Perkara asas akidah yang wajib diketahui adalah Allah SWT adalah pemilik sebenar rezeki. Tidak ada yang boleh memberi atau menahan rezeki melainkan Allah SWT.
Firman Allah SWT bermaksud: “Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): ‘Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?’ Terangkanlah jawabnya: ‘Ialah Allah…'” (Surah Saba’, ayat 24)
Kisah anak gagak Bughats yang malang
Percayalah, Allah sudah mengatur rezeki setiap makhluknya. Namun kisah anak gagak yang disebut sebagai bughats sebelum membesar ini perlu kita jadikan teladan iaitu konsep rezeki yang dijamin dan datangnya dari Allah SWT.
Seorang ulama dari Syria bercerita tentang doa yang selalu ia bacakan. Ulama ini selalu mengucapkan doa seperti berikut.
ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺍﺭﺯُﻗﻨَﺎ ﻛَﻤَﺎ ﺗَﺮﺯُﻕُ ﺍﻟﺒُﻐَﺎﺙََ
Ya Allah, berilah aku rezeki sebagaimana Engkau memberi rezeki kepada bughats.
Apakah “bughats” itu? Dan bagaimana kisahnya?
.
Ads
Tahukah, pabila lahir anak gagak, kulitnya berwarna putih, berbeza dengan ibunya warna hitam pekat. Disebabkan berbeza warna kulit, gagak dewasa ada satu sifat curiga adakah itu anak mereka. Dan ibu gagak biasanya akan meninggalkan anaknya sendirian di dalam sarang tanpa datang menjenguk, tidak seperti ibu-ibu lain yang akan menyuapkan anak mereka ulat. Ibu gagak biasanya akan melihat dari jauh sahaja.
Kata orang pandai-pandailah nak hidup. Kalau dalam usia sekecil itu, bagaimana bughats nak membesar tanpa sebarang makanan dan minuman?
Allah Yang Maha Pemberi Rezeki yang menanggung rezekinya, kerana Dialah yang telah menciptakannya.
Sebagai Sang Pencipta, Allah SWT sudah menjamin rezeki bughats kerana ketika kecil, ada satu aroma bau-bauan pada tubuh kecilnya yang akan menarik perhatian serangga-serangga kecil untuk mendekatinya. Ya itulah rezeki yang dijamin oleh Allah taala sehinggalah anak bughats tadi mula membesar hingga tumbuh bulunya. Bauan aroma ini hanya akan kekal sehinggalah anak bughats ini bertukar warna dan kemudian akan hilang dengan sendiri. Malah anak gagak akan bebas mencari rezekinya sendiri sebagaimana gagak dewasa yang lain.
Dan kerana itu, kisah teladan ini jangan kita risaukan tentang rezeki. Di sebalik usaha mencarinya, ada rezeki lain Allah sudah aturkan buat kita.
Dipetik dari petikan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr Luqman Abdullah, Mufti ini menulis tentang konsep rezeki dijamin Allah ini.
Ads
Setiap makhluk yang hidup termasuk haiwan, Allah sudah menetapkan rezekinya. Allah SWT berfirman bermaksud : “Dan tiadalah sesuatupun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).” (Surah Hud, ayat 10)
Ayat ini menjelaskan tiada satu pun makhluk yang diberikan kehidupan oleh Allah, kemudian dibiarkan tanpa ada jaminan rezeki. Al-Hafiz Ibn Kathir menyatakan: “Allah SWT memberitahu bahawa Dia menjamin rezeki semua makhluk termasuk semua binatang. Yang kecil, besar, di laut mahupun di darat.” (Tafsir Al-Quran Al-‘Azim)
Nabi Muhammad SAW juga pernah menjelaskan berkenaan kejadian manusia. Setelah menjelaskan peringkat kejadian manusia, Nabi SAW bersabda: “…Kemudian Allah mengutuskan malaikat, lalu diperintahkan agar ditulis empat kalimah. Dikatakan kepada Malaikat: Tulislah amalannya, rezekinya, ajalnya dan (pengakhirannya) sama ada duka atau gembira. Kemudian ditiupkan roh ke dalamnya…” (Hadis Riwayat Muslim, no 2643)
Bahkan dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman: “Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara kedua-duanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Maidah, ayat 17)
Tidak mempercayai atau meragui Allah adalah pemilik rezeki sama sahaja seperti meragukan Allah adalah pencipta alam. Ayat-ayat yang disebutkan adalah sebahagian petunjuk dan dalil bahawa Allah SWT adalah pemilik mutlak rezeki, bukannya manusia. Allah penentu rezeki seseorang, bukannya manusia.
Ads
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia sapa yang tahu. Siapa sangka, walaupun cacat penglihatan, tetapi menjadi rezeki lelaki ini untuk memenangi bagi kategori lelaki dalam pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H/2020M.
Muhammad Qayyim Nizar Sarini yang mewakili Kelantan diangkat sebagai Johan dalam majlis disiarkan secara langsung menerusi saluran Rancangan Televisyen Malaysia (RTM).
Muhammad Qayyim berjaya mencuri tumpuan ramai apabila mengetahui dia adalah Insan Kelainan Upaya (OKU).
Muhammad Qayyim, Qari dari Kelantan.
Walaupun dia adalah qari istimewa, tetapi Muhammad Qayyim dipuji ramai kerana alunan suaranya ketika membaca Al-Quran sangat merdu dan lunak.
Biarpun tidak dapat melihat dengan sempurna, Qayyim berjaya memperoleh markah sebanyak 90.66% dalam kategori tilawah.
Sebelum ke peringkat kebangsaan, Qayyim telah berjaya menjadi johan sebanyak 3 kali di peringkat negeri iaitu pada tahun 2017,2019 dan 2020.
Ternyata kemenangan tempoh hari membuatkan dia berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan dan sekaligus menggondol tempat pertama.
Kemenangan sangat bermakna.
Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H/ 2020M telah berlangsung selama enam hari dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 16 Februari lepas.
Tilawah kali ini telah disertai oleh 108 peserta tilawah dan hafazan mewakili 14 negeri. Semua mereka diadili 12 hakim tilawah dan 14 hakim hafazan.
Manakala qariah pula dimenangi oleh peserta dari Perak, Puteri Kalimatul Azzua Hamid,Susulan kemenangan itu, masing-masing membawa pulang wang tunai RM15,000 serta tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderahati dan sijil yang disampaikan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
‘Tak boleh sentuh walaupun berlapik?’ Bila haid, wanita dilarang pegang Al-Quran walaupun tangan berlapik dengan kain atau sarung tangan.
Setiap wanita yang datang bulan bukan hanya tidak boleh solat, malahan ada beberapa perkara lain yang tidak dibenarkan mereka lakukan antaranya memegang kitab suci, Al-Quran.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan merungkaikan isu bolehkah wanita haid pegang al-quran secara berlapik? Ikuti kupasannya.
Soalan:
Adakah terdapat halangan bagi wanita haid memegang al-Quran secara berlapik? Mohon pencerahan.
Ringkasan Jawapan:
Wanita haid dilarang memegang mushaf al-Quran walaupun secara berlapik.
Walaupun Berlapik
Huraian Jawapan:
Mereka yang mengalami hadas haid mahupun nifas haram memegang dan membawa mushaf berdasarkan dalil-dalil berikut:
Firman Allah SWT:
(٧٩) فِي كِتَابٍ مَّكْنُونٍ (٧٨) لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ
Maksudnya: “Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, (78) Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci (79) – Surah al-Waqiah (78-79).
Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar:
لا يمسُّ القرآنَ إلَّا طاهرٌ
Maksudnya: “Tidak menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci”
Riwayat al-Tabarani
Seterusnya, maksud mushaf ialah nama bagi yang tertulis padanya kalam Allah SWT antara dua kulit.
Bila Haid
Hukum wanita memegang mushaf secara berlapik adalah haram berdasarkan pandangan fuqaha mazhab Syafi’i:
“(Haram wanita haid memegang mushaf) walaupun pada tulisan nota kaki, antara garisannya, kertas putih diantaranya, jilid awal dan akhir yang bersambung dengan mushaf. Haram juga menyentuh mushaf walaupun dengan lapik yang tebal.’
Wanita Dilarang Pegang Al-Quran
Begitu juga, haram menyentuh mushaf secara berlapik dengan kain perca :
مراد بالمصحف : كل ما كتب لدراسة قرآن ولو بعض آية مفهمة، ويحرم مس المصحف ولو بخرقة
“Mushaf ialah sebarang perkataan yang ditulis untuk mempelajari al-Quran walaupun sebahagian ayat yang dapat difahami. Begitu juga diharamkan menyentuhnya walaupun berlapik pada perca kain.
Kesimpulannya, mushaf al-Quran merupakan kitab suci yang terpelihara, maka individu yang mengalami hadas dilarang membawa mahupun memegang mushaf walaupun secara berlapik dengan kain.
Masih terbayang di awal negara berdepan masalah wabak pandemik COVID-19, antara kluster yang viral dan menjadi bualan di media sosial adalah kluster tabligh.
Oleh kerana berlakukan satu perhimpunan di masjid Sri Petaling menjadikan jemaah tabligh antara terbesar yang dijangkiti virus merbahaya ini.
Namun tidak sukar mengesan jemaah ini dan mereka juga dikatakan memberi kerjasama sewajarnya kepada Kementerian kesihatan ketika saringan di buat.
Setelah setelah beberapa bulan akhirnya kluster terbesar jangkitan COVID-19 di negara ini telah diisytiharkan tamat oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semalam.
Menerusi Facebook rasmi, beliau berkongsi semula momen yang sukar dilupakan dalam mengesan kontak rapat pesakit termasuk mesyuarat yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Menurut Dr Noor Hisham, ia merupakan sebuah perjalanan yang panjang selain mengambil masa empat bulan perjuangan serta usaha keras sekali gus bagi mengekang penularan wabak pandemik tersebut.
Sebelum itu beliau berkata, kes positif pertama kluster ini dilaporkan di dalam negara pada 11 Mac lalu iaitu selepas seminggu berakhirnya perhimpunan tabligh di masjid itu yang berlangsung dari 27 Februari sehingga 1 Mac lalu.
Menurutnya, kluster ini kemungkinan besar berpunca dari luar negara dan kemudiannya menular di dalam komuniti melalui aktiviti perhimpunan secara besar-besaran menerusi kontak rapat kes yang positif.
“Penularan jangkitan Covid-19 melalui kluster ini telah menular ke seluruh negara,” katanya.
Beliau berkata, sehingga 8 Julai, seramai 42,023 individu dalam kluster ini telah disaring dan daripada jumlah ini, 3,375 kes telah dilaporkan positif
Dr Noor Hisham turut memberitahu berkata, sebanyak 17 subkluster dikesan di bawah Kluster Perhimpunan Sri Petaling melibatkan tujuh negeri.
Menurutnya, sebanyak 34 kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan membabitkan kes berkenaan.
“Kematian ini terdiri daripada 31 warga tempatan dan tiga warga asing. Ia juga juga melibatkan 30 pesakit lelaki dan empat wanita,” katanya. Manakala seramai 3,341 individu telah sembuh.
“Justeru ini menjadikan kadar pesakit yang telah sembuh 98.9 peratus dan tiada lagi kes aktif dalam kluster ini,” katanya.
Menyifatkan penamatan kluster ini sebagai hari yang bermakna, Dr Noor Hisham berkata, pencapaian tersebut merupakan kejayaan bersama KKM dan agensi lain.
“Pihak media juga telah memainkan peranan besar dalam menyebarkan maklumat dan komunikasi risiko berkaitan kluster ini ke seluruh negara.
“Terima kasih juga kepada pengurusan Masjid Sri Petaling dan jemaah tabligh yang memberi kerjasama membantu, mengesan dan membendung serta merawat kes Covid-19,” katanya.
Sebaik muat naik posting di laman sosial Facebooknya, warganet turut mengucapkan tahniah atas kejayaan berkenaan.
Azila Anuar Alhamdulillah kudos to Dato’, KKM team & all the frontliners dari kami rakyat Malaysia. Semoga Allah merahmati hidup kalian & semoga syurga balasannya. #kitaJagaKita will be remembered forever. #malaysiaboleh
Norzaini Baharudin Syukur alhamdulillah at last. Kejayaan itu menjadi kenyataan. Tahniah Datuk dan seluruh warga KKM
Raziah Wan Yussof Walaupun perit mengalami waktu2 getir namun segala usaha dgn izin Allah..Alhamdulillah kluster ini berakhir. Pasti ianya menjadi satu kenangan yg x dpt dilupakan oleh seluruh warga Malaysia.
Juliana Aida Abu Bakar Seribu kisah seribu keringat seribu rahmat. Tahniah KKM atas kejayaan dan jamaah tabligh yg memberi kerjasama penuh.
Faezah Ali Tahniah. Alhamdulillah. Kejayaan Dato n team KKM bersama2 frontliners yg lain bkn tindakan yg mudah. Semuanya berkerjasama padu untk mendepani pandemic sedunia ni. Terima kasih semua.
AlAni Shafie Alhamdulillah syukur kpd Allah SWT. Sekalung tahniah kepada Datuk dan semua frontliners yg telah berkerja siang malam dalam fight against covid 19. Congrats again and may Allah SWT berkati anda semua.
Bayar Deposit Beli Barang Tapi Tak Jadi Ambil, Duit Pendahuluan Ini Hak Pembeli Atau Penjual?Dalam urusan jual beli hari ini, bayaran pendahuluan atau deposit...