Ads

Mencari Ruang Tenang Dalam Dunia yang Tidak Pernah Diam, Malaysia Muslim Festival 2026 Wajar Diberi Perhatian

Dalam arus kehidupan moden yang bergerak pantas, manusia sering terperangkap dalam rutin harian yang tidak berpenghujung. Tuntutan kerjaya serta tekanan sosial menjadikan ruang untuk berhenti sejenak, merenung dan menilai kembali makna hidup semakin mahal nilainya.

Dalam konteks inilah, Malaysia Muslim Festival 2026 (MMF 2026) hadir sebagai sebuah wadah yang menawarkan lebih daripada sekadar acara, ia membuka ruang dialog, pemikiran dan refleksi untuk umat Islam mendekati nilai kehidupan secara lebih tenang dan bererti.

Berlangsung bermula 5 hingga 8 Februari 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur, MMF 2026 disusun dengan pendekatan yang realistik, selari dengan cabaran semasa yang dihadapi masyarakat Islam hari ini. Ia bukan festival yang menekankan hiburan semata-mata, sebaliknya menampilkan keseimbangan antara ilmu, pengalaman dan penghayatan rohani.

Antara nadi utama penganjuran ini ialah Main Stage Intellectual Series, sebuah platform wacana yang mengangkat persoalan nilai, pemikiran dan tanggungjawab Muslim dalam dunia moden.

Mencari Ruang Tenang Dalam Dunia yang Tidak Pernah Diam, Malaysia Muslim Festival 2026 Wajar Diberi Perhatian

Perbincangan yang diketengahkan meliputi topik-topik seperti Halalan Toyyiban dalam kehidupan seharian, penghayatan pesan-pesan Al-Quran, pembangunan ekonomi berteraskan etika serta peranan generasi muda dalam membina ummah yang berdaya tahan dan berprinsip.

Ads

Pendekatan ini memperlihatkan usaha penganjur untuk merapatkan jurang antara idealisme agama dan realiti kehidupan moden.

Panelis Berwibawa

Kehadiran tokoh-tokoh berwibawa turut mengukuhkan kedudukan MMF 2026 sebagai medan perkongsian ilmu yang kredibel.

Antaranya, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dijadualkan menyampaikan kuliah perdana, di samping perkongsian oleh Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil Noor dan Dato’ Wira Haji Ameer Ali Mydin yang membawa perspektif agama dan industri secara seimbang.

Perbincangan pula akan dikendalikan oleh moderator berpengalaman seperti Fedtri Yahya dan Fahrin Ahmad, memastikan wacana yang disampaikan kekal segar, tersusun dan mudah difahami oleh khalayak pelbagai latar belakang.

Ads

Namun, MMF 2026 tidak terhenti pada pengisian intelektual semata-mata. Festival ini turut memberi ruang kepada sentuhan emosi dan kemanusiaan melalui program podcast bertema realiti umat Islam global serta persembahan nasyid yang sarat dengan mesej dakwah dan nostalgia.

Elemen-elemen ini mengajak pengunjung untuk bukan sekadar berfikir, tetapi turut merasai dan menghayati makna di sebalik setiap perkongsian.

Mencari Ruang Tenang Dalam Dunia yang Tidak Pernah Diam, Malaysia Muslim Festival 2026 Wajar Diberi Perhatian

Ads

Medan Ilmu

Dalam kesibukan festival,Pesta Buku Islamik muncul sebagai ruang signifikan untuk mereka yang gemar membaca. Ia menghimpunkan karya-karya pemikiran, bahan bacaan Islamik dan penulisan kontemporari yang mengajak masyarakat mendekati ilmu sebagai asas pembinaan iman dan akhlak.

Di sinilah pengunjung berpeluang meluangkan masa memperkayakan minda dan jiwa, jauh daripada hiruk-pikuk rutin harian.

Keseluruhannya, Malaysia Muslim Festival 2026 menawarkan sebuah pengalaman yang sederhana namun bermakna sebagai satu ruang untuk mendengar, memahami dan merenung kembali nilai kehidupan sebagai seorang Muslim.

Dalam dunia yang sering menuntut kepantasan, festival ini mengingatkan bahawa kadangkala, ketenangan dan kefahaman lahir daripada keberanian untuk berhenti sejenak dan berfikir.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Hong Leong Islamic Bank Perkenal Halatuju Baharu: Prinsip Kekayaan Patuh Syariah...

Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.