Bukan saja kita yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 ini tetapi membabitkan di seluruh dunia.

Malah paling membanggakan adalah peuang barisa hadapn yang tidak jemu bekerja demi memastikan keselamatan mangsa virus ini.

Pelawak dan penyanyi Achey baru-baru ini ada berkongsi pengalaman berdepan dengan beberapa ahli keluarga yang berada di frontliner dalam mencegah penularan pandemik wabak ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on


Menurut Achey, dia mempunyai biras yang bekerja sebagai anggota polis sementara tiga iparnya pua bertugas dalam bidang Kesihatan.

Dalam kapsyen yang dimuat naik di laman Instagramnya, Achey memberitahu dia berkongsi foto itu sebagai tanda ingatan doa atas khidmat yang dicurahkan.

Dan dalam masa sama dia turut meminta individu yang ada gejala COVID-19 agar tidak merahsiakan selain mematuhi arahan kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Masuk Rumah Ikut Pintu Belakang. Balik Mandi & Tidur Luar Khemah” – Achey Kongsi Kisah Ahli Keluarga Jadi Frontliner Perangi COVID-19

IKLAN

Tambahnya lagi mereka yang berkerja ini bekerja dengan sehabis daya. Dan apabila balik rumah dalam keletihan masuk ikut pintu belakang.

Bukan itu sahaja, ada yang selepas mandi, tidur dalam khemah di luar rumah dan kemudian bangun esok untuk keluar bekerja lagi.

“Masuk Rumah Ikut Pintu Belakang. Balik Mandi & Tidur Luar Khemah” – Achey Kongsi Kisah Ahli Keluarga Jadi Frontliner Perangi COVID-19

Ini dilakukan bagi menjaga keselamatan keluarga supaya tidak dijangkiti dan juga demi menjaga kita semua.

IKLAN

Dan bagi membantu mereka ini, Achey mengingatkan agar semua orang mengikut arahan #dudukdirumah seperti diminta kerajaan.

Assalamualaikum wahai rakyat malaysia… saja nak kongsi cerita benar…

Biras anggota polis di IPD raub.. kerja polis korang pun sedia maklum… bertindak cakap lembut korang acah2 mcm paham kerja diorang… selamba cabar diorang.. wal hal anak bini famly diorang tu tunggul ke tgk diorang di cabar camtu… sabar sentiasa je diorang.. sbb tu diorang jadi polis boleh sabar dgn kita ni

Saya ada 2 orang kakak ipar nurse rashidah hospital kulai dan mastura jumadi hospital kluang…serta seorang adik ipar bahagian farmasi laila … tgk gambar kakak saya rashidah dan kak mastura ni automatic air mata jatuh… ..
Bayangkan 18jam dgn baju tugasan begini… nak rasa cuba korang pakai baju hujan full selama 18 jam… itu pakai je.. diorang siap bertugas dan tugasan mereka sekarang bukan mcm biasa dah berlipat ganda…

IKLAN

Gambar ni di berikan pada keluarga agar keluarga sentiasa mendoakan perjuangan mereka…

“Masuk Rumah Ikut Pintu Belakang. Balik Mandi & Tidur Luar Khemah” – Achey Kongsi Kisah Ahli Keluarga Jadi Frontliner Perangi COVID-19

Ada yang kata .. alaa mereka dah di bayar untuk kerja diorang… yeaaaa mmg .. abih sampai 18jam kerja tu bertambah ?? Ada diorang kesah pasal bayaran??… diorang kesahkan korang selamat je! … antara diorang pun ada yang dah di jangkiti.. ..
Diorang nak ke di jangkiti… benda ni bahaya weihh… tapi tugasan mereka adalah tugasan tadah leher dalam bahasa kasarnya… diorang wajib lakukan! Demi kita!…

Lagi 1 kalau korang ada suspek di jangkiti jgn rahsiakan… bgtau supaya korang boleh di bantu!… ..
Diorang habis kerja dengan letih .. masuk rumah ikut pintu belakang… ada jugak yang mandi n tido kat luar buat khemah… esok bangun mandi kat luar lagi then pegi keja balik… demi menjaga keluarga supaya tidak di jangkiti … demi untuk kita semua juga sentiasa selamat!

Kita!… macam mana kita nak bantu mereka?… kita ikut la pesan diorang sbb pesan diorang tu sama dgn pesan kerajaan… dan diorang pesan bukan main2!… ..
#stayathome .. #dudukrumah adalah jalan terbaik untuk mereka… mereka tak mintak korang duit, mereka tak mintak korang apa2.. tu je duduk rumah jeeee…

Please diorang dah penat sangat!… #kitajagakita ..
SAYA KAGUM DENGAN PERJUANGAN KALIAN… ..
Cuba korang bagi kata2 terbaik untuk mereka!

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI