Menangis Kerana Tak Dapat Hafal Satu Juzuk, Aksi Baem Adham, Anak Datuk Aliff Syukri Curi Perhatian

Share

Kebiasaannya dalam usia yang masih kecil, anak-anak lebih suka bermain berbanding belajar. Namun bagi Datuk Aliff Syukri dan Datin Nur Shahida, pasangan suami isteri ini amat menitikberatkan soal pendidikan agama kepada anak-anak mereka.

Jutawan kosmetik itu sering berkongsi tentang perihal cara beliau menekankan pendidikan agama kepada anak-anak. Terbaru anak ketiganya Ibraheem Adham atau lebih dikenali sebagai Baem telah menarik  perhatian ramai. Baem menangis kerana belum dapat hafal 1 juzuk.


baem cemburu la ammar dah hafal 1 juzuk….baem belum lagi ??


 


Sedih baem abg ammar ketawakan dia bila tgh hafal surah sbb dia salah baca…x per lah salah kan yg penting semangat…semalam pkl 1 pagi dia tidur sbb nak suruh mama dgr bacaan surah surah hafalan dia??


Alahai beruntungnya  Datuk Aliff Syukri dan Datin Nur Shahida. Anaknya menangis kerana belum dapat hafal 1 juzuk. Sejuk perut ibu yang mengandungkankan. Rakaman video tersebut turut mengundang komen daripada netizen. Ini antara komen-komen netizen.

 

 

 

 

BERIKUT DIKONGSIKAN TIP UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK MENGHAFAL AL-QURAN:

1.Memperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran sejak anak-anak masih kecil lagi.

2.Menggunakan bantuan alat mengajar seperti flash card.

3.Menggunakan video bersuara lengkap dengan visual.

4.Mengalunkan ayat-ayat al-Quran di dalam kereta.

5.Membacakan surah al-Quran pada anak-anak sebelum tidur.

6.Jadikan tabiat untuk memperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran ketika duduk bersantai-santai.

Yakinlah wahai ibu ayah bahawa kita semua boleh. Anak kita semua sangat genius, insan-insan yang masih terpelihara daripada dosa. Selain itu, pujilah anak bila mereka mengaji. Tunjukkan wajah ceria dan gembira. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Izin Allah SWT.

Sumber kredit: @baem_adham

IKLAN