Dulu saya tipu tuntutan perjalanan dan kerja lebih masa. Bagaimana saya nak tebus dosa?
Jawapan
“Pulangkan balik duit kepada jabatan,” kata Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramahnya.
Tambahnya taubat tak diterima selagi harta yang diambil tidak dipulangkan pada pemiliknya.
“Kalau kita kerja dengan orang, kita tipu overtime. Sepatutnya, kita balik punch card pukul 5.00 petang tetapi kita balik dan kita tidak punch card. Kita minta kawan untuk ‘punch card’ pada pukul 10 malam.
Ads
“Jadi 5 jam kita dapat. Kalau RM 5 sejam, lima jam sama dengan RM 25…haram dosa besar,” jelas UAI lagi.
Beliau kemudian turut memberikan contoh berkenaan penipuan tuntutan perjalanan.
“Tuntutan perjalanan. Perjalanan kita 100 kilometer, tetapi kita tuntut 120 km. Tidur di hotel RM 115, tetapi buat tuntutan RM 250. Semua itu haram belaka. Sembahyang tak diterima kerana menipu harta orang.
Ads
“Jangan buat main,” tegasnya.
Pendakwah bebas tersebut berkata bahawa apabila manusia melakukan dosa terhadap Allah, manusia itu perlu bertaubat dengan yang Maha Esa.
“Dia bertaubat kepada Allah dan Allah terima selalu kerana dosa itu tidak berkait dengan harta orang”, katanya lagi.
Namun begitu, UAI menegaskan apabila melakukan dosa dengan menipu harta orang lain, taubatnya tidak diterima sehingga harta yang ditipu dipulangkan semula.
“Tipu duit orang, taubat tak diterima melainkan kena pulangkan dahulu duit tersebut,” tegasnya.
Istimewanya anak syurga ini. Dirinya dilahirkan dengan masalah cerebral palsy namun Allah memberikan sejuta keistimewaan buat anak kecil ini.
Kisahnya pernah viral dalam Hafiz Indonesia 2019 kerana kemampuannya menghafal 30 juzuk al-Quran dan ramai menzahirkan rasa kagum dengan kebolehan dimilikinya pada usia 9 tahun itu. Biar sudah tiga tahun berlalu namun setiap kali kisahnya disorotkan media, ramai yang kagum dengan didikan ibu bapanya dan kecerdasan akal anak kecil ini.
Memiliki nama Muhammad Naja Hudia Afifurrohman, anak kecil ini dilahirkan di Mataram, Indonesia.
Menurut ibu Naja, Dahlia Andayani, anaknya itu dilahirkan seperti kanak-kanak normal lain dan pada awalnya dia dan suami tidak menyedari keadaan sebenar Naja. Bagaimanapun doktor mengesahkan Naja menghidap kelumpuhan otak apabila perkembangannya tidak seperti bayi lain.
“Saya juga kagum dengan kemampuan Naja yang mampu menghafal kitab suci al-Quran dengan cepat,” katanya memaklumkan ketika dalam kandungan lagi, alunan ayat suci sentiasa didengarkan buat anaknya itu. Bahkan dalam tempoh 10 bulan saja, anaknya itu sudah mampu hafal Al-Quran.
Selepas kisahnya mencari viral kerana keistimewaannya menghafal Al-Quran walau bacaan dihentikan pada mana-mana surah selain mampu menghafal semua ayat termasuk muka surat berapa.
Bahkan ketika dia menyuarakan keinginan bertemu Presiden Indonesia, Jokowi, Bapak Presiden ini amat senang mengalu-alukan kedatangannya. Dan Naja sempat membacakan surah At-Taubat di hadapan Presiden ini.
Ramai golongan agamawan kagum dengan kebolehan anak kecil ini bahkan ulama terkenal Indonesia, Syekh Jaber Ali yang meninggal tahun lalu akibat Covid-19, pernah mencium kaki anak kecil ini selain kaki dan kepalanya ketika Naja tampil di program tersebut.
Biar dakwahnya dikagumi jutaan orang dan jumlah pengikutnya sangat ramai, namun Syekh Ali Jaber punya alasan tersendiri mengapa dia mencium kaki anak kecil itu.
Katanya, tubuh Naja sudah “terisi” dengan al-Quran (penghafal) dan dirinya wajar dimuliakan.
“Kerana saya ingat Rasulullah. Kerana kemuliaannya dengan al-Quran. Ia umpama Quran yang berjalan. Dan oleh kerana itu pantas saya memuliakan kakinya,”kata Syekh Ali Jaber. Bahkan ulama itu berkata, Naja jauh lebih hebat darinya.
Dalam satu perkongsian dari Ustaz Muhammad bin Abdullah (Ustaz Amin), Ustaz memaklumkan antara doa-doa mustajab selain ibu bapa, antaranya kita mengharapkan doa orang soleh.
“Seterusnya yang keempat perlu diharapkan adalah doa daripada orang-orang yang soleh dan alim. Mereka yang antaranya terdiri daripada guru-guru kita atau sesiapa sahaja yang akhlak mulia serta berilmu tinggi yang berkesempatan kita berjumpa mohonlah supaya mendoakan kita. Ini kerana banyak kejayaan orang-orang terkenal sekarang adalah hasil daripada doa guru-guru mereka.
“Carilah kesempatan menziarah orang-orang alim ketika bercuti contohnya. Bahkan dengan perkataan ‘insyaAllah’ atas perkataan yang baik daripada orang-orang alim itu juga dianggap doa dari orang-orang alim yang dipilih antara doa yang dimakbulkan Allah. Ini kerana doa-doa daripada orang-orang alim yang ikhlas akan didengar oleh Allah SWT. Justeru itu lazimkanlah untuk mencari dan bertemu dengan orang-orang alim dan mohon doa daripada mereka,” katanya lagi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kala ini ramai berspekulasi mengenai hubungan usahawan Neelofa dan tunangnya, Haris Ismail. Ramai berteka-teki adakah benar keduanya sudah putus tunang atau masih mempunyai ikatan. Malah tersebar juga tiada lagi cincin di jari Neelofa seolah memberi petanda biar semalam Neelofa sudah membuat kenyataan, urusan ini diserahkan kepada perbincangan keluarga.
Di sebalik ramai netizen memberikan pandangan atas sebab mahu mencetus jenaka tetapi ada juga pandangan yang dilihat seolah lepas geram termasuk menabur fitnah pasangan ini sudah bernikah, Neelofa terkena minyak pengasih dan memindahkan wang RM1 juta ke akaun PU Riz yang sudah dinafikan sepenuhnya oleh Neelofa.
Di sebalik ujian menimpa kehidupan usahawan ini, kita sebagai umat Islam harus muhasabah diri. Menulis tanpa bukti, adalah fitnah dan berdosa besar. Mempersendakan masalah orang lain juga adalah dosa. Jadi apa sepatutnya kita ucapkan bila seorang muslim ditimpa ujian?
Nabi SAW pernah bersabda yang membawa maksud, “Barang siapa yang tidak mengambil berat permasalahan orang Islam yang lain, maka dia bukan dari kalangan mereka.”
Dari sabda Nabi ini, jelas kalau kita tidak prihatin di atas kesusahan hati orang lain, bermakna kita bukan dari kalangan mereka.
Tahukah, mendoakan mendoakan kebaikan orang lain dalam keadaan dia tidak mengetahuinya, adalah amalan yang sangat mulia. Islam mendidik setiap umatnya supaya tidak mementingkan diri sendiri atau memberi pandangan yang mungkin akan menyakiti hati muslim yang lain.
Daripada Abu Darda’, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Doa seorang Muslim kepada saudara Muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara Muslimnya dengan doa yang baik dan berkatalah malaikat itu, amin! engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim)
Dalam riwayat lain turut menyatakan, doa yang paling cepat dimakbulkan Allah ialah doa secara ghaib iaitu dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Jadi lebih baik kita doakan kebaikan pasangan ini dan kalau benar tiada jodoh antara mereka, doalah yang terbaik agar mereka menemui jodoh yang baik juga. Bukan mempersendakan mereka.
Bab mempersendakan orang lain ini umpama kita memakan bangkai saudara kita sendiri.
Firman ALLAH SWT: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah ada suatu kaum yang mempermain-mainkan kaum yang lain, (kerana) boleh jadi kaum yang dipermaikan itu lebih baik daripada mereka, dan jangan pula ada golongan perempuan yang mempermain-mainkan perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang dipermainkan) itu lebih baik daripada mereka. Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (jadi fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujurat, ayat 11)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hidup sebenarnya memerlukan toleransi. Itu yang dituntut dalam agama. Malaysia sejak dahulu lagi adalah sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum di mana kita hidup bersatu padu, aman damai serta mampu bertolaransi antara satu sama lain. Namun ada ketikanya hanya kerana isu-isu sedikit, kita menidakkan kesemua itu sehingga timbulnya masalah perpaduan di kalangan kita.
Namun ternyata Ramadhan ini memberikan rezeki buat seorang rider Food Panda, Mohamad apabila dihadiahkan sebuah motosikal oleh Ahli Parlimen Steven Sim Chee Keong yang bersimpati dengan kisahnya yang terpaksa mengayuh basikal bermandikan peluh demi menghantar makanan kepada pelanggan.
Dalam perkongsian di fbnya semalam, ternyata usaha murni YB ini begitu dihargai kerana dia menggunakan wangnya sendiri dan bukan peruntukan sebagai ahli parlimen ketika membelikan adik Mohamed sebuah basikal.
Bacalah perkongsian dari YB ini, cukup menyentuh hati. Jangan terlalu memikirkan siapa kita tapi fikirlah siapa yang kita bantu kerana Allah itu sifatnya Maha Pengasih Lagi Penyayang.
Hari ini Ramadan pertama.
Saya ditemukan dengan seorang rider food panda yang menginsafkan saya tentang nilai sebuah kehidupan. Adik Mohamad mengayuh basikal meredah hujan dan panas demi sesuap nasi, walaupun ketika berpuasa.
Apabila saya bertanya kepadanya, mengapa dia berbasikal dan tidak menunggang motorsikal seperti yang lain; dia jawab, dia tidak ada motorsikal.
Basikal pun dipinjam daripada kawan, itupun seat dia dan banyak yang dah rosak. Tapi demi mencari rezeki, dia redha.
Adik Mohamad berusia 22 tahun, merantau jauh dari Kelantan ke Pulau Pinang untuk bekerja. Keluarganya tidak kaya tapi mementingkan pendidikan. Ada 10 orang adik beradik. Ayahnya seorang guru agama. Dia sendiri lulusan diploma kejuruteraan Poli, dengan keputusan cemerlang.
Tapi setakat ini gajinya hanya RM500 sebulan, nak makan pun tak cukup, sewa bilik dia tak bayar, atas ehsan kawannya. Adik Mohamad tidak merungut, malah bersyukur dengan peluang yang ada. Sebaliknya lepas kerja setiap hari, dia pinjam basikal kawan untuk jadi rider food panda. Lepas kerja, rehat satu jam, pi kayuh sampai 11 malam. Dapat RM20-30 sehari, cukup makan beberapa kali. Ada kala, makan nasi lemak tiap-tiap hari sebab nak jimat duit.
Saya tengok kedua-dua belah tangannya pun sudah terbakar dek terik matahari. Mata masuk habuk mendengar kisah adik Mohamad.
Walaupun saya hormat Tun Dr Mahathir, saya dari dulu lagi tak setuju dengan stereotype Tun yang kata Cina kaya, Melayu malas. Ramai Cina yang bergelut demi mencari makan, ramai anak Melayu seperti adik Mohamad yang rajin berusaha demi kehidupan.
Bila saya tanya adik Mohamad apa pertolongan yang diperlukan, dia segan nak jawab. Beginilah, saya tak pandai hal agama, tapi kawan-kawan ajar saya bulan Ramadan ini banyak berkat. Saya mohon berkat Ramadan, saya belikan adik Mohamad sebiji motor. Asalnya adik Mohamad macam tak percaya.
Guna Duit Sendiri, bukan peruntukan sebagai Ahli Parlimen
Tapi bila saya bawa ke kedai motor kat Bukit Mertajam, dia terus terharu. Kita beli Honda. Saya bayar cash. Kalau orang kecam saya guna peruntukan kerajaan beli motor, saya nak habaq saya tak ada peruntukan nak guna. Saya sekarang Ahli Parlimen pembangkang.
Ini saya beli guna wang gaji saya sendiri. RM4,500 termasuk road tax, insurans, settle penuh, minyak isi full tank, adik Mohamad boleh terus bawa motor ini tak payah bimbang. Bolehlah adik naik motor ke kerja (sekarang dia tumpang motor kawan) dan jika jadi rider, tak payah susah susah kayuh basikal. Usah risau lagi hujung Ramadan macam mana nak balik Kelantan jumpa mak ayah – kuda sudah ada.
Kami juga pergi farmasi beli krim aloe vera dan krim sunblock. Saya peringat adik Mohamad agar wajib sapu krim setiap kali sebelum keluar buat food panda. Kita perlu jaga kesihatan diri. Kalau jatuh sakit, mak ayah juga yang akan bimbang.
Hari ini Ramadan pertama, saya belajar satu benda yang penting. Kita perlu banyak-banyak bersabar dalam menempuh cabaran hidup. Jangan putus asa walau susah macam mana sekalipun, dongipap kipidap! Setiap perkara ada hikmahnya, Tuhan tidak pernah mengabaikan kita. Adik Mohamad telah menginsafkan saya tentang perkara ini.
Iftar pertama tahun ini, saya buka puasa bersama adik Mohamad. Walaupun berjauhan dari keluarga dan terpaksa bekerja keras mencari rezeki, saya doakan Ramadan ini akan menjadi Ramadan yang lebih bermakna buat dirinya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Lelaki berpakaian seperti wanita menjadi isu hangat di media sosial. Ketahui pandangan Islam, dalil hadis serta kesan normalisasi perbuatan yang ditegah syarak.