Seperti yang kita tahu, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang kini dilanjutkan hingga 28 April dan ramai di kalangan kita membuat aktiviti bersama yang boleh dimanfaat bersama.

Salan satunya adalah bersiaran secara live di Instagram dan ramai selebriti untuk melakukannya dengan mengundang tokoh atau juga pendakwah yang bijak membicarakan suatu topik.

Paling menarik perhatian apabila pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa mengundang Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dalam IG live miliknya dalam #BerseorangBersama.

Dalam perkongsian itu, Neeofa meminta pandangan pendakwah itu bagaimana seharusnya cara yang betul untuk berubah ke arah kebaikan.

Jelas ustaz Ahmad Dusuki, persoalan pertama yang harus ditanya setiap hamba Allah, andai ini merupakan malam terakhir untuk hidup, bagaimana nasib diri keesokannya, adakah kita akan berada di syurga atau neraka.

Kenang kembali setiap kesalahan yang pernah dilakukan dan mula belajar ilmu agama Islam, mendekatkan diri dengan sahabat yang baik dan berdoa kepada Allah supaya sayangi diri kita walau seburuk mana pun dosa yang pernah dilakukan dengan doa ‘pandanglah aku dengan RahmatMu Ya Allah’ kerana Allah tidak pernah berputus asa dalam mengampunkan dosa hambaNya.

“Ya Allah Ampunkan Dosa Kami Terhadap Kedua Ibu Bapa Kami..” – Neelofa Sebak Kala Doa Dibacakan Ustaz Ahmad Dusuki Di IG Live

IKLAN

 

Tegasnya lagi, manusia tidak pernah terlambat memohon keampunan Allah selagi masih bernafas di muka bumi.

Kongsinya lagi, setiap manusia yang masih hidup di muka bumi ini harus memperbanyakkan bersedekah kerana amalan itulah yang akan membantu di akhirat kelak.

Setiap sedekah yang dihulurkan akan bertemu kembali dengan empunya diri dan memudahkan perjalanan di Padang Masyar dan syurga Allah.

Selain itu, jelas ustaz Ahmad Dusuki, teruskan istiqamah walaupun melakukan perkara yang kecil antaranya berselawat ke atas Rasulullah SAW kerana ganjarannya sangat besar.

IKLAN

Malah Allah SWT dan malaikat turut sama berselawat saat ianya diucapkan hambaNya. Tambahnya, istiqamah dalam berselawat membolehkan setiap hambaNya merasai nikmat beriman.

“Ya Allah Ampunkan Dosa Kami Terhadap Kedua Ibu Bapa Kami..” – Neelofa Sebak Kala Doa Dibacakan Ustaz Ahmad Dusuki Di IG Live

Neelofa turut meminta penerangan pendakwah tersebut bagaimana untuk memohon maaf kepada kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia.

Ulas ustaz Ahmad Dusuki, antara perkara utama yang boleh dilakukan ialah dengan menyambung silaturahim dengan teman-teman arwah ibu dan bapa yang telah meninggal dunia.

Dia turut meminta untuk anak-anak bersedekah di atas nama kedua arwah ibu bapa dan berniat kepada Allah agar pahala sampai kepada mereka. Tegasnya lagi, jangan sesekali tertinggal doa untuk kedua-duanya di sana.

IKLAN

Neelofa bagaimanapun tidak mampu menahan sebak tatkala Ustaz Ahmad Dusuki memulakan bacaan doa untuk kesejahteraan umat Islam di dunia ini.

“Ya Allah Ampunkan Dosa Kami Terhadap Kedua Ibu Bapa Kami..” – Neelofa Sebak Kala Doa Dibacakan Ustaz Ahmad Dusuki Di IG Live

Antara kandungan doa ialah mengharapkan agar semua yang menonton dikurniakan ganjaran syurga, dimatikan dengan kalimah Lailahaillah di akhir perjalanan, kerinduan terhadap arwah ibu dan bapa yang telah meninggal dunia dan memohon keampunan kepada kedua ibu bapa.

Ternyata tangisan Neelofa menyebabkan ramai yang turut bersedih dengan bacaan doa dibacana Ustaz Ahnad Dusuki.

Ternyata bacaan berkenaan sampai di hati kita yang turut mengaminkan doa dibacakan oleh pendakwah ini.

Rata-rata warganet yang turut melihat perkongsian video ini juga turut terkesan dengan doa dibacakan dan berterima kasih kepada Neelofa atas perkongsian yang amat berguna ini.

Ya Allah, pandang lah aku ini dengan pandangan rahmatmu ya Allah.. Sayangi la diriku ini ya Allah. Terima kasih lofa & ustaz utk sessi yg penuh bermanfaat ini..
Segala puji bagi ALLAH SWT. Terima kasih love dan Ustaz atas ilmu pencerahan kepada kami semua,sangat² bermanfaat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI