
Alhamdulillah! Dalam diam Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman sudah pun membina apps islamik yang diberi nama Qalby. Walau tidak banyak lagi umum mengetahui tentang app dibinanya ini tetapi nama-nama berpengaruh seperti Prof Dr Muhaya, Lisa Surihani dan beberapa nama lain sudah mulai mengikut di app ini.
Qalby (barangkali ejaan Qalbi dalam bahasa Melayu membawa maksud HATI adalah salah satu rukun dalam solat yang membawa maksud niat dan tertib, wallahualam).
Dalam apps ini ada waktu solat, dipenuhi kata-kata hikmah malah perkongsian dari Mufti Menk turut dimasukkan. Malah ia turut mengandungi perkongsian ilmu diberi nama “Did You Know” yang mana di dalamnya mengandungi banyak persoalan yang kita boleh jadikan panduan bersama. Bagi yang ingin memuat turun app nie boleh di dapati di dalam AppStore dan Play Store bagi pengguna Andriod.
Bahkan ia juga ada soal jawab secara langsung dengan beberapa individu yang menerima hidayah Allah untuk mengucap dua kalimah syahadah antaranya Aliza Kim selain mempelajari surah Al -Fatihah beserta tajwid yang betul bersama Ustadza Zainab Talha.
Sebelum ini umat islam digemparkan dengan app Muslim Pro yang didakwa data pengguna dibeli oleh tentera Amerika sehingga ramai menyah penggunaan apps ini. Namun hal itu dinafikan oleh pihak pengurusan Muslim Pro yang memaklumkan setiap data seramai 98 juta orang adalah selamat. Bukan setakat Mizz Nina, malah Neelofa juga dikatakan sudah mempunyai app islamik untuk kegunaan umat islam. Alhamdulillah, semoga lebih ramai selebriti yang diberi hidayah oleh Allah untuk sama-sama membangunkan app sebegini.
“Ustazah Doakan Saya Jadi Orang Baik” – Pinta Fatiya Latiff Lepas Sejam Tunggu Nak Jumpa Ustazah Asma Harun

Wanita ini pernah diuji alpa apabila mengambil keputusan untuk menanggalkan tudung untuk seketika.
Namun hidayah itu milik Allah dan hanya Dia Maha Mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.
Dan Ramadan lalu sekali lagi Tuhan memberikan hidayah kali kedua apabila Fatiya Latiff kembali semula berhijab.

Artikel Berkaitan: Lepas Bincang Hati Ke Hati Dengan Ibu, Fatiya Latiff Kembali Bertudung. Padam Semua Foto Free Hair Di IG
Malah sepanjang Perntah Kawalan Pegerakan (PKP) lalu sebenarnya memberi banyak peluang untuk lebih mengenali PenciptaNya.
Fatiya dilihat menghabiskan masa bersama keluarga, solat terawih dan situasi ini mmeberi ruang padanya untuk menerima hidayah Allah.
Dalam satu posting di laman sosial facebook Ustazah Asma Harun yang dilihat cukup terharu apabila Galeri Ilmu yang baru dibukanya menerima kunjungan pelakon tinggi lampai ini.
Malah Fatiya sanggup menunggu lama (hampir sejam) untuk bertemu ustazah kesayangan ramai ini dan pertemuan itu memperlihatkan ada air mata gugur kerana rasa teruja yang sukar untuk diluahkan.

“SubhanAllah, fathiya ke ni.. ustazah dah perasan tadi, macam pernah tengok..maaf sangat dik lama menunggu, terima kasih sudi hadir ceramah dan datang galeri ya”
Sejam lebih fathiya dan kawan²nya sabar menanti saya selesaikan beberapa urusan usai ceramah.
“Ustazah, doakan saya ya, jadi orang baik, terima kasih banyak² atas ilmu ustazah, rasa teruja sangat dan tak sangka dapat jumpa ustazah.. Rasa nak peluk² je”, tak semena² kami sama² mengalirkan air mata.

“Fathiya, ustazah doakan kamu istiqamah, terus kuat dan tabah, menjadi wanita yang solehah, berjaya dalam perniagaan dan apa jua yang kamu buat.. Juga dikurniakan suami yang soleh..”
“Ustazah sayang kamu dik, jaga diri baik², kamu ni baik dan cantik, terima kasih ya datang daripada jauh, terima kasih sudi tunggu walau lama, rezeki ustazah dapat jumpa fathiya..”
Kami teruskan perbualan sambil saya menuliskan autograf, fathiya ada hadiahkan tudung daripada jenamanya. Semoga lebih ramai wanita menutup aurat dengan baik.
SubhanAllah, saya sangat mengalu²kan kehadiran rakan artis sekalian, saya nak berkawan dan berkenalan, siapapun anda, bagaimanapun penampilan anda, janganlah segan dan malu dengan saya.. Saya baik je, nampak je macam tegas garang, tapi ok je sebenarnya.. done claim .
Jemputlah datang ke galeri kami di senawang, N9, insyaAllah pejabat saya ada di bahagian atas, ada rezeki dapatlah kita jumpa. Boleh kita saling tolong menolong di dunia, lagi² kita nak tolong menolong di Akhirat sana.
Kalau bukan artis ustazah nak jumpa ke , subhanAllah.. Saya jumpa dan raikan semua orang, sedaya upaya saya cuba. Cuma mungkin kadang² masa tak mengizinkan. Ada rezeki saya suka bina ukhuwah
#UAHSahabatDuniaAkhirat
Artikel Berkaitan: Suami Terkedu Lihat Cik Manggis Berhijab, Tapi Momen Paling Menggembirakan Seumur Hidupnya. Mohon Doakan Terus Istiqamah!
Kashoorga: Mencari pakaian Muslimah bersesuaian, pilihan ada di sini
Cacat Penglihatan Sejak Lahir, Tapi Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al-Quran Dalam Masa 4 Tahun Je

Bukan semua insan di dunia ini dilahirkan dengan cukup sempurna. Ada yang ditakdirkan sebagai orang kelainan upaya (OKU) seperti cacat penglihatan.
Walaupun cacat pada kedua belah mata, tetapi dikurniakan hati yang terang dan sesungguhnya ia adalah kurniaan Allah.
Seperti yang lalui oleh Adam Hussaini Mohd Rosli, 17 tahun yang mempunyai masalah cacat penglihatan itu sejak lahir bukan sahaja berjaya menghafaz al-Quran, malam mampu membaca serta menulis bahasa Arab dengan baik.
Dia berjaya menghafaz 30 juzul al-Quran hanya dalam masa empat tahun dan pencapaiannya ini memang sangat membanggakan.
Dia yang bercita-cita menjadi ustaz dan pendidik bagi mencurah ilmu kepada golongan OKU berkata menghabiskan kira-kira 15 jam sehari mempelajarai bahasa Arab dan membaca al-Quran menggunakan braille.
Bukan itu saja, dia turut mendapat golongan dari ibunya, Hasnah Hashim serta bapa yang juga bekas pesara guru, Mohamad Rosli Hassan. Dia juga turut seorang yang tidak jemu untuk belajar dan menjadi kepada kunci kejayaannya.
“Kesungguhan belajar menggunakan braille sejak sekolah menengah lagi membuatkan saya dapat menguasainya dengan mudah al-Quran dan seterusnya menghafal,” katanya lagi.
Dalam artikel di Berita Harian, pelajar yang merupakan anak bongsu dari empat beradik ini yang menuntut di Maahad Tahfiz dan Pengajian Islam Darul Hijrah, Baling Kedah muncul antara 21 pelajar terbaik program Syahadah dan menerima hadiah wang tunai RM1,000 serta siji kecermalangan.
Ini adalah sempena majlis Konvokesyen Himpunan Huffaz Permata al-Quran peringkat Nusantara di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak.
KREDIT FOTO: FACEBOOK URUS SETIA PENERANGAN DARUL IMAN
Ini Rupanya 20 Amalan Seharian Catatan Allahyarham Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus, Sangat Baik Untuk Diamalkan

Jumaat lepas kita baru sahaja kehilangan seorang pendakwah, juga tokoh ilmuan agama yang sangat banyak jasanya kepada umat Islam, Allahyarham Datuk Haji Ismail Kamus.
Meninggal di hari baik dan pada penghulu hari, hari Jumaat ramai membuatkan ramai yang yang cemburu padanya.
Malah ada yang tertanya-tanya apakah amalan dilakukan beliau hingga pengakhirannya sangat husnul khatimah.
Perkongsian dari pengguna laman sosial Facebook Hafizul Hakim memperincikan setiap amalan dilakukan Allahyarham Dato Haji Ismail Kamus.
Jadual Kehidupan Seharian
=====
Disusun oleh: Allahyarham Tuan Guru Dato Haji Ismail Kamus
1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pagi)
– Mandi dan ambil wuduk.
2. Solat Sunat Wuduk.
3. Solat Sunat Taubat.
4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).
5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).
6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.
7. Istighfar
( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100X
8. Tahlil
( لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300X
9. Baca Doa Nabi Yunus
( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40x
10. Tasbih 40x
( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40X
11. Solat Sunat Fajar.
12. Solat Subuh.
13. Baca Yaassin lepas subuh.
14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor.
– Solat sunat sebelum
– Solat sunat selepas
16. Solat Asar.
– Solat sunat sebelum
17. Solat Maghrib.
– Solat sunat selepas
18. Solat Isya’
– Solat sunat sebelum
– Solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca :
– Al-Quran
– surah Al-Mulk
– surah Sajjadah
– surah Al-Waqiah
20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat.”
Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :
– Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
– Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
– Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
– Allah akan sibukkan kita dengan harta.
– Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
– Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.
– Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
– Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.
– Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
– Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
– Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.
– Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.
– Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.
– Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.
(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

tazkirah hati
C&P
#Share ilmu ini untuk peringatan semua. Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama sahabat maya. Àamiin