Bertindik merupakan salah satu mempamerkan perhiasan barang kemas pada diri. Ia merupakan satu budaya yang sudah sebati dalam masyarakat kita. Bertindik telinga itu perkara yang sangat sinonim di kalangan wanita di seluruh dunia termasuk bagi umat Islam.
Namun bagaimana pula dengan bertindik hidung? Apa pula hukumnya bertindik di bahagian hidung?
KASHOORGA tertarik dengan penjelasan yang pernah dikongsi oleh pendakwah berpengaruh, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.
Beliau memberikan penjelasan bahawa seandainya seseorang itu melakukan tindik hidung kerana terikut-ikut dengan budaya lain, maka ia suatu yang dilarang syarak.
Ads
“Ini kerana ia sudah menyerupai suatu kaum sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis baginda,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video TikTok yang dikongsikan di Instagram miliknya baru-baru ini.
Sabda Nabi Muhammad SAW: “Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” (Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, al-Tabarani, al-Baihaqi dan al-Bazzar)
Ads
Walaupun begitu, Ustaz Ahmad Dusuki turut menjelaskan sekiranya perbuatan menindik tersebut dilakukan dengan tujuan untuk kecantikan yang ingin diperlihatkan kepada suami atau keluarganya, ia dibenarkan dalam syarak.
Ads
Tambah beliau lagi, “Namun, bagi saya, lebih baik jangan tindik pada hidung. Tindiklah pada telinga iaitu tempat yang sepatutnya kita memakai subang.
“Itulah yang disebut sebagai kecantikan buat kita, bukan untuk orang lain. Inilah yang terbaik dalam hidup kita,” sarannya.
Sumber: Instagram @ustazahmaddusuki
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Salah satu kebahagiaan wanita mahu pun lelaki di dunia ini adalah berhias cantik dari hujung rambut hingga hujung kaki. Namun wanita adalah golongan yang paling suka berhias cantik dan sangat menghargai kecantikan diri.
Ada yang obsess dengan kecantikan. Tidak hairan saban hari ada sahaja produk kecantikan, perhiasan dan busana indah khas buat wanita dihasilkan.
Bagi wanita, tampil cantik bukan semata-mata untuk dilihat cantik di mata suami dan orang lain tetapi juga untuk keyakinan diri. Benar, ada wanita yang akan berasa yakin jika dia memakai tudung kegemaran, minyak wangi, gincu dan sebagainya.
Dalam Islam tiada larangan untuk wanita berhias kerana itu memang fitrah wanita yang suka kecantikan. Namun dalam keghairahan itu ada perkara-perkara yang boleh dan tidak harus dilakukan agar mengikut syariat dan mendapat redha Allah.
Agar tidak tersalah langkah, berikut adalah pelbagai jenis perhiasan yang dilarang untuk diaudit bersama
Jangan Berlebih-lebihan
Allah sukakan kecantikan dan kebersihan. Namun dalam keghairahan nak jadi cantik, ada batasan dan adab yang perlu kita ikut; sama ada bersolek, memakai aksesori hiasan, busana, haruman dan banyak lagi.
Keutamaan di sini ialah berhias secara sederhana bukannya berlebih-lebihan atau tabarruj. Tabarruj bererti sesuatu yang terang atau tampak.
Berlebihan tidak baik untuk kita, terutama berlebihan dalam mempamerkan perhiasan. Selain akan menimbulkan rasa cemburu masyarakat sekeliling, ia juga memancing fitnah dan maksiat. Untuk itu gunakan perhiasan sesuai dengan keperluan dan kemampuan.
Perkara utama yang harus semua ingat ialah tiada sebarang usaha mengubah kejadian atau ciptaan Allah pada diri kita secara kekal.
Antara yang banyak ditawarkan oleh pusat kecantikan dan kesihatan ialah bertatu, merenggangkan gigi, mencabut alis mati, melakukan pembedahan plastik dan lain-lain.
Atau dalam erti kata lain, melakukan operasi kecantikan untuk mengubah bahagian tubuh seperti yang diinginkan dari keadaan normal sebelumnya. Selain haram, hal tersebut juga menunjukkan kita tidak bersyukur terhadap apa yang Allah ciptakan untuk kita.
Allah sangat murka dengan sebarang usaha samada lelaki atau perempuan yang berhias menyerupai jantina berlawanan. Contohnya lelaki berhias dan berpenampilan seperti perempuan. Begitu pula bagi wanita, mereka berhias atau berpenampilan menyerupai lelaki.
Lelaki juga dilarang untuk tampil dengan perhiasan dan pakaian tertentu, seperti sutera dan emas. Kedua-dua material ini hanya boleh dikenakan oleh wanita.
Wanita dibolehkan malah digalakkan untuk berhias sehabis cantik dan sentiasa tampil harum hanya untuk tatapan suaminya sahaja. Jangan ada niat berhias untuk menarik perhatian lelaki lain. Dan lebih menakutkan apabila kecantikan dan kehariamn wanita itu mampu menaikkan berahi lelaki ajnabi.
Dan yang paling penting, lelaki dan wanita diperintahkan oleh Allah SWT untuk menundukkan pandangan. Semua ini disyariatkan agar tidak terjadi kerosakan di muka bumi.
Demi kesihatan dan penampilan, gigi yang sudah tanggal boleh diganti dengan gigi palsu. Hari ini telah banyak gigi palsu yang digunakan dengan berbagai bahan, termasuklah emas.
Sebenarnya menampal atau menggunakan gigi palsu emas tidak dibenarkan jika untuk kecantikan. Bahan tampalan atau gigi palsu dari bahan emas hanya dapat digunakan untuk kesihatan, apabila ternyata seseorang tersebut tidak dapat menggunakan bahan selain emas.
Begitu huga dengan kegilaan ramai pada hari ini penggunaan braces untuk mencantikkan susunan gigi. Usaha ini hanya diharuskan apabila keadaan gigi mengganggu rutin harian seseorang atau ia mengaibkan dirinya. Maka hukumnya adalah harus.
Tak kurang ramainya muslimah minat menggunakan pewarna kuku. Nampak anggun dengan pelbagai pilihan warna menarik. Sebenarnya pewarna kuku kekal ini tidak boleh digunakan kerana cat atau lapisan berwarna yang disapukan telah menutup sepenuhnya kuku asal kita.
Pada saat seorang wanita berwuduk, maka pewarna kuku akan menghalang air untuk sampai pada bahagian jarinya, iaitu kuku. Jika ingin mewarnai kuku, gunakanlah inai.
Menyambung kuku buatan tidak diperbolehkan kecuali disebabkan kuku rosak atau pecah akibat masalah kesihatan. Tidak diperbolehkan bagi wanita muslimah untuk memasang kuku buatan demi kecantikan dan perhiasan semata-mata.
Banyak orang yang melakukan teknik kikir untuk memperbaiki giginya yang kurang menarik. Akan tetapi, sebenarnya mengikir gigi termasuk perbuatan tidak bermanfaat dan mengubah ciptaan Allah. Itu sebabnya, mengikir gigi termasuk perbuatan yang dilarang oleh Allah.
Menjaga kebersihan sangat diwajibkan dalam ajaran Islam. Di mana kebersihan sangat berkaitan dengan kesihatan. Tangan seseorang sangat dekat dengan kotoran, di mana setiap saat kita akan memegang atau menyentuh benda-benda yang kotor.
Setiap saat bakteria daripada kotoran melekat di hujung kuku yang panjang. Itu sebabnya memanjangkan kuku termasuk perbuatan yang dilarang di dalam agama Islam. Bahkan Nabi Muhammad SAW memerintahkan agar para sahabat tidak membiarkan kukunya panjang lebih dari empat puluh hari.
Wanita yang memakai kasut tumit tinggi tidak dinafikan akan kelihatan cantik. Namun daripada segi kesihatan kasut tumit tinggi ini menyebabkan pembuluh darah di kaki menjadi bengkak.
Selain itu postur tulang belakang juga akan berubah; tendon achilles menjadi rosak, terjadi degenerasi pada persendian kaki dan lainnya.
Selain itu, apabila berjalan, pastikan kasut tersebut tidak mengeluarkan bunyi kuat yang menarik perhatian ramai.
Para ulama menyebutnya makruh. Dan hukumnya menjadi haram apabila ketika penggunanya berjalan, kasut tersebut mengeluarkan bunyi seperti alunan muzik.
Dalam dunia fesyan, tatu memang memiliki tempat tersendiri. Bahkan menurut Prof. Quraish Shihab, pakar tafsir Al-Quran, tatu sudah dikenal sejak zaman Rasulullah SAW. Akan tetapi, dalam Islam tatu dilarang keras. Rasulullah SAW mengutuk hal tersebut, bahkan orang yang mentatu tubuhnya akan mendapatkan laknat dari Allah.
Zaman sekarang mungkin tidak ramai yang memakai susuk, lantaran adanya teknologi moden menggantikannya. Namun sekiranya masih ada, ingatlah bahawa memakai susuk adalah haram sama sekali. Susuk merupakan cara mendapatkan kecantikan dan memikat lawan jenis dengan menggunakan perantara ghaib. Perbuatan tersebut merupakan perbuatan menyekutukan Allah atau syirik.
Sedangkan tidak menutup aurat adalah salah, apatah lagi sebarang usaha kecantikan menyambung rambut untuk menarik perhatian ramai. Jika ada rakan anda ingin merawat rambutnya dengan menggunakan teknik ini, maka tegahlah dia. Perbuatan ini dilarang dalam agama Islam kerana ia merupakan perbuatan berlebihan untuk mempamerkan kecantikan. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan memakai tudung labuh menutup aurat.
Ramai wanita hari ini mengenakan alis mata palsu samada dengan melakarnya menggunakan pensil alis hinggalah menyulam alis menjadi fesyen. Ada juga yang mencukur dan mencabut sebahagian alis mata atas alasan untuk tampil tambah sempurna.
Sebenarnya dalam fekah Islam, perbuatan mencukur alis adalah diharamkan baik sebahagian ataupun keseluruhan samada wanita mahupun lelaki.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam usaha untuk mendapatkan berat badan ideal usaha ke arah itu perlu ada. Bukan sekadar menawan nafsu makan semata-mata, ilmu untuk menurunkan berat badan perlu ada.
Amat penting untuk memilih makanan yang tepat agar usaha untuk menurunkan berat badan berhasil.
Berikut perkongsian Adyla Rose tentang bahan-bahan yang perlu ada di dapur jika berhajat untuk menurunkan berat badan. Moga ia menjadi satu perkongsian yang bermanfaat kepada semua.
Sumber Kredit: FB: Adyla Rose
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dewasa ini ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi cantik. Kalau boleh mahu wajah kekal awet muda sampai muda sampai bila-bila, walaupun usia telah melewati pertengahan abad.
Ada yang sanggup berbelanja besar untuk memastikan wajah kekal anjal dan biar cantik di pandangan mata orang. Namun, ada cara lain yang lebih semula jadi dalam memastikan wajah anda kekal sihat dan berseri.
Tidak perlu berbelanja mahal kerana cara yang disarankan ini memang mengikut landasan syariat dan insya-Allah anda akan kekal awet muda dan disukai suami. Perlu amalkannya kerana caranya cukup mudah dan penting ada kesungguhan.
1. Urut muka sambil selawat ke atas Nabi.
2. Minum air sebaik bangun tidur.
3. Jaga kebersihan dengan memotong kuku pada hari tertentu.
4. Baca selawat Nabi ketika berdandan.
5. Amalkan baca surah Yusuf.
6. Amalkan juga ayat tertentu dalam surah Al-Waqiah, ketika mandi pagi.
7. Bangun awal pagi dan amalkan mandi embun.
8. Amalkan urutan wajah.
9. Biarkan wajah sentiasa dalam wuduk.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?