mengikut syarat ditetapkan Karangkraf Medicare.
Info Tambahan:
Berikut adalah 6 tema menarik ‘design’ bagi ‘Hygiene Case’:
Di pasaran, pelitup muka Karangkraf Medicare ini didatangkan dalam dua set iaitu set KARANGKRAF dan set KARANGKRAF PLUS.
Set KARANGKRAF:
– Mempunyai 30 keping pelitup muka dalam satu kotak.
– Ada 6 pilihan ‘design’ kotak.
– RM24 sekotak
Set KARANGKRAF PLUS:
– Mempunyai 10 keping pelitup muka dalam satu kotak.
– Ada 6 pilihan ‘design’ kotak
– Disertakan bersama 10 keping ‘Hygiene Case’. Setiap pelitup muka dipek dengan teliti di dalam ‘Hygiene Case’ yang berasingan.
– Ada 6 ‘design’ ‘Hygiene Case’ (diberi secara rawak di dalam setiap kotak).
– Berharga RM10 sekotak
Pelitup muka Karangkraf kini boleh didapati secara online di :
www.karangkrafmall.com atau
boleh datang sendiri ke Karangkraf Mall di Seksyen 15, Shah Alam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Setiap kali melontarkan kata-kata ketika mengacara sangat yakin, malah beliau antara pengacara yang dianggap evergreen dan menjadi lagenda dalam dunia penyiaran.
Ramai dalam kalangan penyampai radio atau televisyen masa kini menjadikan dirinya sebagai idola.
Namun setelah berkahwin, beliau tidak lagi aktif dalam dunia pengacaraan dan memberikan sepenuh tumpuan pada keluarga. Tetapi aura personaliti ini memang sangat kuat.
Siapa sangka setelah lama tidak beraksi di kaca televisyen, kini beliau bakal muncul sebagai juri tetap untuk pencarian ikon wanita moden, Ratu Hijabista.
Rancangan ini yang julung kali mencari wanita berhijab yang berinspirasi serta boleh dijadikan contoh pada masyarakat.
Muncul sebagai tetamu dalam sidang media Ratu Hijabista semalam sempat bertanya perkembangan terkini beliau dan bagaimana rahsianya mengekalkan kesihan serta kecantikan walaupun sudah berusia 56 tahun.
Ternyata wanita kelahiran Segamat, Johor ini tidak lokek memberitahu aktiviti terkini dilakukan selain fokus sebagai juri tetap dalam program Ratu Hijabista ini.
Menurut Normala kemunculan semula dalam dunia penyiaran setelah sekian lama menyepi adalah dengan keizinan suaminya, Tan Sri Azmi Khalid.
“Sebaik terima tawaran ini (juri tetap), saya berbincang dengan suami untuk mendapatkan pandangannya. Namun, beliau memberi saya ‘lampu hijau’ untuk membabitkan diri .
“Ini kerana kata suami pembabitan saya dalam program itu atas tanggungjawab sebagai juri yang umpama seorang ibu juga.
“Apatah lagi, saya berpeluang berkongsi pengalaman bersama peserta,” katanya banyak mengisi masa senggang bersama keluarga di Perlis.
Melihat kelembutannya, tapi beliau juga sebenarnya amat menggemari aktiviti hiking dan cycling dan akan melakukannya bersama rakan rapat di sana.
Ketika ditanya rahsianya mengekalkan kesihatan dan kecantikan diri walau sudah separuh abad, Normala memberitahu tiada rahsia atau ayat tertentu yang diamalkan.
“Apa yang kita baca setiap kali solat itulah yang saya amalkan. Cumanya saya juga kalau boleh setiap hari akan habiskan satu muka surat bacaan Al-Quran.
“Kalau tak dapat setiap hari, saya akan lakukannya setiap kali lepas solat Subuh, Maghrib atau Isyak.
“Dan antara ayat-ayat yang saya amalkan setiap masa dari pagi hingga ke malam, saya akan amalkan Al-Fatihah, ayat Kursi dan juga 3 Qul.
“Inilah amalan yang saya tak boleh tinggal. Saya juga turut berdoa agar segala urusan dipermudahkan Allah,” ujarnya yang turut mengamalkan solat jemaah terutama Maghrib dan Subuh bersama seluruh ahli keluarga di rumah.
Program Ratu Hijabista adalah hasil kerjasama di antara saluran Astro Prima dan Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., pencarian ini menerima hampir 550 penyertaan secara online semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
Seramai 12 finalis telah disenarai pendek menerusi sesi saringan yang ketat untuk diserap masuk bagi penyertaan penganjuran musim pertama ini.
Menurut pengurus saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh, pihak mereka menyambut baik penganjuran program ini bagi mengiktiraf potensi bakat luar biasa wanita di luar sana.
“Platform pencarian seumpama ini berupaya mewujudkan persekitaran positif sekaligus meningkatkan keyakinan setiap wanita,” ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang media Ratu Hijabista yang bertempat di restoran My Elephant Thai, Kuala Lumpur.
Selain Normala sebagai juri tetap Ratu Hijabista, selebriti Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim akan bersama mengacarakan musim pertama program berkenaan.
Juara Ratu Hijabista akan membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara dan selempang.
Ratu Hijabista akan bersiaran selama lapan episod di saluran Astro Prima (saluran 105) pada setiap Rabu bermula 12 Ogos ini pada jam 9 malam.
My #QuranTime merupakan program kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) serta TV AlHijrah sebagai penyiar utama. Program ini bersiaran di TV AlHijrah pada jam 12 hingga 1 tengah hari secara langsung setiap hari bermula 8 Jun 2020.
Pada permulaannya, program ini adalah kesinambungan Malaysia #QuranTime yang mula diperkenalkan pada 20 Mac 2020 di platform TV AlHijrah dengan tujuan memberi pengisian rohani bagi rakyat Malaysia yang terkurung (Perintah Kawalan Pergerakan) di rumah bagi pencegahan penularan wabak Covid-19.
Al-Quran menjadi penawar duka kepada rakyat, pemimpin dan negara yang kemurungan akibat pandemik Covid-19, tekanan politik, ekonomi dan bencana alam dalam tempoh musim PKP selama dua tahun tersebut bermula 18 Mac 2020.
Pada waktu itu, Malaysia #QuranTime mentadabburi ayat-ayat dan surah pilihan yang dilihat telah menjadi satu fenomena luar biasa di Malaysia di mana orang ramai mula tertarik dengan pengisiannya serta sentiasa ternanti-nantikan program ini bersiaran ke udara.
Hasil sokongan dan permintaan tinggi daripada kalangan rakyat Malaysia kini yang semakin ketagih untuk mempelajari al-Quran, maka pihak WUIF dan TV AlHijrah meneruskan kerjasama untuk menerbitkan program My #QuranTime.
Program tersebut memberi pendekatan bertadabbur serta baca, faham dan amal seluruh isi kandungan al-Quran bermula dari muka surat 1 hingga muka surat 604.
My #QuranTime dijayakan dengan penglibatan asatizah daripada pelbagai latar belakang pendidikan. Ia bersiaran langsung dari studio TV AlHijrah, bahkan orang ramai juga boleh mengikuti secara atas talian di platform Facebook My #Qurantime dan YouTube My #QuranTime Official.
Sehingga kini, lebih 15 juta penonton dari Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia dan Selatan Thailand mengikuti My #QuranTime di TV AlHijrah dan media sosial.
My #QuranTime merupakan program tadabbur al-Quran tahap asas agar mudah difahami oleh masyarakat umum. Selain itu, ia menjadi pemangkin masyarakat untuk mendekati al-Quran pada tahap tahap lebih tinggi.
Program sejam bersama al-Quran (Baca, Faham & Amal) setiap hari amat penting dalam memupuk kerangka fikir dan sistem operasi diri berlandaskan al-Quran dan Hadis. Ini selari dengan misi WUIF, “MengQurankan bangsa mengikhlaskan ummah” pada 1500H.
Selain itu, program ini dilihat satu kejayaan besar hingga wujudnya budaya ketagih al-Quran: baca, faham & amal al-Quran. Uniknya, ia dilakukan di Malaysia dan bukan dari negara-negara Arab.
Bahkan program ini merentasi pelbagai latar belakang dan lapisan masyarakat, termasuk golongan muda, warga emas, pekerja, peniaga, tidak bekerja mahupun pesara.
Tambahan ramai peminat setia My #QuranTime yang berada di luar negara mengikuti program ini secara konsisten bermula halaman pertama sehingga halaman terakhir al-Quran.
Selain itu, My #QuranTime telah mencetuskan budaya infak dan wakaf dalam kalangan peserta melalui Tabung Gerakan Al-Quran yang bersiaran di TV AlHijrah dan Facebook Quran Hour.
Tanggal 7 Oktober 2022 merupakan hari dan surah terakhir ditadabbur pada My #QuranTime Episod 838 (Malaysia #QuranTime 69 episod & My #Qurantime 769 episod) program ini bersiaran.
Dengan berakhir episod My #QuranTime 1.0, WUIF dan TV AlHijrah menganjurkan program khas bagi menghargai pengikut setia My #QuranTime iaitu Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime yang julung kali diadakan pada 8 Oktober 2022.
Seramai 5 ribu peserta dijangkakan menyertai acara khatam yang bertemakan “Kerinduan & Kenangan terindah bersama al-Quran”, menjelang sambutan Maulidur Rasul 1444H di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada pukul 11.30 pagi hingga 1 tengah hari.
Ia menjadi platform penyatuan para asatizah dan peserta yang datang dari pelbagai latar belakang.
ALLAH SWT berfirman: “Dan telah sempurna firman Tuhanmu (al-Quran) dengan benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah firman-Nya. Dan Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-An’am: 115)
Ayat al-Quran tersebut sering dibacakan ketika majlis khatam al-Quran. Ia bermaksud al-Quran terpelihara daripada sebarang pengubahsuaian. Jika kita menjaga al-Quran dan bawa al-Quran dalam kehidupan, ALLAH SWT akan menjaga kita.
Khatam berasal daripada perkataan Bahasa Arab ‘khotama’ (ختم) yang bermaksud menutup. Justeru, khatam Al-Quran bermaksud menghabiskan bacaan Al-Quran 30 juzuk sama ada secara bacaan atau melalui tadabbur.
Amalan berhimpun ketika majlis khatam al-Quran adalah disunatkan oleh para ulama iaitu dengan menghimpunkan ahli keluarga atau sahabat-handai ketika majlis tersebut. Hal ini berdasarkan kepada amalan para salaf terdahulu.
Antaranya, sebuah riwayat yang menyebutkan mengenai Anas bin Malik RA, “Adapun Anas apabila beliau mengkhatamkan al-Quran, beliau akan menghimpunkan anaknya serta ahli keluarganya lalu berdoa bersama mereka.” (Riwayat Al-Darimi, 3517)
Melalui My #Qurantime, orang ramai kini semakin memahami isi kandungan al-Quran dalam bahasa Arab. Ia membawa perubahan kehidupan bagi pencinta al-Quran.
Selain itu, My #QuranTime mencetuskan budaya infak dan wakaf dalam kalangan peserta melalui Tabung Gerakan Al-Quran yang bersiaran di TV AlHijrah dan Facebook Quran Hour.
Impak program My #QuranTime kepada masyarakat antaranya sebanyak 19,664,240 naskhah al-Quran wakaf telah diagihkan dan lebih 6,000 Quran Corner di pelbagai organisasi seperti hospital, agensi kerajaan, syarikat swasta, balai polis, kolej, universiti, sekolah, rumah ngaji, pusat tahfiz, dan masjid.
Sumbangan sebanyak RM5 ribu daripada dana Tabung Gerakan Al-Quran turut diagihkan kepada Rumah Ngaji di seluruh negeri setiap bulan bagi membantu penggerak menjalankan aktiviti untuk mendekatkan masyarakat kepada al-Quran melalui baca, faham dan amal.
Kashoorga : Semoga majlis ini menjadi platform penyatuan para seluruh umat Islam yang datang dari pelbagai latar belakang.
Lelaki berpakaian seperti wanita menjadi isu hangat di media sosial. Ketahui pandangan Islam, dalil hadis serta kesan normalisasi perbuatan yang ditegah syarak.