Pengeluaran khas one off Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang mula diterima semalam oleh sebahagian besar individu yang memohon awal pasti memberikan berita gembira buat yang memerlukan.
Wang RM10k ini besar ertinya bagi mereka yang sangat memerlukan apatah lagi hari raya bakal menjelang tidak sampai dua minggu lagi. Ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan keperluan.
Dalam satu perkongsian di fb Amran X Aminudin berasal dari Tawau, Sabah, perkongsian anak bongsu yang masih bujang ini cukup mengagumkan dan mengharukan orang ramai apabila menghadiahkan RM10K tanpa mengambil sesen pun duit itu dan diserahkan bulat-bulat kepada ibu yang membesarkannya dengan penuh kasih sayang tanpa limit.
Katanya, duit boleh dicari lagi dan sementelah dirinya masih bujang saat ini. Mungkin kalau sudah berkeluarga, tidak tahu keadaan saat itu.
Ads
Berikut perkongsiannya:-
KWSP 10K semua aku serah sama mama syurga ku. Mamaku sedih. Dia cakap kenapa dikasi keluar nak. Kenapa tidak simpan jak nak di dalam KWSP.
Aku jawab, tak apalah mak. Kalau mau tunggu aku pencen pun ndak tau siapa antara kita antara mak @ aku yang jalan dulu.
Ads
Aku tau mak. Mama tua sudah. Tuaa sangat sangat. Aku tahu mama banyakkkk sakitt banyakkk sangat sangatt. Dari ubat ubatan mama pun aku tauu mama tahannn jaa dengan sakit mama. Aku takuttt mak ndak dapat bahagiakan mama. Sebab tu aku masih rasa ndak puass berbaktii sama mama.
Aku masih boleh bekerja mak. Duit KWSP aku masih boleh kumpul kalau Allah panjangkan umurku.
Ads
Mamak rasalah sikit hasil titik peluhku selama mamak besarkan aku ni. Apalah sangat nilai 10K ni dengan pengorbanan mama lahirkan aku dan besarkan aku dengan penuh didikan yang baik sampai aku boleh bekerja cari duit.
Dalam masa Perintah Kawalan Pergerakan sehingga hujung Mac ini pasti ramai yang mengisi masa senggang dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan selain fokus beribadah.
Salah satunya adalah menyediakan hidangan buat ahli keluarga dan paling viral ketika ini adalah menu kopi viral “Dalgona Coffee’ dek kerana COVID-19.
Dikatakan kopi dari aplikasi Tik Tok ini adalah berasal dari Korea Selatand dan menjadi trend terkini di media sosial kerana video cara membuatnya yang cukup popular.
Apa yang membuatkan kopi ini viral adalah kerana hanya menggunakan tiga bahan dapur yang memang ada di rumah, iaitu Nescafe, Gula dan Susu.
Dikatakan rasanya juga setanding kopi di restoran jenama antarabangsa terkenal dan sangat digemari terutama bagi penggemar kopi.
Malah cara membuatnya juga amat mudah dan anda boleh merasainya keenakannya kala berehat di rumah bersama keluarga.
Ia diberi nama ‘dalgona’ bersempena makanan jalanan Korea yang diperbuat daripada gula dan soda penaik (baking soda). Senang cerita Dalgona Coffe ini merupakan rasa kopi latte yang dicampur dengan rasa manis snek dalgona.
Ayuh ikuti caranya melalui perkongsian seorang pengguna akaun di twitter @ASH(Foodhunter) cara membuat Dolgona Coffee ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Setiap hari jangan lupa selit doa ini, agar hati kita reda dengan ujian Allah. Hidup kita tidak lari daripada ujian, tapi percayalah setiap ujian yang mendatang pasti ada sebabnya.
Sama ada Allah ingin menghapuskan dosa-dosa atau Dia mahu mengangkat darjat kita. Tidak semestinya ujian yang datang adalah musibah, kerana kadang-kadang Allah datangkan pelangi selepas ujian.
Ikuti perkongsian Puan Nurlia Mohd Nor tentang doa ringkas yang mampu kita tenang dan reda dengan setiap Ketentuan Allah SWT. Jangan lupa amalkan.
Ada satu doa yang Abah pernah ajar agar kita reda dan terima apa juga yang Allah sudah atur untuk kita. Simple saja doanya,
“Jika itu yang terbaik untuk ku Engkau permudahkanlah, jika tidak Engkau tunjukkanlah jalan lain yang terbaik…”
Bila kita berpegang pada doa ini kita akan faham dan reda bahawa tak semua yang kita nak itu terbaik pada pandangan Allah. Baik untuk orang lain, tak semestinya baik untuk kita. Begitu juga sebaliknya.
Ada satu peristiwa yang saya yakin dalam hidup saya ada hikmahnya yang tersendiri. Saya pernah minta untuk menjadi guru melalui program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).
Bayangkan 3 kali minta tak lepas. Semasa mengandungkan si kembar saya usung perut bawa mereka untuk ujian bertulis, selepas mereka sudah dilahirkan pun saya usaha lagi tapi ternyata peluang menjadi guru bukan rezeki saya.
Tapi…
Di sebalik itu sebenarnya ada hikmah yang tersembunyi. Tak dapat jadi guru saya memilih untuk menjadi surirumah dan menjadi guru kepada anak- anak. Saya sentiasa ada bersama mereka di waktu mereka memerlukan.
Hidup dengan gaji suami seorang banyak mengajar saya untuk berjimat cermat. Taklah mewah tapi cukup. Ada tempat tinggal, ada makan minum dan pakaian itu sudah buat saya bersyukur.
Dan perkara paling mengembirakan saya adalah apabila saya dapat menjaga kedua orang tua sampailah sekarang walaupun yang tinggal hanyalah Abah seorang setelah Mak meninggal pada tahun 2019.
Kena yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang kita tak nampak. Tak semesti yang kita nak itu terbaik untuk diri kita dan begitu juga sebaliknya. Sebab itu jangan lupa selitkan setiap hari dengan doa ini.
“ Jika itu yang terbaik untuk ku Engkau permudahkanlah, jika tidak Engkau tunjukkanlah jalan lain yang terbaik…”
Isteri suka maki suami, jangan sampai tak cium bau syurga. Sikap memaki hamun adalah perbuatan negatif yang tidak disukai Allah, apa lagi bila seorang isteri memaki hamun suaminya.
Sebaiknya dalam hubungan rumah tangga seharusnya saling menghormati dan terima baik serta buruk pasangan kerana kita juga tak sempurna.
Sebelum ini tular, anak pelakon senior, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli memaki hamun suaminya gara-gara meremukkan keretanya. Kak KM marah kerana suaminya tidak meminta maaf sejurus kejadian itu berlaku.
Tindakan Kak KM mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet. Namun ramai yang tidak menyokong tindakannya yang dikatakan melampaui batas.
Sesungguhnya, isteri merupakan amanah dan cerminan bagi suami. Dalam Islam, setiap isteri wajib taat pada suaminya dengan baik dan setiap suami juga wajib melayani isteri dengan sebaiknya.
Islam mengajar supaya pasangan suami isteri hendaklah sentiasa bergaul dan bertoleransi di antara keduanya supaya dapat melahirkan rasa cinta dan kasih dalam perkahwinan.
Umumnya, setiap orang yang berkeluarga pasti mengharapkan kebahagiaan dan keharmonian dalam rumah tangganya.
Tidak dinafikan cabaran hidup berumah tangga sangatlah kuat dan hebat. Setiap perkahwinan yang dibina pasti ada ujian yang mendatang.
Mungkin awal perkahwinan kaya, kini jadi miskin, mungkin dahulu isterinya cantik atau suaminya baik, tetapi sekarang semua sudah bertukar disebabkan faktor usia, kewangan dan lain-lain.
Dalam konteks ini, kita perlu melihat apa tujuan sebenar perkahwinan serta tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh suami dan isteri.
Suami ada peranannya sendiri sebagai ketua keluarga, manakala isteri juga ada peranannya buat suami dan anak-anak. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Ketahuilah setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin. Seorang raja adalah pemimpin bagi rakyatnya, dan dia akan diminta bertanggungjawab terhadap yang dipimpin. Seorang suami adalah pemimpin bagi anggota keluarganya, dan dia akan diminta bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang isteri adalah pemimpin bagi rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dan akan diminta bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya. Seorang hamba adalah pemimpin bagi harta tuannya, dan dia juga akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan diminta bertanggungjawab atas apa yang kamu pimpin.” [HR. Bukhari 5200]
Justeru itu, isteri hendaklah melakukan sesuatu yang yang baik serta menyenangkan hati suami. Apa sahaja perkara yang baik, semua akan dikira pahala. Jika menyakiti suami, dosa yang akan kita dapat.
Namun, sekiranya isteri melakukan perkara yang sebaliknya terhadap suami, bermakna isteri telah melakukan perbuatan nusyuz.
Perbuatan nusyuz seorang isteri adalah haram dan termasuk salah satu daripada dosa-dosa besar, dan akan dikenakan hukuman bagi sesiapa yang melakukannya.
Firman Allah dalam surah an-nisa’ ayat 128 yang bermaksud: “Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya “nusyuz” (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya).”
Mentaati suami dalam semua urusan keluarga adalah kewajipan yang paling asas bagi seorang isteri kecuali pada perkara yang dilarang agama seperti melakukan zina dengan lelaki lain (pelacuran), meminum arak, mencuri dan sebagainya. Allah berfirman dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
Isteri yang menyakiti dan mengabaikan suaminya boleh menyebabkan kesan yang buruk di dunia dan di akhirat kerana kunci untuk masuk ke syurga bagi seorang isteri terletak pada keredaan suaminya.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Jikalau memerintahkan seseorang untuk bersujud, pasti aku akan memerintahkan seseorang perempuan untuk sujud kepada suaminya”. [HR. Tirmizi 1159]
Hadis tersebut jelas menyatakan kedudukan suami dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh isteri kepada suaminya. Hadis itu memberi gambaran bahawa seorang isteri wajib taat, patuh dan hormat kepada seorang suami kecuali pada perkara yang mungkar seperti yang dijelaskan di atas.
Antara perkara yang menyakiti suami ialah:
1. Menghina dan mengumpat hal suami pada orang lain
2. Keluar rumah tanpa keizinan suami kecuali pada perkara yang hak pada isteri
3. Tidak melayan suami dan bergaul dengannya
4. Melakukan perbuatan curang terhadap suami
5. Mendoakan perkara yang buruk kepada suami
Dalam konteks ini, perkara tersebut dikaitkan dengan sabda Rasulullah tentang kaum wanita yang menjadi penghuni neraka akibat menyakiti suami. Sabdanya yang bermaksud:
“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Baginda menjawab: “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” [HR. Bukhari 5197]
Oleh itu, beringatlah para isteri. Sentiasa muhasabah diri dan perhatikan adakah segala perbuatan kita itu menggembirakan suami atau sebaliknya.
Insafilah setiap kesilapan yang telah dilakukan terhadap suami dan mohon maaf pada suami sekiranya telah melakukan perbuatan yang salah.
Kashoorga: Sebelum bertindak, sayangilah dirinya sepenuh hati supaya hidup kita sebagai isteri selamat dunia dan akhirat serta diredhai Allah.
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.