‘Nak halalkan hubungan, saya dan suami kahwin awal.’ Ingatkan belum berpunya, rupanya ibu beranak tujuh. Sekali pandang macam kakak sulung bersama adik-adiknya.
Wajah wanita ini kekal awet muda walaupun sudah beranak ramai. Barangkali dia bahagia di samping suami dan anak-anak.
Melihat wajah dan penampilan luarannya mungkin ada yang beranggapan Noriza Tul Akma Abdullah belum berumah tangga.
Hakikatnya, wanita berusia 32 tahun itu sudah memiliki tujuh cahaya mata dengan seorang daripadanya meninggal dunia ketika kandungan berusia empat bulan.
Ia hasil perkahwinannya dengan suami, Muhamad Izzhar Abdullah, 34, pada 2006 iaitu ketika dia berusia 16 tahun.
Saya Dan Suami Kahwin Awal
Ditakdirkan, wanita mesra disapa Akma itu dikurniakan rezeki awal apabila menimang cahaya mata sulung setahun selepas berkahwin sekali gus menjadikannya ibu pada usia muda.
“Saya berkahwin dengan kerelaan sendiri, bukan atas paksaan keluarga atau dijodohkan oleh mereka.
“Kiranya, saya dan suami memang nak menghalalkan hubungan kami dengan perkahwinan.
Ads
“Tempoh lima tahun pada awal perkahwinan agak sukar juga kerana usia belum matang malah pernah juga catu makan tetapi semakin biasa menyesuaikan dengan keadaan selepas melahirkan anak kedua,” katanya.
Ingatkan Belum Berpunya
Menurut Akma, selain merujuk dengan ibu bapa, dia banyak membaca buku berkaitan penjagaan bayi untuk menambah pengetahuan.
Katanya, pengetahuan diperoleh itu cuba diaplikasikan mengikut keadaan setiap seorang anaknya.
“Kalau pergi kedai buku, saya memang suka cari buku berkaitan penjagaan anak.
“Dari situ, saya belajar walaupun realitinya tidak sama dan lebih mencabar,” katanya.
Rupanya Ibu Beranak Tujuh
Setiap kali keluar bersama anak, Akma tidak menafikan ada yang menyangka dia anak sulung dan berjalan-jalan membawa adik.
Ads
Akma berkata, ada juga individu yang cuba ‘mengayatnya’ kerana beranggapan dia belum berkahwin.
“Hakikatnya, saya sudah berkahwin dan ibu kepada tujuh cahaya mata dengan yang sulung berusia 15 tahun dan bongsu dua tahun manakala anak syurga saya, Muhamad sudah meninggal dunia kerana jantung berhenti semasa dalam kandungan.
“Saya tidak layan dan anggap ia sekadar usikan daripada mereka yang tidak kenal kerana orang terdekat tahu saya sudah berkahwin,” katanya.
Berhubung kisahnya yang tular selepas memuat naik video di TikTok, jelas Akma, dia sekadar berkongsi untuk suka-suka saja dan tiada niat mencari perhatian.
“Saya muat naik video itu, tak sangka ramai yang menonton. Alhamdulillah, banyak komen positif dan terima kasih saya ucapkan kepada yang mendoakan namun ada juga menuduh video itu hanya rekaan serta sekadar bahan (content).
“Saya tidak ambil kisah komen negatif dan terima saja dengan lapang dada.
“Apa yang pasti, saya doakan mereka belum ada cahaya mata atau sedang berusaha dikurniakan rezeki anak oleh Allah.
“Bagi yang ada perancangan kahwin awal pula, saya nasihatkan jangan terburu-buru melainkan sudah benar-benar bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri.
“Ia kerana perkahwinan bukan perkara mudah malah kelangsungan hubungan suami isteri menuntut tolak ansur serta kesabaran tinggi,” katanya yang mencari rezeki menerusi perniagaan dalam talian.
Kashoorga : Kahwin awal atau lambat segalanya bergantung kepada diri masing-masing. Ada setengah orang walaupun kahwin di usia muda, mereka matang dalam menghadapi ujian rumah tangga. Jika Tuhan telah takdirkan kita berkahwin awal, maka terimalah dengan hati terbuka.
Hubungan intim suami isteri kerap dilakukan pada waktu malam sebelum tidur. Hubungan intim sebelum tidur juga dianggap sebagai satu cara suami isteri mengeratkan kasih sayang. Namun tahukah anda, Islam mengajarkan ada waktu-waktu tertentu untuk berhubungan badan.
Dikutip dari berbagai sumber waktu yang disunnahkan untuk berhubungan intim iaitu Subuh, siang hari sebelum Zuhur dan selepas Isyak. Sebagaimana firman Allah SWT QS. An-Nur: 58
‘Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) iaitu: sebelum solat subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar)mu di waktu Dzuhur dan sesudah solat Isyak’. (Itulah) tiga waktu aurat bagi kamu. tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari tiga waktu itu.
Tiga waktu ini diperkuat dengan Tafsir Ibn Katsir, 6/83).
”Dulu para sahabat radhiyallahu ‘anhum, mereka terbiasa melakukan hubungan badan dengan isteri mereka di tiga waktu tersebut. Kemudian mereka mandi dan berangkat solat. Kemudian Allah perintahkan agar mereka mendidik para budak dan anak yang belum baligh, untuk tidak masuk ke kamar tidur mereka di tiga waktu tersebut, tanpa izin. (Tafsir Ibn Katsir, 6/83).
Serta kebiasaan ini turut dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW (HR. an-Nasai 1680 dan dishahihkan al-Albani)
”Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidur di awal malam, kemudian bangun tahajud. Jika sudah memasuki waktu sahur, Baginda solat witir. Kemudian kembali ke tempat tidur. Jika Baginda ada keinginan, Baginda mendatangi isterinya. Apabila Baginda mendengar azan, Rasulullah langsung bangun. Jika dalam keadaan berjunub, Baginda mandi hadas besar. Jika tidak junub, baginda hanya berwudhu kemudian keluar menuju solat berjemaah. (HR. an-Nasai 1680 dan dishahihkan al-Albani)
Berdasarkan keterangan A’isyah di atas, sebahagian ulama lebih menganjurkan agar hubungan intim dilakukan di akhir malam, setelah tahajud, dengan pertimbangan,
Mendahulukan hak Allah, dengan beribadah kepadanya dalam keadaan masih kuat, menghindari tidur ketika junub, kerana boleh terus mandi untuk solat Subuh. Serta di awal malam kerana ketika itu fikiran sudah lapang dan di akhir malam kerana fikiran dalam keadaan kosong.Sumber: Sindonews.com Makassar
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Istimewanya anak syurga ini. Dirinya dilahirkan dengan masalah cerebral palsy namun Allah memberikan sejuta keistimewaan buat anak kecil ini.
Kisahnya pernah viral dalam Hafiz Indonesia 2019 kerana kemampuannya menghafal 30 juzuk al-Quran dan ramai menzahirkan rasa kagum dengan kebolehan dimilikinya pada usia 9 tahun itu. Biar sudah tiga tahun berlalu namun setiap kali kisahnya disorotkan media, ramai yang kagum dengan didikan ibu bapanya dan kecerdasan akal anak kecil ini.
Memiliki nama Muhammad Naja Hudia Afifurrohman, anak kecil ini dilahirkan di Mataram, Indonesia.
Menurut ibu Naja, Dahlia Andayani, anaknya itu dilahirkan seperti kanak-kanak normal lain dan pada awalnya dia dan suami tidak menyedari keadaan sebenar Naja. Bagaimanapun doktor mengesahkan Naja menghidap kelumpuhan otak apabila perkembangannya tidak seperti bayi lain.
“Saya juga kagum dengan kemampuan Naja yang mampu menghafal kitab suci al-Quran dengan cepat,” katanya memaklumkan ketika dalam kandungan lagi, alunan ayat suci sentiasa didengarkan buat anaknya itu. Bahkan dalam tempoh 10 bulan saja, anaknya itu sudah mampu hafal Al-Quran.
Selepas kisahnya mencari viral kerana keistimewaannya menghafal Al-Quran walau bacaan dihentikan pada mana-mana surah selain mampu menghafal semua ayat termasuk muka surat berapa.
Bahkan ketika dia menyuarakan keinginan bertemu Presiden Indonesia, Jokowi, Bapak Presiden ini amat senang mengalu-alukan kedatangannya. Dan Naja sempat membacakan surah At-Taubat di hadapan Presiden ini.
Ramai golongan agamawan kagum dengan kebolehan anak kecil ini bahkan ulama terkenal Indonesia, Syekh Jaber Ali yang meninggal tahun lalu akibat Covid-19, pernah mencium kaki anak kecil ini selain kaki dan kepalanya ketika Naja tampil di program tersebut.
Biar dakwahnya dikagumi jutaan orang dan jumlah pengikutnya sangat ramai, namun Syekh Ali Jaber punya alasan tersendiri mengapa dia mencium kaki anak kecil itu.
Katanya, tubuh Naja sudah “terisi” dengan al-Quran (penghafal) dan dirinya wajar dimuliakan.
“Kerana saya ingat Rasulullah. Kerana kemuliaannya dengan al-Quran. Ia umpama Quran yang berjalan. Dan oleh kerana itu pantas saya memuliakan kakinya,”kata Syekh Ali Jaber. Bahkan ulama itu berkata, Naja jauh lebih hebat darinya.
Dalam satu perkongsian dari Ustaz Muhammad bin Abdullah (Ustaz Amin), Ustaz memaklumkan antara doa-doa mustajab selain ibu bapa, antaranya kita mengharapkan doa orang soleh.
“Seterusnya yang keempat perlu diharapkan adalah doa daripada orang-orang yang soleh dan alim. Mereka yang antaranya terdiri daripada guru-guru kita atau sesiapa sahaja yang akhlak mulia serta berilmu tinggi yang berkesempatan kita berjumpa mohonlah supaya mendoakan kita. Ini kerana banyak kejayaan orang-orang terkenal sekarang adalah hasil daripada doa guru-guru mereka.
“Carilah kesempatan menziarah orang-orang alim ketika bercuti contohnya. Bahkan dengan perkataan ‘insyaAllah’ atas perkataan yang baik daripada orang-orang alim itu juga dianggap doa dari orang-orang alim yang dipilih antara doa yang dimakbulkan Allah. Ini kerana doa-doa daripada orang-orang alim yang ikhlas akan didengar oleh Allah SWT. Justeru itu lazimkanlah untuk mencari dan bertemu dengan orang-orang alim dan mohon doa daripada mereka,” katanya lagi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bukan semua, namun sebahagian besar anak-anak muda millennial Malaysia hari ini sedang hadapi krisis kewangan sangat runcing kesan daripada gaya hidup mewah yang ingin ditonjolkan.
Jika anda lahir pada tahun 1981 hingga 1996, maka anda harus baca artikel ini. Hakikatnya, anda kini merupakan sebahagian besar rakyat Malaysia, oleh itu, tenaga kerja hari ini serta pilihan kehidupan dan tabiat kewangan mereka mempunyai impak yang besar terhadap ekonomi dan masyarakat.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Institut Kewangan Asia, golongan milenial di Malaysia menghadapi masalah hutang yang semakin besar walaupun pada usia yang muda.
Gambar sekadar hiasan
Sebahagian besar daripadanya disebabkan oleh pinjaman pelajar. Apabila golongan milenial tidak membayar balik pinjaman pelajar mereka, seperti pinjaman PTPTN, profil kredit mereka akan terjejas dengan teruk untuk tempoh bertahun-tahun.
Tinjauan Golongan Milenial iMoney mendedahkan bahawa rakyat Malaysia yang berumur antara 21 hingga 36 tahun mempunyai nisbah hutang kepada pendapatan melebihi 50% yang mungkin akan menjejaskan penarafan kredit mereka. Ini menjadikannya lebih sukar untuk memohon produk seperti kad kredit, pinjaman peribadi, gadai janji dan pinjaman kereta.
Jika anda kini berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an, apakah kesulitan kewangan yang perlu diberi perhatian. Beberapa tinjauan terkini mengenai kesihatan kewangan golongan milenial ini harus anda jadikan peringatan supaya lebih berhemah menguruskan wang.
”Sesiapa sahaja berhutang, lalu berniat tidak mahu melunaskannya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam status sebagai pencuri” (HR.Ibnu Majah)
Atta Halilintar personaliti media sosial yang terkenal di Indonesia malah di Malaysia, meluahkan rasa syukur apabila membina masjid kelima tercapai.Masjid Suffah yang terletak di...