Kebanyakan tandas di pusat membeli belah direka secara corak yang sama hingga orang lelaki yang mahu melepaskan hajat membuang air kecil akan melakukannya secara berdiri.
Apakah hukum kencing berdiri yang sebahagian lelaki mengambil remeh isu terutama melibatkan bab istinjak ini.
JAWAPAN:-
Waalaikumussalam w.b.t. Isu ini telahpun dibincangkan oleh para ulama sejak sekian lama. Mereka terbahagi kepada dua pandangan sama ada yang melarang ataupun yang membolehkannya. Berikut merupakan dalil- dalil yang berkaitan dengan isu kencing berdiri.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin A’isyah R.anha beliau berkata:-
مَنْ حَدَّثَكُمْ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَبُولُ قَائِمًا فَلاَ تُصَدِّقُوهُ مَا كَانَ يَبُولُ إِلاَّ قَاعِدًا
Ads
Maksudnya: Sesiapa yang bercerita kepada kalian semua bahawasanya Rasulullah S.A.W itu kencing berdiri maka janganlah kalian mempercayainya. Tidaklah Rasulullah S.A.W itu kencing melainkan dalam keadaan duduk. Riwayat al-Tirmizi (12)
Juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah Ibn al-Yaman R.A beliau berkata:-
أَتَى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم سُبَاطَةَ قَوْمٍ فَبَالَ قَائِمًا ثُمَّ دَعَا بِمَاءٍ فَجِئْتُهُ بِمَاءٍ فَتَوَضَّأ
Ads
Maksudnya: Nabi S.A.W mendatangi tempat buangan sampah sebuah kaum, kemudian baginda kencing secara berdiri. Kemudian baginda meminta air lalu aku membawanya dan baginda pun berwudhuk. Riwayat al-Bukhari (224)
Kedua-dua hadis di atas dilihat seakan-akan saling bercanggahan di antara satu sama lain. Akan tetapi, kami menyebut di sini berkenaan cara untuk mengharmonikan di antara kedua-dua dalil tersebut adalah dengan mengatakan: Dibolehkan kencing secara berdiri berdasarkan hadis Huzaifah, manakala yang lebih afdhal adalah kencing secara duduk kerana itulah yang paling kerap dilakukan oleh Rasulullah S.A.W bahkan inilah sunnah baginda sendiri.
Kata Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah: Yang zahirnya baginda melakukannya (kencing secara berdiri) adalah untuk menjelaskan akan keharusannya dan dalam banyak keadaan baginda membuang air kecil secara duduk. Lihat Fath al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari, Ibn Hajar (1/330).
Saya mempunyai kebun dan sering dikacau oleh babi yang merosakkan tanaman. Ada masa saya akan membetulkan kembali tanam yang dirosakkan oleh haiwan ini dengan menanam semula. Bagaimana kedudukannya, perlukan disertu Dato, tuan tuan.
Sekian terima kasih.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Pada awalannya kami bawakan di sini dalil serta pandangan ulama berkenaan kenajisan babi.
Ulama telah berijmak bahawa babi adalah najis secara zatnya. Ini berdasarkan nas al-Quran. Kesemua bahagian babi sama ada rambut, dagingnya, tulang, kulitnya adalah najis walaupun disembelih.[1]
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi – kerana sesungguhnya ia adalah kotor – atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah”. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Maksudnya: “Untuk membersihkan bejana kamu apabila dijilat anjing hendaklah kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali. Basuhan pertama hendaklah dengan air bercampur tanah.”
Riwayat Muslim (279)
Pandangan mazhab Syafie dan Ḥanbalī terhadap nas hadis ini, mereka menqiaskan babi dengan anjing di mana anjing merupakan najis seperti yang disebut dalam hadis (إذا ولغ الكلب), maka babi lebih najis dari anjing kerana keadaannya lebih buruk daripada anjing.[2]
Pembahagian Najis: Najis ‘Aini dan Najis Hukmi
Najis Aini ialah semua najis yang berjisim yang dapat dilihat atau mempunyai sifat zahir iaitu warna atau bau seperti tahi, kencing dan darah.
Najis Hukmi ialah semua najis yang telah kering dan kesannya telah hilang. Dengan kata lain, kesan warna atau bau najis tersebut tidak ada lagi. Contohnya baju yang terkena kencing kemudian ia kering dan kesannya tidak zahir lagi.[3]
Kategori Kenajisan Babi
Khinzir dikategorikan sebagai najis mughallazah (مُغَلَّظَةٌ) ialah najis jenis yang berat, iaitu anjing dan babi. Dalil menunjukkan najis ini jenis yang berat ialah ia tidak memadai membasuhnya dengan air sekali sahaja seperti najis-najis yang lain. Dalam hal ini, ia mestilah dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali. Satu daripadanya dengan air tanah. Diqiaskan hukum babi kepada hukum anjing sebagai najis mughallazah kerana babi lebih buruk keadaannya daripada anjing.[4]
Cara Bersuci daripada Najis
Cara-cara bersuci daripada najis mughallazah iaitu anjing dan babi dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali, dan satu daripadanya adalah dengan air tanah sama ada najis tersebut najis aini atau hukmi, dan sama ada terkena pada pakaian, badan atau tempat.[5]
Berdasarkan pendapat para ulama, maka menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie bahawa babi terdiri daripada najis ‘ain dan perlu disamak sebanyak tujuh kali dan satu daripadanya ialah dengan air tanah apabila terkena najisnya.
Huraian
Namun begitu dalam persoalan yang diajukan hanya kesan perbuatan babi merosakkan tanaman sahaja yang didapati di kebun yang diusahakan. Akan tetapi tidak dapati kesan najis dalam kawasan tersebut. Oleh yang demikian tidaklah dihukumkan kawasan tersebut bernajis. Ini kerana pada asalnya tiada najis maka tidak dihukum najis sehinggalah dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna.
Adapun, bekas tapak kaki atau kawasan ia bermain atau mencari makanan dengan memusnahkan tanaman yang sukar dielak maka ia termasuk dalam perkara umum balwa iaitu perkara yang sukar dielakkan. Oleh yang demikian maka berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka tidaklah perlu disamak.
Orang solat adalah orang yang menjaga tiang agama, jika tidak solat, runtuhlah pegangan agama kita, boleh jadi juga hilang pahala amal kebaikan selama ini. Bab solat tidak boleh dibuat main. Jangan ingat, asalkan sudah tunaikan lima waktu solat, kita sudah dikira selamat dari api neraka? Tanggapan itu adalah SALAH!
Parah kalau berterusan begini. Yang bersolat pun belum terjamin tempatnya di syurga, apatah lagi jika tidak bersolat. Justeru itu, amat lah mustahak kita menjaga segala keperluan sah solat. Banyak perkara perlu diberikan perhatian. Kita ikuti pesanan Dai’ Luqman menerusi akaun instagramnya tentang Orang Bersolat Masuk Ke Neraka”
Hati-hati lah kita dalam mendirikan solat. Solat ini bukan setakat buat settle ja. Banyak benda yang kena ambil tahu tentang solat. Antaranya :
Perkara paling penting sebelum solat atau apa-apa ibadah yang kena ada wuduk. Tidak sah wuduk, maka tidak sahlah solat atau ibadah lainnya. Tidak sah solat, maka penat sahaja lah yang dapat.
Setiap rukun fe’li harus dijalankan sempurna selagi mana mampu. Kalau tidak mampu, maka dimaafkan
Berhenti sebentar selepas rukun-rukun yang ada thoma’ninah padanya iaitu rukuk, iktidal dan sujud. Cukup sekadar menyebut ‘Subhaanallah’
Salah satu hikmah kita mendirikan solat adalah untuk membentuk kita menjadi seorang yang tertib, berhati-hati dan sopan bila kita solat. Dan membawa sifat-sifat tu pada luar solat.
Orang yang benar-benar solat, sudah pasti di luar solatnya seorang yang tenang dan bersopan santun dengan makhluk lainnya. Semoga solat mampu membentuk keperibadian kita yang unggul dan baik.
Allah berfirman dalam surah al-Ma’uun ayat 4&5:
“Neraka Wil lah bagi ahli-ahli solat. Mereka yang dalam keadaan lalai ketika solat mereka”
Dan posting Dai’ Luqman mendapat banyak pertanyaan tentang solat. Berikut adalah sebahagian kecil soalan daripada netizen:
Soalan: Dai kalau kita berwuduk tapi tak kena telapak kaki sah kah solat kita?
Jawapan: Kalau telapak kaki tu tidak ada apa-apa yang jadi penghalang daripada dia berwuduk (sakit, bersimen etc.), maka tidak sah wuduk jika tak dibasuh. Wallahua’lam
Soalan: Macam mana lah solat sebelum ni dai? Tak sah kah? Kena qada balik?
Jawapan: Dimaafkan sebab kita tidak tahu. Tapi lepas ini jangan buat lagi sebab kita dah tahu sekarang. Wallahua’lam
Soalan: Ustaz nak tanya satu soalan. Masa solat dan nak bangun dari sujud, saya terpijak kain telekung sampai tercabut. Nak berhenti solat atau teruskan sahaja? Jawapan: Perbaiki secepat mungkin, teruskan solat.
Soalan: Tapi, tidak dikira banyak pergerakan kah tuan? Dalam masa nak betulkan telekung?
Jawapan: Itu adalah pergerakan yang dikira masyaqqah, bukan pergerakan tanpa keperluan yang mustahak. Wallahua’lam
Soalan: Nak tanya, orang-orang ini akan dihisab dulu di neraka kemudian akan ke syurga atau akan kekal dalam neraka Wil? Jawapan: Proses hisab di Padang Mahsyar, sebelum penentu syurga dan neraka. Proses hisab hanya untuk Muslim, yang tidak memeluk Islam terus ke neraka. Wallahua’lam
Soalan: Ustaz, Kalau pada bahagian badan yang tidak wajib wuduk (contohnya betis ke atas siku ke atas) ada contengan pen tetapi tidak di bersihkan, adakah sah solatnya?
Jawapan: Sah, tidak ada masalah. Kalau benda bukan najis. Kalau najis wajib dibersihkan sebab salah satu dari syarat sah solat adalah pakaian bersih dari najis. Wallahua’lam
Soalan: Apa maksud orang yang lalai? Terlupa rakaat pun boleh dikira lalai tak?
Jawapan: Lalai di sini adalah solat sekadar buat, bukan solat kerana Allah. Sedangkan terlupa bilangan solat itu tidak termasuk dalam lalai, itu adalah kerana gangguan syaitan yg menimbulkan was-was bagi orang yang bersolat. Wallahua’lam
Soalan: Penjagaan makhraj huruf dalam bacaan solat tidak kira bacaan yang wajib dan sunat. Adakah akan membawa kepada batal solat jika tidak dijaga dengan baik. Seperti huruf ﺡ, ﺹ dan seumpamanya
Jawapan: Tidak membawa kepada batal solat, tetapi membawa kepada kecacatan pada solat. Dan boleh ditampung dengan pergerakan sunat dalam solat. Wallahua’lam
Soalan: Maksud boleh ditampung dengan pergerakan sunat dalam solat itu apa ya ustaz?
Jawapan: Maksudnya, perkara-perkara sunat yang kita lakukan dalam solat, contoh, baca doa iftitah, baca doa qunut, itu semua akan menampung kesalahan atau kecacatan yang berlaku pada rukun-rukun yang wajib. Wallahua’lam
Soalan:Ustaz boleh ke bercakap time solat? Contohnya macam kita sebut Astaghfirullahaladzim,Subhanallah atau Allahuakhbar?
Jawapan: Untuk dikira zikir, tidak dikira sebagai berkata-kata. Wallahua’lam
Soalan : Ustaz saya nak tanya. Batal kah solat seseorang itu kalau pakai kanta lekap (contact lens) dan sah tak wuduk kalau pakai contact lens ?
Jawapan: Mata tidak termasuk anggota wuduk, jenuh kita nak basuh mata kita bila nak solat. Dan tiada masalah memakai contact lens sewaktu berwuduk, dan wuduk adalah sah. Wallahua’lam
Soalan: Maaf bertanya, saya ada dengar kuliah yang makna ayat di atas bukan bermakna “lalai KETIKA solat” tetap ia bermakna في. Ayat ni menggunakan عن yang memberi makna “dari”.
Mohon penjelasan. Timbul isu hari itu seorang hamba Allah tidak mahu solat kerana tidak khusyuk kerana beralasan akan masuk neraka Wil kefahamannya bahawa apabila lalai KETIKA solat maka Allah akan humban dia ke dalam Neraka Wil..واللهأعلم..
Jawapan: Ini adalah pandangan jumhur ‘ulama tafsir. Perkataan “lalai”, bukan bermakna kepada tidak khusyuk. Tetapi merujuk kepada perbuatan mengambil lewa dalam solat. Tidak bersungguh-sungguh mencari kekhusyukan dan sengaja meletakkan dunia dalam solat.
Kalau ambil pandangan Imam Al-Ghazali (sudut Tasawwuf), maka lebih berat pandangannya. Tidak khusyuk terus tidak diterima solat. Maka kita ambil pendekatan ‘Ulama Feqah yang mengatakan tidak khusyuk, tidak membatalkan solat dan diterima solat, namun perlu bersungguh-sungguh mencari kekhusyukan dalam solat.
Jangan sambil lewa. Kalau tidak khusyuk menyebabkan tidak mahu solat, maka itu adalah alasan yang tidak dapat diterima, kerana rata-rata dari kita termasuk saya, tidak tahu bagaimana rasanya khusyuknya solat tu. Wallahua’lam
Soalan: Ustaz kalau solat laju-laju dikira macam mana ya? Sah tak? Kira macam baca al-Fatihah terus sahaja tidak ada tarik-tarik nafas.
Jawapan: Kalau terjaga thoma’ninah dan sebutan huruf dalam rukun-rukun qauli, tidak mengapa. Tapi biasanya orang solat laju ini, mesti tidak terjaga. Sebab itu ada riwayat menceritakan tentang sifat solat Nabi SAW. Satu-satu rakaat Baginda panjang dan lama.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Islam memberikan kelonggaran kepada umat-Nya dalam beberapa keadaan tertentu melalui rukhsah (keringanan). Salah satunya adalah mengqasarkan solat ketika dalam perjalanan jauh.
Namun, apa hukum jika seseorang sengaja memilih jalan jauh semata-mata untuk mengqasarkan solat?
Menurut penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, melalui Al Kafi 1963: Hukum Mencari Jalan Yang Jauh Untuk Membolehkan Qasar, dalam mazhab Syafi’i, jika terdapat dua jalan, salah satunya dekat dan tidak melebihi 81km manakala satu lagi jauh dan melebihi 81km namun dia mengambil jalan yang jauh kerana tujuan tertentu seperti jalan yang jauh lebih jimat tol atau untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas maka harus untuk dia mengqasarkan solatnya.
Walau bagaimanapun jika seseorang itu dengan sengaja mengambil jalan jauh supaya boleh mengqasarkan solatnya maka dia tidak boleh mengqasarkan solat.
Perkara iini dinyatakan oleh Imam al-Nawawi:
ولو كان لمقصده طريقان طويل وقصير فسلك الطويل لغرض كسهولة أو أمن قصر وإلا فلا في الأظهر
Maksudnya: “Jika tempat tujuanya memiliki dua jalan, salah satunya jauh manakala yang satu lagi dekat lalu dia mengambil jalan yang jauh kerana tujuan-tujuan tertentu seperti lebih mudah atau lebih selamat maka harus dia mengqasarkan solatnya. Adapun jika dia lakukannya tanpa sebab maka tidak boleh dia mengqasarkan solatnya.”
Ulama mazhab Syafi’i memberikan alasan orang yang sengaja mengambil jalan jauh untuk membolehkan dia mengqasarkan solat seumpama orang yang berjalan ke kiri dan ke kanan untuk menjadikan perjalanannya jauh dan boleh mengqasarkan solat.
Jika seeorang itu sengaja memanjangkan perjalanannya dengan cara berjalan ke kiri dan ke kanan dengan niat supaya dia boleh mengqasarkan solatnya maka sepakat para ulama dia tidak boleh untuk mengqasarkan solat[2].
Ia bertepatan dengan kaedah yang disebutkan oleh Imam al-Zarkasyi:
أن تَعاطي سبب الترخص لِقصْد الترخص لا يُبيح
Maksudnya: “Sesungguhnya sengaja mengambil sebab-sebab rukhsah untuk membolehkan rukhsah tidak dibolehkan[3].”
Kesimpulannya, jika terdapat dua jalan salah satunya jauh dan melebihi 81km manakala yang satu lagi dekat dan tidak melebihi 81km lalu jika dia mengambil jalan yang jauh atas sebab-sebab tertentu seperti lebih jimat tol atau untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas maka dia boleh untuk mengqasarkan solat.
Namun jika dia sengaja mengambil jalan jauh supaya boleh untuk mengqasarkan solat atau atas dasar maksiat maka dia tidak boleh mengqasarkan solat.
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.