Allah maha baik dan mendengar doa setiap hambanya. Cepat atau lambat, manusia itu disarankan terus berdoa kepada Allah memohon perlindungan dari Yang Maha Esa.
Ternyata perancangan Allah adalah sebaik-baiknya. Selepas 11 tahun bertarung dengan kanser limfoma, penyanyi Elyana berkongsi berita gembira dengan pengikutnya di Instagram bahawa kanser limfoma dideritainya sudah hilang.
Popular dengan lagu, Tak Tercapai Akalku, Elyana atau nama sebenarnya Elyana Emrizal berkata, semalam dirinya berkongsi rasa syukur ini dengan semua yang mengikuti perkembangan dirinya.
Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram.
Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua..
Ads
Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil!!!!! Kanser saya hilang!!!!!
Alhamdulillah Ya Allah…. Terima kasih Ya Allah,kau telah mendengar doa kami..
Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya.
Ads
Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat.. Aku pernah putus asa untuk berjuang.Aku selalu cemburu dengan kesihatan orang..
Tapi aku sangat percaya dengan keajaiban dari sang pencipta ku. Allah Maha Baik!!!
I love u Ya Allah, tulisnya.
Ads
Dan pagi ini di instagramnya, Elyana membuat kimoterapinya yang kelima dengan wajah ceria berbanding kesakitan dialaminya dahulu.
Benarlah Allah sentiasa bersama hambanya yang tidak pernah putus asa. Ku fa ya kun (jadi, maka jadilah ia).
Semoga dirinya terus kekal sihat dan pastinya ia membawa semangat kepada pesakit kanser lain untuk terus berjuang melawan penyakit mereka.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sejak beberapa hari lepas viral kisah bantuan yang diberikan oleh pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew kepada golongan yang memerlukan.
Dikatakan ramai yang tidak puas hati dengan cara dakwah yang diberikan oleh Ustaz Ebit Lew walaupun pada zahirnya beliau tidak menganggu orang lain.
Dan hari ini dalam posting terbarunya, Ustaz Ebit Lew mengakui terasa penat yang amat sangat dan kini tibalah masanya untuk berehat dan hanya akan membantu golongan susah dari rumah.
Perkongsiannya ini di laman Instagram memang sangat menyentuh jiwa. Dapat merasai kesedihan, keikhlasan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman.
“Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan.
“Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kasih sangat.
Cuma sayalah terasa sedih sangat. .
Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal.
“Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka. Perniagaan saya sebenarnya sangat baik.
“Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa pkp ini dah berjuta habis.
“Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner.
“Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan Negara Malaysia.
“Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu.
“Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadhan pada semua. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya reda.
“Saya minta maaf pada semua ye. Saya salah. Kepada Allah saya berserah. Ya Allah aku adukan sedih aku, susah aku hanya kepada Engkau.
Ternyata perkongsiannya ini turut mendapat sokongan netizen. Ramai yang memberitahu sayangkan ustaz dan memberi kata-kata semangat padanya dalam menyebarkan dakwah.
nrthiraa7_Stay strong ustaz,. We love you semoga ustaz diberikan kekuatan dan di lindungi oleh Allah. Selamat berpuasa ustaz
syazmin_sulaimanTakpe ustaz, ramai sayang ustaz. Allah sayang kita ustaz
umiernieisnieza94Bersabarlah ustaz.. in shaa allah ada hikmah sebalik semua ini.. semoga ustaz sihat walafiat disamping keluarga..
Berita baik untuk pasangan pengantin meraikan hari bahagia apabila Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memberikan kebenaran bernikah di seluruh masjid di Wilayah Persekutuan termasuk Putrajaya berkuat kuasa mulai hari ini (17 September).
Disamping kehadiran wali dan ibu bapa dari kedua belah pihak selain saksi dari JAWI, pasangan pengantin boleh membawa seorang jurugambar untuk merakam momen indah kedua mempelai disatukan di majlis berkenaan.
Bagaimana pun, kesemua 10 orang termasuk pasangan pengantin perlu memenuhi syarat ditetapkan dalam Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 termasuk sudah lengkap divaksinasi dan perlu menunjukkan sijil vaksin berkenaan apabila diminta. Dan seandainya belum lengkap di vaksin, bakal pengantin perlu menunjukkan ujian PCR tiga hari sebelum majlis.
Bekas pesakit Covid dan telah sembuh sepenuhnya adalah DIWAJIBKAN mengemukakan surat pengesahan (discharge note) daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia atau Jabatan Kesihatan Negeri. Masa yang sama, mereka bukan dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Masa yang sama, mereka tidak bergejala dan bukan kontak rapat pesakit Covid-19.
Berikut adalah kenyataan rasmi dikeluarkan oleh JAWI:-
Alhamdulillah. Kami menetapkan perluasan kebenaran Majlis Akad Nikah di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk maslahah umat Islam berkuatkuasa 17 September 2021 (Jumaat) seperti berikut :-
Masa yang sama, HANYA MAS KAHWIN dan dokumen-dokumen yang berkaitan sahaja dibenarkan berada di ruang majlis. Gambar hiasan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Siapa yang tidak mengenali Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang sangat dikenali dan viral di media sosial.
Bukan sahaja kerana ketokohan ilmu agama, tetapi personalitinya yang sangat menyenangkan.
Malah beliau lebih menggunakan pendekatan secara berhemah setiap kali menjawab segala persoalan dikemukakan atau diminta memberi pandangan dalam sebarang isu mendatang.
Dr Zulkifli, 51 tahun, dilihat sebagai seorang yang sangat tenang, humble dan sangat menyenangkan orang sekeliling termasuk disukai pelbagai kaum di Malaysia.
Justeri tidak hairanlah beliau orang paling layak menjawat jawatan Menteri Agama dalam barisan kabinet diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi.
Perdana Menteri sebelum itu memberitahu calon yang dipilih adalah mereka yang bersih dari sebarang kontroversi.
Usai perlantikan, beliau yang gemar menggunakan media sosial sebagai interaksi dua hala kepada mengikutnya memberitahu perlantikan itu sebagai episod baru dalam fasa kehidupannya.
Malah beliau tetap meneruskan aktiviti hariannya dengan menyampaikan kuliah Maghrib bulanannya di Masjid Slim River, Perak.
Mufti Wilayah Persekutuan ini juga memberitahu dengan rasa rendah diri memohon jasa baik semua sahabat agar mendoakan dirinya dikurniakan Allah kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan diberikan sepenuhnya.
Babak Pertama, Episod Baharu Sejurus selepas pengumuman pelantikan sebagai YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), seperti biasa, saya terus menuju ke Masjid Slim River, Perak untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan di sana. Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat semua untuk berterusan mendoakan saya agar saya dikurniakan Allah SWT kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan ini sepenuh keupayaan saya.
Teringat saya kepada sebuah hadith daripada ‘Abdullah bin Salam, beliau berkata: لَمَّا قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ ، اِنْجَفَلَ النَّاسُ إِلَيْهِ ، وَقِيْلَ : قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَجِئْتُ فِي النَّاسِ لِأَنْظُرَ إِلَيْهِ ، فَلَمَّا اسْتَبَنْتُ وَجْهَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَرَفْتُ أَنَّ وَجْهَهُ لَيْسَ بِوَجْهٍ كَذَّابٍ ، فَكَانَ أَوَّلَ شَيْءٍ تَكَلَّمَ بِهِ أَنْ قَالَ: (( يَا أَيُّهَا النَّاسُ ، أَفْشُوْا السَّلَامَ ، وَأَطْعِمُوْا الطَّعَامَ ، وَصِلُوْا الْأَرْحَامَ ، وَصَلُّوْا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوْا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ )). “Ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju kepada Baginda. Ada yang mengatakan: Rasulullah SAW telah datang. Lalu aku mendatanginya ditengah kerumunan banyak orang untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah Rasulullah SAW, aku mengetahui bahwa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Dan yang pertama kali beliau ucapkan adalah, ‘Wahai sekalian manusia, 1) Sebarkanlah salam 2) Berikan makan 3) Sambunglah silaturrahim 4) Solat di waktu malam ketika orang-orang tidur,
Nescaya kalian akan masuk Syurga dengan selamat.” Doakan saya, bantu saya dan berilah pandangan kepada saya. Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dalam keredhaan-Nya. Kepada Allah SWT kami berserah dan kami bertawakkal.
Ternyata perlantikan beliau diterima baik oleh warganet. Masing-masing mengucapkan tahniah dan berharap Mufti dalam menjalankan tanggungjawab diberikan dengan adil dan saksama.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?