Ads

Sokong Kempen Free Palestine, Shawn Mendes Ajak Rakan Artis Berani Bersuara

shawn mendes

Gelombang solidariti daripada kalangan selebriti antarabangsa buat rakyat Palestin terus hangat. 

Baru-baru ini, penyanyi popular asal Kanada, Shawn Mendes, akhirnya memecah kesunyian apabila secara terbuka meluahkan sokongan padu terhadap kempen Free Palestine menerusi akaun Instagram rasminya.

BACA JUGA: Bintang F1, Lewis Hamilton Lawat Pintu Sempadan Gaza

Penyanyi berusia 28 tahun yang terkenal dengan deretan lagu hits global itu memuat naik satu kenyataan berani berlatarbelakangkan mesej ringkas namun sarat bermakna, “FREE PALESTINE”.

Shawn Mendes Ajak Rakan Artis Berani Bersuara

Dalam hantaran yang mencuri tumpuan jutaan pengikutnya itu, pelantun lagu Stitches dan Senorita ini meluahkan rasa kesal terhadap krisis kemanusiaan yang terus meruncing di Gaza.

“Ada genosid yang sedang berlaku di depan mata kita. Pembunuhan kejam yang tidak masuk akal di Gaza mesti dihentikan. 

Ads

Kanak-kanak dan keluarga di Palestin telah menderita terlalu lama, dan mereka memerlukan bantuan kita,” tulis Shawn dalam kenyataannya.

Menariknya, Shawn turut merendah diri mengakui bahawa beliau sendiri pada awalnya berasa gentar untuk melangkah ke hadapan berkongsi tentang isu ini. 

Namun, rasa tanggungjawab kemanusiaan mengatasi segalanya. Beliau turut menyeru rakan-rakan artis dan selebriti lain supaya tidak terus membisu.

Ads

“Rakan-rakan dan sesama artis, saya tahu ia mungkin menakutkan untuk bersuara, saya sendiri merasainya semasa menaip ini… 

Tetapi saya juga merasakan keperluan untuk melakukan sesuatu bagi membantu. Lebih ramai di antara kita yang menggunakan suara, lebih dekat kita dengan perubahan,” tambahnya lagi.

Proses Belajar & Seruan Berinfak

Dalam hantaran sama, penyanyi berwajah kacak ini memaklumkan bahawa beliau sedang meluangkan masa untuk mendidik diri sendiri serta memahami dengan lebih mendalam mengenai konflik yang berlaku sebelum mengambil keputusan untuk tampil bersuara.

Ads

Beliau turut memanfaatkan platform media sosialnya untuk berkongsi beberapa senarai pertubuhan kebajikan dan kemanusiaan termasuk The Palestine Children’s Relief Fund (PCRF) bagi memudahkan peminat menyalurkan sumbangan kewangan kepada mangsa-mangsa perang di sana.

Langkah berani yang diambil oleh Shawn Mendes ini disambut baik oleh sebahagian besar peminat di seluruh dunia.

Mereka melihat tindakan selebriti berprofil tinggi yang menggunakan pengaruh besar mereka ini sebagai satu langkah penting dalam mempertahankan hak penindasan dan menuntut keadilan kemanusiaan sejagat.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Ajaran sesat di media sosial semakin membimbangkan. JAKIM menggariskan enam resolusi...

Ajaran sesat di media sosial semakin membimbangkan. JAKIM menggariskan enam resolusi penting bagi menangani ancaman akidah dan melindungi umat Islam.