‘Mulianya pengorbanan ibu’. Hamil anak ke-6 berdepan risiko, Rebecca tak sampai hati gugurkan kandungan bila doktor memberi dirinya pilihan untuk teruskan atau tidak.
Setiap ibu, pastinya sanggup melakukan apa saja demi anak tercinta biarpun masih dalam kandungan. Tentu saja apa yang dilalui oleh pelakon dan usahawan ini terlalu berat.
Memetik laporan Sinar Harian, Datin Rebecca Nur Al Islam Ahmad mendedahkan dirinya pernah diberi pilihan oleh doktor sama ada mahu meneruskan kandungan atau pun tidak kerana berdepan dengan risiko hamil anak keenam.
Jelasnya, kandungan berkenaan dimaklumkan berisiko tinggi kerana sebelum ini kesemua cahaya mata dilahirkan menerusi pembedahan dan mungkin turut membahayakan dirinya.
Namun begitu ibu ini bagaimanapun tidak sampai hati untuk mengugurkan kandungan tersebut kerana doktor mengesahkan kandungan itu sudah mempunyai degupan jantung.
Hamil Anak Ke-6 Berdepan Risiko
“Saya buat pemeriksaan agak lewat, walaupun lambat datang haid tetapi tidak terlalu memikirnya (mengandung), apabila buat pemeriksaan saya memang mengandung.
Ads
“Masa pergi klinik, doktor ada tanya saya dan suami sama ada mahu teruskan atau mengundur tetapi saya tidak sampai hati. Lagipun doktor tengok laporan sebelum ini baik,” ujarnya pada Isnin.
Tambah Rebbeca, banyak amalan berpantang selepas bersalin secara tradisional yang diamalkan.
Rebecca Tak Sampai Hati
“Siapa kenal saya, saya ini jenis kekampungan, suka pantang cara ibu-ibu kita dahulu. Suka duduk rumah guna perubatan tradisional untuk kuatkan dalaman selepas bersalin.
“Mungkin sebab itu, laporan kesihatan menunjukan saya berada dalam keadaan baik,” jelasnya.
Ads
Semoga Allah permudahkan urusan Datin Rebecca dan anak dalam kandungannya. Insyallah..
Gugurkan Kandungan
Dalam masa yang sama, Rebecca turut meluahkan rasa rindu untuk kembali aktif berlakon, namun terpaksa lupakan demi memberikan tumpuan kepada keluarga.
Katanya, kesemua tawaran diterimanya memerlukan komitmen tinggi termasuk lokasi penggambaran di luar Kuala Lumpur untuk tempoh yang agak lama.
“Jadi, saya lupakannya kerana apa yang paling penting sekarang adalah suami dan anak-anak,” ujarnya.
Mempunyai kulit yang sihat memang jadi dambaan setiap wanita. Dan salah satu nutrisi yang diperlukan untuk memastikan kulit sentiasa sihat adalah dengan makan vitamin C.
Selain mengambil pemakanan yang ada vitamin C semulajadi seperti buah oren, atau strawberi, kita juga boleh ambil pil yang banyak dijual di pasaran.
Perkongsian wanita ini Ika Mat Bakhir di laman sosial facebook yang membuktikan keberkesanan makan vitamin C yang diambil setiap hari. Dia turut senaraikan 15 kebaikan vitamin C yang mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat.
Selain membuat kulit makin cantik, pengambilan vitamin C juga boleh mengelak masalah jerawat, susah kena demam dan kulit juga tidak akan menjadi kusam.
haaaaa..ni sis cakap wajib tapi untuk sis laa wajib sebab sis dh rasaaa berkesan nyaa vitamin c ni haa..bende kecik molekkk jeee tapi berkesan tahap hyper..selaen petua2 sis yang sememangnya jadi amalan harian sis turut amalkan pemakanan sehat.. chewahhhh..
tak ler tipuu jeee..aku makan baham belaka kalah rimau..haahahhaha..sis makan VITAMIN C setiap hari 1000MG okay..WAJIB SIS MAKAN..tak makan sehari rasa terus eyhh hodohnya aku..padahal memang tak lawa mana pon..manis nyaa adaaaaa..choiii kau carut sis hodoh,hodoh lagi kau..haha..ni sis share kebaikan vit c yg jadi pada sis :
1.kulit muka makin lama makin helokkk merecikkkkkkk 2.pori2 dulu besar bak lobang hidong zabedah kini kecik moliukk 3.jerawat makin takdok smp tahap tumbuh seketoi jeeeee 4.parut makin pudar 5.kulit jadi makin cerah 6.susah nak kene demam kura2 demam kepialu mahupun demam kunyit 7.gusi takde darah2 kalau gosok gigi..kalau tak dulu mesti macam puntianak harum sundal petang senja time gosok gigi 8.langsung takde stretch mark kat perot licin sajoo sepanjang preggy 9.kulit anak cantekkkk bersih (kalau makpak nye memang genetik hitam2 si tampuk manggis jangan lah berangan anak jadi putih2 melati merah2 jelita pulakkkk) 10.masalah kulit kering takde maybe sebab makan vit c sis minum air paling kurang 3liter okayyyy 11.kuku jd kilat2 je tak senang patah padahal sis spesies gigit kuku 12.kulit hilang kusam dan rasa anjal jeee 13.anak lahir susah nak kene parut (ruam susu kene jap je dua hari ilang,kene gigit nyamuk xde tinggal parut) 14.tumit pecah dah xde 15.luka cepat baik (ni haaa memang cepat tak kesah luka apa,luka bersalin cepat baek parut takde mcm xpenah beranak jee jadi..hehhehehe.)
so sesapa yg pm sis tanya sis pakai vitamin c apa,sis makan apa sahajaaaa brand janji tepek kat situ 1000MG.sis dulu hodoh jeee entah macam mana naseb baek pulak aku boleh berlaki,,hahahaha..korang yang duk review make up sana sini tuuu bujang sampai ke tuaa jee..hahahhahhah..
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bercakap kepada media, Puteri Sarah tidak melihat adanya lagi harapan dalam perkahwinan mereka.
“Dia (Syamsul) kata masih ada sinar. Sedangkan saya masuk hospital baru-baru ini pun dia tak datang jengok, sinar apa?
“Saya tak tahu kenapa dia bertindak begitu. Saya terkejut sebab dia pun sudah setahun block nombor saya, dan saya pun sudah setahun tak berjumpa dia. Baru hari ini kami berjumpa semula di sini.
“Just let me go. Dia pun sudah kahwin lain, saya tidak marah malah saya mendoakan kebahagiaan mereka,” katanya.
Kemelut rumah tangga pasangan itu masih belum menemui titik noktah apabila Mahkamah Rendah Syariah hari ini mengarahkan kes mereka dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).
Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas, memutuskan supaya Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, dan Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, melantik wakil masing-masing-masing dalam JKP.
Puteri Sarah memfailkan permohonan penceraian pada 16 Januari lalu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Rentetan daripada apa yang berlaku kepada pasangan ini, sebenarnya di mahkamah syariah, banyak lagi pilihan perceraian yang jauh lebih efektif, efisien dan menjimatkan masa serta kos guaman selain daripada menuntut fasakh.
Perceraian sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak, mestilah berlaku dalam sebaik-baik keadaan dan tidak mendatangkan dharar kepada mana-mana pihak.
Maka, perceraian di bawah Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) adalah kaedah perceraian yang paling efektif dan dapat memelihara aib kedua belah pihak (suami dan isteri).
Dari segi prosedur, permohonan perceraian di bawah seksyen ini tidak melibatkan surat cara yang banyak mahupun saksi.
Sebaik sahaja saman berjaya disampaikan kepada suami dan suami bersetuju untuk bercerai, maka mahkamah syariah akan mengarahkan suami melafazkan cerai di dalam mahkamah setelah mendapati perkahwinan tersebut pecah-belah.
Mudah, cepat dan efisien jika kedua-dua pihak bersetuju bercerai secara baik.
Suami Tidak Bersetuju
Sekiranya suami tidak bersetuju dengan perceraian tersebut dan suami hadir ke mahkamah syariah, maka mahkamah boleh mengarahkan suatu jawatankuasa pendamai dilantik untuk mewakili pihak-pihak.
Jawatankuasa pendamai ini terdiri daripada seorang pegawai agama di pejabat agama Islam daerah sebagai pengerusi, seorang wakil suami dan seorang wakil isteri.
Di peringkat jawatankuasa pendamai ini, mahkamah akan memberikan keutamaan kepada saudara dan ahli keluarga terdekat.
Wakil-wakil mereka hendaklah berusaha berbincang dan berusaha mencapai perdamaian dalam tempoh enam bulan dari tarikh jawatankuasa ini dibentuk atau dalam tempoh yang lebih lama mengikut arahan mahkamah.
Jawatankuasa pendamai ini hendaklah memanggil dan memberi peluang kepada suami dan isteri menyatakan pendapat dan memanggil wakil untuk siasatan dan pandangan.
Di peringkat ini tiada kelibat peguam syarie dibenarkan bertindak atau menghadiri sesi tersebut dan perbincangan adalah eksklusif di antara pihak-pihak, wakil pihak-pihak dan pengerusi sahaja.
Sekiranya pihak-pihak berjaya didamaikan, maka permohonan perceraian ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa dengan kebebasan pihak-pihak untuk memfailkan semula permohonan yang sama.
Bagaimanapun sekiranya pasangan gagal didamaikan atau suami enggan melafazkan cerai, maka mahkamah hendaklah merujuk kes tersebut kepada hakam.
Mahkamah juga boleh melantik jawatankuasa pendamai yang baru jika mahkamah tidak berpuas hati dengan pengendalian jawatankuasa yang sedia ada.
Hakam diperuntukkan dengan jelas di bawah Seksyen 47 (14) dan Seksyen 48 di bawah akta yang sama. Hakam juga terdiri daripada kalangan saudara-mara terdekat iaitu dua penimbang tara (hakam) yang mempunyai makluman berkaitan isu rumah tangga pihak-pihak untuk bertindak bagi pihak suami dan isteri tersebut.
Pelantikan hakam dibuat setelah mahkamah berpuas hati perkelahian (syiqaq) sentiasa berlaku antara pihak-pihak dalam tempoh perkahwinan tersebut selepas selesai urusan perdamaian di peringkat jawatankuasa pendamai gagal atau menemui jalan buntu.
Hakam hendaklah berusaha mendapatkan kuasa penuh daripada prinsipalnya (hakam suami daripada suami dan hakam isteri daripada isteri). Malah hakam suami boleh diberi kuasa melafazkan talak bagi pihak suami.
Sesi perbincangan menerusi hakam ini juga tertakluk kepada arahan mahkamah dan hendaklah mengikut hukum syarak.
Jika Hakam berpendapat pihak-pihak itu patut bercerai tetapi tidak dapat memerintahkan perceraian kerana sebab lain, Mahkamah boleh melantik hakam yang lain untuk proses yang sama.
Jika hakam di pihak suami enggan melafazkan cerai tetapi meminta perceraian dibuat secara tebus talak dan hakam isteri bersetuju, mahkamah juga boleh mengarahkan perceraian tersebut dilakukan secara tebus talak.
Kesemua prosiding ini termasuk hakam akan mengambil masa lebih kurang enam bulan hingga setahun untuk selesai sekiranya pihak-pihak memberikan kerjasama yang baik dan suami hadir ke mahkamah.
Namun demikian, sekiranya pihak suami gagal menghadirkan diri dan tidak melantik sebarang hakam, maka prosiding ini tidak boleh diteruskan. Ketika itulah pilihan atau talian hayat yang lain boleh diteruskan sama ada melalui proses fasakh atau taklik.
Uniknya, prosiding di bawah Seksyen 47 ini juga tidak memerlukan pihak-pihak untuk membuat pelantikan Peguam Syarie atau diwakili oleh peguam syarie melainkan pihak-pihak merasakan ia suatu keperluan.
Malah tiada saksi yang akan dikemukakan di peringkat prosiding ini berbanding dengan tuntutan fasakh dan taklik yang bergantung kepada keterangan saksi untuk menguatkan kes.
Apa yang penting adalah pelantikan serta pemilihan wakil baik di pihak jawatankuasa pendamai mahupun hakam mestilah mereka yang bukan sahaja terdiri daripada kalangan keluarga atau kerabat terdekat tetapi juga mereka yang memahami hukum syarak dan bersedia menerima arahan Mahkamah.
Urusan ke mahkamah syariah adalah sebahagian daripada urusan memperbaiki agama, maka eloklah dipersiapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan yang secukupnya.
Kashoorga : Semoga Allah permudahkan segala urusan Puteri Sarah dan anak-anaknya.
Terbayang keenakan puding karamel yang biasa kita beli di pasar malam. Tetapi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini agak sukar untuk mendapatkannya.
Namun salah satu cara kita sebenarnya boleh membuatnya sendiri. Menggunakan beberapa bahan asas yang mudah, kita boleh buat sebanyak mana boleh dan disimpan untuk beberapa hari.
Resipi puding karamel ini tidak menggunakan telur terutama bagi mereka yang tidak makan telur atau tak tahan bau telur berkenaan.
Alangkah enak tatkala menikmatinya ketika masih sejuk. Memang lega dapat menelannya lembut-lembut di tekak.
Bahan gula hangus:
Gula (kuantiti bergantung pada acuan)
Bahan-bahan puding:
Cara-caranya:
1)Mula-mula buat gula hangus seperti biasa. Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil.
2)Masak hingga gula menjadi perang. Kemudian ketepikan.
3)Seterusnya, masak agar-agar hingga hancur. Sukatan air, penuh plastik agar-agar tersebut. Jangan lupa untuk kacau.
4)Bila agar-agar sudah larut kesemuanya, bolehlah masukkan kesemua bahan untuk puding. Jangan lupa kacau sehingga mendidih dan sedikit pekat.
5)Tutup api dan tuangkan sambil tapis adunan puding ke dalam loyang/acuan gula hangus.
6)Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk hingga puding mengeras.Terbalikkan dan bolehlah dihidangkan.Puding karamel sedap dimakan bila sejuk.
Tak susah pun nak buat. Bolehlah mencuba resipi puding karamel tanpa telur ini. Sedap, cantik, licin dan tidak berlubang-lubang. Selamat mencuba!
SUMBER: NURUL ADRIANA & FACEBOOK
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Solat Jumaat wanita musafir adalah sah di sisi Islam walaupun tidak diwajibkan. Ketahui hukum, cara jamak dengan Asar serta adab wanita ketika menunaikan solat Jumaat di masjid.