Kita sering mendengar orang tua-tua berpesan begini. Apa pun permulaan kehidupan kita, seteruk mana pun kita tapi paling penting adalah pengakhiran kehidupan kita kerana Allah sentiasa mengampunkan dosa umat yang bertaubat.
Inilah yang berjaya dilakukan oleh pelakon Ammar Alfian yang berjaya khatam al-Quran tiga kali bagi menutup penghujung tahun ini dengan ucapan seribu kesyukuran.
Dalam perkongsian di instagramnya, Ammar menulis “Ingatlah dengan mendirikan solat, kita berkomunikasi dengan Allah dan dengan membaca Al-Quran, Allah sedang berbicara dengan kamu. Saya doakan semua orang menemui ketenangan hidup tidak kira di dunia dan akhirat,”.
Bagi yang pernah mengenali pelakon ini, pelbagai kontroversi pernah memalit dirinya termasuklah perkahwinan dibina berakhir dengan perceraian. Namun dia tidak pernah patah semangat sebaliknya sebagai penutup tahun 2020, pelakon Ammar Alfian meluahkan rasa syukur berjaya khatam Al-Quran buat kali ketiga tahun ini.
Menurut Ammar, membaca kita suci Al-Quran itu merupakan satu cara untuk dia mendekatkan diri dengan Islam serta memperoleh ketenangan diri.
“Cara terbaik untuk mengakhiri tahun 2020 adalah dengan berkongsikan gambar diri sendiri bersama senaskah Al-Quran. Alhamdullilah saya akhirnya berjaya khatam Al-Quran untuk kali ketiga pada tahun ini. Kali pertama adalah ketika saya berumur 10 tahun dan kali keduanya ketika berusia 15 tahun.
“Sejujurnya bagi saya tidak sukar jika ingin cuba mendekatkan diri dengan Islam. Hanya melakukan perkara yang sederhana seperti berdoa dan membaca Al-Quran,” katanya.
Dalam pada itu, Ammar berkata kehidupannya lebih tenang dan damai apabila bercakap dengan Tuhan melalui doa serta mendoakan agar pengikutnya turut menemui cara sama dalam mencari keberkatan hidup. Sumber : Gempak
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Ibu Mengeluh Anak Darjah 1 Tak Dibenar Bawa Bekal Air, Ini Penjelasan Mufti Usia Berapa Sesuai Didik Anak Berpuasa
Viral di media sosial apabila admin fb Cikgu Fadli Salleh berkongsi mengenai luahan seorang ibu yang anaknya belajar di tahun satu tak dibenarkan bawa bekal air ke sekolah di bulan Ramadan ini.
Dalam perkongsiannya Minmin menulis :-
Ni zalim namanya. Tidak meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya. Budak usia 6-9 tahun perintah wajib belum jatuh atas mereka untuk buat amal ibadah termasuk puasa.
Mewajibkan anak-anak sebesar ini puasa, paksa mereka jangan makan jangan minum, tidak membenarkan mereka bawa air dan bekal bagi yang jelas tak puasa adalah tindakan yang tidak betul.
Benda tak betul kena tegur dan betulkan. Ada parent mendakwa ia adalah peraturan dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Betul ke? Harap KPM respon. Ni isu semasa yang perlu respon segera.
Karang ada budak pitam, budak pengsan, budak gastrik asbab hal ini, siapa nak bertanggungjawab? Tolong jangan menzalimi anak-anak belum baligh. Jika ada anak-anak mampu dan larat untuk puasa penuh, tahniah. Boleh teruskan. Namun jika ada anak-anak tak mampu, usah dipaksa-paksa pula.
Kadang aku sedikit pelik, bab puasa dipaksa sungguh-sungguh. Bab solat tidak ditekankan. Terbalik tu. Kata seorang guru aku, “Orang puasa belum tentu solat. Namun orang yang menjaga solat dah tentu takkan meninggalkan puasa”.Begitulah.
– Minmin (admin Cg Fadli) –
Dan dari perkongsian ini ia mendapat respon pelbagai dari ibu bapa yang ada bersetuju dan ada berkongsi pendapat.Dalam pada itu, tentu ibu bapa millenial mahu tahu berapa usia sebenarnya mendidik anak-anak berpuasa. Ikuti penjelasan dari Unit Buhuth, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai isu di atas.
Pada umur berapakah seorang kanak-kanak itu perlu didik supaya berpuasa?
Jawapan:-
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Puasa dan kanak-kanak
Para ulama bersepakat bahawa kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa, berdasarkan hadith yang menyebut bahawa tidak terdapatnya taklif dan tanggungjawab ke atas seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh. Saidina Ali bin Abi Tolib meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:-
رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلاَثَةٍ عَنِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَبْلُغَ وَعَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ وَعَنِ الْمَعْتُوهِ حَتَّى يَبْرَأَ
Maksudnya: Terdapat tiga golongan yang amalan mereka tidak dicatat: seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh, orang yang tidur sehinggalah dia terjaga dan seorang yang hilang akalnya sehinggalah dia kembali waras. Sunan Abi Dawud (4402)
Namun, jika seorang kanak-kanak yang telah mumayyiz itu berpuasa, maka hukumnya adalah sah. Kata Imam al-Qalyubi:-
(وَالْعَقْلُ) أَيْ التَّمْيِيزُ فَيَصِحُّ صَوْمُ الْمُمَيِّزِ
Maksudnya: (Dan salah satu syarat sah puasa itu) ialah beraqal, dalam erti kata tamyiz, iaitu mampu membezakan antara baik dan buruk; maka sah puasa seorang kanak-kanak yang sudah mumayyiz. (Rujuk Hasyiyata al-Qalyubi wa ‘Umairah 2/76)
Timbul pula persoalan, pada umur berapakah seorang kanak-kanak itu perlu diajar dan dididik untuk berpuasa?
Menurut Imam Zainuddin Ahmad al-Malibari dan Syeikh Dr. Muhammad Hassan Hito, ibu bapa atau wali perlu menyuruh kanak-kanak untuk berpuasa seawal umur tujuh tahun, dan mendidiknya dengan ‘pukulan kecil’ yang tidak menyakitkan ketika dia berumur sepuluh tahun jika dia engggan. Hal ini diqiyaskan dengan hadith suruhan mendidik anak-anak untuk solat:
مُرُوا الصَّبِيَّ بِالصَّلاَةِ إِذَا بَلَغَ سَبْعَ سِنِينَ وَإِذَا بَلَغَ عَشْرَ سِنِينَ فَاضْرِبُوهُ عَلَيْهَا
Maksudnya: Ajarilah kanak-kanak untuk solat setelah dia berusia tujuh tahun, dan apabila dia berumur sepuluh tahun, pukullah dia (dengan pukulan yang tidak menyakitkan dan melukakan dengan tujuan untuk mendidik). Sunan Abi Dawud (494) (Rujuk Fath al-Mu’in bi Syarh Qurrah al-‘Ain bi Muhimmat al-Din, hlm. 38 dan Fiqh al-Siyam hlm. 23)
Namun, ibu bapa atau wali hendaklah memastikan puasa itu tidak menyebabkan kemudaratan kepada kanak-kanak tersebut, dan menilai sejauh mana kemampuan mereka untuk meneruskan puasa.
Kesimpulan
Tuntasnya kami nyatakan bahawa ibu bapa atau wali perlu mengajar dan menyuruh anak-anak supaya berpuasa seawal umur tujuh tahun, dan mendidik dengan pukulan yang ringan ketika dia berumur sepuluh tahun jika dia enggan. Hukum ini diqiyaskan dengan hadith mendidik anak-anak untuk solat yang dinyatakan di atas.
Wallahu a’lam.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Tak Bayar Hutang, Bolehkah Tulis Nama Pemiutang Di Sosial Media?
Tak sedikit yang geram apabila pemiutang terlalu liat bayar hutang, apatah lagi dah banyak kali diingatkan secara privasi. Lebih tambah sakit hati, apabila si pemiutang seakan tak ingat hutang yang perlu dibayar.
Tanpa rasa bersalah, sempat pula muat naik gambar melancong ke sini sana, makan di restoran lima bintang, berpakaian mahal dan banyak lagi gaya hidup mewah ditunjukkan dalam akaun media sosialnya. Kita yang memberi hutang, telan air liur dan tepuk dahi lihatkan aksi pemiutang.
Artikel berkaitan: Rupanya Dosa Tak Bayar Hutang Tak Diampunkan Walaupun Syahid
Artikel berkaitan: Cara Bayar Hutang Kalau Lost Contact Si Pemberi Hutang
Pelbagai cara tagih hutang dilakukan. Cuma satu sahaja masih dalam perancangan iaitu mengumumkan nama pemiutang di sosial media.
Mungkin ini sahaja jalan yang efektif walaupun ia akan mengaibkan pemiutang dan ia termasuk dalam perbuatan ghibah. Tapi boleh atau tidak dari hukum syarak?
Pernah dalam ceramah pendakwah terkenal iaitu Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, menyatakan bahawa, tidak terhapus dosa pemiutang yang dengan segaja tidak mahu membayar hutang walaupun dia mati syahid.
Apa pun keadaannya hutang perlu dibayar melainkan yang memberi hutang redha. Selebihnya biar sahaja Allah yang uruskan.
Sepatutnya setiap butiran hutang dicatit agar tidak timbul masalah kemudian hari selain menjadi bukti dan mudah dituntut kepada waris jika berlaku kematian.
Dalam situasi kritikal bila mana kita yang memberi hutang sangat memerlukan wang dan pemiutang pula enggan membayar sebagaimana yang dijanjikan, pastinya kemarahan tidak terbendung.
Segala usaha cara baik sudah dibuat agar pemiutang membayar hutang, akhirnya kita lakukan jalan pintas untuk ‘mengajar’ pemiutang dengan membuat satu posting di sosial media tentang hal ini. Secara automatik satu dunia tahu tentang hutang yang tidak dibayar oleh si fulan.
Dalam ilmu fekah, perbuatan ini sebenarnya termasuk dalam ghibah (umpat) Sebab telah memberitahu keburukan orang lain kepada khalayak ramai.
Meski demikian, Imam An Nawawi dalam Riyadlush Shalihin menyatakan ada beberapa jenis ghibah yang dibolehkan. Di antaranya untuk tujuan yang benar, tidak bertentangan dengan syariat, serta tujuan tersebut tidak boleh dicapai jika tanpa melalui ghibah.
Para ulama menyatakan terdapat enam ruksyah ghibah ; ghibah kerana jolokan, meminta fatwa, perbuatan fasik secara terang-terangan, kezaliman, mengingatkan orang lain atas perangai buruk seseorang dan menghilangkan kemungkaran.
Hukum orang mampu tapi suka menunda pelunasan hutang, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriayatkan Imam Bukhari,
“Menunda membayar hutang bagi orang kaya adalah kezaliman”
Dalam riwayat lain dari Imam Bukhari, Rasulullah membolehkan pemberi pinjaman membuka aib orang berhutang yang mampu namun enggan melunasinya.
Penundaan pembayaran hutang yang dilakukan oleh orang yang mampu menghalalkan kehormatan (untuk dighibah) dan hukumannya. Dalam keadaan ini, kita dibenarkan membuka aib pemiutang namun kalau dapat dielakkan cuba elakkan. Dalam erti kata lain, boleh dibuka aibnya, tapi lebih baik tidak.
Ibnu Hajar Al Haitami dalam Az Zawajir ‘an Iqtirafil Kabair menjelaskan kandungan dari hadis tersebut.
” Diperbolehkan menyebutkan di hadapan orang banyak, bahawa pemiutang telah enggan melakukan pembayaran hutang dan tidak konsisten dalam transaksi. Pemberi hutang tidak boleh menyebutkan aib lain yang ada pada diri orang yang berhutang, kerana orang yang terzalimi tidak boleh menyebutkan kezaliman seseorang, kecuali kezaliman yang telah dilakukan atas dirinya. Diperbolehkan pula menghukum orang yang zalim dengan cara memenjarakan, memukul atau yang lain.”
Meskipun membuka aib pemiutang dibolehkan, akan lebih baik jika tidak dilakukan. Cuba tuntut hutang dengan tindakan mahkamah di mahkamah Tuntutan Kecil iaitu di bawah Mahkamah Majistret.
Tuntutan hutang adalah dalam jumlah yang kecil iaitu sehingga RM5,000. Fi RM20 akan dikenakan untuk membuka fail dan khidmat peguam tidak diperlukan di sini.
Sumber artikel : Bincang Syariah
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Diuji Kanser Perut Stage 4, Menanti Hari Dijemput Illahi, Ustaz Ebit Lew Pohon Doa Buat Ayah Kesayangannya
Setiap orang akan melalui ujian kehidupan dan ia pastinya berbeza-beza. Namun ia satu cara Allah mempertingkatkan keimanan kita.
Menerima ujian ahli keluarga sakit dan hanya menunggu masa kembali ke pangkuan Allah, pastinya amat berat.
Namun sebentar tadi di fbnya, pendakwah yang disayangi ramai Ustaz Ebit Lew berkongsi keadaan terkini kesihatan ayahnya yang sebelum ini dimasukkan ke hospital kerana keuzuran. Memohon doa dari ramai, Ustaz Ebit Lew memaklumkan ayahnya disahkan mengidap kanser perut perut peringkat akhir dan hanya menunggu masa dijemput Illahi. Dilihat lengkap dalam sut PPE kerana dirinya masih menjalani kuarantin 14 hari kerana baru balik dari Gaza, Palestin dan sudah pun menjalani ujian Covid-19 dan didapati negetif, dirinya dilihat menziarahi ayahnya buat kali pertama dan terahir di hospital.
Ya Allah, moga diberi kekuatan buat Ustaz menghadapi ujian ini.
Tulis Ustaz Ebit:-
“Pohon doakan buat ayah saya ya. Dr kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya. Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full ppe dan test covid negatif. Terima kasih KKM. Lama lagi kuarantin. Maafkan Ebit ye bapak. Ebit tak dapat jaga di saat begini. Terima kasih adik beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan.
Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya. Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila. Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya. Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang kulakukan. Aku hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI