Tambahnya juga Islam itu bermula dari rumah dan dia turut sedih apabila ibu bapa sekarang rajin berjemaah di surau tetapi dalam masa sama tidak ambil tahu sama ada anak sudah bersolat atau tidak.
Apa yang menari perhatian dalam posting ini, Farah juga turut bercerita ketika zaman perkahwinannya yang terdahulu. Menurut Farah ketika hari pertama kahwin, dia minta pada suaminya untuk solat berjemaah.
Katanya lagi, alhamdulillah sepanjang empat tahun berkahwin dia dan pasangannya dulu tidak pernah skip solat berjemaah. Malah jika bergaduh pun solat jemaah tetap diutamakan.
Tambah Farah lag, sebaik lepas solat adalah masa terbaik untuk pasangan bercakap hati ke hati. Menurut ibu tunggal ini juga antara kelebihan solat jemaah adalah dapat mengeratkan silaturrahim.
Ads
Malah selepas berpisah pun, hubungan bersama keluarga mertua tetap terjalin kukuh dan inilah yang dikatakan menguatkan silaturrahim.
“Well, aku rasa antara sisi bagus PKP ni; makayah yang dulu selalu jemaah kat masjid surau tu dah ada masa untuk tahu anak-anak dorang solat tak kat rumah – while mereka berjemaah kat sana – dulu.
“Islam starts from home. Sedih, bila, makayah makmum setia masjid, anak, tak sempat nak ambil tahu pun solat ke tak. Islam starts from home, aku ulang.
“Moga kita ambil peluang #stayathome untuk praktikkan solat/ibadah berjemaah kat rumah. Then setiap malam lepas maghrib or lepas subuh, boleh lah mula gilir-gilir siapa nak lead tazkirah sambil bincang masalah keluarga, luahan perasaan, kecik hati ke apa ke. Kan cantik tu.?
“Ke tak.? Aku pegang sangat, antara kelebihan solat jemaah adalah — ia akan kukuhkan silaturahim antara jemaahnya. Mari aku cerita sikit.
“Sebelum tu, kena minta izin nets dulu, boleh ke aku cerita pasal previous marriage aku ni.? Kang katanya tak moveon lagi pulak Okeh camni, korang moveon k. Aku lek je ni haaa.. Share moga boleh sama2 manfaat, true story katanya kan. Okay sambung.
Ads
“First day aku kawen dulu, aku terus request untuk solat jemaah setiap waktu. Alhamdulillah 4 tahun lebih kawen, boleh bilang jari berapa kali je tak berjemaah if dedua ada kat rumah.
“Even time tetamu datang pun, ktorg akan mintak diri jap untuk naik solat sama2, gaduh pun still jemaah k. Usually lepas solat tu masa paling sesuai untuk talk heart-to-heart.
Persoalannya, tadi kata solat jemaah kukuh silaturahim, tapi asal cerai puleks.? Camni. Aku cakap kukuh silaturahim kan.? Bukan kukuh rumahtangga kan.? Haaa beza.
“Atas sebab2 tertentu, yes perkahwinan kami putus ditengah lautan tapi, as many macam wonder while ktorg still boleh baik gila even lepas cerai, siap dengan family mertua pun still berkeluarga macam takde apa2, aku yakin, Allah ya Rahim, mungkin berkat berjemaah tadi, silaturahim antara kami masih sangat kuat dan dipelihara. Alhamdulillah.
Aku pulak walaupun cerai pun dah masuk 4 tahun dan belum jumpa Imam yang berkenan di hati hikhik still tiap kali nak solat akan tersilap niat as makmum. Taktau lah sebab dah terbiasa atau tu tanda tak kusyuk atau mungkin jugak tanda perlu cari #imambaru cepat2 ni kbai #ommabebel
Ternyata perkongsian Farah mendapat respon baik daripada warganet. Masing-masing mendoakan dia mendapat jodoh dan Imam yang baik satu hari nanti.
zurasamahSentiasa mendoakan yg terbaik buat farah n eam. Ameen YRA. InsyaAllah.
cimut.mimutNice sharing. Ye stuju sgt.. kene cari imam baru dh
miza721nice sharing Farah..betul parents mesti kena pantau solat anak2 ni…dan Aamiin semoga Farah akan dpt imam baru In Shaa Allah
mediformulasemoga berjumpa imam yg berkenan di hati dan dpt bw masuk syurga..
miftahulazimahPart tengah tu dh mcm kagum gila ngn principle solat jemaah.. Sekali last paragraph tu hahahaha cracks. Moga dipertemukan dengan imam yg soleh wa muslih..
Demi memastikan tahap keselamatan tidak berlaku penularan wabak COVID-19 ketika musim haji yang biasanya melibatkan jutaan umat Islam, Kerajaan Arab Saudi memutuskan tiada jemaah dari negara lain dibenarkan menunaikan haji tahun ini kecuali rakyat Arab Saudi sahaja iaitu seramai 60,000 yang bertuah tahun ini.
Selain menghadkan bilangan jemaah, masa yang sama mereka turut memperkenalkan teknologi canggih di Kaabah untuk menyambut ibadah haji iaitu memperkenalkan robot penghantar air zam-zam untuk para jemaah.
Menurut Presiden Jeneral Dua Masjid Suci, Abdulrahman Al Sudais, robot ini sudah mulai diuji di Masjidil Haram pada 13 Jun lalu dan mulai menampakkan keberkesanannya. Robot yang tampak seperti membawa dulang bertingkat ini akan mengelilingi kawasan masjid di mana orang ramai boleh mengambil air zam-zaman tanpa adanya sentuhan dengan jemaah lain.
Al-Sudais menyatakan, teknologi sangat penting untuk menjaga keselamatan jemaah haji, terutama di masa pandemik Covid-19. Namun sesuatu yang menarik, robot penghantar zam-zam ini telah ilhamkan oleh Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Amr Almaddah di mana beliau bertanggungjawab di atas teknologi yang ada di Masjidil Haram ini.
Moga dengan beberapa teknologi diperkenalkan oleh Kerajaan Arab Saudi, tahun hadapan peluang umat Islam menunaikan haji akan terbuka luas. Sama-sama kita berdoa.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Alangkah beruntung seseorang itu jika terjaga dari tidur di tengah malam. Jangan lepaskan peluang ini untuk bangun dan tunaikan apa yang patut seperti solat sunat hajat atau tahajjud.
Sebenarnya terjaga di tengah malam merupakan perkara biasa dan jika terjaga digalakkan untuk berzikir dan berdoa seperti dianjurkan oleh Rasulullah SAW.
Dari ‘Ubadah bin Shamit Radhiallahu’anhu, dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam beliau bersabda.
“Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca atau dia berdoa (dengan doa yang lain), maka akan dikabulkan doanya. Jika dia berwudhu dan melaksanakan solat maka akan diterima solatnya.”
Laa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa ‘alaa kulli syai-in qodiir, alhamdulillaah, wa subhaanallaah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar, wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah.
“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan pujian. Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Segala Puji bagi Allah, Maha Suci Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.”
Kemudian dia mengucapkan:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي
Allaahummaghfir lii.
Ya Allah, ampunilah dosaku.
Imam Ibnu Baththal Rahimahullah berkata,
“Bagi orang sampai kepadanya hadits ini, sepantasnya dia berusaha mengamalkannya dan mengikhlaskan niatnya (ketika mengamalkannya) untuk Allah Ta’ala.” (dinukil oleh Imam Ibnu Hajar Rahimahullah dalam kitab Fathul Baari 3/41).
Justeru marilah sama samalah kita berusaha mengamalkan amalan berdoa ini bila terjaga pada tengah malam. Jelas ia merupakan perkara yang mulia dan disukai Allah.
Tiada apa lebih menyedihkan saat diuji kehilangan orang tersayang. Tambah lagi jika insan tersayang itulah yang melahirkan dan membesarkan kita di dunia ini.
Perkongsian dari seorang anak muda di fbnya, Iras Haji Saldada saat kehilangan ibu tersayang minggu lalu cukup mengundang sebak di hati ramai orang. Videonya yang pernah cuba curi-curi masuk ke wad untuk menjaga ibunya yang dipotong jari kaki kerana kencing manis selain mahu berbakti menjaga ibunya di hospital sebelum dihalau oleh jururawta kerana itu wad perempuan menggambarkan hubungan anak muda ini cukup akrab dan rapat dengan arwah ibunya.
Namun minggu lalu, syurganya ini telah pergi mnemui Illahi dan ia satu kehilangan cukup besar dirasakan oleh anak muda ini.
Hubungan Iras dan ibunya amat akrab
Dalam satu perkongsian di fb dan video Tik Toknya @iras.yash, Iras akui dunianya dan syurganya itu sudah berbeza. Tiada lagi peluangnya memandikan emaknya seperti selalu, membedakkan emaknya dan mengucup syurga itu seperti selalu.
“Innalillahiwainailaihrojiun. Alhamdulillah syukur pada Illahi urusan pengkebumian mak dipermudahkan Allah SWT. Mak, dunia kita berbeza. Adik tak dapat mandikan mak lagi. Adik tak tak boleh pakaikan mak baju, bedakkkan macam selalu.
Kenangan ketika ibunya masih sihat pada tahun lalu
“Adik tak dapat lagi dah cium mak hari-hari. Ya Allah, kenangan ini akan tersemat di jiwa hingga akhir hayat. Terima kasih mak menjadi mak yang baik lagi penyayang. Banyak yang cakap mak tengah tidur je tadi. Muka senyum manis. Sejuk hati kami tengok wajah mak tu. Insya Allah, Allah ampunkan dosa mak. Tenang sangat kami tengok wajah mak. Mungkin wajah mak tu seronok tak sabar nak balik rumah kekal abadi di sana. Sebab tu nampak tersenyum gitu. Terima kasih semua yang mendoakan mak. Maaf Iras tak sempat lagi nak reply satu-satu komen tu. Terima kasih semua. Semoga doa-doa kalian diangkat Allah SWT, Amiinn.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Malam Lailatul Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadan sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan...