Tidak dinafikan populariti Menteri Agama Datuk Dr Zulkifli Mohammad al-Bakri sangat disenangi pelbagai lapisan masyarakat.
Tidak kira golongan muda atau tua menyukai keperibadian yang ditunjukkan Mantan Wilayah Persekutuan ini.
Malah beliau juga seorang yang rajin berinteraksi dengan warganet di media sosial. Menggunakan medium ini untuk memberitahu atau menyebarkan ilmu dakwah berguna kepada orang ramai.
Dalam posting terbaru beliau di laman sosial Facebook, Dr. Zulkifli berkongsi satu surat yang diterima daripada peminat ciliknya yang mengucapkan Selamat Hari Raya.
Bukan kiriman kad saja, tetapi peminat ciliknya, Nadzrul Zarfan turut disertakan kuih-muih buat Menteri Agama yang dihantar terus ke kediaman rasminya.
Ads
Dalam posting itu, Dr. Zulkifli sangat merendah diri membahasakan dirinya sebagai pakcik dan mengucapkan terima kasih atas kiriman kad serta kuih muih buat dirinya.
Dalam layangan surat itu, Nadzrul memberi pesanan supaya Dr. Zulkifli menjaga diri dan mendapat rehat yang secukupnya serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19.
Dia juga turut meminta keizinan untuk bekerjasama mengeluarkan buku Bayyan Linnas versi komik untuk kanak-kanak. Ini adalah katanya bagi menarik minat kanak-kanak untuk menuntut ilmu.
Ads
Dalam pada itu, Dr. Zulkifli juga turut memaklumkan akan membalas kad berkenaan kerana dalam kad itu pemilik telah menulis pantun ‘memaksa’ beliau untuk membalas surat berkenaan.
Menteri Agama kesayangan ramai ini juga mengakui sangat terharu dengan pemberian kad dan kuih muih kepadanya.
Ads
Ternyata perkongsian ini mencuit hati warganet yang rata-rata bersetuju dengan pandangan diberikan peminat cilik Dr. Zulkifli.
AnnarahmanAlhamdulillah…minta balas dia tu Ustaz… Seronok saya tengok..pabila golongan kanak2 ….atau peringkat sek rendah..”menghampiri”para ilmuan……
Tkasih Dato Ustaz..yg sentiasa sporting
Mohd HarimiKanak2 pun dah minat akan perwatakan datuk…ini kan orang dewasa,yang dah berakal….Semoga datuk sentiasa dalam lindungan ALLAH SWT selalu.
Rosmawati TaharipAlhamdulillah dgn keperibadian Datuk…. Anak2.pun tertarik… Ni satu perubahan yg baik..bg generasi baru….
Rahimah ChenGood idea. Dari anak kecil. Kadang kite terlepas pandang keperluan anak2.
Hanisah Md ZainAlhamdulillah..syukur ….sweet sgt….teringat dulu2 kalau tulis surat mesti pantun pecah kaca pecah gelas ,sudah baca harap balas..ustaz adalah idola bg semua rakyat Malaysia…Salam Ramadhan dan Salam Aidil fitri buat Ustaz dr saya sekeluarga
Kasih ibu membawa ke syurga. Dalam islam, mengata “ah” sahaja sudah cukup seorang anak tidak mampu mencium syurganya apatah lagi kalau menyakiti hati ibunya.
Allah berfirman dalam surah al-Isyra’ 23:
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.”
Berkongsi kisah dari pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad di instagramnya @ustadzabdulsomad_official, Ustaz Abdul Somad berkongsi kata-kata kiasan yang biasa digunakan oleh arwah ibunya mengenai sedekah.
Biasa arwah ibunya, Hajjah Rohana tidak menyatakan secara terus bahawa seseorang itu perlu dibantu namun ibunya sering mengunakan kata kiasan dengan menceritakan kesusahan orang ditemuinya dan anak-anak biasanya dapat memahami maksud si ibu bahawa individu itu harus dibantu. Tidak hairanlah, sudah dua tahun ibunya menemui Ilahi pada bulan Ramadan, pendakwah ini telah menubuhkan Yayasan Wakaf Hajjah Rohana Berbagi bagi meneruskan kerja-kerja dakwah arwah ibunya.
Baca perkongsiannya:-
Walaupun sekarang sudah tahun 2021, tapi kalender di dinding rumah Omak tetap 2019. Masih tampak beliau lingkari satu tanggal, beliau tulis di bawahnya: ke Silau. Itu berarti sepekan sebelum Ramadhan.
Beliau pergi ke pasar pagi Arengka, beli daging. Dimasak rendang. Beli nampan-nampan plastik tempat nasi, sayur, dll. Untuk sedekah makanan ke faqir miskin. Biasanya pergi sendirian. “Berapa umur ibu?”, tanya orang di pasar. Beliau jawab, “Tujuh puluh”. “Sampai hati anak-anak ibu, dibiarkannya ibu ke pasar sendirian”, kata mereka. Omak biarkan mereka bicara, sampai habis.
Setelah itu, baru dia balik bertanya, “Tau kau siapo namo anak aku?”. “Siapa Bu?”, tanya mereka. “Somad”, mereka pun terkaget-kaget. Ujung-ujungnya, mereka antar Omak pulang ke rumah. “Aku tadi di pasar”, begitu biasanya Omak memulai ceritanya.
Bukan kami tak mau mengantar, tapi begitulah Omak merasa nyaman pergi sendiri.
“Duit yang kau kasi tu tak cukup. Banyak kali tamu kau”, saya faham, sebenarnya uang itu beliau belikan beras untuk faqir miskin.
“Si anu, sudah tak bayar sewa rumah tiga bulan. Cucunya tiga”, begitu bahasanya. Maksudnya, bayarkan.
“Si anu, tukang masak di jalan nangka, jalan kaki dari Panam. Kasian kali ah”, faham, maksudnya, belikan sepeda.
Setelah beliau wafat, kami hanya melanjutkan apa yang beliau lakukan dulu. Alhamdulillah, Yayasan Waqaf Hajjah Rohana Berbagi sudah genap dua tahun. Semoga kita selalu dalam ridho Allah Subhanahu wa Ta’ala, amin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kita kerap membaca di medsos tentang rungutan anak-anak kecil berlari dan membuat bising bila datang ke masjid untuk tarawih. Kemudian ada AJK Masjid atau makcik pakcik yang akan menjerkah agar anak-anak ini untuk diam supaya orang ramai khusyuk solat. Ini fenomena biasa saban tahun.
Kalau dari kecil anak-anak ini tidak dibiasakan datang ke masjid dan berasa selesa di rumah Allah, mana mungkin kita boleh mengharapkan di masa depan mereka akan memakmurkan masjid.
Nampaknya kita kena belajar dari negara Turki. Masjid tidak hanya difungsikan sebagai tempat ibadah dan belajar agama semata-mata tapi ia juga dijadikan tempat bermain.
Dari satu perkongsian fb Azwir Nazar rakyat Indonesia yang tinggal di Turki berkongsi sekeping gambar yang memberikan kesan mendalam bagi yang melihatnya.
Jelasnya, selepas selesai solat tarawih, imam solat akan bermain dengan kanak-kanak ini. Dapat dilihat imam bermain keretapi dengan anak-anak kecil ini dan semuanya kelihatan seronok untuk terus berada di masjid sempena Ramadan ini.
Bahkan katanya lagi, banyak masjid-masjid baru di Turki seperti Masjid Hamdi Cami di Ankara menyediakan ruang bermain di sudut kanan di bawah tangga untuk kanak-kanak bermain.
Bukan itu saja, di luar pun sama seperti taman-taman untuk mereka bermain. Pendek kata masjid menjadi tempat orang berkumpul untuk mencari kebahagiaan.
Dalam pada itu, katanya, apa yang dilakukan di masjid-masjid di Turki ini berdasarkan titah penakluk Constantinopel iaitu Sultan Muhammad Al Fatih, pernah berkata,
Mereka nampaknya menyakini dan mengikut apa yang ditititahkan oleh pendahulu mereka, Sultan Muhammad Al-Fatih bahawa, “Rasa khuatirlah olehmu bila masjid masjid mu sudah tiada lagi terdengar suara anak kecil”.
“Jika suatu masa kamu tidak mendengar gelak tawa anak-anak, riang gembira di antara saf shalat di masjid-masjid, maka sesungguhnya takutlah kalian akan datangnya kejatuhan generasi muda di masa itu.”
Semoga cara mendidik anak-anak kecil ini cintakan masjid ditiru oleh masjid-masjid di Malaysia.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kalau dah sepakat nak kahwin, bakal pengantin kena lah bersedia terima kekurangan pasangan masing-masing. Hidup sebagai suami isteri ini, mengajar kita erti lengkap melengkapi.
Tak banyak true colors yang akan ditunjukkan semasa bercinta. Yang ditunjuk banyak yang indah-indah belaka. Dan memang lah masa bercinta merupakan saat yang manis. Kenapa tak kekalkan kemanisan itu setelah berkahwin? Kalau boleh kita mahu ia kekal hingga ke hujung usia.
Mungkin ingin tahu lebih banyak nasihat ‘real’ daripada pasangan bahagia yang sudah melepasi 5 tahun usia perkahwinan, gadis ini, Amirah Hazwani Bakri @mirohaz menerusi akaun twitternya menghantar pertanyaan yang berbunyi;
“Siapa yang dah kahwin more than 5 years and still so much in love and happy with your spouse (just like how you feel masa bercinta dulu), please share your marriage tips untuk orang yang baru nak start kahwin
Ciapannya itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang mana lebih18 ribu tanda suka, hamper 10 k ulangciapan.
Soalan yang bagus dari seorang gadis yang ingin tahu apakah rahsia sebenar dan terbukti berkesan untuk dipraktikkan oleh bakal pengantin baharu.
Sudah tentu ramai bakal pengantin ingin pastikan bahtera yang bakal dilayari nanti sudah tahu hala tujunya dan cara nak dikemudikan bersama suami isteri.
Banyak nasihat yang diterima dari mereka yang sudah berpengalaman dan antaranya:
Berterus terang dengan suami atau isteri mahupun anak-anak. Selalu minta maaf dan ungkapkan ‘Saya sayang awak’ tanpa perlukan sebarang sebab atau syarat.
Bagi isteri, walaupun anda tahu melakukan sesuatu, janganlah jadi terlalu berdikari sangat. Isteri elok minta pertolongan suami. Jadilah seorang isteri yang manja dan memerlukan dan mengharapkan suami.
Jangan cuba ubah diri atau memaksa pasangan berubah. Kita yang kena ubah diri kerana pasangan adalah refleksi diri kita juga.
Berbual lah dengan pasangan, jadikan dia kawan, teman dan juga pasangan.
Ungkapkan selalu kata-kata manis seperti “tolong, maaf, saya sayang awak, rindu awak, saya maafkan awak”
Rajin berdoa supaya dia sentiasa ingat pada kita walaupun kita tak ada di depan matanya.
Jangan mengharapkan sesuatu yang tinggi. Terima dia seadanya. Tak romantik pun tak apa, janji setia.
Berterus terang kepadanya. Beritahu apa yang kita harapkan daripadanya. Tanyakan duit nafkah berapa dan bagaimana pembahagian tugasan suami isteri. Bawa berbincang. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan.
Bergaduh adalah perkara biasa tetapi jangan melarat. Kena segera diselesaikan masalah yang timbul.
Jika ada kesempatan, cuba usahakan untuk solat berjemaah bersama terutamanya solat subuh dan Isya’
Perbuatan kecil ini memberi makna besar buat pasangan. Jika ada kesempatan buatlah. Cukup sekadar ciuman dan pelukan ringkas.
Selalu kena ada tolak ansur (give and take)
Jika bergaduh, jangan tidur berasingan. Allah melaknat pasangan yang bertindak sedemikian.
Kena kerap berkomunikasi jangan dipendam dalam hati. Apa yang kita rasa perlu beritahu kepada pasangan kita supaya masing-masing lebih faham antara satu sama lain.
Jangan suka mempertikai, bawalah berbincang, berkomunikasi dengan cara baik dan matang. Mungkin pillow talk dapat membantu.
Jangan lupa bermanja-manjalah dengan pasangan kita sebagaimana masa bercinta dahulu.
Jangan ada perasaan cemburu buta atau melampau. Jangan biarkan pemikiran negatif menguasai diri.
Mandi bersama, suapkan makanan kepada pasangan, berkongsi cerita dan sebagainya. Aktiviti bersama ini membuatkan pasangan tidak boleh berenggang lama.
Perkataan ganti diri ini kita biasa guna kepada kawan dan ia tidak sesuai digunakan kepada pasangan kita (ungkapan ini terkecuali semasa berdoa dengan Allah)
Perkataan ini seakan hilang sedikit demi sedikit rasa hormat sebab sudah teranggap seperti kawan sendiri.
Segala yang kita buat akan menjadi saham di akhirat jika dilakukan dengan ikhlas.
Banyakkan ucapan ‘Alhamdulillah” sebagai rasa tanda bersyukur ke hadrat Allah.
Banyakan berzikir semasa bergaduh kerana zikir akan dapat meredakan rasa marah.
Manusia semua ada ego kerana ia adalah prinsip kita. Namun pastikan kita tidak berego tinggi dan tak kena tempat. Kalau turunkan ego, kita dapat menerima kekurangan pasangan.
Dalam dunia teknologi ini, masa kita banyak dihabiskan dengan telefon. Untuk pastikan pasangan terasa tidak diketepikan, letaklah jauh-jauh telefon sewaktu bersama. Saling menghargai masa yang ada terutama sewaktu makan bersama dan menonton televisyen.
Kemudahan untuk sentiasa berhubung ada di tangan. Gunakanlah sepenuhnya seperti whatsapp. Selalu beritahu pasangan di mana kita berada dan apa yang sedang kita lakukan.
Setiap pasangan ada maruah yang perlu dijaga. Menjadi tanggungjawab kita tidak mengaibkan pasangan dan jangan mencabar pasangan kita kerana ia akan menjadi dendam tidak berkesudahan.
Membalas respon netizen yang cukup baik hati memberikan tip dan rahsia hubungan mereka dan pasangan bahagia walaupun sudah 5 tahun kahwin, dia sempat mendoakan agar semuanya kekal bahagia dan berterima kasih atas perkongsian.
Kashoorga: Segala tip dan nasihat yang diberikan ini merupakan ajaran dalam Islam. Dan sesungguhnya semua ini adalah nasihat sebenar yang dipraktikkan dan terbukti berkesan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.