Kebiasaannya dalam usia yang masih kecil, anak-anak lebih suka bermain berbanding belajar. Namun bagi Datuk Aliff Syukri dan Datin Nur Shahida, pasangan suami isteri ini amat menitikberatkan soal pendidikan agama kepada anak-anak mereka.
Jutawan kosmetik itu sering berkongsi tentang perihal cara beliau menekankan pendidikan agama kepada anak-anak. Terbaru anak ketiganya Ibraheem Adham atau lebih dikenali sebagai Baem telah menarik perhatian ramai. Baem menangis kerana belum dapat hafal 1 juzuk.
baem cemburu la ammar dah hafal 1 juzuk….baem belum lagi ??
Sedih baem abg ammar ketawakan dia bila tgh hafal surah sbb dia salah baca…x per lah salah kan yg penting semangat…semalam pkl 1 pagi dia tidur sbb nak suruh mama dgr bacaan surah surah hafalan dia??
Alahai beruntungnya Datuk Aliff Syukri dan Datin Nur Shahida. Anaknya menangis kerana belum dapat hafal 1 juzuk. Sejuk perut ibu yang mengandungkankan. Rakaman video tersebut turut mengundang komen daripada netizen. Ini antara komen-komen netizen.
Ads
Ads
BERIKUT DIKONGSIKAN TIP UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK MENGHAFAL AL-QURAN:
1.Memperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran sejak anak-anak masih kecil lagi.
Ads
2.Menggunakan bantuan alat mengajar seperti flash card.
3.Menggunakan video bersuara lengkap dengan visual.
4.Mengalunkan ayat-ayat al-Quran di dalam kereta.
5.Membacakan surah al-Quran pada anak-anak sebelum tidur.
6.Jadikan tabiat untuk memperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran ketika duduk bersantai-santai.
Yakinlah wahai ibu ayah bahawa kita semua boleh. Anak kita semua sangat genius, insan-insan yang masih terpelihara daripada dosa. Selain itu, pujilah anak bila mereka mengaji. Tunjukkan wajah ceria dan gembira. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Izin Allah SWT.
Sumber kredit: @baem_adham
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Perjalanan hidup yang kita lalui setiap hari ini sebenarnya semakin mendekatkan diri kita dengan kematian. Mati adalah ketetapan Allah yang bakal dialami oleh seluruh manusia. Tak ada manusia atau makhluk di alam semesta ini yang hidupnya kekal kecuali Yang Maha Pencipta.
Ada kehidupan pasti ada kematian. Hal ini pasti akan dialami semua manusia yang bernyawa. Bila kita akan mati itu adalah rahsia Allah. Tiada siapa yang tahu bila dia akan dijemput pergi.
Seperti perkongsian Hafizul Hakim tentang soal kematian, sesungguhnya ia sudah tentu perkara yang menyedihkan terutama buat mereka yang ditinggalkan. Lebih merentap jiwa bila dijemput ‘pergi’ secara tiba-tiba sebelum sempat meninggalkan sebarang pesan.
“Sayang dah bersedia andaikata saya mati tiba-tiba?” Tanyaku pada isteri petang tadi.
“Ish, kenapa cakap macam ni. Tak baik tau.” jawabnya dalam keadaan terkejut.
“Tak, benda ni mesti dibincang awal. Saya tak tahu mungkin esok, lusa atau tahun depan saya pergi dulu. Ramai kawan-kawan saya pergi usia muda. Takde sakit, tiba-tiba terkejut mereka dah tiada.” Saya menjawab tenang.
“Tadi tengok video Tsunami di Indonesia. Sekelip mata ramai orang maut. Tak terjangka langsung kedatangannya.”
“Saya dah senaraikan baki hutang, insuran, simpanan dan apa tanggungjawab yang perlu awak uruskan andai saya pergi dulu. Mudah nak buat rujukan nanti.” aku serahkan buku nota ringkas.
Matanya tajam melihat aku. Serius.
Mungkin giliran kita minggu depan, esok atau sejam lagi? Seolah seperti filem “P/S I Love You” tapi itulah hakikat. Isteri pasti akan kebingungan, tak tentu arah dan terkejut. Dengan adanya wasiat, nota ini dia akan jadi tenang ikut apa yang kita suruh buat.
Terus terasa sayu dengan perbualan ringkas tadi. Dalam banyak-banyak hal di dunia, ada dua saja perkara yang benar-benar pasti akan terjadi—perubahan dan kematian.
Untuk perihal mati, ianya benar-benar pasti akan mengejutkan. Teringat saya tiap kali menerima berita kematian kenalan atau saudara mara.
“Dukacita dimaklumkan si fulan bin si fulan sudah kembali ke rahmatullah. Jenazah akan dikebumikan di…” dan seterusnya.
Pasti, pasti suatu hari nanti nama si fulan si fulan akan berganti dengan nama kita. Pasti, pasti suatu masa nanti kita akan jadi yang didoakan kesejahteraannya. Dan menerima mesej tentang kematian pasti akan memberi kejutan.
Boleh jadi yang terpacul dari mulut kita, “Laaa baru dua hari lepas terserempak di kedai.” “Lahh hari tu melawat nampak makin sihat.”
Dan berbagai lagi. Begitulah. Macam kata orang putih, ‘death is inevitable yet the news will never be failed to shock everyone’. Kematian suatu yang pasti, namun masanya rahsia dan pasti berita tentangnya akan mengejutkan.
Tak terawal dan terlambat walau sesaat.
Mengingati mati bukanlah bermakna kita menanti mati, namun ia adalah sempadan untuk kita sentiasa beringat dan bersedia. Cukupkah amalan kita? Cukupkan tinggalan kita buat waris-waris kita kelak? Habis sudahkah semua kerja-kerja kita? Apakah amal jariah yang kita dah sediakan sekarang?
Semoga kita semua sentiasa bersedia! Akhir kalam dapat ucap kalimah,
“Laa illa ha illallah, Muhammadur Rasulullah.” Sumber kredit: Hafizul Hakim
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Kadangkala kita tidak pernah menyangka yang kita menjadi sasaran pencuri mahupun perompak. Hanya beberapa minit terleka sudah cukup untuk kita menjadi mangsa. Maka sebab itulah walau di mana sahaja kita berada terutama kaum wanita, kita perlu lebih berhati-hati. Ini kerana ‘bahaya’ ada di mana-mana.
Berikut catatan Ustazah Asma Harun di laman Facebooknya bercerita pengalaman hampir disamun ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya usai memberi ceramah.
Malam tadi, ia benar-benar berlaku ke atas saya, tidak pernah terfikir dan terbayang.
لا حول ولا قوة الا بالله
Tiada Daya dan Upaya. Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah sebaik-baik pelindung.
Lokasi kuliyah daripada rumah tak jauh, dalam 5 km shj. Lebih kurang jam 8.20 mlm, dan memang ketika memandu malam tadi beberapa kali saya tekan lock semua pintu, lebih daripada biasa, Allah dah beri rasa tu.
Melalui satu selekoh biasa, sekilas pandang ada perasan sebuah motor dan pemandu di atasnya tepi jalan. Mungkin dari situ saya diekori. Sampai penghujung jalan saya perlu menunggu sebuah kereta dihadapan untuk membelok ke kanan. Jalan ni memang sibuk dan memakan masa untuk dapat membelok.
HEMPAS BATANG BESI PADA CERMIN KERETA
Allahu Akbar. Seorang lelaki badan tegap bertopi keledar gelap berdiri di sebelah pintu penumpang sebelah kiri menarik-narik pintu. Dia turun daripada motor. Saya tak nampak sama ada seorang atau berdua. Tiba-tiba ada kereta di belakang dan dia cepat-cepat kembali ke motornya.
Ketika itu hanya rasa takut dan kaku. Mengambil masa yang lama untuk membelok ke kanan walaupun ada ruang. Akhirnya pedal minyak ditekan perlahan menuju lokasi dalam keadaan rasa yakin tidak diekori. Saya parking belakang sekali pada deretan kereta. Saya tak perasan suasana sunyi di situ. Itu satu kesilapan besar apabila kita dah menjadi target. Sepatutnya saya ke kawasan ramai orang atau ke balai polis berdekatan.
Saya kaku dan membatu, cuba tenangkan diri. Syukurnya saya tidak terus keluar. Tiba-tiba, ya Allah.. Saya nampak kelibat yang sama daripada belakang menerusi cermin depan sedang menuju ke arah kereta. Saya terus menekan hon sekuat hati, namun dia dengan laju datang dan menghempas kuat batang besi yang agak besar pada tingkap sebelah kiri.
Ketika itu, dengan sisa tenang dan kekuatan yang ada saya reverse, untuk mengambil ruang agar tidak melanggar kereta depan yang saya parking agak rapat. Terus minyak ditekan laju dan masuk mengejut ke kawasan kuliyah.
BUNYI DENTUMAN KUAT
Syukur saya tidak melanggar sesiapa. Pandangan masa tu memang kabur. Gelap rasa semuanya. Rasa nak pitam dan adrenaline memang tahap maksimum. Ramai yang keluar untuk melihat apa yang berlaku kerana mendengar kuatnya dentuman pukulan ke arah cermin kereta. Allahu Akbar, cermin tu sedikitpun tidak pecah atau retak.
Allah.. Allah.. Allah.. Itu sahaja kalimah yang mampu keluar. Allah ya Hafiz ya Muhaimin. Dialah sebaik-baik yang menjaga dan memelihara kita. Kita sangat lemah dan tidak berdaya sedikitpun.
Sebenarnya sangat jarang saya keluar malam seorang diri, biasanya suami akan hantar dan jemput daripada lokasi kuliyah/ceramah. Namun malam tadi suami di Terengganu, balik emergency dan saya tetap perlu hadir jemputan yang dah lama diatur. Saya percaya ramai wanita perlu melalui keadaan seperti ini lagi-lagi yang tinggal berjauhan dengan suami. Moga Allah sentiasa melindungi kalian.
Nasihat dan beberapa tip:
1. Wanita yang memandu seorang diri memang menjadi sasaran utama penjenayah, jangan sesekali rasa selesa kerana sudah biasa. Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Samada siang atau malam. Contohnya suri rumah yang hantar anak-anak ke sekolah, kerana anda mungkin akan pulang seorang diri, tak mustahil ada yang memerhati dan mengekori sehingga anda turun daripada kereta untuk diserang hendap.
2. Sebaik sahaja masuk kereta terus lock semua pintu. Walaupun jalan biasa atau lokasi yang dituju sangat dekat. Lock sahaja, ia percuma. Tapi mampu menyelamatkan nyawa dan harta.
3. Elakkan meletakkan handbag atau seumpamanya di tempat yang mudah dilihat terutamanya seat sebelah, namun handphone pastikan diletakkn di tempat yang mudah dicapai.
4. Jika diserang seperti saya di atas, bunyikan hon sekuatnya agak membantu, walaupun penyerang tidak lari tapi sekurangnya dia mula panic kerana kita menunjukkan tindakbalas. Memang selama ni saya set dalam kepala jika berlaku situasi begini saya akan tekan hon sekuatnya.
5. Ketenangan dan sedikit keberanian sangat penting. Ketakutan melampau, kelam kabut dan panic akan memberi kemenangan awal kepada penyerang. Saya mungkin sahaja tekan minyak dan melanggar kuat kereta depan, atau hanya menjerit ketakutan. Di sinilah saya sedar betapa penting kita memberi bayangan awal kepada fikiran kita, jika berlaku begini akan buat begini. Dan saya memang kuat buat khayalan.
6. Jika anda dilanggar daripada mana-mana arah, jangan terlalu cepat turun daripada kereta untuk melihat kerosakan. Lagi pula jika tempat tersebut agak sunyi. Pelanggaran tersebut mungkin dirancang.
7. Bila sampai di lokasi atau di rumah jangan terus turun daripada kereta, contohnya untuk membuka pintu pagar dll. Pastikan semuanya selamat dan tiada sesiapa yang mengekori.
8. Ini sangat penting dan yang paling utama. Hakikatnya Allah ya Hafiz ya Muhaimin Yang Maha Menjaga dan Maha Mengawasi kita setiap saat. Bukan kecanggihan kereta atau keberanian kita bertindak.
Maka jangan sesekali lupa untuk memulakan perjalanan dengan doa:
Maksudnya, “Segala Puji dan Maha Suci bagi Allah, yang memudahkan (kenderaan) ini untuk kami, padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya. Dan sesungguhnya kami akan kepada Tuhan kamilah kami akan kembali (di hari Kiamat). Surah Az-Zukhruf, Ayat 13-14
Tambahkan dengan zikir.. يا حافظ يا مهيمن
Ya Allah Yang Maha Menjaga dan Maha Mengawasi, jaga dan awasilah perjalananku daripada awal hingga pulang kembali dalam kesejahteraanmu ya Salaam.
Ingat dan berharaplah kepada Allah سبحانه وتعالى semoga perjalanan kita selamat.
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, maka Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Taghabun 64: Ayat ke-11)
Saya masih lagi terasa kesan trauma hingga saat ini. Tadi ada bawa kereta di siang hari. Bila ada motor yang nak melalui atau berhenti ketika di lampu isyarat. Debaran tu memang tak boleh dikawal.
Moga Allah terus memelihara kita daripada perkara-perkara yang tidak diingini.
Sumber kredit: FB: Asma Harun
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan Slam, sebuah kumpulan lama yang telah meniti populariti dalam dunia muzik tanah air dan boleh diklasifikasikan dalam kategori `growth. Shah Nizam Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Shah Slam merupakan pemain gitar utama dan ketua kepada kumpulan Slam.
Sebelum menubuhkan Slam, Shah merupakan salah seorang pemain gitar kumpulan Exist (kini Exists) yang mula mencipta nama dengan lagu Untukmu Ibu pada tahun 1991. Itu serba sedikit latar belakang Shah. Hingga kini Shah masih aktif dalam dunia muzik namun apa yang mencuri perhatian ialah cara dia mendidik anak-anaknya.
Melalui perkongsian Shah di Instagramnya, Shah dilihat begitu menitikberatkan soal pendidikan agama. Malah suara Shah juga merdu di dengar mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
Ulangkaji as sajdah.. saja je papa baca salah2 nak test Rania alert ke tak khihih..
Ulangkaji surah al kahfi dgn Rania @hsyrania .. klau berdua dlm kete dgn dia suka revised balik surah2.. dia dah hafal tp asyik main henpon je bnyk lupa dah..hmm.. jom amalkan
Dalam sibuk-sibuk dengan dunia nyanyian, Shah masih tetap luangkan masa dengan anak-anaknya. Melayan dan menyantuni anak-anak dengan penuh kasih sayang. Moga apa yang dikongsikan oleh Shah ini menjadi inspirasi kepada ibu bapa di luar sana dalam mendidik anak-anak mendekati agama Islam.