
‘Puluhan Al-Quran dan kitab agama masih dalam keadaan sempurna.’ Selamat, langsung tidak dijilat api dan masih terletak elok di tempatnya.
Allahuakbar! Semua yang berlaku atas kehendak Allah SWT. Perkara sebegini bukanlah pertama kali berlaku.
Puluhan Al-Quran
Puluhan al-Quran dan kitab agama di bangunan asrama perempuan Sekolah Menengah Islam (SMI) Addimyati, Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor bukan saja terselamat malah langsung tidak terjejas dijilat api dalam kebakaran semalam.
Menurut Pengetuanya, Mohd. Anuar Fitri Jusoh, dia terkejut mendapati rak menempatkan kitab suci di dalam surau asrama itu masih dalam keadaan sempurna.
Kitab Agama Masih Dalam Keadaan Sempurna
“Selain asrama, kebakaran itu mengakibatkan kemusnahan tandas dan dan dinding turut terbakar. Saya menganggap kesempurnaan al-Quran yang terselamat daripada dimamah api itu sebagai keajaiban Allah,” katanya.
Memetik laporan Kosmo! semalam, kebakaran menyelamatkan nyawa 13 pelajar perempuan itu melibatkan bangunan teres satu tingkat termasuk surau, perpustakaan, bilik kuliah kecil dan tandas.
Artikel Berkaitan:
Selamat, Langsung Tidak Dijilat Api
Sementara itu, mangsa yang juga ketua asrama, Nisa Athirah Ahmad Ridzwan, 17, menjelaskan ketika kejadian dia bersama 12 pelajar lain sedang nyenyak tidur, kira-kira pukul 3.45 pagi.
“Namun, saya terjaga selepas terbau asap dan terkejut melihat percikan api daripada kipas bilik yang jatuh ke tilam. Tanpa berfikir panjang, saya terus memanggil semua rakan supaya keluar dan membunyikan siren kecemasan di luar asrama itu,” katanya.
Baca Di Sini:
‘Wajah Bersih, Tiada Kesan Terbakar.’ Jenazah 4 Beradik Selamat Dikebumikan Dalam 1 Liang Lahad
Kashoorga: Syukur Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa.
Sumber: Kosmo Online
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
“Ibu Bapa Tak Pantau & Terlalu Percaya Anak”, Polis Dedah 9 Dari 10 Remaja Bawah 16 Tahun Ketagih Lakukan Maksiat

Hari ini anak menjadi raja dan ibu bapa hamba. Ini kerana ramai ibu bapa yang mengambil mudah soal mendidik anak, kurang menerapkan ilmu agama dan menyerahkan segala keputusan kepada anak kerana mungkin sudah bosan menasihati. Ditambah faktor ekonomi, rata-rata ibu bapa sibuk mencari duit hingga mengabaikan memberi pendidikan agama secukupnya kepada anak khususnya anak perempuan.
Pendedahan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ini sebenarnya amat menakutkan dan pastinya menggerunkan golongan ibu bapa yang memiliki anak perempuan.
Satu hasil kajian yang sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan sembilan daripada 10 remaja perempuan bermasalah yang ditemu bual mengaku ketagih seks walaupun menyedari perkara itu melanggar moral dan berdosa di sisi agama.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, Pegawai Psikologi D11 sedang menyiapkan kajian berkaitan isu itu membabitkan ribuan golongan remaja wanita yang terbabit dalam kes rogol atau disiasat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.
Menurutnya, pihaknya mendapati golongan remaja yang pertama kali terjerumus melakukan hubungan seks bebas sudah mula ketagih untuk mengulanginya lagi.
“Lebih membimbangkan apabila mereka ini membabitkan remaja berusia belasan tahun. Ramai antaranya berusia 16 tahun ke bawah.
“Kajian mendapati kebanyakan mereka ini mempunyai tahap keinginan seks yang tinggi.
“Pada awal tahun ini sahaja, pasukan D11 sudah menerima dua kes membabitkan remaja perempuan yang menawar khidmat seks. Mereka ini melakukan hubungan seks bagi tujuan kepuasan dan keseronokan sendiri.
“Ada satu kes itu, remaja terbabit sudah menawarkan khidmat itu kepada enam pelanggannya, malah ketika ditemu bual mereka memberitahu sudah mula ketagih untuk melakukannya.
“Lebih memburukkan keadaan apabila ahli keluarga tidak mengetahui kegiatan luar dilakukan anak mereka ini. Mereka mempercayai bulat-bulat anak mereka,” katanya.
Tahu perbuatan salah di sisi agama
Siti Kamsiah berkata, ketika ditemu bual, remaja perempuan terbabit mengakui dan menyedari perbuatan itu salah di sisi agama serta merosakkan masa depan.
“Bagaimanapun perbuatan ini sukar dibendung berikutan ibu bapa tidak memantau pergerakan anak perempuan masing-masing menyebabkan mereka berani melakukannya.
“Mereka tidak diajar panduan menjalani kehidupan sebagai anak dan remaja hingga akhirnya terjebak dengan kegiatan itu. Mereka ini tiada ejen sebaliknya menggunakan media sosial untuk mencari pelanggan. Mereka sanggup menawarkan diri serendah RM50 untuk melakukan hubungan terlarang itu.
“Namun hasil temu bual dilakukan, wang bukanlah perkara utama namun kepuasan dapat melakukan hubungan seks lebih menjadi keutamaan,” katanya.
Beliau berkata, kegiatan ini harus dibendung supaya tidak menular dalam komuniti masyarakat.
“Lebih menggusarkan jika ada individu mengambil kesempatan ke atas mereka. Golongan remaja ini tidak dididik secara sempurna manakala ibu bapa pula tidak mempunyai ilmu dan memberikan kefahaman agama mencukupi.
“Biasanya ibu bapa remaja ‘terbabas’ ini tidak dapat menjangkakan risiko dan ancaman di sekeliling anak-anak selain terlalu memberi kepercayaan. Ini akhirnya menyebabkan berlakunya kes rogol di mana ada dalam kalangan remaja melakukan perbuatan itu dengan kenalan media sosial baru dikenali. Di sini bermulanya masalah apabila mereka akhirnya menjadi ketagih terhadap perbuatan maksiat itu,” katanya. Sumber :- Harian Metro
Berkat Beri Duit Pada Emak, Esoknya Allah Gandakan Rezeki. Usahawan Berjaya Datuk Alha Alfa Kongsi Tip Murah Rezeki!

Siapa tidak kenal dengan Pengasas Kosmetik terkenal, Datuk Abdul Halim Mohd Al Fazil atau lebih dikenali dengan nama Alha Alfa. Usahawan berjaya ini begitu rapat dengan ibunya, insan paling dimuliakan. Oleh sebab itu rezeki tidak pernah menjauh dari hidupnya.
Dalam satu perkongsian di laman sosial Instagramnya, beliau ada memberitahu betapa rezeki itu jika dikongsi berama orang lain akan berganda jadinya. Dan insan itu adalah ibunya sendiri, Norsham Ahmad.
Beliau yang berpengalaman sebagai jurusolek selebriti popular seperti Jihan Muse, Amy Mastura, Nelydia Senrose, Zara Zya dan Fasha Sandha berkongsi amalan sedekah yang dilakukannya, namun bukan bertujuan untuk riak tetapi sekadar berkongsi manfaat sedekah kepada netizen.
Menurutnya setiap amalam baik tidak kira kecik akan Allah gandakan. Beliau memberitahu dulu sebaik habis pengajian di UITM, tidak bekerja dan duit simpanan juga cepat habis. Malah keluarganya juga tidak pernah membeli kereta baru sebaliknya ayah hanya mampu memakai kereta second hand.
Namun selepas memberi rezeki pada ibunya walaupun ketika itu tidak mempunyai wang mencukupi, tetapi keesokan harinya tanpa disangka dia mendapat rezeki berlipat ganda.
Bermula dari situ Alha percaya jika mampu berkongsi rezeki yang sedikitpun pasti akan digandakan oleh Allah SWT.
Share magic bersedekah
alha nak share smthg..hrp korg sudi baca..alhamdulillah segala nikmat yg allah dh bg pd kite harini.posting ni bkn nk menunjuk2/ riak or ape sekali pun..sepatutnya tgn kanan menderma tgn kiri di sorokkan..tp alha nak share skit je dgn followers n sahabat2.MAGIC bersedekah..n amalan2 kecik yg kite blh buat n ALLAH ganda kan..alha nak share dgn korg..pengalaman yg alha xleh lupa..
Lepas habis UiTM memang tak kerja, tapi cabar diri beli kereta baru
lps habis UITM,alha mmg xkeje..keje pun m.up yg xnmpak simpanannya..duit mmg dpt habis dpt habis..family alha xpnh dpt beli keta baru..ayh beli keta mesti 2nd hand..so lps hbis uitm alha cabar diri amik keta baru.. ALZA tau! bangga nya allah yg tau.. zero deposit n pakcik alha bantu dptkn keta tu guna mcm2 cara..bg alha nak byr sbln rm700 tu dgn baru lps blajar n xkeje sgt ssh..
Satu hari bawak kereta minyak abis & tak ada duit isi minyak. Teringin pula makan cendol & korek duit dalam kereta untuk beli
tapi xnk tnjuk kat ibu ayah..ada satu tahap ni, alha igt lagi..alha bwk keta minyak nak hbis nk isi minyak xde dah duit..lalu plk kat BUKIT DAMANSARA..ada cendol mamak..teringin mcm org mengidam tu kot,.alha stop tepi..tgk lori cendol tu..duit xde tapi xtaw nape benti..korek2 celah2 keta dlm beg ada duit syiling sen2..alha kira2 adalah dlm rm1.80 xsilap..gi kat mmk tu tany dlu brpa satu? xsilap mmk tu ckp rm2 kot..msuk blik keta korek2 selagi ada lubang dlm keta tu dlm beg alhamdulillah jmpa 20sen.
Masuk kereta sedut cendol itu dengan rasa puas
tp nak g beli usha dlu org xde..baru cpt2 lari kat mmk td..acah2 “mmk i ada byk duit syiling..u mau duit kecik ke? padahal itu je yg ada ..alhamdulillah mmk tu amik! berlari ke keta sedutttt laju2..ya allah time tu rasa mcm nikmatnya..pas2 tersandar kat keta mula sedih..smpi mcmni nak beli cendol pn duit xde..
Rasa susah sendiri, depan family tak boleh tunjuk. Emak tanya ada duit tak, terus bagi walaupun hanya ada RM50 masa itu…
ALLAH bg alha rasa sendiri susah..nk mkn duit xde..tp dpn org dpn family xleh tunjuk..nmpk tak EGO tu camne! haha.1hari magic brlaku..alha ada rm50 je dlm wallet..blik umah ibu tnya ada ke wet ckit..hehe alha pun jwb ada..nah…rm50..lps bg tu berfikir lagi..esok camne nak g keje ni?
Untuk esok fikir lainlah & minta emak doakan balik murah rezeki. Esoknya ada orang call beritahu ada cheque kena ambik. Subhanallah, percayalah Allah gandakan terus rezeki
xpelh nantilah pikir..ibu doakn balim murah rzki tau.esk tu karangkraf call! rupanya ada 3 cheque xamik ag! dpt la rm600!! strt tu alha pcaya allah akan gnda n gandakn.cara plg snang,g mkn nmpk org susah,g counter byrkn.doa 1hari klu kite kt tmpt die,ada org bantu kite.alha bkn ustz tp ni je mmpu share.korg try ok! i.allah~
Wanita Kongsi Travel Umrah Secara Solo. Bab Duit No 2, Pertama Keyakinan Pada Allah Kena Tinggi

Bagi tetamu Allah yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah pasti merindui suasana di bumi baroqah itu. Di sana sini kelihatan ramai melakukan ibadat dan seakan tidak kisah dengan soal duniawi.
Suasana Masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang tenang membuatkan ramai merinduinya apabila kembali ke tanahair masing-masing.
Dalam pada itu, ramai yang mengikuti agensi pelancongan ke tanah suci kerana merasakan lebih mudah. Hanya perlu keluarkan wang dan segalanya tersedia. Tapi bagi yang berhajat melakukan umrah diy boleh follow tips dikongsikan oleh Farhaany Nawawi, 29 yang baru saja balik dari Tanah Suci selepas melakukan kembara secara solo minggu lalu.
Jelas Hani, dia sebelum ini pernah melakukan umrah berdua dengan kakaknya awal Februari 2020 dan kali ini dirinya kembali menjadi tetamu Allah secara sendirian, iaitu pergi solo. Ya, seorang diri.
Akui Hani, dirinya mengambil keputusan hanya seminggu sebelum membuat keputusan dan ketika itulah pencarian tiket kapal terbang, urusan visa, hotel di Makkah dan Madinah dilakukan dan seterusnya terbang ke Arab Saudi dan turun di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah.
Dirinya akui selesai umrah dirinya kemudian membuat perjalanan ke Madinah menggunakan pengangkutan keretapi. Selesai segalanya, dirinya pulang melalui Madinah.
“Kos keseluruhan dari awal hingga akhir termasuk masih murah berbanding ikut travel agent. Lagi satu murah sebab semuanya buat sendiri untuk tempoh 10 hari tersebut.




Keyakinan pada Allah kena tinggi
Dalam pada itu, jelas Hani, bila travel secara solo, duit perkara kedua tapi paling utama ialah keyakinan tinggi pada Allah. Dirinya turut berkongsi tips yang ditulisnya di fb miliknya @haany harraz.
Di saat Allah jemputku ke sini, kuat keyakinan saya kepada Allah bahawasanya untuk ke Haramain
1. Urusan duit itu letaknya nombor 2.
2. Kekuatan niat itu yang utama.
3. Bersungguh-sungguhlah menangis dalam doa minta kepada Allah untuk menjemput kita dalam masa terbaik walau apa jua situasi kita.
4. Sentiasalah bersangka baik kepada-Nya.
5. Minta doa daripada kawan-kawan terutamanya yang berada di Tanah Suci.
6. Selalu lihat live dan posting kawan-kawan berkaitan Tanah Suci supaya hati sentiasa terpaut untuk jadi Tetamu Allah Yang Istimewa.
7. Sentiasa support kawan-kawan yang nak jadi Tetamu-Nya meskipun belum tiba giliran kita.
Moga-moga, langkah ini menjadi permulaan baik buat semua yang rindu menjadi tetamuNya. Insyaallah pasti Allah undang lagi dan lagi. Rindu Haramain tiada penghujung



Dalam temubual dengan KASHOORGA, pengusaha rempah sup dan nasi arab terkenal ini, Rempah Che Fatimah, Hani menjelaskan kos makannya lebih kurang RM200-RM300 kerana dirinya memasak sendiri.
“Saya bawa periuk kecil. Masak dalam bilik hotel saja. Adakalanya saya beli makanan luar. Di Masjidil Haram, hotel saya jarak perjalanannya dengan Kaabah cuma 5 minit sahaja. Di Madinah lebih kurang lapan minit menuju ke pintu Raudah iaitu pintu 25.
“Cuma kalau travel solo, adakalanya dapat pemandu teksi yang tak faham bahasa inggeris agak sukar sikit. Tapi saya buat begini. Saya tunjuk lokasi, tetapkan harga dan saya buka waze. Kalau pemandu teksi cuba menipu, saya tunjukkan waze itu dan mereka tahu kita juga tak mudah ditipu.
“Tapi sebenarnya di ada saja bas-bas yang boleh naik secara percuma untuk ziarah di sini. Saya juga gunakan kemudahan itu. Nak kata ada ujian tu tak juga cuma di Masjid Nabawi, saya hilang selipar. Baliklah berbaki ayam untuk jarak perjalanan lebih kurang 15 minit. Nak beli kasut, tak jumpa kedai.
“Selebihnya Allah amat memudahkan urusan saya. Nak ambil gambar kenangan saya minta tolong pada orang Malaysia yang ramai saya jumpa. Dapatlah juga berborak dengan mereka,” katanya mengakui ramai mesej kepadanya untuk turut sama melakukan umrah DIY.
“Insya Allah, Oktober ini dan Januari tahun depan saya buat lagi umrah secara DIY,” katanya yang mengakui, bila segalanya sendirian, keyakinan pada Allah adalah tertinggi.
“Insya Allah, kalau niat baik, Allah akan memudahkan urusan kita untuk beribadah,”jelasnya.