Dewasa ini ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi cantik. Kalau boleh mahu wajah kekal awet muda sampai muda sampai bila-bila, walaupun usia telah melewati pertengahan abad.
Ada yang sanggup berbelanja besar untuk memastikan wajah kekal anjal dan biar cantik di pandangan mata orang. Namun, ada cara lain yang lebih semula jadi dalam memastikan wajah anda kekal sihat dan berseri.
Tidak perlu berbelanja mahal kerana cara yang disarankan ini memang mengikut landasan syariat dan insya-Allah anda akan kekal awet muda dan disukai suami. Perlu amalkannya kerana caranya cukup mudah dan penting ada kesungguhan.
1. Urut muka sambil selawat ke atas Nabi.
Ads
2. Minum air sebaik bangun tidur.
3. Jaga kebersihan dengan memotong kuku pada hari tertentu.
Ads
4. Baca selawat Nabi ketika berdandan.
5. Amalkan baca surah Yusuf.
Ads
6. Amalkan juga ayat tertentu dalam surah Al-Waqiah, ketika mandi pagi.
Berhijab dan tutup aurat itu wajib bagi wanita. ‘Tiada alasan jadi diri sendiri bila buka tudung.’ Benda wajib tidak boleh diubah-ubah sesuka hati dan menurut selera kita.
Namun ada beberapa individu memberi alasan sebegitu apabila mereka tanggalkan hijab. Katanya tidak mahu hipokrit dan mahu jadi sendiri. Masyallah jauh menyimpang daripada ajaran agama Islam.
‘Tutup aurat ini perkara wajib. Dalam apa keadaan pun, tiada alasan untuk nak kata tak wajib, sebab ia wajib. Jadi, siapa yang tidak menutup aurat itu, haram,” kata pendakwah bebas juga juara Imam Muda musim kedua (IM2), Hassan Adli.
Jelas Imam Muda Hassan, bagi wanita yang membuka tudung dengan alasan tidak mahu hipokrit dan nak menjadi diri sendiri, ia sama sekali tidak akan menggugurkan hukum wajib itu.
“Memakai tudung dan menutup aurat itu wajib. Tak ada alasan untuk tidak memakainya bagi wanita Islam. Sebagai contoh juga, solat lima waktu yang hukumnya wajib dilakukan.
“Jadi, kita tidak bolehlah kata, saya tak nak solat sebab tak ikhlas, tak nak solat sebab suka berjudi, tak nak solat sebab saya riak, pelbagai alasan itu tidak boleh diterima sebab hukumnya wajib. Tetap kena solat dalam apa jua keadaan dan tak alasan untuk kita tak nak buat,” katanya.
Tambahnya, solat juga tidak akan gugur hukumnya sama seperti menutup aurat. Benda yang wajib itu tetap kena buat.
“Di sini, apa-apa situasi pun tak boleh kita kata hipokrit, tak hipokrit, riak, tak riak ke sebabnya, hukum tetap hukum, wajib tetap wajib,” katanya.
Menurut Hassan, jadi seseorang wanita itu nak berhijrah menutup aurat, hijrahlah bersungguh-sungguh. Jangan dibuat sekerat jalan, sebab takutnya kita mempermainkan agama pula.
“Apapun, tudung ini kalau nak berfesyen tiada masalah. Dalam Islam, tak adalah sampai tak boleh ikut fesyen langsung. Masih boleh berfesyen, tinggal lagi jangan sampai melampau-lampau. Cukup sekadar berpada-pada.
“Maksudnya, selagi mana fesyen itu cukup syarat menutup aurat. Kemudian, tidak melampaui batas, pada saya ia okay lah,’ ungkapnya.
Pada masa kini, didapati pemakaian tudung dalam kalangan segelintir wanita termasuk golongan selebriti umpama mengikut ‘trend’.
Apabila mahu memakainya, mereka pakai. Kemudian apabila tidak mahu, ditanggalkan begitu saja dengan alasan tertentu seperti ingin menjadi diri sendiri.
Hujung bulan lalu menyaksikan pelakon dan pengacara popular Alif Satar berjaya menamatkan cabaran Ironman Langkawi 2019. Dia mengambil masa selama 15 jam sebelum menghabiskan segala cabaran.
Dalam pada itu, viral di laman sosial apabila ada netizen bertanya mengenai bab solat sepanjang cabaran berkenaan kerana mengambil masa lama.
Tidak melatah dengan pertanyaan itu, Alif Satar membalasnya dengan memberitahu secara ringkas ada sukarelawan yang membantunya mengambil air sembahyang.
Bukan itu saja, penganjur turut menyediakan bilik khas untuk atlit Islam menunaikan suruhan Allah yang satu ini.
Dan hari ini Alif Satar telah muat naik video di laman Instagram cara bagaimana dia mengambil air sembahyang dan kemudiannya menyempurnakan solat, walaupun sedang berjuang untuk menghabiskan segala cabaran Ironman berkenaan.
Alif juga berkata ketika melakukan solat itu dalam keadaan badan ‘tidak ada apa-apa’, seolah-olah rasa seperti benda yang baru.
“Bila kita rukuk badan jadi straight, sujud terasa semua darah di kepala datang balik dan waktu duduk dua sujud, terasa kelainannya pada bahagian paha.
“Sukar untuk saya gambarkan perasaan itu, tetapi benda yang buat tiap-tiap hari tapi kita buat disaat tak ada apa-apa, seolah-olah seperti satu penyelamat,” katanya.
Sebaik muat naik, respon cukup baik daripada rakan selebriti serta netizen yang turut memberi komen positif. Masing-masing teruja dan salute pada Alif Satar yang tidak ambil remeh dalam menunaikan kewajipan sebagai seorang hambaNya.
Banyak isu orang muda menjauhi masjid kerana kesibukan masa selain pelbagai alasan. Tapi perubahan demi perubahan dibuat bagi mendekatkan kembali anak muda ke masjid. Usaha ini ternnyata berbeza kerana abang sado dilantik menjadi ahli jawatankuasa tambahan bagi mengajak anak muda ke masjid.
Jika sebelum ini, kebiasaan ahli jawatankuasa masjid (AJK) terdiri daripada golongan yang sudah berusia, namun lain pula di Masjid Arraudah Taman Rasa Sayang, di sini, yang melantik 'geng abang sado' sebagai AJK tambahan.
Inisiatif itu antara lain bertujuan menarik minat golongan muda untuk mendekatkan diri dengan masjid.
Pengerusi Kariah Masjid Arraudah Taman Rasa Sayang, Zulkifli Muhamad berkata, geng abang sado atau dikategorikan sebagai kluster sado merupakan antara lima kluster AJK tambahan masjid yang diwujudkan dalam usaha memperluaskan jalinan kerjasama.
"Sebelum ini kita ada kluster bukan Islam dan sekarang kita tambah lagi kluster lain iaitu kluster sado.
"Pada tahun depan kita bercadang menambah tiga lagi kluster iaitu penghantar makanan, kluster penjaja burger dan kluster bisnes online," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Menurutnya, dengan kepelbagaian latar belakang AJK yang dilantik, ia dapat memberi manfaat kepada masjid untuk mendapat idea yang lebih baik.
Beliau berkata, institusi masjid perlu bersikap terbuka dengan menggunakan pelbagai bentuk pendekatan supaya dapat menarik pelbagai lapisan usia masyarakat Islam untuk datang ke masjid.
"Pada mulanya kita lantik seorang AJK yang merupakan 'kaki gym' dan dari situ timbulnya idea untuk wujudkan kluster geng abang sado supaya jalinan kerjasama yang ada dapat dipertingkatkan.
"Lagipun ini ruang untuk kami menarik minat anak muda datang ke masjid sekali gus terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dianjurkan," katanya.
Zulkifli juga berpendapat, institusi masjid jangan terlalu statik atau menggunakan kaedah sama dalam mengimarahkan peranannya.
"Jangan kita fikir nak lantik AJK masjid perlu orang yang ada latar belakang agama sahaja. Bila macam itu, ia seperti kita menutup ruang.
"Sebagai contohnya dengan penubuhan kluster sado ini, salah seorang daripada mereka kita sedang latih untuk jadi bilal masjid selepas melihat kebolehannya.
"Mungkin selama ini mereka berminat, tapi tiada ruang. Sebab itu 'tagline' kita 'tadbir bersama manfaat semua'," katanya.
Masjid Arraudah Taman Rasa Sayang, Seremban melantik AJK tambahan masjid terdiri daripada kluster sado.
Sementara itu wakil kluster sado, Shahrul Ridzuan Abdul Rahman, 38, berkata, peluang menjadi sebahagian AJK masjid disifatkan sebagai peluang untuknya berubah ke arah lebih baik.
Malah beliau juga mengakui platform diberi dapat mendekatkan lebih ramai golongan muda dengan masjid sekali gus sama-sama dapat memainkan peranan.
"Rasanya tiada lagi mana-mana masjid wujudkan AJK tambahan sebegini. Sebenarnya ramai anak muda yang ingin terlibat sama menyumbang idea dan tenaga kepada masjid, tapi tiada ruang atau dorongan.
"Bila diberi kepercayaan sebegini, ia membuatkan kami rasa peranan orang muda itu diperlukan dan banyak yang kami boleh bantu terutama dalam menggerakkan aktiviti dan program masjid," katanya. Sumber : SINAR HARIAN
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ketahui tanda kematian menurut Islam dan perubatan berdasarkan al-Quran, hadis serta penjelasan perubatan moden. Fahami perubahan fizikal ketika nazak dan bezakan fakta daripada mitos 40 hari atau 100 hari sebelum kematian.