Pempengaruh media sosial terkenal, Ayana Moon berkongsi khabar gembira apabila diterima melanjutkan pengajian bagi ijazah kedua di Universiti Oxford, United Kingdom dalam bidang Master of Public Policy (MPP). Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di media sosial miliknya selepas beliau terlebih dahulu berkongsi berita tersebut bersama ahli keluarga serta rakan terdekat.
Menurut Ayana, keputusan untuk menyambung pengajian di institusi berprestij dunia itu dibuat selepas melalui tempoh pertimbangan yang panjang. Katanya, beliau sebelum ini meneliti pelbagai pilihan sebelum akhirnya memilih untuk memulakan bab baharu dalam perjalanan hidupnya di universiti tersebut.
“Alhamdulillah, saya diterima masuk ke Universiti Oxford untuk ijazah kedua. Saya sudah berkongsi kegembiraan ini dengan keluarga dan rakan terdekat sebelum memaklumkannya kepada semua,” katanya.
Tambah Ayana, selepas sekian lama bergerak tanpa henti, beliau merasakan sudah tiba masanya untuk membuka lembaran baharu dalam kehidupan dengan memberi tumpuan kepada bidang akademik.
Ads
“Saya sudah lama berlari tanpa henti dan mempertimbangkan pelbagai pilihan. Selepas berfikir panjang, saya akhirnya membuat keputusan untuk memulakan bab baharu di Oxford,” ujarnya.
Ads
Dalam masa sama, beliau berharap langkah tersebut dapat memberi inspirasi serta membuka lebih banyak peluang kepada generasi Muslim untuk mencapai kecemerlangan.
Ads
“Untuk lebih banyak kecemerlangan dan lebih ramai pemimpin Muslim. Insya-Allah, amin,” katanya.
Ayana Moon atau nama penuhnya Ayana Jihye Moon merupakan pempengaruh Muslimah berasal dari Korea Selatan yang dikenali ramai selepas memeluk Islam.
Beliau menjadi popular khususnya di Malaysia dan Indonesia menerusi kandungan media sosial yang memaparkan kehidupan sebagai Muslimah, perkongsian mengenai hijab serta pengalaman menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim di Korea sehingga berjaya meraih jutaan pengikut di platform digital.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Puluhan al-Quran dan kitab agama di bangunan asrama perempuan Sekolah Menengah Islam (SMI) Addimyati, Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor bukan saja terselamat malah langsung tidak terjejas dijilat api dalam kebakaran semalam.
Menurut Pengetuanya, Mohd. Anuar Fitri Jusoh, dia terkejut mendapati rak menempatkan kitab suci di dalam surau asrama itu masih dalam keadaan sempurna.
“Selain asrama, kebakaran itu mengakibatkan kemusnahan tandas dan dan dinding turut terbakar. Saya menganggap kesempurnaan al-Quran yang terselamat daripada dimamah api itu sebagai keajaiban Allah,” katanya.
Memetik laporan Kosmo! semalam, kebakaran menyelamatkan nyawa 13 pelajar perempuan itu melibatkan bangunan teres satu tingkat termasuk surau, perpustakaan, bilik kuliah kecil dan tandas.
Sementara itu, mangsa yang juga ketua asrama, Nisa Athirah Ahmad Ridzwan, 17, menjelaskan ketika kejadian dia bersama 12 pelajar lain sedang nyenyak tidur, kira-kira pukul 3.45 pagi.
“Namun, saya terjaga selepas terbau asap dan terkejut melihat percikan api daripada kipas bilik yang jatuh ke tilam. Tanpa berfikir panjang, saya terus memanggil semua rakan supaya keluar dan membunyikan siren kecemasan di luar asrama itu,” katanya.
Begini caranya bersihkan air kencing anak atas tilam atau tempat mudah meresap, elak terbawa dalam solat kerana terkena najis.
Bila kita mempunyai anak kecil, memang kita harus berwaspada bab najis ini apatah lagi anak terkencing di tempat yang mudah menyerap air seperti sofa atau tilam.
Ikuti perkongsian Puan Zuraila Mohd Noor ini dan hadam baik-baik perkongsiannya:
Ada yang tanya macam mana kalau anak kencing atas tilam, sofa, kusyen kereta, karpet dan seangkatannya.
Yang ini kita sedia maklum kebanyakan jenis menyerap air bukan macam lantai rumah. Konsep nak membersihkan masih sama,
1. Hilangkan ain najis. Fizikal najis yang kita nampak atau bau atau rasa.
2. Lalukan air ke atas kesan najis. Air mutlak ya jangan pula campurkan air dengan softener, sabun atau sebagainya.
Kena sediakan bahan untuk hilangkan ain najis sama ada tisu, kain, vacum atau apa saja. Yang paling senang kita hendak capai selalunya tisu atau kain kan…
Ambil tisu lap air kencing anak. Selagi tisu basah selagi itu maknanya ada najis. Lap lagi, kemudian ulang banyak kali sampai kita rasa tisu atau kain yang kita gunakan dah tak basah dengan najis.
Bila sudah yakin ambil air lalukan atau curahkan atau jiruskan ke atas tempat yang anak kencing tadi. Kalau jenis tilam atau sofa atau kusyen kereta jenis tak menyerap air boleh ambil satu bekas letak di bawah untuk menadah air yang akan menitik.
Kalau jenis yang memerangkap air tidak apa biarkan air terperangkap dibahagian dalam yang penting permukaan dikira suci dan bersih dan bebas najis. Sebab kita tak pikul tilam atas belakang bila hendak solat.
Bukanlah tak boleh hendak gunakan sabun masa mencuci. Boleh bagi hendak hilangkan jika ada bau. Tapi jangan campurkan sekali dengan air sebab syarat hendak mensucikan najis ialah air suci lagi menyucikan.
Cara salah yang biasa orang buat,
Anak kencing atas tilam terus keringkan dan semburkan pewangi untuk hilangkan bau.
Cara kedua pula, anak kencing atas tilam terus curahkan air ke atasnya tanpa hilangkan ain najis dahulu.
Anak kencing atas tilam dibiarkan kering tanpa dicuci. Ada juga, anak kencing atas tilam, bawa tilam jemur tengah panas tanpa cuci.
Bila ambil wuduk tangan terpegang tilam yang bernajis dan bawa najis ke dalam solat.
Kemudian, bila travel selesai ambil wuduk terpegang kusyen kereta bernajis dan bawa najis ke dalam solat.
Bila ambil wuduk terpijak karpet yang ada najis dan bawa najis ke dalam solat.
Ada yang cakap,
‘Kalau saya angkat saja terus masuk bilik air cuci.’
Ya. Terpulang atas diri sendiri. Tapi keadaan setiap orang tak sama. Ada orang ada punca air yang terhad. Ada orang duduk rumah tinggi tidak ada halaman.
Malah, ada orang duduk rumah kos rendah yang bilik air cuma muat badan sendiri saja. Islam sediakan solusi yang sesuai dengan semua orang.
‘Saya basuh ulang tiga kali. Lagi suci lagi menyucikan.’
Ya. Juga terpulang kepada diri sendiri. Kalau ain najis sudah dihilangkan dengan sekali ia sudah dikira suci. Kalau ain najis belum hilang dengan sekali boleh ulang sehingga ain najis hilang.
Manakala, kalau hendak ulang sampai sepuluh kali pun tidak ada masalah tapi membawa kepada pembaziran pula.
Dalam hal ini, Imam Al Nawawi telah menukilkan pendapat Imam Syafie bahawa,
Sekiranya dipanaskan sekeping besi dan kemudian besi tersebut disiram dengan racun (najis) atau dibasuh dengannya. Dan kemudian, najis tersebut telah meresap masuk ke dalam besi tersebut. Kemudian, besi tersebut dibasuh dengan air, maka ia kembali menjadi suci kerana kesucian itu adalah berdasarkan apa yang zahir (dilihat) dan bukannya pada apa yang ada di dalam rongga (tidak nampak).
Islam itu mudah jangan disusahkan dan jangan pula dipermudah mudahkan.
Kashoorga: Pilihlah cara yang sesuai dan terbaik buat kita, kerana Islam itu memudahkan.
Menjadi pasangan pengantin baru yang mahu memulakan hidup sendiri memang satu momen sangat menggembirakan.
Apatah lagi jika dapat tinggal di rumah sendiri tanpa gangguan keluarga kedua belah pihak.
Inilah masanya untuk belajar hidup berdikari dan menjalani fasa kehidupan sebagai pasangan suami isteri.
Namun bagi mereka yang baru berpindah masuk, ada ada perlu dilakukan agar terhindar dari anasir jahat yang mungkin menganggu keharmonian rumah didiami.
Bagi yang baru mendapat kunci kediaman baru eloklah perkara ini diamalkan sebelum berpindah masuk selain mencucinya.
Melaunkan azan ketika pertama kali masuk ke rumah baru. Ia juga baik bagi bagunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa.
Dalam hadis, Rasulullah SAW pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa pernghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jim yang dikenali sebagai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang ddibacakan Surah Al-Bawarah.”
Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yassin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah SAW juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki.
Baginda bersabda yang bermaksud : “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riawayat Al-Baihaqi)
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutama 7 malam pertama anda memdudui rumah atau bangunan.
Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Rasulullah SAW sebanyak 7 kali, ayat Kursi satu kali, di ayat yang terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Walaubagaimanapun, ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin disekeliling rumah.
– Ambil air kemudia baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan Al-Nas). – Kemudia tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. – Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan dimulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Memaafkan dalam Islam merupakan akhlak mulia yang dijanjikan ganjaran besar oleh Allah SWT. Ketahui pandangan Islam tentang memaafkan orang yang menyakiti kita serta hukum menjauhkan diri tanpa memutuskan silaturahim.