Hari ini kita dapati semakin ramai anak-anak gadis yang tiada lagi segan silu memulakan langkah pertama untuk berkenalan dengan seorang lelaki yang menarik perhatiannya. Mereka tidak lagi terkongkong dengan kebimbangan digelar `perigi mencari timba’. Apatah lagi jika timba yang dikejar adalah timba emas yang mahal harga serta tinggi nilaian komersilnya yang boleh menjanjikan jalan pintas kepada kesenangan material dan kedudukan sosial yang boleh dibanggakan. Berlakulah satu paradigma baharu dalam budaya masyarakat Timur di kalangan kita hari ini.
Kemuliaan dan maruah
Perasaan malu dan sopan tidak lagi dinilai tinggi harganya. Malahan gaya hidup hedonistik yang menjadi anutan anak-anak muda hari ini menjadikan falsafah yang dipegang adalah `siapa cepat, dia yang dapat!’ Apa yang nyata, jika kita tidak melakukan sesuatu untuk membawa semula kompas masyarakat ke landasan yang benar, gerabak ketamadunan ini akan pasti tergelincir dan mengundang kebinasaan yang tidak murah harganya.
Ads
Persoalan jodoh memang di tangan Allah SWT. Namun kita sebagai manusia diberikan Allah kudrat untuk berusaha. Yang nyata peribahasa ‘perigi mencari timba’ itu adalah adat yang diwariskan kepada generasi kita. Namun syariah dan ketetapan agama tidak melarang usaha proaktif untuk seorang wanita menyatakan hasrat dan pinangannya kepada seorang lelaki yang dirasainya sesuai untuk dijadikan teman hidup dengan syarat kemuliaan serta maruah diri sentiasa terjaga.
Ads
Sekarang ini kita harus berusaha untuk mengadakan cara, strategi dan ruang yang cukup bagi `inovasi’ ini dijalankan dalam masyarakat kita dengan penuh sejahtera. Peranan ibu bapa membantu tentunya amat dihargai. Paling tidak, rakan-rakan senior atau sebaya di tempat kerja atau sepengajian. Dalam masa yang sama, pergaulan antara lelaki dan perempuan mestilah sentiasa dijaga.
Ads
Walau apa pun jangan sampai terlalu terdesak hendak berumah tangga dan berpacaran hingga anak-anak muda mengambil jalan mudah. Menjalinkan hubungan erat dan intim, berlaku perzinaan dan kehamilan akhirnya membawa kepada keruntuhan komuniti. Masih banyak jalan keluar yang terhormat dan suci dari noda. Jangan lupa janji Allah SWT dalam Surah An-Nuur, ayat 26 yang mafhumnya:
”Wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik pula.’
Kasih sayang dan cinta seorang ibu kepada anaknya tidak akan terbalas dan tidak akan ternilai dengan apa pun. Perjuangan seorang ibu untuk seorang anak sangat luar biasa. Apabila telah dewasa maka sudah tibalah masanya untuk si anak membalas jasa ibunda tercinta.
Baca perkongsian berikut.
Sebentar tadi kami bf spt biasa. Di sebelah meja kami sdg bf seorg pemuda dan seorg perempuan warga emas (berkaca mata hitam). Bila ditanya , mereka adalah ibu dan anak.
Tersentuh hati kecil saya menyaksikan bagaimana seorg anak lelaki melayan ibunya (yg ‘dah tak dpt melihat’ dunia seperti kita). Dipimpin dari kereta ke meja. Melayan mkn minum ibunya mesra dgn penuh kasih sayang. Ayahnya , asal Kota Tinggi baru meninggal setahun yg lalu. Mereka dari KL pagi ini. Yg menjadikan saya terdiam bila si pemuda berkata: “Saya satu2nya anak lelaki dlm keluarga. Wajarlah saya yg menjaga dia (di hari tuanya)”.
Bertuah ibu mendpt anak yg baik dan beruntung anak yg dpt berbakti kpd ibunya yg tua & uzur. Sebelum berpisah kami bersalaman. Sambil saya tepuk perlahan bahu kirinya dan saya katakan : “Saya kagum dan sayu. Di zaman ramai anak2 mensia2kan ibu ayah masih ada kecualiannya pd diri awak. Berkat awak menjaga ibu awak”. Kami berlalu ke kereta.
Kami tak dpt menyembunyikan – tergenang air mata. Kami tinggalkan mereka berdua dgn doa – Allah limpahkan barokah dan rahmat kpd mereka berdua.
# Maaf. Gambar ini bkn utk tujuan diviralkan. Yg baik dah tentu baiknya. Kebaikan tak salah disebarkan.
Selagi hayat dikandung badan, berbaktilah kepada kedua orang tuamu.
Sumber Kredit: Viral Muafakat Johor
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci bukan seperti pergi melancong yang boleh dibuat sambil lewa saja. Setiap jemaah perlu mempunyai kombinasi fizikal, mental, spiritual dan material yang baik. Keempat-empat aspek itu seharusnya dipelihara kerana seandainya satu diketepikan, ia akan menggugat kelancaran ibadat yang dilakukan.
Amat penting untuk memiliki ketahanan jiwa yang mantap dan tidak mudah terbawa-bawa sikap mementingkan diri sendiri. Di situlah letaknya unsur toleransi sesama jemaah. Kepelbagaian bangsa, warna kulit, bahasa dan budaya tidak memisahkan mereka kerana semuanya disatukan melalui ibadat yang satu.
Ikuti perkongsian berikut.
Mabrurnya Haji kita atau tidak, mungkin juga hanya kerana ini.
Sedikit perkongsian atas pengalaman sendiri ketika berpeluang menunaikan kerja Ibadat Haji.
Salah satu tempat yang agak ‘padat’ selain tawaf,saie, Arafah,Mudzalifah serta Mina.Pastinya lokasi jemuran (khusunya bagi jemaah Muhasasah).
Samada di atas bangunan maktab,mohon berhati-hati jika ingin naik ke atas.Samada berteman juga dengan keizinan pihak maktab.Ataupun juga di ruangan dobi yang disediakan.
Di sini juga antara salah tempat yang ujiannya agak tinggi.Ujian sabar dan sifat amarah.
Alhamdulillah.Kebanyakan maktab kini dilengkapi dengan ‘bilik dobi’ yang dilengkapi dengan mesin basuh semi auto’.Maka lebih mudah urusan jemaah untuk mencuci pakaian.Ada juga yang lebih selesa memberus sendiri & hanya ke ruang dobi untuk tujuan ‘spin’ sahaja.
Bagi yang ada peruntukan yang lebih. Tiada masalah untuk menggunakan khidmat dobi.Tapi bayangkanlah jika hampir sebulan di Tanah Suci Kota Mekah. Nak tak nak mesti akan ada kativiti membasuh secara ‘self service’.
Ada sesetengah jemaah yang tidak membawa peralatan jemuran atau terlupa.Hanya berdoa mengharapkan ihsan dari ruang yang ada atau yang di tinggalkan kosong oleh jemaah yang telah selesai aktiviti jemurannya.
Ada juga jemaah yang dari awal telah berniat,sahaja aku ikat tali ampaian ini dan aku wakafkan kepada siapa saja yang mengunakannya kerana Allah ta’ala. Lebih mulia lagi ada yang pakejkan sekali dengan sepit baju di situ.
Ada juga jemaah yang telah pasakkan niat. Tali ampaian ini khusus hanya untuk kegunaannya dan pasangannya sahaja.Mungkin pada mereka itulah satu2nya tali yang mereka bawa dari tanah air & risau kalau hilang tak jumpa nak beli di sana.
Di sini kita boleh lihat pelbagai ragam. Ada yang sangat elok sikapnya sanggup berkongsi,malah melipatkan pakaian yang telah kering dan ketepikan serapinya. Kerana ingin menggunakan pula ruang yang ada.
Sedikit pesananan, jika ada terjadi hal sebegini. Istighfar & ingat cepat-cepat. Kita sekarang berada di mana?!
Sebaik mungkin kita cubalah beralah ataupun melakukan hal yang terbaik samada di tinggalkan sekeping nota ‘budi bahasa’ atau pun ucapan terima kasih kepada empunya tali ampaian kerana memberikan izin kepada kita untuk sudi memberikan sedikit ruang yang ada.
Jangan risau…jemuran di sana semuanya sangat cepat kering dengan cuaca yang kita sedia maklum di sana.Silap haribulan pakaian kita jadi sangat kering & garing.
Jika kita seorang yang prihatin. Selepas mengangkat jemuran kita.Bagilah laluan kepada pengguna lain agar mereka sama-sama rasa apa yang kita rasa.Iaitu jemuran kering sempurna.
Ada juga hamba Allah yang baik budi sepitkan note Riyal pada ampaian yang ditumpangnya beserta nota ucapan tanda terima kasih.Y ang ini saya tak sempat nak rakam gambarnya sebab tak bawa phone ketika itu.
PESANAN TERAKHIR
Jangan lupa tandakan setiap pasang pakaian dari pakaian besar sehingga sekecil-kecil pakaian termasuk stokin kaki dan tangan tandakan atau jahitlah apa2 kiri dan kanan pasangannya.Supaya bertanda & mudah di cari.
Tandakan nama atau ‘kod’ supaya kita sendiri cam mana satu pakaian kita.Jangan terkejut jika di sana akan jumpa hampir sama atau sememangnya sama!
Jangan tak percaya ada yang bergaduh hanya kerana tertukar telekung yang jenamanya sangat terkenal. (Kisah benar depan mata.)
Samalah kita beringat dan pasakkan niat di hati kita.Aku sampai di sini memang untuk di uji.Aku mohon agar Allah tinggikan sifat sabar serta iman kami.
Semoga sedikit perkongsian dari secebis pengalaman ini dapat membantu anda sebagai bakal jemaah haji tahun ini ataupun kaum keluarga anda yang akan menunaikan Ibadat Haji kali ini.
Saya mohon agar perkongsian saya ini hanya di ambil yang jernih dan dibuangkan yang keruh.Demi Mabrurnya Haji kita. Aamiin.
Semoga dipermudahkan segala urusan jemaah Haji 1440H.
PEMBURU HAJI MABRUR
————————————
Barang-barang keperluan mendobi yang perlu ada:
-Tali ampaian -Sepit baju besi (kayu atau plastik mudah rosak dek angin yg kuat) -Selendang/kain nipis (bagi melindungi pakaian dalam ketika menjemur,dari menjadi tatapan yang tidak sepatutnya) -Hanger -Baldi (saya hanya rendam baju dalam plastik,setelah di cuci & di spin saya masukkan dalam beg pasar sahaja) lebih jimat ruang dalam tandas dan bilik perkongsian bersama jemaah lain. -Sabun serbuk -Berus plastik -Besi penyangkut S -Cabel tight -Safety pin (pin lampin bayi)
Kebanyakan peralatan ini boleh didapati di sana cuma harganya mungkin sedikit lebih tinggi.Setelah ingin pulang.Wakafkan sahaja pada pekerja atau jemaah di maktab tersebut.
*Gambar adalah sebagai kenangan yang sempat saya sendiri rakamkan di bilik ruangan dobi.
Permudahkan urusan orang lain,
Allah permudahkan urusan kita.
Hidup kita berpesan pesanan.
Menunaikan haji merupakan rukun Islam yang ke lima. Peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah adalah peluang yang amat dinanti-nantikan. Membawa anak kecil menunaikan umrah itu mungkin biasa dilakukan ramai ibu bapa namun sesuatu yang agak mencabar apabila membawa anak kecil menunaikan haji.
Bagi Dr Sheikh Muszaphar atau nama sebenarnya, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha, membawa anak kecil menunaikan haji bukanlah satu masalah besar pada dirinya dan juga isteri, Dr Harlina. Ketika itu anak sulung pasangan ini (Bella) baru berusia 1 tahun 8 bulan (20 bulan).
Dikongsikan tip membawa anak kecil bersama-sama menunaikan haji.
LIMA TIP DARIPADA DR SHEIKH MUSZAPHAR KETIKA MEMBAWA ANAK KECIL MENUNAIKAN HAJI DI MAKKAH
1 . Fahami kerenah anak-anak. 2. Sediakan kelengkapan bayi seperti lampin, botol susu dan jangan lupa bawa barang permainan kesukaan anak-anak. 3. Peka akan pergerakan anak-anak (takut hilang dan sebagainya) 4. Suami Isteri harus bergilir-gilir mendukungi tanggungjawab – one prays while the other take care of the kids. 5. Banyak bersabar dan Bertawakal kepada Allah. In Sha Allah, Allah akan mempermudahkan segala urusan.
Berikut dikongsikan momen-momen indah sepanjang Dr Sheikh Muszaphar bersama Bella di Tanah Suci Makkah. Memang ikon bapa mithali.
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.