Individu yang telah berbuka awal tiga minit selepas mendengar laungan awal azan Maghrib dari Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak dalam kejadian Isnin lalu harus menggantikan puasa semula kerana puasa mereka sudah terbatal.
Dalam pada itu itu, Pengurusan Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak memohon maaf atas kesilapan melaungkan azan Maghrib tiga minit sebelum waktu sebenar.
Memetik laporan Sinar Harian, Nazir masjid berkenaan, Wan Nawawi berkata, situasi itu berlaku disebabkan oleh masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid terbabit.
Menurutnya, ibadah puasa bagi jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari masjid terlibat adalah terbatal pada hari tersebut.
Ads
"Puasa pada hari itu wajib diqada. Jemaah boleh ikuti syarah hukum melalui Bayan Linnas Siri ke-97 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 18 Jun 2017.
"Sekali lagi kami mohon maaf dan Insya-ALLAH perkara sebegini tidak akan berlaku lagi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Ads
Dalam pada itu, Mufti Wilayah Datuk Dr Zulkifli Albakri yang kini merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menulis dari sudut beberapa mazhab selepas ditanya apakah hukumnya seseorang yang berbuka puasa sekitar 5 minit sebelum azan disebabkan DJ radio tersalah mengumandangkan azan Maghrib lebih awal?
Seringkali kita mendengar nama Imam Bukhari di sebut atau membaca namanya tatkala ada penjelasan hal-hal tertentu memerlukan dalil Sunnah Rasulullah SAW.
Beliau merupakan cendekiawan Islam yang memiliki kebijaksanaan luar biasa dan mengingati lebih 200,000 hadis dan telah mengumpulkan hadis-hadis sahih dalam kitab Hadis al-Bukhari.
Beliau mempunyai pengaruh besar dalam penyebaran agama Islam dan telah meninggal dunia pada 1 Syawal 256 iaitu ketika berumur 62 tahun.
Sesungguhnya kematian insan hebat dan beramal soleh ini telah dimuliakan Allah, apabila makamnya menjadi tarikan orang ramai.
Setelah jasadnya dikebumikan di kota Samarkand, tiba tiba keluarlah bau harum dari kubur beliau. Semerbak bau harum tersebut berlangsung berhari hari dan dicium oleh ramai orang.
Orang ramai kemudian merasa hairan sekaligus takjub melihat fenomena itu, maka mereka pun silih berganti menziarahi kubur Imam Bukhari dan membawa sedikit dari tanah tersebut tabarukan atau mengambil berkat dengan keberkatan Imam Bukhari r.a.
Kerana khuatir akan kubur beliau disalahgunakan oleh orang ramai, maka pihak pengurusan makam telah menambah kembali kubur tersebut dengan tanah yang baharu di atasnya. Walaupun banyak tanah digunakan, tanah tersebut tetap mengeluarkan bau harum.
Berikutan itu, tiada pilihan lain bagi mengatasi haruman kubur Imam Bukhari, maka pihak pemakaman terpaksa membina seakan jalinan kayu yang kuat.
Suatu malam, seorang sahabat Imam Bukhari bermimpi berjumpa dengan Imam Bukhari, kemudian bertanya, “apa rahsia dari bau yang semerbak harum ini?”, Imam Bukhari kemudian menjawab,
“بكثرة الصيام و عدم الوقيعة في الناس” “Dengan banyak berpuasa dan menjaga diri dari mencela dan merendahkan orang lain”.
Dan sesungguhnya tidak dinafikan bahawa Imam Bukhari sangat jarang berbicara atau mengeluarkan pendapat yang menjurus ke dalam celaan atau hinaan kepada seseorang, bahkan dalam penilaian Jarh kepada seorang rawi, sehingga lafaz terberat yang mungkin dilontarkannya ketika menjarh adalah “فيهنظر“..
Semoga kita dapat mencontohinya dalam menjaga hati dan lisan dari mencela, mencaci, merendahkan dan menghina seseorang, walaupun itu dalam keadaan ingin menasihati.
Ringkasan Latar belakang: Kita memang sudah biasa dengan nama Imam Bukhari kerana seringkali kita mendengar namanya disebut dan membaca namanya apabila ada hadis-hadis sahih diriwayatkan oleh beliau.
Nama penuh Imam Bukhari ialah Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail Al-Bukhari. Dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah dan meninggal dunia pada 1 Syawal 256 Hijrah. Beliau terkenal sebagai pengarang kumpulan tradisi yang dikumpulkan dalam Sahih Bukhari, yang dianggap oleh Ahli Sunah Waljamaah sebagai hadis sahih daripada Nabi Muhammad SAW.
Beliau dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri Uzbekistan. Bapanya meninggal dunia semasa beliau masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau. Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah.
Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis Rasulullah SAW. Beliau meninggal dalam buangan dan dimakamkan di Samarkand, Uzbekistan.
Kashoorga: Sebagai satu contoh teladan mulia dan baik buat kita menjalani hidup dalam dunia fitnah hari ini. Kurangkan lah bercakap perkara-perkara yang tidak elok atau kurang penting. Lagi banyak kita bercakap, maka akan banyaklah nanti luahan kata-kata yang tidak sepatutnya dituturkan.
Perkara asas akidah yang wajib diketahui adalah Allah SWT adalah pemilik sebenar rezeki. Tidak ada yang boleh memberi atau menahan rezeki melainkan Allah SWT.
Firman Allah SWT bermaksud: “Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): ‘Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?’ Terangkanlah jawabnya: ‘Ialah Allah…'” (Surah Saba’, ayat 24)
Kisah anak gagak Bughats yang malang
Percayalah, Allah sudah mengatur rezeki setiap makhluknya. Namun kisah anak gagak yang disebut sebagai bughats sebelum membesar ini perlu kita jadikan teladan iaitu konsep rezeki yang dijamin dan datangnya dari Allah SWT.
Seorang ulama dari Syria bercerita tentang doa yang selalu ia bacakan. Ulama ini selalu mengucapkan doa seperti berikut.
ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺍﺭﺯُﻗﻨَﺎ ﻛَﻤَﺎ ﺗَﺮﺯُﻕُ ﺍﻟﺒُﻐَﺎﺙََ
Ya Allah, berilah aku rezeki sebagaimana Engkau memberi rezeki kepada bughats.
Apakah “bughats” itu? Dan bagaimana kisahnya?
.
Tahukah, pabila lahir anak gagak, kulitnya berwarna putih, berbeza dengan ibunya warna hitam pekat. Disebabkan berbeza warna kulit, gagak dewasa ada satu sifat curiga adakah itu anak mereka. Dan ibu gagak biasanya akan meninggalkan anaknya sendirian di dalam sarang tanpa datang menjenguk, tidak seperti ibu-ibu lain yang akan menyuapkan anak mereka ulat. Ibu gagak biasanya akan melihat dari jauh sahaja.
Kata orang pandai-pandailah nak hidup. Kalau dalam usia sekecil itu, bagaimana bughats nak membesar tanpa sebarang makanan dan minuman?
Allah Yang Maha Pemberi Rezeki yang menanggung rezekinya, kerana Dialah yang telah menciptakannya.
Sebagai Sang Pencipta, Allah SWT sudah menjamin rezeki bughats kerana ketika kecil, ada satu aroma bau-bauan pada tubuh kecilnya yang akan menarik perhatian serangga-serangga kecil untuk mendekatinya. Ya itulah rezeki yang dijamin oleh Allah taala sehinggalah anak bughats tadi mula membesar hingga tumbuh bulunya. Bauan aroma ini hanya akan kekal sehinggalah anak bughats ini bertukar warna dan kemudian akan hilang dengan sendiri. Malah anak gagak akan bebas mencari rezekinya sendiri sebagaimana gagak dewasa yang lain.
Dan kerana itu, kisah teladan ini jangan kita risaukan tentang rezeki. Di sebalik usaha mencarinya, ada rezeki lain Allah sudah aturkan buat kita.
Dipetik dari petikan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr Luqman Abdullah, Mufti ini menulis tentang konsep rezeki dijamin Allah ini.
Setiap makhluk yang hidup termasuk haiwan, Allah sudah menetapkan rezekinya. Allah SWT berfirman bermaksud : “Dan tiadalah sesuatupun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).” (Surah Hud, ayat 10)
Ayat ini menjelaskan tiada satu pun makhluk yang diberikan kehidupan oleh Allah, kemudian dibiarkan tanpa ada jaminan rezeki. Al-Hafiz Ibn Kathir menyatakan: “Allah SWT memberitahu bahawa Dia menjamin rezeki semua makhluk termasuk semua binatang. Yang kecil, besar, di laut mahupun di darat.” (Tafsir Al-Quran Al-‘Azim)
Nabi Muhammad SAW juga pernah menjelaskan berkenaan kejadian manusia. Setelah menjelaskan peringkat kejadian manusia, Nabi SAW bersabda: “…Kemudian Allah mengutuskan malaikat, lalu diperintahkan agar ditulis empat kalimah. Dikatakan kepada Malaikat: Tulislah amalannya, rezekinya, ajalnya dan (pengakhirannya) sama ada duka atau gembira. Kemudian ditiupkan roh ke dalamnya…” (Hadis Riwayat Muslim, no 2643)
Bahkan dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman: “Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara kedua-duanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Maidah, ayat 17)
Tidak mempercayai atau meragui Allah adalah pemilik rezeki sama sahaja seperti meragukan Allah adalah pencipta alam. Ayat-ayat yang disebutkan adalah sebahagian petunjuk dan dalil bahawa Allah SWT adalah pemilik mutlak rezeki, bukannya manusia. Allah penentu rezeki seseorang, bukannya manusia.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Sudah banyak kali pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan mereka yang menjalani saringan agar bercakap benar tentang fakta sejarah sebenar mereka.
Ini adalah penting bagi mengelakkan lebih banyak lagi penularan wabak virus koronavirus memandangkan ia senang menjangkiti diri orang lain.
Berkongsi pengalaman melalui laman Instagram bagaimana salah seorang yang menjalani saringan tidak bercakap benar tentang sejarah pergerakan mereka hingga menyebabkan orang lain turut terkena jangkitan.
Ingatlah tiada agama yang menggalakkan kita berbohong. Bercakap benarlah kerana boleh menyelamatkan bukan saja nyawa anda tetapi orang lain juga.
“Saya tengok hasil Xray dada encik teruk. Betul ke encik tak ada kontak rapat dengan jemaah tabligh atau pesakit positif covid-19?” Entah dah kali ke berapa agaknya dia ditanya soalan yang sama. “Betul doktor, berapa kali saya nak jawab. Ta ya alif dal alif. Tiada. Susah sangat ke doktor nak faham jawapan saya?” Aik? Kita pula yang dipersoal. “Beginilah encik, saya perlu bincang dengan pakar saya”
Kali ini pakar pula yang tanya, ”Saya mahu encik jujur, betul encik tak ada kontak rapat?” Rasanya dah lebih 3 kali pakar kecemasan tanya soalan sama. Jawapannya tetap sama.
TIADA.
Akhirnya pakar akur. Beliau dimasukkan di wad biasa untuk jangkitan pneumonia (jangkitan paru-paru). “Ini Doktor S ke?” “Ya saya.” “Doktor kena buat covid test dengan segera. Pesakit yang doktor admit 2 hari lepas, positif covid 19.” Terduduk. Tercengang. Kelu.
Akhirnya barulah beliau mengaku pernah ada kontak rapat dengan jemaah tabligh di satu majlis perkahwinan.
Yang lagi menyedihkan, ketika dalam wad biasa beliau telah menyebabkan pesakit disebelah dijangkiti. Lebih teruk bila pesakit yang dijangkiti itu perlu diintubasi dan masuk ke ICU.
Lebih 10 orang doktor, misi dan staff kesihatan lain turut terdedah dan perlu menjalani test.
Dah terlambat.
Ini kisah yang diceritakan oleh salah seorang sahabat yang dikuarantin beberapa hari lepas.
Adakah kebohongan itu dapat menjanjikan nyaman pada perasaan? Kejujuran pesakit sangat berharga bagi kami. Andai dijual, kami sanggup membeli.
Kami barisan frontliner berjanji sepenuh hati yang kami akan terus bekerja dan merawat pesakit lain. Tidak ada agama yang menggalakkan berbohong dan masalah lebih cepat diselesaikan jika kita jujur dalam tindakan.
Dr Ahmad Samhan -berterus terang itu satu kejujuran- #TerimaKasihHero
Posting ini turut mendapat respon daripada warganet. masing-masing marah dengan situasi yang berlaku hingga menyebabkan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?