Di Malaysia panas dengan isu penipuan melibatkan visa Haji Furada. Kerugian dianggarkan berbelas juta dengan hampir 400 jemaah tersangkut tak dapat berangkat ke saat akhir menunaikan fardu haji.
Tak habis dengan isu ini, tindakan seorang wanita dari negara ini yang memuatkan naik hantaran meminta doa orang ramai agar dirinya dapat memasuki Tanah Haram dalam mengejar wukuf di Arafah menarik perhatian orang ramai. Katanya dirinya baru sampai ke Jeddah ketika memuat naik hantaran di fbnya dan sudah melepas satu sekatan polis.
Dalam sekatan pihak berkuasa Arab Saudi, dirinya memaklumkan mahu ke Thoif (bukan ke Makkah) sedangkan niatnya ada mengerjakan haji menggunakan visa pelancong miliknya sebelum ini.
Jelasnya semalam, dirinya perlu melepasi dua lagi sekatan pihak berkuasa sebelum dapat sampai ke Makkah.
Ads
Tindakannya ini jelas tidak disenangi ramai orang di mana ramai menganggap perbuatan itu sebagai menipu untuk dapat mengerjakan haji. Kata mereka, niat sudah betul tapi cara tak kena.
Di media sosial, ramai menyelar tindakannya dibuatnya kerana jelas ia satu perbuatan menipu.
Ads
Pergi Haji tapi dengan Cara Menipu
Pergi nak buat ibadah tapi on the way nak kesana guna cara menipu. I is kennot brain. Bila Saudi banyak tangkap puak macam ni dan ketatkan lagi visa. Bukan sahaja jemaah haji kena tempias teruk, dengan geng-geng umrah sekali kena libas.
Ads
Udah-udahlah beria nak pergi haji ni. Haji ni untuk yang mampu. Kalau kita ni terpaksa menipu dan ambil risiko kena penjara macam ni, tak perlulah pergi haji sebab kita tak mampu.
Stoplah using word Allah jemput Allah jemput kalau ini kaedahnya nak masuk negara orang dan langgar peraturan negara orang. Yang bukan-bukan jer perangai.
Mampu ni bukan kira ada duit sahaja. Mampu ikut peraturan dan hak sesebuah negara pun satu kemampuan juga. Kalau tak mampu, tak payah. Sumber fb:- Mohd Firdaus Jailan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Pakej umrah naik harga, travel agency diminta cari kaedah terbaik tidak bebankan jemaah. Tidak semua berkemampuan untuk menambah kos di saat-saat akhir jika pihak agensi umrah mengenakan cas baharu yang mahal.
Oleh itu, kerjasama daripada pihak travel agency amat diharapkan bagi mengurangkan beban jemaah.
Agensi umrah diminta supaya dapat mempertimbang ruang dan kaedah terbaik agar kenaikan kos keseluruhan yang dikenakan tidak melampau sehingga membebankan bakal jemaah umrah.
Itu gesaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar susulan rungutan jemaah umrah mengenai kenaikan kadar hotel di Mekah dan Madinah, ketika ini.
Menurutnya, beliau amat memahami perkara tersebut dan ia sedikit sebanyak telah membangkitkan keresahan kepada jemaah umrah.
“Sepertimana sedia maklum, perkara ini adalah di luar kawalan pihak kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Katanya, beliau ketika ini berada di Arab Saudi mewakili negara untuk menghadiri Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023.
Jelasnya lagi, selain berbincang isu-isu berkaitan pengurusan haji dan umrah, beliau juga akan mengemukakan isu kenaikan kos ini kepada Menteri Haji Kerajaan Arab Saudi.
Mohd. Na’im berkata, beliau melihat situasi berkenaan adalah impak daripada kenaikan kos di negara Arab Saudi.
“Ia tentunya memberi kesan bukan setakat kepada jemaah umrah Malaysia bahkan kepada jemaah dari negara-negara lain juga,” ujar beliau.
Media sebelum ini mendedahkan bakal jemaah umrah tempatan diminta supaya bersiap sedia dengan kenaikan harga pakej umrah susulan kenaikan mendadak kadar harga hotel di Kota Makkah dan Madinah pada masa ini.
Menurut, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), kenaikan kos itu mungkin menyebabkan agensi umrah akan menyemak semula harga pakej umrah pada saat-saat akhir.
Mengambil peluang boleh merentas negeri selepas diumumkan oleh pihak kerajaan, banyak pasangan pengantin mahu meraikan hari bahagia dengan keluarga tercinta dan sanak saudara yang tinggal jauh.
Sehingga kini, beberapa buah negeri sudah memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Antaranya Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan mulai hari ini, dua lagi negeri mengekori rapat iaitu Johor dan Terengganu.
Manakala negeri-negeri yang berada di Fasa 3 ialah Perlis, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Sabah dan Sarawak sementara Fasa 1 dan 2 tiada yang tersenarai. Dalam pada itu, pasti ramai yang tertanya-tanya, berapa ramaikah tetamu yang boleh menghadiri majlis pernikahan memandangkan sudah boleh merentas negeri.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) masih mengekalkan SOP menghadkan enam orang tetamu termasuk bakal pengantin bagi majlis pernikahan yang sudah boleh dilakukan di masjid dan surau solat Jumaat berbanding dahulu hanya boleh diadakan di pejabat agama sahaja.
Menurut Bahagian Komunikasi Korporat JAIS, buat masa ini pengekalan SOP itu tidak berubah sekali pun negeri Selangor berada di Fasa 4 kala ini.
“Bagi pasangan yang ingin bernikah di pejabat agama islam, jumlah kehadiran dihadkan kepada tiga orang sahaja termasuk bakal pengantin dan wali.
“Sementara bagi masjid dan surau kehadiran tetamu ialah 6 orang sahaja (termasuk bakal pengantin dan wali) dan kehadiran jurugambar masih tidak dibenarkan sama sekali,” kata jurucakap JAIS ketika dihubungi.
JAIS sebelum ini melalui perkongsian dalam Facebook rasmi memaklumkan, majlis itu boleh dilangsungkan setiap hari tetapi kehadiran masih terhad kepada pasangan pengantin dan wali saja, manakala individu lain tidak dibenarkan hadir termasuk jurugambar.
“Bagi yang sudah lengkap vaksinasi berdasarkan kad atau sijil digital vaksinasi, mereka perlu memenuhi kriteria iaitu melepasi 14 hari dari tarikh suntikan kedua bagi vaksin Pfizer, AstraZeneca serta Sinovac, dan melepasi 28 hari bagi vaksin Johnson & Johnson serta CanSino.
“Bagi yang belum lengkap vaksinasi pula, ujian saringan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) hanya wajib ke atas pengantin serta wali.
“Ujian saringan COVID-19 itu perlu dilakukan dalam tempoh 72 jam (tiga hari) dari waktu pelaksanaan majlis, dan keputusan ujian perlu dikemukakan kepada pendaftar sebelum majlis dilaksanakan,” menurut kenyataan itu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
SITUASI: Iqbal memerhatikan teman sebiliknya menunaikan solat Subuh pada satu pagi. Dia mendapati bahawa temannya itu tidak membaca doa Qunut semasa rakaat kedua dan tidak melakukan sujud sahwi di akhir solat.
Apabila ditanyakan, temannya hanya tersenyum dan menyatakan bahawa solat tidak batal walaupun meninggalkan doa Qunut dengan sengaja dan tidak melakukan sujud sahwi.
Ustaz Khairul Naim Mansor menghuraikan persoalan ini.
Perkara ini telah dibahaskan oleh para ulama sekian lamanya. Secara ringkas, saya ingin cuba menghuraikan padangan-pandangan ulama tentang perkara ini.
Pertama: Ada di antara mereka yang mengatakan bahawa ia terus-menerus menjadi sunnah pada solat subuh pada waktu ketika bencana atau tiada berlaku apa-apa. Pendapat ini adalah daripada Imam Malik, Imam Syafie, Ibnu Abi Laila, Hasan bin Solah, Abu Ishaq al-Ghazali dan al-Auza’ie serta ramai lagi. Termasuk juga daripada sahabat yang berpandangan sedemikian seperti Abu Bakar al-Siddiq,Umar al-Khatab, Uthman bin ‘Affan, Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Barra’ bin Azib.
Antara dalil yang paling kuat sebagai hujah bagi pandangan ini adalah “Terus-menerus Rasulullah s.a.w qunut pada solat subuh sehingga Baginda wafat.” (Abdul Razzaq dalam Musannaf 3:110 no 4964, Ahmad 3:162 dan banyak lagi).
Namun terdapat beberapa kritikan pada perawinya sehingga dianggap bahawa hadith ini lemah dan tidak boleh dijadikan hujah. Ini kerana ada juga yang mengatakan Qunut itu mempunyai lebih daripada 10 makna pengertian iaitu doa, khusyuk, ibadah, taat dan lain-lain sebagaimana yang diriwayatkan Ibnu Hajar dan Ibnu Arabi.
Manakala dalam hal waktu solat yang lain ada juga dinyatakan bahawa “tidak ada qunut dalam solat lima waktu kecuali solat subuh. Melainkan jika berlakunya bencana maka dibolehkan dalam semua solat sekiranya imam menyukai.” (al-Umm 1 : 205)
Kedua: Ada di antara mereka seperti Abu Hanifah, Sufian al-Thauri dan lain-lain daripada ulama Kufah yang berpendapat qunut pada solat subuh tidak disyariatkan kerana sudah ter’mansukh’.
Ketiga: Ulama yang berpendapat qunut hanya disyariatkan pada Qunut nazilah dan boleh dilakukan pada solat subuh dan solat-solat lain. Ini merupakan pandangan daripada Imam Ahmad, Al-Laith bin Sa’ad, Yahya bin Yahya al-Laithi dan ahli-ahli fiqh daripada para ulama hadith. Ada juga daripada mereka yang mengatakan tidak ada dalil sahih yang mengkhususkan solat subuh secara terus menerus dan ada riwayat yang menunjukkan qunut subuh disyariatkan daripada perlakuan sahabat yang sahih namun tidak boleh dijadikan pembuktian dalil daripada riwayat tersebut. Ada pun jika ada perlakuan yang jelas daripada mereka ianya pula lemah dan tidak boleh digunakan untuk berhujjah.
Selain itu, Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan bahawa di dalam Zaad al-Ma’ad Qunut tidak disyariatkan terus-menerus. Ini kerana andai ia dilakukan pastinya akan diriwayatkan dengan begitu banyak daripada para sahabat namun ternyata ia hanya diriwayatkan dalam hadith yang lemah. Maka meninggalkannya adalah tidak menjadi kesalahan.
Manakala jika kita mengikut pandangan Mazhab Syafie Qunut subuh dikira sebagai sunat ab’adh kerana selalu dilakukan oleh Nabi s.a.w dan apabila meninggalkannya atau terlupa, disunatkan untuk melakukan sujud sahwi dan tidak mengapa jika tidak melakukannya.
Ini adalah merujuk hadith yang menerangkan keadaan Nabi s.a.w yang melakukan sujud sahwi ketika meninggalkan tahiyat awal. Para ulama meng’qiyas’kan sujud sahwi yang disebabkan terlupa dan dengan meninggalkannya secara sengaja berdasarkan samanya illat (alasan) hukum iaitu terlupa atau lalai (khalal). Justeru itu, meninggalkan Qunut dan tahiyat awal dianggap sama.
Walau bagaimanapun, ada pendapat kecil yang mengatakan bahawa tidak sunat sujud sahwi jika meninggalkan dengan sengaja. Pendapat ini disanggah ulama kerana kelalaian dengan sengaja itu lebih utama untuk diganti dengan sujud sahwi dari sebab lalai atau terlupa.
Ustaz Khairul Naim Mansor merupakan penyunting Al-Quran di Jabatan Penerbitan Al-Quran Karangkraf dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Dan Kesusasteraan, Universiti Yarmouk, Jordan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?