Minggu lalu kakak kepada Ustazah Norhafizah, Ustazah Norhayati Musa telah dijemput Ilahi.
Ternyata ramai yang cukup terasa dengan kehilangan beliau kerana hubungan baik yang terjalin sebelum itu.
Salah satu yang begitu terkesan dengan kehilangan ini adalah Ustazah Asma’ Harun. Sebagai menghormati jenazah, Ustazah Asma’ Harun turut berpeluang untuk turut sama-sama membantu ketika memandikan serta mengkafankan jenazah.
Menurutnya ia satu nikmat yang tidak ternilai kerana berpeluang melihat ketenangan arwah di saat akhir.
Sesungguhnya arwah seorang insan yang sangat baik orangnya. Malah di saat pengakhiranya juga dipermudahkan.
Ketika di saat akhir itulah, dalam kepayahan arwah masih berupaya mendoakan semua yang ada ketika itu termasuk kedua ibu bapa, suami, anak-anak dan adik beradik lain dan meminta mereka mengaminkannya.
Malah lidahnya juga berganti dengan khalimah zikir dan al-Quran.
Malah sebaik jenazah selamat dikebumikan selesai doa diaminkan, hujan turun rintik-rintik dan suasanya sungguh tenang dan damai sekali.
Sesungguhnya Allah juga yang menjadi saksi segala kebaikan dilakukan arwah. Seorang wanita solehah yang sangat disayangi semua insan yang berada di sekelilingnya.
Ayuh, ikuti perkongsian Ustazah Asma’ Harun di laman sosial Facebook yang begitu menyentuh hati.
Ads
انا لله وانا اليه راجعون
SubhanAllah, maha suci Allah.. Dialah Allah ya Muhyi ya Mumit, yang Maha Menghidupkan dan Mematikan hambaNya.
Syukur padaNya, diberi kesempatan bersama memandi dan mengkafankan arwah Ustazah Nor Hayati, kekanda kesayangan Ustazah Nor Hafizah Musa. Satu nikmat yang tidak ternilai boleh melihat ketenangan arwah saat akhir.
Arwah Ustazah Norhayati Musa.
Syahdu sekali suasana di bilik mandi jenazah, si Ibu, adik beradik dan anak perempuan semua ada. Bertambah sayu bila mendengar suara si Ibu mendoakan, mencium anaknya, dan berkata : “Nak, kamu senyum ya..”.
Ketika bertemu dengan Wan (Ibu Arwah), sambil air mata mengalir wan berkata : “dia pergi dulu daripada wan ni ustazah, dia anak yang baik..InsyaAllah jumpa semula di Syurga”.
Wan, seorang Ibu tua yang solehah, umur dah lebih 70, tidak terfikir bahawa anak yang pergi dahulu dan menguruskan jenazahnya. Memang sayu hati seorang ibu itu sangat dalam.
Ads
Ustazah Hafizah cerita, saat² akhir ustazah Hayati nak pergi, dalam kepayahan beliau mendoakan untuk semua dan memberi isyarat supaya mengaminkannya, kemudian lidahnya bergilir zikrullah dan alQuran. Saat hembusan nafas akhir, dipimpin ayahnya dan berakhir dengan mengucapkan KALIMAH SYAHADAH, ALLAHUAKBAR , pengakhiran yang terlalu indah dan mulia. Ibu ayah, suami, anak², adik beradik semuanya ada bersama menyaksikannya. Allahu Akbar. Moga Husnul Khaatimah buatmu. Ameen ya Rabb .
Dan petang ini, sebaik selepas jenazah selamat dikebumikan dan habis doa dibacakan, turun rintik² hujan. Allahu Akbar. Moga rahmat Allah melimpahi dirimu. Suasana yang damai sekali.
Ya Allah, Dikaulah sebaik² saksi atas kebaikan dan keindahan akhlak hambaMu ini. Dia wanita solehah, seorang anak, ibu dan isteri yang istimewa buat keluargaNya. Dia juga sangat disayangi ramai orang kerana sifat keibuannya adalah untuk Semua.
Semoga segala perjuangan, sumbangan dan pengorbananmu buat Islam, Allah terima sebagai satu amal jaariah. Baktimu tanpa lelah, kesana kesini untuk ummah. Allahu Akbar.
Ads
Beberapa kali dalam tempoh sakitnya, kerap saya bermimpi wajah manis senyumannya. Banyak kali beliau hadir dalam mimpi, datang dengan senyuman sangat tenang.
Segar dalam ingatan, saat menziarahinya beberapa hari sebelum masuk hospital, dalam keadaan sedang menahan sakit yang tidak tertanggung, katanya :”Asma, sakitnya seperti nak bersalin..” (Kanser Pankreas tahap 4, merebak ke hati), namun masih gagahkan diri untuk berikan senyuman manis. Begitulah dia.
Dia minta dipeluk, “peluk akak asma’, peluklah..” lalu direbahkan kepalanya bagaikan anak kecil, minta diusap dan perlahan² dia menuturkan kata, tentang Rasulullah, kerinduan pada Nabi, katanya.. “Nabi lagi berat kan ujian Asma’, layak tak ya nak jumpa Nabi..”, saya hanya mampu mengiakan dan mengalirkan air mata.
Dia terus menyambung lagi bercakap tentang sabar, pengampunan Allah, kematian dll. Sedikitpun tiada keluhan, bahkan setelah itu dia minta bantu didudukkan untuk menunaikan solat sunat dhuha. Saya cadangkan supaya solat baring, namun dia tetap ingin solat duduk sambil menahan sakitnya. SubhanAllah, masih tetap menjaga Sunat Dhuhanya.
Bersama Ustazah Asma’ Harun dalam satu majlis.
Seusai solat, dia minta dihulurkan tasbihnya, mula berzikir hingga tertidur dalam menahan sakit, sambil dipeluk dan diurut² belakang badannya. Aduhai kak yati, itulah pertemuan terakhir kita. Ku cium dahimu sebelum ditinggalkan. Allahu Akbar.. Moga kasih kita bertaut hingga ke Syurga ya kak .
Ustazah Hayati umpama Ibu, kakak, sahabat karib Dunia dan Akhirat. Kepribadian beliau sungguh indah, lembut, tenang menenangkan, senyumannya manis sekali.
Saat saya baru mula langkah pertama bekerja di Jabatan Agama, sehingga berhenti, Allah taqdirkan kami sentiasa bersama bahkan berkongsi 1 bilik pejabat, hanya kami berdua. Walau pernah berpisah sekejap kerana bertukar posisi, akhirnya kembali jua kami dalam satu bilik. Seperti belangkas, makan minum, suka duka tawa hiba sama². SubhanAllah..indahnya kenangan tidak dapat dituliskan. Redhailah kasih sayang kami hingga ke SyurgaMu ya Allah…
Ya Allah, ampuni dan rahmatilah hambaMu Norhayati binti Musa ya Allah, terimalah amal kebaikannya, golongkanlah dia dikalangan hambaMu yang soleh, lapangkan dan jadikanlah quburnya sebagai salah satu Taman SyurgaMu. اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها
Asma’ Harun Bakal Jenazah Jua
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Umum sudah mengetahui pelakon yang terkenal dengan imej seksi Kilafairy sudah berhijab sepenuhnya minggu lalu.
Ternyata perubahan itu sangat menggembirakan kedua ibu bapanya. Malah keduanya juga selama ini tak henti berdoa agar anak kesayangan mereka ini akan berubah.
Dia yang memiliki hampir sejuta pengikut di medium sosial ini hanya memuat naik foto terkini dirinya serta foto lama memaparkan gambar kucing peliharaan serta aktiviti seni terdahulu.
Ramai yang memuji perubahan dilakukan Kilafairy dan mendoakan agar dia terus kekal istiqamah. Dalam artikel di Berita Harian, Kilafairy memberitahu keputusannya untuk bertudung hadir dengan sendirinya dan bukan paksaan sesiapa.
Wukuf di Padang ‘Arafah pada tanggal 9 Dzulhijjah merupakan puncak ritual ibadah haji di tanah suci dan menjadi salah satu rukun haji, yang menurut Rasulullah SAW bahawa “Haji itu adalah Wukuf di Padang Arafah”, tanpa dengannya, haji tidak sah.
Sabda Nabi s.a.w: “Haji itu (berwukuf) di padang Arafah.”
Bilakah waktu wukuf?
Waktu wukuf bermula dari tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur/waktu di Arab Saudi) hari ke 9 Zulhijjah sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah.
Maka bagi orang yang mengerjakan haji mereka digalakkan berdoa ketika sepanjang waktu wukuf oleh kerana ketika itu merupakan gabungan yang sangat cantik iaitu berada pada 9 Zulhijjah dan dalam keadaan berwukuf di padang Arafah.
Namun bagi yang tidak berpeluang lagi menunaikan haji, boleh berpuasa selain amalkan zikir diajarkan oleh Rasulullah ini.
Sebaik-baik doa dan zikir yang boleh diamalkan adalah seperti yang disebutkan dalam hadis sahih ini:
“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,
*Maksudnya: Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)
Jadi jangan lepaskan peluang untuk berzikir pada pada Hari Arafah ini ya.
Kashoorga kongsikan video dari Ustaz Sed Norhisyam Al Irdus untuk memudahkan orang ramai membacanya.
Dalam sebuah hadis menyatakan, Allah paling banyak membebaskan manusia dari neraka.
“Tidak ada hari di mana Allah membebaskan hamba dari Neraka lebih banyak daripada hari Arafah, dan sungguh Dia mendekat lalu membanggakan mereka di depan para malaikat dan berkata: apa yang mereka inginkan?” (Hadis Riwayat Muslim, no.1348)
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
‘Ya Allah, lindungi kami dari sihir pemisah.’ Kahwin lama, anak ramai, tiba-tiba jadi benci pada isteri seperti bermusuhan. Padahal selama ini cukup berkasih sayang.
Tak ramai yang memilih untuk percaya dengan sihir pemisah, namun perkara ini tetap berlaku dalam masyarakat kita. Malah dalam dunia serba moden ini masih ada lagi “sihir-menyihir’ ini.
Ikuti perkongsian Tuan Khairul Hakimin Muhammad ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan.
Disebalik kita bergurau, kecam dan bermain hal soal orang kahwin dua, saya dalam beberapa hari ini termenung juga dengar kawan-kawan yang diuji dengan sihir pemisah.
Kahwin sekian lama, anak ramai, tiba-tiba jadi benci sebenci bencinya kepada isteri.
Dari Sihir Pemisah
Isteri tak ada buat apa. Tiba-tiba kena cerai. Asal elok saja sikit, jadi benci balik. Sampai tak boleh tengok muka dan tak boleh sebut nama, jadi marah. Paling buruk jadi hilang akal, buat perangai gila terjerit-jerit sampai histeria bagai si suaminya.
Akhirnya terpaksa lafaz cerai. Sudah bercerai semua jadi elok. Dua-dua tak berkahwin lain. Saling duduk dekat membesarkan anak-anak. Bekas Suami masih jaga semua kelengkapan bekas isteri. Bekas isteri masih masak makanan untuk suami hantar bekal hari-hari.
Kahwin Lama, Anak Ramai
Baru plan nak rujuk, jadi semula. Benci semula, jadi gila semula si suami. Lalu keluarga nasihat teruskan berubat sampai betul-betul sihat. Mereka tak mahu tahu siapa yang buat, mereka hanya nak bersatu semula dan kembali sihat.
Sekarang dah masuk tahun ke-4 berpisah dan saling tidak berkahwin baru dan sangat yakin akan bertemu jodoh semula.
Tiba-Tiba Jadi Benci Pada Isteri
Ada orang tak percaya hal begini. Saya pilih untuk percaya. Sihir memang ada. Orang pernah hadap akan tahu bagaimana sukarnya nak melawan hal syirik ini.
Orang yang guna hal syirik ini dia tak perasan yang Allah benci dia. Dia lupa hal tersebut.
Ya Rabb, lindungi kami semua dari kejahatan orang.
Amin.
Kashoorga: Semoga Allah lindungi kita serta keluarga daripada sihir. Buat mereka yang terlibat dalam perkara ini, segeralah bertaubat dan kembali pada Allah.
Duit raya sudah jadi sebahagian tradisi raya kita, malah kebanyakan kita akan awal-awal lagi membuat persiapan kewangan untuknya.Amalan ini juga sebenarnya selari dengan ajaran...