Meninggal dalam perjalanan menuntut ilmu, penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut akibat kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak, semalam tergolong dalam kategori syahid akhirat.
Demikian ulas Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman yang memberi jawapan berpandukan pandangan tokoh ulama iaitu Sheikh Yusuf al-Qaradawi dan Sheikh ‘Atiyyah Saqr dan lain-lain yang menyatakan umat Islam meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya bukan akibat kecuaian atau maksiat sendiri, termasuk dalam kategori syahid akhirat.
Tiga kategori syahid
Memetik penjelasan beliau dalam laporan Harian Metro ujar Mufti Pulau Pinang ini walaupun kemalangan jalan raya tidak disebut secara khusus dalam hadis, ulama kontemporari memasukkannya (kemalangan itu) dalam qiyas terhadap kematian tertimpa atau terbakar yang mengejut dan menyakitkan, serta tidak disengajakan oleh mangsa.
“Dalam insiden tragis yang menimpa sekumpulan penuntut dalam perjalanan ke institusi pengajian tinggi, persoalan adakah mereka syahid sangat relevan, khususnya kepada waris dan masyarakat yang ingin memahami kedudukan sebenar mangsa di sisi agama.
Ads
“Ulama membahagikan syahid kepada tiga kategori iaitu syahid dunia dan akhirat, syahid dunia saja serta syahid akhirat iaitu mereka yang tidak meninggal dunia di medan jihad, tetapi (meninggal dunia) dalam keadaan tertentu disebut dalam hadith Nabi seperti mati lemas, terbakar, tertimbus dan sebagainya.
“Dalam kes kemalangan itu, mangsa adalah penumpang dan penuntut universiti yang dalam perjalanan menuntut ilmu, maka insya-Allah mereka tergolong dalam kategori syahid akhirat, iaitu diberi ganjaran besar oleh Allah di akhirat kelak. Bagaimanapun, jenazah mereka tetap dimandikan dan disolatkan sebagaimana jenazah biasa,” katanya.
Ads
Dalam kejadian yang berlaku awal pagi semalan, seramai 15 maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa penuntut UPSI dan sebuah lagi kenderaan di Jalan Raya Timur-Barat.
Sabar itu indah! Di saat ada yang mengeji masih ada yang sayang. Ternyata selepas dimalukan ketika membuat live di video Tik Toknya minggu lalu, Sobah Rajaai pastinya berasa syukur selepas wajahnya benar-benar berubah.
Sikap prihatin seorang juru solek Syakirah Syabari yang menata rias wajah Sobah ternyata memberikan kesan yang berbeza terhadap dirinya. Ternyata gadis yang dikecam ini termasuk menyamakan dirinya dengan binatang, benar-benar cantik.
Tidak hanya menata rias tapi busana yang dipakai oleh Sobah turut merubah dirinya. Ringkas tapi menawan.
Ramai menyifatkan penampilan Sobah benar-benar berbeza atas sentuhan majis jurusolek Syakirah yang menata rias wajahnya yang dirakam secara live di facebook Syakirah Syabari terutama sentuhan di bahagian kening, mata, hidung dan pipi yang kelihatan sangat kemas.
Tak masuk syurga orang sombong
Menghina orang lain adalah perbuatan dilarang sama sekali.
Dalam satu hadis dinyatakan, tidak akan masuk ke syurga seseorang yang ada pada dirinya perasaan sombong walau sekecil zarah sekalipun. Orang yang mempersendakan orang lain kerana kehodohannya sebenarnya mempersendakan ALLAH kerana setiap makhluk adalah ciptaan ALLAH.
Agama mengajar kita untuk menilai seseorang berdasarkan ketakwaannya.
Rasulullah pernah menegur para sahabat yang mentertawakan orang lain atau menghina orang kerana kekurangannya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum menghina kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang dihina itu) lebih baik daripada mereka (yang menghina), dan jangan pula wanita-wanita (merendah-rendahkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang dihina itu) lebih baik daripada wanita (yang menghina) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil- memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah beriman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Hujurat, ayat 11). Gambar : FB Syakirah Syabari
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Atta Halilintar personaliti media sosial yang terkenal di Indonesia malah di Malaysia, meluahkan rasa syukur apabila membina masjid kelima tercapai.
Masjid Suffah yang terletak di Purwakarta, Jawa Barat Indonesia dirasmikan oleh beliau baru-baru ini.
Ujar You Tuber popular ini ia merupakan antara perkara baik yang berlaku pada dirinya dalam bulan Ramadan ini.
“Alhamdulillah, hati ini rasa sangat gembira, semoga pelancaran dalam bulan penuh keberkatan ini menjadi satu nilai yang baik di sisi Tuhan,” ujar Atta.
Ujar Atta beliau mempunyai matlamat hidup untuk menyebarkan kebaikan dan memberi manfaat kepada ramai orang. Salah satu caranya adalah dengan membina masjid supaya masyarakat setempat dapat beribadah dengan selesa.
“Saya mempunyai sasaran sendiri sepanjang hidup ini untuk meninggalkan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai. Mungkin sebelum ini bermula dengan masjid pertama dan kini sudah mencapai masjid kelima,” kata Atta.
Dalam pada itu kata Atta beliau terus konsisten dalam membina masjid dan berharap dapat membina masjid keenam pada tahun hadapan.
“Semoga usaha ini berterusan, dan semoga tahun depan saya dapat membina lagi. Doakan saya terus istiqamah. Ada juga yang berkata masjid sahaja tidak mencukupi untuk memberi manfaat kepada masyarakat. Namun, bagi saya, masjid adalah tempat yang paling ramai orang kunjungi dan berdoa,” kata Atta.
“Insya-Allah tahun depan. Jika semuanya berjalan lancar, menjelang tahun 2027, saya berharap dapat melancarkan satu lagi masjid pada tahun 2026 sambil mencari tanah baru dan rezeki untuk pembinaan seterusnya.
Doakan agar perjalanan ini dipermudahkan dan saya dapat terus membina masjid sepanjang hayat saya,” tambah Atta.
Selain Masjid Suffah, beliau sebelum ini membina Masjid Ar Rahmat AHHA, Masjid Pesantren AHHA Binaumma Tebuireng, Masjid Al Furqon selain satu lagi masjid dalam proses pembinaan.
Pelbagai cara dllakukan untuk menyalurkan dakwah dan salah satunya dalam terbitan drama bermutu. Sabtu lalu drama Insan Terpilih lakonan Syazwan Zulkifli dan Jay Iswazir ini nyata telah berjaya menyuntik emosi.
Kisah yang menceritakan bagaimana seorang pemuda yang kurang waras akalnya dan amalannya adalah dengan menjaga surau. Malah kehidupan seharriannya juga dihabiskan dengan mencuci surau.
Malah hidupnya digambarkan tidak meminta-minta dan jika ditanya kenapa melakukan semua ini adalah kerana dia mahukan pahala.
Pengakhirannya Begitu menyedihkan kerana watak Firdaus ini telah meninggal dunia hingga membuatkan penonton jadi sebak dan memuji jalan cerita yang penuh dengan peringatan dalam menjaqlani kehidupan sebagai insan di atas muka bumi ini.
Drama arahan Nazir Jamaluddin ini sebenarnya adalah adaptasi daripada kisah sebenar iaitu Si Husein Gila yang sudah semestinya memberi kesan lebih dramatik kepada penonton.
Baca perkongsiannya di sini yang diceritakan melalui Facebook Pesan Ayah.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Drama TV3 Insan Terpilih based on kisah benar “Si Husein Gila”
Perkongsian ini diceritakan oleh salah seorang Jemaah sebuah surau di Klang, Selangor Darul Ehsan. Telatah Husien Si Orang Gila ini selalu buat jemaah surau terkejut sehingga kematiannya dirasai.
Patutlah dah lama tak nampak Hussein, rupanya dia dah pergi meniggalkan dunia yg fana ini. Dia di gelar Husein gila sebab dari zahirnya kita lihat dia tak seperti orang biasa atau normal.
Dia selalu ada di surau-surau. Kerja dia mengutip benda-benda kotor di karpet surau dan dimasukkan ke dalam poketnya. Pernah jemaah surau bagi dia penyapu tapi dia tak nak. Katanya, rugilah kalau aku pakai penyapu kalau satu aku kutip guna tangan 10 ganda ALLAH SWT bagi aku. Jadi jemaah tak bleh nak kata apa-apa.
Kadang-kadang dia cuci bilik air surau, dia berus lantai dinding-dinding semua. Kalau satu bilik air dia berus smpai satu hari pun tak siap. Sebab apa? orang bagi berus dia tak nak. Dia nak gunakan berus gigi nya.
Bila di tanya, katanya rugilah kalau pakai berus lantai, sekejap dah siap, tak sampai sejam dah siap. Kalau pakai berus gigi malam baru siap. Setiap kali aku berus waktu berlalu ALLAH SWT bagi aku hadiah nanti, jadi dapat banyak.
Astaghfirullah Al Azim. Orang bagi duit tak nak. Dia kata ‘aku ada tangan, ada kaki boleh jalan-jalan cari makanan yang orang buang, membazir berdosa. Aku tak perlukan duit. Aku makan untuk hidup nak bersihkan surau’. Subhanallah!
Pelik perangai Husein ni. Kadang-kadang dia kutip-kutip nasi satukan semua lepas tu letak kat lantai. Bila ditanya dia jawab ‘semut pun makhluk ALLAH SWT, kalau kucing boleh bagi makan macam ni kenapa semut tak boleh?’.
Last-last jemaah imam biarkan sahaja apa dia buat. Orang solat dia tak solat. Pernah jemaah tanya, ‘Hussein marilah solat sama?’ Dia tempik nya jemaah tu. ‘Kan ALLAH SWT kata orang gila tak wajib solat, tak wajib lah, kau solat la! SubhanALLAH.
Siapa Husein ni sebenarnya? yang tahu kisah asal, dia ni pelajar pondok. Dulu mak tirinya suka dera, pukul dia. Bapak dia pun sama, sampailah dia tekanan, merayau-rayau tak tentu arah.
Paling terkejut skali Husein bebel2. ‘Mana muazzin ni tak azan ke dh nak Maghrib ni, aku jelah Azan kan’. Jemaah tahan dia tapi imam surau suruh biarkan sahaja.
Subhanallah saat dia Azan, menitik air mata imam jemaah mendengarnya. Lebih sempurna daripada kita yang ada. Kata imam surau tu, bila ditanya Husein ‘Pandai kau Azan ye?’ jawabnya, ‘memanglah pandai dah hari-hari aku kat sini, aku solat je tak wajib. Aku solat tapi cara aku la. ALLAH SWT tak wajibkan aku. Korang pun tak suka aku, semua duduk jauh-jauh’. Lepas tu dia gelak.
Saat jenazah Husien smpai.. ketika dimandikan. Tiga orang tukang mandi jenazah bertukar-tukar kerana tak sanggup. Menggigil, menangis, sebak melihat jenazah Husein. Mukanya berseri-seri, dulu hitam berdaki, gigi yang berkarat jadi putih bersinar, bau busuk hilang begitu sahaja. Wanginya jenazah Husein sehingga kalah bau haruman atar jemaah yang pakai.
ALLAHU AKBAR. Kalian nak tahu, dari zahirnya kita nmpak dia gila.. tapi hakikatnya dia bijak, kita lihat dia berdaki, kotor, busuk. Zahirnya bila dimandikan kelihatan sifat asal sebenar arwah.
Seminggu Surau sunyi sepi. Sebulan silih berganti imam bertukar-tukar sebab nak mendoakan Husein. Jenazah imam pun tak sampai macamtu orang doakan. Bayangkann 30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan kesejahtraan Husein sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan Husein gila.
Kita ni terhijab zahir sehingga tak nampak dalamannya.
Semoga menjadi iktibar buat kita smua yang masih hidup dan mencari-cari kesempurnaan di dunia persinggahan ini.
ALLAH SWT pandang nawaitu kita, hati kita, ketulusan dan keikhlasan serta keimanan, ketaqwaan, keislaman, ketaatan dan kesetiaan kita. Bukan pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat, kepuraan zahir batin.
Muhasabah diri sendri dan utk saudara seislamku untuk sedar daripada khayalan yang samar dan kembali kepada janji kita yang nyata kpd ALLAH SWT YANG HAQ.
Kredit : Sebuah Surau ALLAH SWT di kampungan Klang Selangor/Hasnah Binti Shamsuddin
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Membenci diri sendiri boleh memberi kesan kepada emosi dan hubungan dengan Allah SWT. Ketahui cara memandang diri dengan lebih positif menurut perspektif Islam.